1,721,011 research outputs found

    Pelaksanaan Advance Medical Directive (AMD): tinjauan dari perspektif maslahah / Muhamad Sayuti Mansor, Muhammad Safwan Harun dan Muhammad Ikhlas Rosele

    Full text link
    The development of knowledge in the field of medicine in Malaysia in something that is well known. This occurs as the result of the development in science and technology that spread globally nowadays. This development also become the basis that spark many moral questions as well as Islamic jurisprudential issues, until the fiqh of medicine becomes among the subject of discussion and research interest to the Muslim intellectual today. Among these issues are the Advance Medical Directive (AMD). AMD is a legal document that was made by an individual to outline his wishes and preferences in regard to medical treatments and interventions in the event that he becomes terminally ill and unconscious. The AMD inflicted the question whether it is permissible or go against the sharia. So, this study was conducted using the qualitative approach to analyse the position of AMD from the perspective of maslahah. This study shows that AMD is permissible in the sharia but in some conditions it must refers to the maslahah perspective to execute or null any wishes and preferences that was made in the AMD

    Amalan bodong dan hak penentuan kendiri dalam kalangan komuniti orang asal di Kalinga, Filipina

    No full text
    Pengiktirafan hak penentuan kendiri orang asal telah termaktub di bawah perkara 3, Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (DHOA). Walau bagaimanapun, pengiktirafan dari segi amalan di peringkat domestik masih menjadi persoalan. Sehubungan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis pengiktirafan hak penentuan kendiri orang asal melalui amalan Bodong dalam kalangan orang asal (Indigenous Cultural Communities dan Indigenous Peoples) (ICC/IP) Kalinga, di Filipina. Kajian ini menggunakan kaedah sosio-perundangan. Bagi mencapai objektif tersebut, data diperolehi melalui kajian lapangan dan kajian perpustakaan dengan menganalisis menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini mendapati bahawa amalan Bodong merupakan salah satu simbol pengiktirafan hak penentuan kendiri dari segi amalan dalam kalangan ICC/IP. Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa ICC/IP mempunyai autonomi terhadap kehidupan dan amalan tradisi mereka. Amalan ini boleh dianggap sebagai menifestasi pengiktirafan hak penentuan kendiri seperti yang dianjurkan oleh undang-undang antarabangsa. Artikel ini merumuskan bahawa pelaksanaan hak penentuan kendiri orang asal perlu diberi perhatian oleh semua negara agar selari dengan undang-undang antarabangsa. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan pengiktarafan hak penentuan kendiri ini dapat dilaksanakan. Kesimpulannya, pengiktirafan amalan Bodong wajar dijadikan contoh agar pengiktirafan hak orang asal dapat diperkasakan secara menyeluruh, seterusnya dapat membantu kerajaan dan pemegang taruh untuk memenuhi obligasi undangundang antarabangsa mereka terhadap orang asal

    Hak penentuan kendiri Orang Asal: tinjauan mekanisme terpilih di bawah Undang-Undang Antarabangsa

    No full text
    Perkara 3 Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (DHOA) mengiktiraf hak penentuan kendiri Orang Asal. Sungguhpun begitu, pengiktirafan dari aspek amalan di peringkat domestik masih perlu diberi perhatian. Mekanisme di bawah sistem Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah antara platform yang dapat memperkasakan hak penentuan kendiri Orang Asal. Penulisan ini menetapkan tiga objektif utama. Pertama, artikel ini menjelaskan takrifan dan status hak penentuan kendiri Orang Asal di bawah undang-undang antarabangsa. Pada bahagian kedua, artikel ini meninjau peranan tiga mekanisme utama iaitu Forum Kekal mengenai Isu Orang Asal (FKIOA), Mekanisme Pakar mengenai Hak Orang Asal (MPHOA) dan Pelapor Khas mengenai Hak Orang Asal (PKHOA) untuk memperkasakan pengoperasian hak penentuan kendiri Orang Asal di bawah undang-undang antarabangsa. Di samping itu, artikel ini menganalisis peranan mekanisme-mekanisme berkenaan dalam melindungi hak penentuan kendiri Orang Asal. Bagi mencapai kesemua objektif di atas, artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kajian perpustakaan. Hasil analisis kajian ini mendapati bahawa mekanisme yang dinyatakan di atas mampu menyokong perjuangan dan pembelaan terhadap Orang Asal di peringkat domestik. Walau bagaimanapun, pengiktirafan dari segi teori dan praktis memainkan peranan yang penting untuk memberi perlindungan hak kepada Orang Asal secara menyeluruh

    Prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT): kajian kes Indigenous Cultural Communities & Indigenous Peoples di Filipina

    No full text
    Artikel ini menganalisis pengoperasian hak penentuan kendiri orang asal melalui prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dalam kalangan Indigenous Cultural Communities dan Indigenous Peoples (ICC/IP) di Filipina. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, analisis ini adalah penting untuk menilai isu pengiktirafan hak penentuan kendiri yang masih membelenggu orang asal di peringkat domestik. Sebagai pencerahan, artikel ini dibahagi kepada empat bahagian utama. Pada bahagian pertama, artikel ini menjelaskan definisi dan status hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Pada bahagian kedua menerangkan prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dengan merujuk kepada Deklarasi PBB tentang Hak Orang Asal (DHOA). Bahagian ketiga pula menghuraikan latar belakang masyarakat orang asal di Filipina yang dikenali sebagai Indigenous Cultural Communities dan Indigenous Peoples (ICC/IP). Bahagian terakhir penulisan ini menganalisis pengiktirafan prinsip IMABT dari dua aspek utama iaitu dari segi teori dan amalan di Filipina. Artikel ini merumuskan bahawa pelaksanaan pengiktirafan hak penentuan kendiri orang asal perlu diberi perhatian oleh semua Negara agar selari dengan undang-undang antarabangsa

    Pelaksanaan Advance Medical Directive (AMD): Tinjauan dari perspektif maslahah

    No full text
    The development of knowledge in the field of medicine in Malaysia in something that is well known. This occurs as the result of the development in science and technology that spread globally nowadays. This development also become the basis that spark many moral questions as well as Islamic jurisprudential issues, until the fiqh of medicine becomes among the subject of discussion and research interest to the Muslim intellectual today. Among these issues are the Advance Medical Directive (AMD). AMD is a legal document that was made by an individual to outline his wishes and preferences in regard to medical treatments and interventions in the event that he becomes terminally ill and unconscious. The AMD inflicted the question whether it is permissible or go against the sharia. So, this study was conducted using the qualitative approach to analyse the position of AMD from the perspective of maslahah. This study shows that AMD is permissible in the sharia but in some conditions it must refers to the maslahah perspective to execute or null any wishes and preferences that was made in the AMD

    Mampukah perintah berkurung membanteras jenayah dalam kalangan remaja di Malaysia?

    No full text
    Kejadian jenayah dalam kalangan masyarakat sangat membimbangkan. Menurut statistik jenayah oleh Kementerian Dalam Negeri, jumlah jenayah yang direkodkan berdasarkan kertas siasatan yang dibuka ialah 657,174 sepanjang tahun 2012 hingga tahun 2016. Pada 17 Januari 2019, kerajaan berhasrat untuk mengkaji pelaksanaan perintah berkurung kepada remaja bawah umur 18 tahun bagi membendung kegiatan jenayah dalam kalangan remaja pada waktu malam. Sehubungan dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis isu perintah berkurung terhadap remaja yang berusia kurang daripada 18 tahun menurut perspektif undang-undang. Pada masa yang sama, artikel ini juga akan menerangkan kedudukan perlakuan jenayah yang melibatkan remaja dengan memfokuskan kepada jenayah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, artikel ini turut meninjau amalan beberapa buah negara luar berhubung dengan undang-undang yang berkaitan dengan perintah berkurung kepada remaja. Artikel ini mendapati bahawa terdapat kelompangan undang-undang berhubung dengan perintah berkurung kepada remaja bawah 18 tahun di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pelbagai pertimbangan dan kajian lebih terperinci perlu dibuat sekiranya kerajaan serius untuk melaksanakan perintah berkurung kepada remaja bawah 18 tahun. Cadangan pewujudan undang-undang berhubung dengan perintah berkurung ini haruslah bersifat holistik tanpa melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan dan prinsip hak asasi manusia. Oleh itu, hasrat murni kerajaan untuk membanteras jenayah dalam kalangan remaja wajar disokong dan pada masa yang sama aspek cadangan pelaksanaan perintah berkurung terhadap remaja bawah 18 tahun juga perlu diteliti sedalam-dalamnya

    Kedudukan orang asli pada era penjajahan

    No full text
    Objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis sejarah dan kedudukan Orang Asli pada era penjajahan. Aspek sejarah ini adalah penting bagi menjelaskan kedudukan Orang Asli dan implikasi sejarah terhadap pengenalan undang-undang berkaitan Orang Asli. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif tersebut, artikel ini menerangkan latar belakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang merangkumi definisi Orang Asli, klasifikasi Orang Asli dan asal usul Orang Asli secara ringkas. Selain menfokuskan kedudukan Orang Asli pada zaman penjajahan, artikel ini turut membincangkan kedudukan Orang Asli pada zaman sebelum penjajahan yang meliputi aspek sosioekonomi dan politik. Artikel ini mendapati bahawa kedudukan Orang Asli mula berubah setelah masyarakat Melayu mendominasi dan seterusnya perubahan makin ketara apabila penjajah luar mula bertapak di Tanah Melayu. Penjajahan kuasa luar juga telah memberikan kesan terhadap layanan dan undang-undang berkaitan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kedudukan Orang Asli mula mengalami beberapa perubahan dan pembaharuan setelah merdeka. Sungguhpun begitu, tragedi hitam dan kesengsaraan yang dialami Orang Asli pada era penjajahan dan darurat tidak begitu mudah untuk dilupakan dan terus terpahat sebagai sejarah hidup masyarakat Orang Asli

    Sejarah hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa

    No full text
    Perkara 3 Deklarasi Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (DHOA) mengiktiraf hak penentuan kendiri orang asal. Sebelum menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, orang asal telah melalui pelbagai cabaran. Sehubungan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menerangkan sejarah dan perkembangan hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang undang antarabangsa Kajian ini menggunakan kaedah sosio perundangan Untuk menjelaskan sejarah hak penentuan kendiri orang asal, perbincangan dalam ar ikel ini dibahagi kepada empat bahagian. Pada bahagian pertama, penulisan ini menjelaskan definisi dan status hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang undang antarabangsa. Pada bahagian kedua, penulisan menjelaskan sejarah hak penentuan kendiri dengan merujuk hak kepada semua orang. Bahagian ketiga pula menghuraikan perkembangan hak penentuan kendiri orang asal sehingga mendapat pengiktirafan di bawah undang undang antarabangsa. Perbincangan perkembangan pengiktirafan hak penentuan kendiri tersebut merangkumi usaha yang dilakukan di peringkat Kumpulan Kerja Populasi Orang Asal (KKPOA) dan Kumpulan Kerja Deraf Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (KKDD). Artikel ini merumuskan dalam bahagian keempat bahawa pengiktirafan hak penentuan kendiri adalah sangat penting untuk memastikan perlindungan hak orang asal di bawah undang undang sesebuah Negara agar selari dengan piawaian undang undang antarabangsa dan seterusnya membantu egara untuk melaksanakan obligasi undang undang antarabangsanya

    Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis

    Full text link
    The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
    corecore