169 research outputs found

    Ilmu sebagai pra-syarat dalam memperkukuhkan identiti Melayu-Muslim di era globalisasi / Jaffary Awang

    No full text
    Ilmu pengetahuan merupakan asas utama dalam membentuk identiti Melayu-Muslim, Ini kelihatan lebih mendesak di era globalisasi kini ramai kalangan pemikir di Malaysia yang merasa khuatir terhadap keupayaan masyarakat Melayu untuk menghadapi cabaran yang kian menggugat dan membimbangkan. Ini kerana fenomena kini khususnya di kalangan remaja menuntut kepada satu pendekatan yang komprehensif dalam menyediakan masyarakat Melayu bagi menghadapi sebarang persoalan semasa. Dalam hubungan ini penulis berkeyakinan bahawa masyarakat Melayu berupaya untuk menghadapi apa juga permasalahan sekiranya mereka mempunyai kekuatan peribadi yang berasaskan kepada sumber ilmu yang jelas dan kompeten. Untuk itu kertas kerja ini akan membincangkan perkara tersebut dalam tiga bahagian iaitu pertama penulis berhujah bahawa masyarakat Melayu perlu mempunyai gambaran yang jelas mengenai sesuatu persoalan berasaskan kepada sumber ilmu yang jelas dan dipercayai. Dalam lain perkataan epistemologi yang jelas menjadi prasyarat utama dalam membina karakter diri dan pemikiran yang sihat. Seterusnya kertas ini akan membincangkan beberapa permasalahan yang sedang dihadapi oleh kalangan masyarakat Melayu khususnya yang berkait langsung mengenai kecelaruan konsep epistemolgi hingga menyebabkan timbulnya pelbagai tafsiran yang mengelirukan masyarakat. Sementara bahagian akhir, kertas kerja ini merumuskan bahawa kekuatan sumber ilmu dalam membina jati diri muslim perlulah berasaskan kepada nilai-nilai Islam yang menjadi elemen terpenting di kalangan masyarakat Melayu-Musli

    Pembangunan manusia menurut perspektif Malek Bennabi / Jaffary Awang and Ezad Azraai Jamsari

    No full text
    Penulisan ini memaparkan perbincangan mengenai pembangunan manusia yang perlu dilakukan oleh masyarakat sesebuah negara. Pembangunan ini memerlukan kombinasi yang mantap dan lengkap dari aspek spiritual-moral dan material. Penulisan ini menegaskan bahawa manusia yang mempunyai kombinasi tersebut mampu membentuk diri serta masyarakat dalam membina kemajuan negara dan bangsa. Perbincangan ini berdasarkan pemikiran Malek Bennabi berhubung dengan manusia dan masyarakat. Di samping itu juga, penulisan ini bermatlamat untuk mengemukakan paradigma pembangunan manusia Malek Bennabi yang menitikberatkan aspek agama dalam konteks pembqngunan semasa. Pendekatan secara content analysis digunakan dalam menganalisa tema-tema pemikiran beliau. Penulisan ini merumuskan bahawa aspek pembangunan manusia perlu mengambil kira aspek dalaman individu, di samping faktor luaran seperti suasana dan interaksi

    Dialog antara agama sebagai satu pendekatan dakwah masyarakat majmuk / Aemy Elyani Mat Zain and Jaffary Awang

    No full text
    Realiti untuk berdakwah dalam arus globalisasi ini mendesak kepada kepelbagaian dan dinamika pendekatannya khususnya dalam menyantuni masyarakat majmuk. Salah satunya adalah dialog antara agama. Oleh itu artikel ini membincangkan apakah itu dialog antara agama secara umum, dan seterusnya membincangkan dua bentuk dialog antara agama sahaja daripada beberapa bentuk dialog antara agama yang diutarakan melalui kajian-kajian terdahulu. Dan seterusnya dianalisis kedua dialog ini yang boleh diaplikasikan sebagai medium dan pendekatan dalam berdakwah. Metod kajian adalah kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa metode dialog merupakan salah satu pendekatan yang harus diperluaskan dan dijadikan satu medium baru dalam mendekati sasaran mad’u dari pelbagai latarbelakang agama dan etnik

    Sosialisasi agama di kalangan pelajar-pelajar sekolah agama di Selangor / Jaffary Awang … [et al.]

    No full text
    Sosialisasi agama merupakan satu proses penyerapan dan penghayatan nilai-nilai agama dalam kegiatan seharian. Prasyarat kepada penghayatan tersebut adalah pengetahuan berkaitan dengan nilai-nilai agama dan persekitaran yang mendokong kepada pembentukan perlakuan yang positif, khususnya di kalangan para pelajar. Artikel ini akan membincangkan proses sosialisasi yang berlaku di kalangan para pelajar di sekolah-sekolah menengah agama terpilih di Selangor yang dikelolakan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan secara lapangan dengan edaran soal selidik di kalangan para guru bagi memperolehi pandangan mereka mengenai proses sosialisasi pelajar. Di samping pendekatan analisis kandungan terutamanya dalam membincang konsep sosialisasi dan hubungannya dengan pengetahuan. Untuk itu artikel ini akan membincangkan pertama, konsep sosialisasi agama di kalangan pelajar. Kedua, hubungan antara pengetahuan dengan sosialisasi agama. Ketiga, hubungan sosialisasi dengan pembentukan identiti diri pelajar. Perbincangan ini merumuskan bahawa, pengetahuan dan perlakuan serta persekitaran mempengaruhi proses sosialisasi pelajar serta menentukan bentuk identiti diri pelajar

    Malaysian Journal of Library & Information Science 1996-2000: A Bibliometric Study

    No full text
    A bibliometric examination of all the journal articles published in the Malaysian Journal of Library & Information Science from 1996-2000 was carried out. The range of articles published per volume is between 14 and 17; average number of references per article is 22.5; the average length per article is 41.2 pages; 53(69. 74%) of the articles are research oriented, the percentage of multi-authored papers is slightly higher at 52.6% or 40 papers out of a total of 76, Zainab Awang Nga, the most prolific author contributed 12 articles followed by B. K. Sen (10 papers), Tiew Wai Sin (8 papers), C. R. Karisiddappa, Nor Edzan Nasir, V. L. Kalyane, Teh Kang Hai, and B. M. Gupta (3 papers each); 36 (45%) of the authors are geographically affiliated to Malaysia, authors affiliated to library schools were well represented (55.2%), the most productive institution is Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya with 26 out of 80 author's affiliation, the most popular subject is Scientific and Professional Publishing, 30 (39.5%) articles contained author's self-citation, while the rate of journal self-citation is found to be 27.6% and most of the articles (67.1 %) contained no formal acknowledgement

    Pendekatan Islam Hadhari ke arah memperkasakan identiti Melayu-Muslim di Malaysia

    No full text
    Islam Hadhari merupakan satu gagasan yang dikemukakan dalam usaha untuk memajukan masyarakat. Isu yang berkait rapat dengan Melayu adalah aspek pengukuhan identiti Melayu Muslim. Cabaran semasa yang dihadapi masyarakat Malaysia memerlukan kepada pengukuhan aspek nilai khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Artikel ini akan membincangkan Islam dan Melayu serta hubungannya dengan arus kebangkitan Islam dan pasca kebangkitan Islam. Disusuli dengan wacana identiti Melayu Islam yang sering menjadi topik perbahasan di kalangan intelektual Melayu Islam. Seterusnya hubungan Pendekatan Islam Hadhari dalam konteks pembinaan masyarakat Melayu semasa. Perbincangan merumuskan bahawa Pendekatan Islam Hadhari perlu dimantapkan agar perancangan berjaya mempertingkatkan tahap kefahaman Islam di kalangan masyarakat keseluruhannya

    Analisis Konflik Tokoh Dalam Novel Pak Guru Karya Awang Surya

    No full text
    Analysis of Character Conflict in Pak Guru's Novel Awang Surya's work. Literary work as an imaginary, fiction that offers various problems of man and humanity, life and life. One form of work literature is a novel. Like other literary works, in novels there are conflicts too or problems that are often raised by the author to represent the idea exist in everyday life, with the above facts, the author is interested in conducted a study entitled "Analysis of Character Conflict in Pak Guru's Novel" Awang Surya's work". Research problems (1) How is the conflict of characters in the novel? Mr. Guru by Awang Surya? (2) How does the author express the conflict of characters in the novel Pak Guru by Awang Surya? This research uses qualitative approach with the type of library research and using the method descriptive. Data collection techniques through hermenuetic techniques. In analyzing the data refers to various relevant theories, namely using the Theory of Assessment Nurgiyantoro's (2009) fiction about character conflict and the theory of literary criticism development Indonesia Sukada (1993) on how the author presents character conflicts. Results The study concluded that the conflicts contained in the novel Pak Guru by Awang Surya is (1) internal conflict and external conflict. Internal conflict is a conflict that occurs in the heart, soul of a character or temporary story characters External conflict is a conflict that occurs between a character and something else outside himself, perhaps with the natural environment or perhaps the human environment. The internal conflict was experienced by the characters of Musa and Nasimah while the external conflict happened to the figure of Musa and the teachers of SDN, Musa and Mr. Sarkowi, Musa with Alfan, Musa with Bu Eni, Musa with Nasimah. (2) Author's way Presenting character conflicts analytically and dramatically. Analytics is the way The author describes the conflict of the characters in the story directly explaining the name characters and physical images while dramatic is in an indirect way, namely through conversations or dialogues described by characters when facing problem. The dominant character conflict expressed by the author is the character conflict analytically, because the author describes the story more provide direct explanations without dialogue. Then the author's way revealing character conflicts dramatically illustrated by dialogue directly between the characters contained in the novel Pak Guru by Awang Surya

    Pembangunan dan pendidikan masyarakat Islam

    No full text
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, buku ini dapat disiapkan. Buku ini adalah himpunan sebahagian daripada artikel yang telah dibentangkan di International Conference on Muslim Society and Thought (IC-MUST) pada 3-4 Oktober 2017 di Surabaya, Indonesia. Persidangan ini adalah anjuran bersama di antara Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel, Indonesia. Persidangan ini bertemakan “Masyarakat Muslim dan Globalisasi”. Perbincangan berkaitan isu pembangunan dan pendidikan masyarakat Islam adalah sesuatu yang berterusan sifatnya. Justeru saban waktu dan ketika umat Islam berdepan dengan pelbagai isu yang mencabar minda dan usaha umat Islam untuk memberi respon dalam bentuk yang terancang dan sistematik. Oleh itu, setiap isu dan permasalahan perlu digarap dan dianalisis terlebih dahulu dalam memahami kedudukannya yang sebenar. Ini bererti ilmumerupakan prasyaratutamadalam merungkai permasalahan umat Islam

    Analisis Konflik Tokoh dalam Novel Pak Guru Karya Awang Surya

    No full text
    Literary work as an imaginary, fiction that offers a variety of human and human problems, life and life. One form of literary work is novel. In Awang Surya's novel Pak Guru, there are various kinds of conflicts. Research problems: (1) How is the conflict between the characters in the novel Pak Guru by Awang Surya? (2) How do the authors present the character conflicts in the novel Pak Guru by Awang Surya? This study uses a qualitative approach with the type of library research and uses descriptive methods. The data source used is the novel Pak Guru by Awang Surya consisting of 48 chapters and 328 pages. Data collection techniques through hermenuetic techniques, namely read, note and summarize. In analyzing the data, it refers to various relevant theories, namely using the theory of Nurgiyantoro (2009 and 2013) about character conflict and using the theory of Sukada (1993) about how the author expresses character conflict. The results of the study concluded that the conflicts contained in the novel Pak Guru by Awang Surya were (1) internal conflict and external conflict. The internal conflicts experienced by the figures of Musa and Nasimah, the external conflicts occurred with the figures of Musa and SDN teachers, Musa and Pak Sarkowi, Musa with Alfan, Musa with Bu Eni, Musa with Nasimah. (2) The author's way of expressing character conflict in an analytical and dramatic manner.   Keywords: Literature, Conflict, Internal, External, Analytical, Dramati

    Pendekatan Islam Hadhari ke arah memperkasakan identiti Melayu-Muslim di Malaysia

    No full text
    Islam Hadhari is a concept which is proposed purposely to develop the society. The issue closely related with the Malays is the aspect of strengthening the idenity of Malay Muslims. In order to face current challenges there is the need for strong values among all Malaysians, especially the Malays. This article will discuss Islam and Malays in relation with the past and the post Islamic resurgence. Futhermore, it will discuss the Malay identity issue which is hotly debated among the Malay Muslims intellectuals. This follows with the discussion on the relationship between Islam Hadhari and the development of the current Malay society. This article concludes that the concept of Islam Hadhari must be strengthened in order to improve the understanding of Islam amongs all Malaysians
    corecore