1,720,980 research outputs found
Penerimaan masyarakat terhadap kursus sepanjang hayat di kolej komuniti Bentong 2016-2017
Penubuhan Kolej Komuniti di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk memperkasakan pendidikan berbentuk TVET di Malaysia. Di samping itu, matlamat penduanya adalah pelaksanaan kursus sepanjang hayat untuk komuniti setempat dan golongan sasaran. Keadaan ini sejajar dengan peningkatan dan permintaan kursus pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Kajian bermatlamat meneliti dan menganalisis penerimaan serta penglibatan komuniti dalam kursus PSH di Kolej Komuniti Bentong. Kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan. Data kajian diperolehi melalui fail sumber primer dalam rekod kursus PSH Kolej Komuniti Bentong. Data ini ditambah baik dari sumber sekunder berbentuk dapatan khidmat pelanggan dan laporan berkaitan dengan PSH di samping pemerhatian pengkaji ke atas peserta kursus. Kajian mendapati, penerimaan dan penglibatan komuniti dalam kursus berkaitan PSH meningkat serta relevan dikekalkan. Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara dalam data penglibatan peserta PSH berasaskan kaum di Kolej Komuniti Bentong. Kajian mengusulkan supaya kajian tinjauan dilakukan terus pada komuniti untuk meneliti persepsi terhadap kewujudan kolej komuniti terutama dari kalangan kaum Cina dan India. Usulan ini akan membawa pada dapatan faktor dan kaedah mempertingkatkan penyampaian kursus PSH terhadap kaum Cina dan India
Campur Tangan British Serta Sumbangan Ulama dalam Perjuangan Kemerdekaan di Johor
Kajian ini menelusuri sejarah campur tangan di Johor secara umum
semenjak 1800 hingga 1957. Tujuannya adalah untuk melihat latar sejarah
Johor dan meneroka peranan golongan ulama. Penerokaan ini bertitik
tolak dari kajian terdahulu yang cuma memberi fokus pada peranan
golongan kesultanan, elit, ulama dalam pendidikan dan sebagainya.
Walaupun topik kajian terdahulu menyentuh tentang peranan ulama, akan
tetapi penerokaan khusus dalam aspek campur tangan dan kemerdekaan
tidak disebut secara khusus. Justeru, penerokaan umum yang ditonjolkan
menerusi kajian ini dapat menjadi pentas untuk membuat penelitian
dengan lebih mendalam tentang ulama dan kemerdekaan di Johor. Kajian
ini bersifat kualititatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Data
dikumpul menerusi dokumen sumber primer yang terdiri dari rekod arkib.
Kajian ini dilaporkan secara induktif dengan mengambil kira kronologi
peristiwa tersebut. Kajian mendapati ulama terlibat bersama kerajaan
Johor dalam memberi reaksi atas dasar perundangan. Seterusnya, dalam
sistem sosial masyarakat, aspek keagamaan menjadi faktor pemangkin
kewujudan kegiatan berpersatuan serta penentangan menerusi kekerasan
dalam mendepani cabaran campur tangan di Johor. Selanjutnya, ulama
mempunyai peranan tersendiri demi menjayakan sambutan kemerdekaan
dalam negeri Johor antara 30 Ogos hingga 12 September 1957.
Persembahan data ini menujukan keperluan kajian mendalam dibuat
terhadap ulama dan kemerdekaan di Johor berdasarkan sumber primer
serta mengelakkan kebergantungan pada sumber sekunder semata-mata.
Kebergantungan yang wajar dielakkan khusus untuk peristiwa berkait
dengan penentangan kekerasan yang melibatkan unsur persilatan dan
tasawwuf
Model Warisan Ketatanegaraan Melayu Islam melalui Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk
Perlembagaan Terengganu 1911 ialah teks bertulis kedua yang disifatkan berada dalam konteks
ketatanegaraan di Tanah Melayu. Teks ini terhasil selepas penggubalan Perlembagaan Johor 1895.
Bagaimanapun, kelahiran teks ini ketika era campur tangan British di Terengganu menjadi asas
kepada keperluan kajian ini. Kedudukannya pada era tersebut menimbulkan persoalan, adakah ia
menetapi unsur Islam-Melayu yang telah sedia menjadi amalan di Alam Melayu? Oleh yang demikian,
kajian ini bertujuan untuk menilai kewujudan fasal dalam teks perlembagaan tersebut yang
berteraskan parameter ketatanegaraan Alam Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan
mengaplikasi reka bentuk kajian sejarah. Pengumpulan data dibuat melalui dokumen sumber
pertama, iaitu salinan teks bersama dengan interpretasi dokumen sekunder. Kajian dianalisis
dengan tatacara komparatif antara teks primer dengan parameter yang ditetapkan. Kajian
mendapati bahawa unsur Islam-Melayu sebagaimana dalam parameter tersebut jelas diadun dalam
teks. Selain itu, keberadaan ini menjadi pemangkin kepada kelangsungan warisan ketatanegaraan
Melayu. Justeru, kajian menyimpulkan keberadaan teks ini menongkah arus kehendak era campur
tangan British. Selain itu, kajian turut melihat keperluan untuk melakukan penelitian lanjutan
dalam setiap undang-undang tubuh kerajaan, seterusnya kepada penggubalan perlembagaan
berasaskan model warisan ketatanegaraan Islam-Melayu
Analisis Pemikiran KH. Fahmi Basya tentang Matematika Islam
The integration of mathematical concepts with Islamic values is very important to be applied as one way of character formation of the nation. KH Fahmi Basya began his research on the Qur'an since 1972 and summarized his research findings under the sub-field of Islamic mathematics in 1982. Through his discovery, the field of Islamic mathematics was one of the subjects of Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta in 2002 until this day. This study is a qualitative study that applies the content analysis design. Survey data through primary source of result of authorship of KH. Fahmi Basya, the book ‘Matematikaa Islam 1, Matematikaa Islam 2 dan Matematikaa Islam 3'. In addition, the data was also obtained by interviewing three key informants namely KH. Fahmi Basya, her manager and one field expert. The data was analyzed using a document analysis approach to the study material either primary or secondary. The results showed KH. Fahmi Basya’s thought in the field of Islamic mathematics among others with the creation of works in the form of scientific writing. His writings were full of ideas and thoughts among them in answering the phenomenon of numbers in Islam. In addition, in the form of humanitarian issues in the form of increased faith and confidence by learning Islamic mathematics. KH Fahmi Basya has a strong educational background in the field of mathematics, and added his love to the Qur'an. For that reason he is very concerned and creative to conduct research on the miracles of al-Qur'an through a mathematical approach. It could be concluded that Islamic Mathematics according to KH. Fahmi Basya’s thoughts are based on al-Qur’an and alSunnah
Source: https://ejournal.cyberdakwah.com/index.php/Islam-Universalia/article/view/10
Analysis on KH. Fahmi Basya's thought of Islamic mathematics
This article aims to explore the thoughts regarding Islamic Mathematics according to an Indonesian scholar named KH. Fahmi Basya. At the present, Islamic Mathematics is offered as one of the subjects at Islamic State University of Syarif Hidayatullah Jakarta since year 2002. This study is qualitative applying content analysis method and interviews. Data obtained from primary sources which three main works produced by this scholar namely Matematika Islam 1, Matematika Islam 2 dan Matematika Islam 3 as well as his other works. In addition, three key informants were interviewed who were KH. Fahmi Basya, his personal manager and one expert in Islamic Mathematics. Fahmi began doing research related to the Holy Qur'an since 1972 and summarized his intellectual discoveries and findings under the discipline of Islamic mathematics in 1982. He has a strong educational background in the field of mathematics as well as deep understanding and love in the Holy Qur'an. So that, he is very concerned and creative in conducting research on the miracles of the Qur'an through mathematical approach. It is found that his writings were full of ideas relating to the phenomenon of numbers in Islam. He also highlighted the significance of learning Islamic mathematics to increase faith and confidence of a Muslim in religion and life. His thoughts regarding Islamic Mathematics are consistent with the principles of the Holy Quran and the teachings of the Prophet. The integration of mathematical concepts with Islamic worldview is essential as a holistic approach to Muslim’s life in particular as well as human development and civilizational excellence in general
Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis
The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation
counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings
are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that
only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into
account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
- …
