135 research outputs found

    Penulisan Muhammad Uthman El-Muhammady dalam majalah Pengasuh (1961–2013)

    No full text
    Muhammad Uthman el-Muhammady merupakan seorang penulis prolifik yang banyak menyumbang dalam perkembangan pemikiran Islam di Malaysia. Karya-karya beliau lebih banyak dalam bentuk artikel ataupun kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar-seminar yang diadakan di Malaysia. Karya-karya ini dimuatkan dalam jurnal, buku prosiding, majalah dan seumpama dengannya. Artikel beliau sering juga dimuatkan dalam Majalah Pengasuh yang merupakan majalah diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Muhammad Uthman el-Muhammady merupakan antara penyumbang yang paling lama iaitu dari tahun 1961-2013 selama 52 tahun. Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan penulisan Muhammad Uthman dalam majalah Pengasuh (1961-2013). Pendekatan kualitatif akan digunakan dalam menganalisis karya-karya beliau dalam majalah ini. Hasil dari analisis dapat disimpulkan bahawa Muhammad Uthman el-Muhammady menepati dengan ciri-ciri seorang penulis prolifik yang sepertimana yang telah diberikan kepada beliau

    Muhammad Uthman El-Muhammady dalam Pemikiran Politik: Muhammad Uthman El-Muhammady in Political Thought

    No full text
    This article discusses about Muhammad Uthman El-Muhmamady’s thought which an observation of his philosophy in political thought is. His political thought can be expressed in three important components in namely as Nationhood, Partisan, Leadership and Administration. The discussion also focuses on the concept of democracy in Islam, sprit of asabiyyah and nationalism, and good governance from the Islamic perspective. Using a qualitative approach, this study is based on two methods of assessment, namely data collection and data analysis. In the data collection methods are used to collect data that has related to Politic’s El-Muhammady. In the process of data analysis, deductive methods are used to generate or collect information continuously to clarify the problems studied. The study found that El-Muhammady’s political thought influence by traditional philosophy Islamic Ahli Sunnah Wal-Jamaah. ABSTRAK Artikel ini membincangkan tentang pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady dalam konteks falsafah politiknya. Pemikiran politik beliau dapat di bahagikan kepada tiga komponen penting iaitu kenegaraan, kepartian, kepimpinan dan pentadbiran. Perbincangan juga akan terarah kepada konsep demokrasi secara Islam, kepentingan semangat Nasionalisme dan asabiyyah, serta good govenance dari kaca mata Islam. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan cara pengumpulan data dan analisis data. Dalam kaedah pengumpulan data, penulis mengumpulkan data-data yang mempunyai perkaitan dengan politik El-Muhammady. Kaedah deduktif turut diguna pakai untuk mengumpulkan maklumat bagi menjelaskan masalah yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran politik El-Muhammady sentiasa berpaksikan kepada aliran tradisional Ahli Sunnah Wal-Jamaah

    Kajian Pemikiran Dan Perjuangan Dakwah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

    No full text
    Muhammad Uthman El-Muhammady merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal di Malaysia mahupun Nusantara. Beliau memiliki pengaruh yang besar dalam perkembangan penyebaran dakwah dan intelektual. Kepentingan pengaruhnya dapat dirasakan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat Islam di rantau ini menerusi hasil makalah-makalah beliau selain peranan aktifnya dalam penyebaran dakwah serta ilmu sepanjang hayatnya. Justeru, sumbangan dari aspek pemikiran dan perjuangan beliau telah menjadi fokus utama dalam kajian ini. Metode analisis deskriptif akan digunakan dalam kajian ini yang mana penulis akan merujuk serta menganalisis pemikiran „Uthman El-Muhammady berdasarkan tulisan beliau dalam makalah-makalah dan buku-buku yang ditulis oleh beliau serta transkripsi ucapan beliau daripada sumber audio visual

    Pendakwah kampung Muhammad Uthman El-Muhammady dalam pemikiran politik

    No full text
    Artikel ini membincangkan tentang pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady dalam konteks falsafah politiknya. Pemikiran politik beliau dapat di bahagikan kepada tiga komponen penting iaitu kenegaraan, kepartian dan kepimpinan dan pentadbiran. Pemikiran politik El-Muhammady banyak dipengaruhi oleh idealisme ulama klasik Ahli Sunah Wal-Jemaah seperti imam al-Ghazali dan al-Mawardi. Artikel ini menggunakan metod kajian perpustakaan. Perbincangan terarah kepada konsep demokrasi secara Islam, kepentingan semangat Nasionalisme dan asabiyyah, serta good govenance dari kaca mata Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan gabungan dan huraian El-Muhammady berkenaan, ketiga-tiga komponen tersebut telah menunjukkan bahawa pemikiran politik beliau banyak di pengaruhi oleh ulama klasik dan tradisional Ahli Sunnah Wal-Jamaah seperti Imam al-Ghazali dan al-Mawardi

    Analisis Biografi Muhammad Uthman El-Muhammady dari perspektif teori Ekologi Brofenbrenner

    No full text
    Muhammad Uthman el-Muhammady dikenali sebagai tokoh pemikir di Malaysia. Latar belakang kehidupannya dipenuhi dengan kepelbagaian rona kehidupan yang berlatar belakang akademia. Pemikirannya banyak mengetengahkan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau juga lantang menentang pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sehinggakan beliau dianggap sebagai seorang yang ekstrem. Keperibadiannya menjadi pesona dalam dunia pemikiran di Malaysia melalui kepetahannya berbahasa Inggeris dan berhujah. Kajian ini didasari oleh Teori Ekologi. Biografi Muhammad Uthman el-Muhammady dari perspektif teori ekologi yang dipelopori oleh Urie Bronfenbrenner (1979, 1986) menunjukkan pembentukan personaliti dan sahsiah tokoh terulung ini bermula di peringkat mikrosistem. Hasil kajian menunjukkan bagaimana latarbelakang kehidupan Muhammad Uthman el-Muhammady yang dididik oleh arwah ayahnya dalam mengutamakan ilmu sedari kecil telah membentuk keperibadiannya sehinggakan menjadikan beliau seorang tokoh semasa yang disanjungi masyarakat kerana ketinggian ilmunya. Corak kehidupannya patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat dalam membentuk dan mewujudkan satu personaliti yang istimewa

    Peradaban Islam Muhammad Uthman Elmuhammady (1943-2013)

    No full text
    Muhammad Uthman el-Muhammady antara tokoh pemikir yang terkenal di Malaysia. Beliau dikenali sebagai tokoh prolifik kerana penghasilan karya penulisan pelbagai tema. Peradaban Islam merupakan salah satu tema karya penulisan beliau. Wacana peradaban Islam yang dikemukakan oleh beliau adalah kupasan daripada pemikiran Ibn Khaldun. Bagi Muhammad Uthman el-Muhammady, wacana pemikiran Ibn Khaldun amat penting dalam melestarikan identiti ketamadunan, kerohanian dan intelektual masyarakat Islam apabila berdepan dengan isu-isu intelektual, budaya dan ketamadunan. Kajian ini mencirikan peradaban Islam menurut pandangan Muhammad Uthman el-Muhammady. Hasil kajian menunjukkan, Muhammad Uthman el-Muhammady mencirikan tamadun Islam dengan aspek akidah, ibadat, etika dan syariat

    Muhammad Uthman El-Muhammady: Analisis Biografi dalam Konteks Teori Pemikiran-Sosial

    No full text
    Muhammad Uthman el-Muhammady adalah seorang tokoh pemikir dan pendakwah Islam yang disegani di Malaysia. Latar sejarah dan keperibadian beliau dipenuhi dengan pelbagai pengalaman kehidupan yang berasaskan dunia akademik. Pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh ajaran ahli Sunnah wal-Jamaah. El-Muhammady lantang memperjuangkan dan menentang sebarang aliran pemikiran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah, sehingga ada yang menganggap beliau sebagai individu yang ekstrem dalam perjuangannya. Keperibadiannya mencuri perhatian dalam dunia pemikiran Islam di Malaysia melalui penguasaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris, baik dalam penulisan mahupun ketika berhujah. Penyelidikan ini akan berlandaskan Teori Ekologi, Teori Persekitaran Sosial dan Teori Sosial. Biografi Muhammad Uthman El-Muhammady akan dianalisis menggunakan teori-teori pemikiran ini untuk memahami pembentukkan sahsiah dan personaliti beliau dari peringkat awal hingga akhir perjuangannya. Hasil penyelidikan menunjukkan bagaimana latar sejarah Muhammad Uthman El-Muhammady yang diasuh oleh arwah ayahandanya dengan penekanan terhadap ilmu, memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadiannya sebagai tokoh yang disanjung oleh masyarkat kerana ketinggian ilmunya. Corak pemikiran dan kehidupan el-Muhammady wajar dijadikan rujukan oleh masyarakat dalam usaha membentuk dan melahirkan personaliti yang unggul

    Konsep sastera Islam oleh Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman El-Muhammady: satu perbandingan (The concept of Islamic Literature by Muhammad Qutb and Muhammad Uthman El-Muhammady: a Comparative study)

    No full text
    Persoalan tentang gagasan sastera Islam di dunia Arab telah dimulakan oleh beberapa tokoh ilmuan, antaranya Muhammad Qutb. Perbahasan Muhammad Qutb ini secara tidak langsung telah tempias ke dunia Islam, termasuk di Malaysia. Antara ulama Malaysia yang menyahut seruan Muhammad Qutb dalam membincangkan persoalan ini ialah Muhammad Uthman el-Muhammady melalui “Gagasan Sastera Melayu Islami”. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan membincangkan konsep dan gagasan sastera Islam yang dikemukakan oleh Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman el-Muhammady. Selain itu, objektif artikel ini untuk melihat perbandingan idea sastera Islam antara kedua-dua tokoh. Reka bentuk kajian ini ialah kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Perbandingan difokuskan terhadap pemikiran Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman el-Muhammady tentang konsep sastera Islam. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua tokoh berusaha untuk menjelaskan konsep dan gagasan sastera Islam berdasarkan perspektif dan kepakaran masing-masing. Walaupun berasal daripada dunia yang berbeza, kedua-dua tokoh secara umumnya bersetuju rujukan sastera Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, wujud titik pertembungan antara kedua-dua tokoh berkenaan lantaran beberapa faktor

    Muhammad Uthman El-Muhammady: analisis sumbangannya dalam penulisan

    No full text
    Artikel ini mengkaji biodata Muhammad Uthman El-Muhammady. Ia menyelusuri fasa-fasa sejarah kehidupan beliau yang merangkumi perjalanan ilmu, dan kerjaya. Kaedah dokumentasi dan kaedah temubual diaplikasikan untuk mengutip data-data penulisan tokoh dan pengumpulan data-data latarbelakang tokoh. Data-data tersebut dianalisa menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif serta analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa sumbangan penulisan beliau adalah signifikan dalam bidang agama dan pemikiran. Walaupun kajian ini berbentuk kualitatif namun berjaya menghasilkan data-data kuantitatif yang dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan carta. Kesimpulannya, sumbangan beliau membuktikan bahawa tradisi ulama yang meninggalkan karya-karya ilmiah masih diwarisi sehingga abad ke 21

    Pluralisme agama daripada pemikiran Muhammad Uthman Elmuhammady

    No full text
    Pluralisme yang membawa maksud kepelbagaian agama diterima secara baik, namun apabila perkataan ini digabungkan dengan agama dan membawa maksud menyamaratakan semua agama atau membawa kepada kecenderungan untuk menyatukan kebenaran agama, perkara tersebut menjadi kontroversi. Terdapat dua masalah utama yang dilihat iaitu kekeliruan terhadap definisi pluralisme agama dan pelbagai pendekatan berbeza menghadapi pluralisme agama. Para sarjana berbeza pendapat mengenai konsep pluralisme agama dan pendekatannya termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady. Kajian ini mengkaji pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady tentang pluralisme agama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis sumber penulisan Muhammad Uthman El-Muhammady yang berkaitan dengan pluralisme agama, antaranya ialah risalah Pemikiran Mohammed Arkoun dalam konteks ahli sunnah wal jamaah: Satu pengamatan awal (2011), Falsafah agama John Hick: pengamatan dari perspektif ajaran ahli sunnah wal-Jamaah (2012) dan Al-Firqah al-Najiyah: Epistemologi aqidah golongan yang berjaya (2017). Hasil kajian menunjukkan Muhammad Uthman El-Muhammady mendefinisikan pluralisme dengan maksud ruang awam di mana para penganut agama bertemu dan berhubung serta mengadakan interaksi pelbagai untuk saling memahami antara satu sama lain, manakala pluralisme agama pula ialah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga
    corecore