28 research outputs found
Kajian jentera pentadbiran Dewan Undangan Negeri Sarawak / Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin and Nor Suziwana Tahir
Kajian ini adalah berkenaan dengan Jentera Pentadbiran Dewan Undangan Negeri Sarawak daripada aspek Legislatif. la adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai keunikan sistem pentadbiran yang terdapat di Sarawak. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan merupakan satu bentuk pemerintahan yang diamalkan di Sarawak. Konsep asas serta jenis-jenis demokrasi diperbincangkan dengan lebih lanjut dalam laporan ini termasuk prasyarat dan perlaksanaannya. Sejarah Dewan Undangan Negeri Sarawak turut memaparkan keadaan sebelum kemerdekaan ketika di bawah jajahan Brooke dan Koloni Inggeris dan juga keadaan selepas kemerdekaan. Dengan pengamalan sistem demokrasi, pilihanraya dan perwakiIan di Sarawak turut di perbincangkan dengan lebih lengkap
Sultan Mahmud Badaruddin II, Wira Masyarakat Palembang
Makalah ini bertujuan membincangkan kejayaan Sultan Mahmud Badaruddin II dalam teks Syair Perang Menteng dalam mempertahankan Palembang daripada dikuasai oleh Belanda. Kejayaan yang diperolehi oleh beliau dalam peperangan ini mewajarkan beliau dinobatkan sebagai wira masyarakat Palembang. Bagi memperdalamkan perbincangan berkaitan keperwiraan Sultan Mahmud Badaruddin II, makalah ini bersandarkan kepada teori wira yang diperkenalkan oleh Bowra.C (1966). Bowra meletakkan empat ciri yang harus ada pada seorang wira. Pertama wira haruslah mempunyai kekuatan fizikal yang berbeza dengan manusia di sekitarnya. Kedua, kelahiran wira dengan berlakunya peristiwa aneh. Ketiga, seorang wira harus terlibat dengan peperangan dan keempat ialah keelokan fizikal seperti rupa paras. Selain itu, konsep wira yang diutarakan oleh Shaharuddin Maaruf (2014) juga diselitkan bersama. Berdasarkan empat ciri wira yang dikemukakan oleh Bowra hanya tiga ciri sahaja yang bersesuaian dengan makalah ini iaiatu wira haruslah mempunyai kekuatan fizikal, kedua terlibat secara fizikal di medan peperangan dan yang terakhir ialah keelokan fizikal iaitu rupa paras. Berdasarkan analisis dilakukan membuktikan bahawa Sultan Mahmud Badaruddin II wajar di angkat sebagai wira masyarakat Palembang berdasarkan pencapaian dan kejayaan yang diperoleh
Keberkesanan perlaksanaan program latihan khidmat negara di Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak / Shaharuddin Badaruddin … [et al.]
Menyedari berlakunya masalah kekurangan semangat patriotik dan berlakunya gejala sosial yang semakin berkembang di kalangan remaja, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatjf untuk memperkenalkan satu Program Khidmat Negara terutamanya kepada golongan remaja yang berumur 18 tahun. Untuk itu kerajaan telah meluluskan satu Akta Khidmat Sosial Negara 2003 yang kemudiannya dilaksanakan melalui Program Latihan Khidmat Negara
Persaingan merebut jalan tengah dan aksi politik Parti-Parti Politik Islam dan Pertubuhan Sukarela Islam Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008 / Mohammad Redzuan Othman and Shaharuddin Badaruddin
Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 telah menukar lanskap politik Malaysia. Buat pertama kalinya dalam sejarah, parti politik Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun telah kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen dan juga kehilangan beberapa negeri. Antara sebab yang paling utama ialah kejayaan parti pembangkang untuk mendapatkan undi daripada masyarakat bukan Islam dan juga kejayaannya membentuk satu pakatan untuk menjadi kerajaan alternatif kepada pemerintahan yang sedia ada, selain daripada isu-isu tadbir urus yang menjatuhkan kredibiliti parti pemerintah.
Sejarah politik Malaysia memang banyak bergantung kepada bagaimana parti politik boleh mempengaruhi kelompok masyarakat Melayu Islam yang menjadi majoriti masyarakat di Malaysia, diimbangi dengan sokongan daripada masyarakat bukan Islam. Sokongan daripada kedua kelompok inilah yang menjadi teras kepada kejayaan BN sejak tahun 1957. Selain daripada itu dalam konteks politik Islam, ianya dipenuhi dengan persaingan antara parti politik UMNO sebagai parti komponen terkuat BN dan PAS sebagai pembangkang utama. Kejayaan UMNO adalah kerana imejnya yang sederhana dalam mempertahankan Islam dan juga berjaya melabelkan PAS sebagai ekstrimis dan fundamentalis.
Namun persaingan politik yang berlaku semenjak tahun 2004 telah membawa haluan yang berbeza. BN dengan dasar-dasarnya yang berkait rapat dengan isu Melayu dan Islam telah mula kehilangan pengaruh di kalangan kelompok bukan Islam, sementara parti politik dalam Pakatan Rakyat telah berjaya meraih sokongan bukan Islam apabila berjaya mengemukakan dasar terbukanya. Perubahan ini berlaku terutamanya kepada PAS yang mula bersifat terbuka terutamanya atas isu wanita dan bukan Islam. Kesannya dapat dilihat daripada tren pengundian penyokong masyarakat bukan Islam yang boleh menerima dan mengundi calon-calon PAS.
∗Tren sebegini berterusan terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 apabila timbulnya beberapa isu yang sebelumnya dianggap sensitif tetapi telah berjaya ditangani secara baik oleh parti pembangkang. Isu-isu seperti Hak Istimewa Orang Melayu, isu babi, isu perpaduan Melayu, isu tauliah agama di Selangor dan yang terakhirnya isu Kalimah Allah telah menjadi perdebatan yang hebat terutamanya polemik antara BN dan Pakatan Rakyat dan juga di kalangan Badan bukan kerajaan (NGO). Pandangan tentang universal Islam yang berteraskan kepada pandangan ulama antarabangsa daripada Timur Tengah seperti Yusof Qaradhawi dan Wahba Zuhaili yang dibawa oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan bertentangan dengan Islam lokal pandangan Syed Naquib al-Attas dan Siddiq Fadhil. Kertas kerja ini akan cuba menumpukan kepada isu-isu tersebut terutamanya selepas PRU ke-12 dan penekanannya akan diberikan kepada isu kalimah Allah dan perdebatan yang melingkariny
The largest contributors, the least beneficiaries: the outcome of the 12th Malaysia General Election for the state of Sarawak / Shaharuddin Badaruddin and Suseela Devi Chandran
12th Malaysian Election 2008 has given a new perspective in Malaysian politics. The achievement of the opposition party in denying two-third majority of the ruling party, the Barisan Nasional (National Front) in the Malaysian parliament has open up the new dimensions in the Malaysian political system. Among the outstanding states that helped the National Front (Barisan Nasional) to maintain the federal government were Sabah and Sarawak. Sabah and Sarawak can be considered as the biggest cash depositors in providing enough seats for the Barisan Nasional to control the federal government. Knowing well that Sabah and Sarawak states had ‘saved’ the National Front from possibly the first ever defeat since independence in 1957, the federal government is very much indebted to these two states. Using this opportunity, these two states have ‘demanded’ more attention from the federal government. The most important issues for these two states have always been the issue of development. However, the outcome is far from expectation. Winning 31 out of 32 seats does not give Sarawak the advantage in getting more post in the cabinet in compare to other states. This paper will provide a great deal of discussions on the issues that arises after the 12th General Election and the possibilities of political maneuvering in the near future
Urban voters’ preference of issues in the general election: case study of Shah Alam parliamentary / Irwana Nooridayu Muhamad Hakimi and Shaharuddin Badaruddin
Elections are important national events. It can also be regarded as the most critical contest at the national level and in the electoral system for every country. Currently, Malaysia is moving towards the 13th General Election which will be held in the year 2012. Elections after the Independence were held for 12 times from 1959 until 2008. From Independent Day in 1957, Selangor has been one of the strongholds for Barisan Nasional (BN) except in the 1969’s election. It was when The Alliance (known as Barisan Nasional today) held only 14 out of 24 seats in Selangor. Unfortunately for the first time during 12th General Election in 2008, Barisan Nasional (BN) was not able to continue their good performance since they only won 5 from 22 parliamentary seats in Selangor. This has caused a negative impact on Barisan Nasional (BN) at the State Legislative Assembly level because it only won 20 from 56 seats. In the 2008’s General Election, history was created in Selangor when Barisan Nasional (BN) was defeated by the opposition parties. Abdul Aziz B. Shamsuddin who represented Barisan Nasional in Shah Alam parliamentary area lost to Khalid B. Abd Samad who belonged to Parti Islam SeMalaysia (PAS). A study by Adam & Ferber (1980), finds that the voting trend of one particular area has a strong influence the on the effectiveness of issues delivered by a political party to the voters. Campbell et al. (1960) agree that political parties, current political issues and the candidate that are up for the election are the central factors that determine citizens’ vote choices. Therefore, this paper intends to determine the factor that influence Malay urban voters’ preference in an election from perspective of issues that happening around the people in Shah Alam parliamentary area. The areas are Kota Anggerik (N40) and Batu Tiga (N41) and the focus is on Malay urban voters. In collecting data process, cross-sectional survey to test the hypotheses and questionnaires been distributed to 324 Malay urban voters in Shah Alam
Penilaian tren pengundi-pengundi Melayu/Melanau Muslim dalam Pilihanraya Sarawak 2001 / Prof Madya Shaharuddin Badaruddin ... [et al.]
Tahap awal perkembangan parti politik di Sarawak pada tahun 1960an telah menunjukkan tanda positif kepada perkembangan parti politik yang berbilang kaum. Penubuhan beberapa buah parti politik awal memperlihatkan kelahiran beberapa parti berbilang kaum yang berupaya mendapat sokongan besar. Ini diperlihatkan dengan mengamati tren pengundi Melayu / Melanau Muslim dalam Pilihanraya Sarawak 2001. Pelbagai isu telah dibangkitkan termasuklah isu perkauman dan beberapa isu yang turut dibangkitkan oleh parti pembangkang yang turut bertanding dan seterusnya mewamai senario politik di Sarawak pada tahun 2001. Penganalisis poitik Sarawak telah berpendapat bahawa terdapat voting shift di kalangan pengundi Melayu / Melanau Muslim dengan menunjukkan perbandingan di beberapa kawasan pilihanraya
The largest contributors, the least beneficiaries: the outcome of the 12th Malaysia General Election for the State of Sarawak
The line-of-balance programme on repetitive works: case study / Shaharuddin Abdul Samad
As if repetitive works might be construction of a housing project in manufacturing of computer components' products and such that has identical unit, one powerful technique had being developed. This technique is known as line-of-balance method and can applied in various fields with repetitive works such been mentioned above. To fulfil the requirement for the degree of Bachelor in Engineering with Hons (Civil), thus the author will only emphasise on the construction industries. Undoubted, in construction industries , there are many repetitive works involve such as residential housing project construction of prestressed beam, delivery of materials from plant to the site, construction of high rise building et cetera. Living in technology of information era now, everything is just on our fingers' tip, thanks to the computer and its software that available anywhere. In making the repetitive works done with more efficiently, effectively and reduce time cost, a computer programme has been developed based on the Line-of-Balance Method. The programme is developed interactively, as the user will feel conveniently to use it The user is then being asked to open two files to restore all the data. Eventually, the output will then can be used for analysing, controlling and lastly can make comparison between the developed programme and progress of the project on the site
