73 research outputs found
Tanda-tanda \u27malam\u27 dalam Qasidah Imri\u27 Al-Qays dan persepsi pelajar Melayu tentangnya
Puisi dalam kesusasteraan Arab merupakan karya yang merujuk kepada satu ungkapan yang mempunyai \u27wazn\u27 (irama bermeter) dan \u27qafiyah\u27 (berima) yang mempunyai makna. Keindahan puisi pula terletak pada penyampaiannya yang bertentangan dengan gaya ungkapan seharian. Hal ini terletak pada keupayaan penyair dalam menginterpretasikan khayalannya dalam menyampaikan idea dengan menggunakan kata-kata puitis. Oleh yang demikian, bait-bait puisi Imri\u27 al-Qays yang berkisar tentang malam dianalisis untuk kajian ini bagi melihat ungkapan yang digunakan dalam menyampaikan maksud penyair kepada khalayak. Pendekatan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis maklumat yang terkandung dalam pelbagai sumber yang berkaitan bait-bait puisi Imri\u27 al-Qays tentang malam. Pendekatan semiotik pula untuk menganalisis tanda-tanda yang terdapat dalam bait-bait puisi Imri\u27 al-Qays yang berkisar tentang malam. Analisis teks dijalankan dengan mencari dan menilai tanda-tanda yang digunakan melalui ikon, indeks dan simbol. Bait-bait puisi Imri\u27 al-Qays yang berkisar tentang malam ini menggunakan tanda-tanda dalam menyampaikan maksud kegelisahannya dengan malam yang dirasakannya panjang. Beliau menggunakan perkataan-perkataan seperti \u27tirai-tirai yang diturunkan\u27 dan \u27bintang kejora\u27 sebagai tanda untuk menggambarkan keadaan malamnya. Pemilihan kata-kata dalam gugusan bait-bait ini dipengaruhi oleh persekitaran padang pasir yang didiami oleh penyair. Hal ini dapat diteliti melalui gambaran penyair tentang malamnya dengan unta betina, juga keadaan bintang yang tidak bergerak dengan khemah yang terikat kukuh. Dalam kajian ini, didapati bahawa kebanyakan pelajar berpendapat bahawa teks tersebut sukar difahami dan perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu semasa P&P. Oleh itu, responden tidak mengetahui tanda-tanda yang digunakan kerana kesukaran untuk memahami teks tersebut. Majoriti responden bersetuju bahawa teks tersebut membantu untuk mengenal penggunaan tatabahasa yang betul, mengenal gaya bahasa retorik dan menambahkan perbendaharaan kata. Kebanyakan responden juga berpendirian bahawa teks tersebut sesuai untuk menjadi bahan pengajaran teks sastera Arab bagi pelajar Melayu
Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan merupakan pancaran pemikiran yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa, sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Kesusasteraan Melayu mendapat pengaruh daripada bahasa dan kesusasteraan Arab dengan kedatangan pedagang Arab di Tanah Melayu.Hal ini membawa kepada lahirnya karya puisi Melayu kesan daripada tradisi sastera Arab. Bertitik tolak dengan keakraban bahasa Arab dengan bangsa Melayu, maka kajian ini dijalankan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian. Pendekatan perbandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konseppuisitradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu.Kajian ini mendapati bahawaterdapat persamaan yang ketara antara puisi Arab dengan puisi Melayu pada penggunaan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan mengandungi unsur imaginasidan muzik. Bait dalam bentuk mashtur dan manhuk dalam puisi tradisional Arab menyerupai puisi tradisional Melayu yang dizahirkan dengan satu-satu baris. Dari sudut lain, setiap bait puisi tradisional Arab diakhiri dengan rima yang sama, manakala puisi tradisional Melayu tidak disyaratkan agar setiap bait diakhiri dengan rima yang sama. Bait puisi tradisional Arab biasanya dibentuk dengan dua shatr, tetapi puisi tradisional Melayu biasanya dihasilkan dengan satu-satu baris. Setiap bait dalam puisi tradisional Arab mendukung satu makna yang lengkap, manakalapantun dalam puisi tradisional Melayu memerlukan satu rangkap untuk membawa satu makna
Urutan pemerolehan Al-ḍamīr dalam ayat nominatif bahasa Arab dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi / Ummi Syarah Ismail, Nazri Atoh and Abdul Basir Awang
Al-ḍamīr in the nominative sentence of Arabic language is very important in learning its grammar. Al-ḍamīr and nominative sentences are learned in the early stage as the basic level in learning Arabic language. The aim of this study is to identify the sequence of al-ḍamīr and its acquisition in Arabic nominative sentences based on the category of munfaṣil and muttaṣil and also to identify the sequences of al-ḍamīr acquisition from the number of mufrad, muthannā and jamak aspects. The meaning of this sequence is the sequence of al-ḍamīr in highly used to rarely used. The highly used means that it is easy to use while the rarely used means it is difficult to use. This study uses descriptive analysis design with IBM SPSS statistic software. Test sentences were given to 183 students who took Arabic 3 at UiTM Perlis using a purposive sampling. The findings showed that there are highly used and rarely used al-ḍamīr acquisition sequences of students. Based on this acquisition order, students are more easy to use ḍamā‘ir raf' munfaṣilat in the construction of nominative compared to ḍamāīr jar muttaṣilat and ḍamā‘ir naṣb muttaṣilat. While in the numbers aspect, students feel easie
Analisis ungkapan perbandingan dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah
Kajian ini dijalankan untuk meneliti ungkapan perbandingan yang digunakan dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah. Kajian ini turut menganalisis persamaan dan perbezaan ungkapan perbandingan yang terdapat dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah. Ungkapan perbandingan dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan bahasa secara bandingan dengan membandingkan antara dua perkara yang berbeza pada hakikatnya, tetapi mempunyai persamaan yang tertentu. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian daripada pelbagai sumber. Pendekatan perbandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan ungkapan perbandingan yang terdapat dalam Diwan Abi Tammamdan Syair Siti Zubaidah. Terdapat persamaan fungsi antara ungkapan perbandingan dalam Diwan Abi Tammam dengan Syair Siti Zubaidah, tetapi istilah yang digunakan berbeza. Selain itu, pembahagian ungkapan perbandingan dalam Diwan Abi Tammam adalah pelbagai. Walau bagaimanapun, ungkapan perbandingan dalam Syair Siti Zubaidah adalah sebaliknya
Simile sebagai kesantunan berbahasa dalam Syair Siti Zubaidah
Masyarakat Melayu terkenal dengan budaya ketimuran. Masyarakat ini menyampaikan sesuatu makna dengan cara berkias bersesuaian dengan kesantunan mereka dalam berbahasa. Antara cara masyarakat ini menyampaikan makna adalah dengan menggunakan gaya bahasa simile. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan semiotik untuk menganalisis gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah. Analisis mendapati bahawa gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah menggunakan perkataan dan tanda yang mempunyai hubungan dengan persekitaran masyarakat ini. Selain itu, ungkapan yang mengandungi gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah merupakan contoh kesantunan dalam berbahasa kerana pemilihan kata yang bersesuaian dengan makna dan keadaan
Analisis Puisi Mahmud Darwish Dan Taufiq Ismail Berdasarkan Pendekatan Strukturalisme Genetik
Puisi Mahmoud Darwish dan puisi Taufiq Ismail menggambarkan tentang patriotisme yang berhubungkait dengan kepribadian dan keadaan sosial. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti unsur dalaman dan luaran puisi Mahmoud Darwish dan Taufiq Ismail. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan unsur dalaman dan luaran antara puisi Mahmoud Darwish dan Taufiq Ismail. Dalam kajian ini tiga puisi Mahmoud Darwish (Bithoqotun Huwiyyah, Ila Ummy dan ‘An Insaan) dan tiga puisi Taufiq Ismail (12 Mei 1998, Malu Aku Jadi Orang Indonesia dan Bayi Lahir Bulan Mei 1998) dipilih untuk dianalisis. Kajian ini menggunakan teori Strukturalisme Genetik Lucian Goldman dengan pendekatan analisis deskriptif. Kajian mendapati bahawa unsur dalaman yang terdapat dalam puisi adalah diksi, imaji, gaya bahasa, tajuk, rasa dan amanat. Unsur luaran bagi puisi-puisi tersebut adalah kehidupan sosial pengarang. Persamaan unsur dalaman dan luaran dalam teks puisi Mahmoud Darwish dan Taufik Ismail; iaitu tajuk, diksi (gaya bahasa) dan kedua-dua penyair mengalami peristiwa yang sama dalam hidup, iaitu kepayahan dalam memperjuangkan kebenaran. Perbezaan unsur dalaman antara kedua-dua penyair adalah Mahmoud Darwish tidak mengikuti konsep puisi tradisional Arab, satu puisi Taufiq Ismail pula mengikuti konsep puisi lama Indonesia. Kajian ini dapat membuka jalan baharu bagi kajian bandingan sastra Arab dan sastera Indonesia, juga dapat dijadikan sebagai bahan perbandingan untuk mengkaji karya sastera yang lain dengan menggunakan teori Strukturalisme Genetik
A Review On Agile Decision Making In Crisis Management
Agility in decision making has a potential to resolve crisis management; therefore a specific agile decision making technique should be implemented in crisis management. Crisis management requires the agility in decision making in order to resolve the crisis. The decision made has to be flexible enough so that the solution can be delivered on time. In having the decision, there are people that will contribute some suggestion, opinion, experience or knowledge. The virtual knowledge sharing is the vital part on delivering the agile decision making. This paper reviews such methods on agile decision making towards crisis management and the relation with virtual knowledge sharing
Asuhan Kebidanan Pada Masa Kehamilan, Persalinan, Nifas, Bbl, Kb Dan Gambaran Pengetahuan Kehamilan Pada Ny. K Di Klinik Pratama Kita Kecamatan Berastagi Kab. Karo Tahun 2022
High maternal and infant mortality rates are a major health problem in Indonesia. The author contributes by providing comprehensive midwifery care for pregnancy, maternity, postpartum, newborns, and family planning to promote better health. The author has provided direct midwifery care and has real experience. An observational case study was conducted at the Pratama Kita Clinic, Kec. Berastagi from February to June 2016. to provide comprehensive care to Mrs. K, who is 36 years old, experienced pregnancy, childbirth, postpartum, newborn and caesarean section. Interviews, observations, examinations and documentation are used to collect data. Case study analysis is used to transform data into easy-to-understand information. After Mrs. K started pregnant in the third trimester, the author implemented and provided comprehensive midwifery care.
 
Inovasi dan kreativiti dalam rekabentuk buku teks sekolah menengah: aplikasi pendekatan Interpretive Structural Modeling (ISM)
Malaysia Education Blueprint 2013-2025 is the transformation of educational system to equip the individuals holistically, with the competitive, quality and integrated manner through the world-class education system. In order to improve the efficiency and effectiveness of learning resources as outlined in the 2013-2025 Blueprint, the textbooks for secondary school should also be transformed in terms of quality, design and content organization.The implementation of innovation and creativity in the secondary school textbooks design are influenced by a number of indicators. Thus, in this paper, various indicators that influence innovation and creativity in the textbooks were identified from literature review and expert opinions. Interpretive Approach of Structural Modeling (ISM) was utilized to develop a structural relationship between different indicators in order to achieve innovation and creativity context in Malaysian secondary school textbook design. A total of 112 experts from all over Malaysia were involved in the development of the innovation and creativity design model for the secondary school textbooks via Interpretive Structural Modeling (ISM) approach. The findings of this study will provide the textbook author with a new design approach to develop the secondary school text book based on priorities
- …
