40 research outputs found

    Sanad Qiraat dan Hadis: analisa terhadap proses pengijazahan

    No full text
    Quran merupakan kalam Allah SWT yang diwariskan kepada kita melalui cara periwayatan yang mutawatir daripada Nabi SAW. Tidak terdapat satu huruf atau perkataan pun di dalam Quran yang ditetapkan melalui ijtihad melainkan kesemuanya diriwayatkan dengan sanad yang sahih dan mutawatir sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT dan diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril AS. Berlainan halnya dengan hadis Nabi SAW, selain lafaznya bukan daripada Allah SWT, bilangan hadis yang bertaraf mutawatir juga adalah sedikit. Ini adalah kerana beberapa faktor, antaranya fokus umat Islam pada zaman awal Islam adalah pada pemeliharaan Quran serta kerana membacanya mendapat pahala. Disebabkan ini ramai orang menumpukan perhatian kepada Quran. Hadis diriwayatkan melalui sanad dan Quran juga diriwayatkan melalui sanad. Namun terdapat perbezaan dalam beberapa sudut periwayatan di antara kedua-duanya. Antara kesan perbezaan tersebut terdapat sebahagian qurra\u27 yang dikritik kredibiliti mereka dalam periwayatan hadis seperti Imam \u27Asim, Imam al-Bazzi dan Imam Hafs. Mereka dikatakan tidak diterima periwayatan hadis mereka. Jika mengikut neraca bidang hadis, bagaimana bacaan Quran yang diriwayatkan oleh mereka akan diterima? Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di hati sebahagian umat Islam. Perkara ini boleh menyebabkan keraguan kepada keabsahan periwayatan qiraat al-Quran, seterusnya membawa kepada keraguan terhadap Quran itu sendiri. Untuk menjawab kepada persoalan ini, artikel ini bertujuan membincangkan perbezaan pengijazahan sanad di antara ilmu qiraat dan ilmu hadis serta membincangkan perbezaan penilaian kredibiliti seseorang perawi atau imam di dalam kedua-dua ilmu tersebut

    [Writing Style and Intensity of Classic and Contemporary Scholars in Quranic Sanad Knowledge Writing] Gaya Penulisan dan Kesungguhan Ulama Klasik dan Kontemporari Terhadap Ilmu Sanad Al-Qur’Än

    No full text
    Abstract It is well known that the Quranic sanad is one of the three main conditions in accepting the authentic of Quranic recitations (also known as qirÄ’Ät). In the beginning, the Quranic sanad was recorded on a piece of paper as an important document confirming that one had finished reading the Qur’Än in front of the teacher and had completed all knowledge related to qirÄ’Ät. The writings relating to Quranic sanad have evolved with the birth of Quranic figures such as MakkÄ« bin AbÄ« Talib (d. 437h) the author of al-Tabá¹£irah, al-Dhahabiy (d. 748H) who produced the work of Ma'rifah al-QurrÄ’ al-KibÄr, Ibn al-Jazariy (d. 833H) through the work of GhÄyah al-NihÄyah fÄ« ṬabaqÄt al-QurrÄ’ and al-Nashr fÄ« al-QirÄ’Ät al-‘Ashr and more. The objective of this study is to study the writing style of former scholars in works related to the Quranic sanad. In addition, the study also focuses on the writings of contemporary scholars in this field such as the book of ItḥÄf al-ZamÄn bi AsÄnÄ«d Ahl al-Qur’Än by Dr. IlyÄs al-BarmÄwiy and the book of al-SalÄsil al-Dhahabiyyah bi al-AsÄnÄ«d al-Nashriyyah by Dr. AimÄn Rushdiy Suwayd who reviews the Quranic sanad in a structured and critical manner. This study will be conducted through descriptive qualitative methods with particular focus on selected Quranic sanad books. The deductive method in the study will be used to maximize the expected results. The study found that writing in this field has been given priority by previous scholars by using of the qurrÄ’ biography method, their teachers and students. The contemporary scholars, however, emphasized the existence of high-level sanad to the Messenger of Allah and also discussed current issues related to sanad. Keywords: Quranic sanad, Intensity of Classic and Contemporary Scholars, Writing Style Abstrak Umum mengetahui bahawa sanad al-Quran merupakan salah satu perkara daripada tiga syarat utama dalam meriwayat bacaan al-Quran yang sahih. Peringkat awalnya sanad al-Quran dicatat dalam lembaran kertas sebagai dokumen penting yang mengesahkan seseorang itu telah tamat membaca al-Quran di hadapan guru dan memenuhi semua ilmu yang berkaitan dengan periwayatan bacaan. Penulisan berkaitan ilmu sanad al-Quran berkembang dengan lahirnya tokoh-tokoh al-Quran seperti Al-Zahabi (wafat 748H) yang telah menghasilkan karya Ma’rifah al-Qurra’ al-Kibar, Ibn al-Jazari (wafat 833H) menerusi karya Ghayah al-Nihayah Fi Tabaqat al-Qurra’ dan al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr dan ramai lagi. Objektif kajian ini ialah mengkaji metodologi dalam penulisan ulama silam dalam karya berkaitan sanad al-Quran. Selain itu, kajian memberi fokus juga kepada penulisan yang dihasilkan oleh ulama kontemporari dalam bidang ini seperti kitab Ithaf al-Zaman bi Asanid Ahl al-Quran oleh Dr. Ilyas al-Barmawi dan kitab al-Salasil al-Zahabiyyah bi al-Asanid al-Nasyriyyah oleh Dr. Aiman Rusydi Suwaid yang mengulas dan mengkaji sanad al-Quran secara tersusun dan kritis. Kajian ini akan dijalankan menerusi metode kualitatif deskriptif dengan memberi fokus khusus kepada kitab sanad al-Quran yang terpilih. Metode deduktif dalam kajian akan digunakan secara maksimum dalam menghasilkan dapatan yang diharapkan. Hasil kajian mendapati bahawa penulisan dalam bidang ini telah diberi keutamaan oleh ulama terdahulu dengan penggunaan metode biografi Qurra’, guru dan murid mereka. Adapun ulama kontemporari pula memberi penekanan kepada susur jalur sanad yang tinggi hingga ke Rasulullah saw dan juga membahas isu semasa berkaitan sanad. Kata Kunci: Sanad al-Qur’Än, Kesungguhan Ulama Klasik dan Kontemporari, Gaya Penulisa

    ITHBAT HAFAZAN AL-QURAN: SATU KAJIAN TINJAUAN KALANGAN LEPASAN HUFFAZ

    No full text
    Istilah hafazan sangat sinonim dengan para penghafaz yang sentiasa melazimi diri mereka dengan kalam Allah secara talaqqi, tahfiz, tafahum, tadabbur dan sebagainya. Namun kekuatan hafazan dan ingatan terhadap 30 juzuk al-Quran sering menjadi topik perbahasan utama dalam kalangan mereka. Isu pengekalan hafazan juga dikaitkan dengan masalah sikap, pengurusan masa serta kesilapan dalam strategi pengulangan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana tahap pengukuhan (ithbat) hafazan para huffaz. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan pengumpulan data menerusi instrumen soal selidik, ujian syafawi serta ujian tahriri dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan. Teknik persampelan bertujuan dipilih oleh pengkaji merangkumi 116 lepasan huffaz yang terlibat dengan kemasukan program pengajian qiraat di USIM daripada pelbagai institusi. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengukuhan hafazan para pelajar masih perlu kepada penambahbaikan dalam aspek pengulangan ayat-ayat hafazan secara istiqamah. Kesimpulannya, para huffaz perlu menanamkan rasa kebertanggungjawaban sebagai hamalah al-Quran dan sentiasa mujahadah dalam mengukuhkan serta mengekalkan ayat-ayat hafazan al-Quran

    KEPEDULIAN SARJANA HADIS DALAM ILMU QIRAAT; TOKOH DAN PENULISAN

    No full text
    It is common knowledge that the science of hadith and the science of qiraat are two different disciplines of knowledge in terms of its debates and studies. Both branches of knowledge have their own scholars and expertises. The fact is, the scholars of the past in particular were not only known as experts in the knowledge they pioneered, but they also studied the other disciplines since they were little. This matter can be seen through the writings related to the knowledge of qiraat quoted in various books of hadith written by hadith scholars as well as the praise of scholars for their mastery of knowledge. Among the hadith figures who are skilled in the science of qiraat are such as Humaid bin Qais al-‘Araj (died 130H), ‘Ali bin‘ Umar al-Daruquthni (died 385H), Shihabuddin Abu Syamah al-Maqdisi (died 665H) and many more. The objective of this study is to examine some examples of the concern of hadith scholars towards the science of qiraat. In addition, the study also focuses on writings related to qiraat quoted by hadith scholars in their books as research evidence. The results of the study found that writing in the field of qiraat has been given priority by previous hadith scholars directly, either in the context of narration or narration. Umum mengetahui bahawa ilmu hadith dan ilmu qiraat ialah dua disiplin ilmu yang berbeza dari sudut perbahasannya dan kajiannya. Kedua-dua cabang ilmu tersebut mempunyai para sarjana dan cendekiawannya yang tersendiri. Hakikatnya, para ilmuwan silam khususnya bukan sahaja dikenali sebagai pakar dalam ilmu yang dipelopori, bahkan mereka juga mendalami disiplin ilmu lain sejak mereka kecil lagi. Perkara ini boleh dilihat menerusi penulisan berkaitan ilmu qiraat yang dinukilkan dalam pelbagai kitab hadith yang dikarang oleh ilmuwan hadith serta pujian ulama terhadap penguasaan ilmu mereka. Antara tokoh hadith yang berkemahiran dalam ilmu qiraat adalah seperti Humaid bin Qais al-‘Araj (wafat 130H), ‘Ali bin ‘Umar al-Daruquthni (wafat 385H), Shihabuddin Abu Syamah al-Maqdisi (wafat 665H) dan ramai lagi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa contoh kepedulian sarjana hadith terhadap ilmu qiraat. Selain itu, kajian memberi fokus juga kepada penulisan berkaitan qiraat yang dinukilkan oleh sarjana hadith dalam kitab mereka sebagai bukti kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penulisan dalam bidang qiraat telah diberi keutamaan oleh sarjana hadith terdahulu secara langsung, sama ada dalam konteks dirayah mahupun riwayah.  Umum mengetahui bahawa ilmu hadith dan ilmu qiraat ialah dua disiplin ilmu yang berbeza dari sudut perbahasannya dan kajiannya. Kedua-dua cabang ilmu tersebut mempunyai para sarjana dan cendekiawannya yang tersendiri. Hakikatnya, para ilmuwan silam khususnya bukan sahaja dikenali sebagai pakar dalam ilmu yang dipelopori, bahkan mereka juga mendalami disiplin ilmu lain sejak mereka kecil lagi. Perkara ini boleh dilihat menerusi penulisan berkaitan ilmu qiraat yang dinukilkan dalam pelbagai kitab hadith yang dikarang oleh ilmuwan hadith serta pujian ulama terhadap penguasaan ilmu mereka. Antara tokoh hadith yang berkemahiran dalam ilmu qiraat adalah seperti Humaid bin Qais al-‘Araj (wafat 130H), ‘Ali bin ‘Umar al-Daruquthni (wafat 385H), Shihabuddin Abu Syamah al-Maqdisi (wafat 665H) dan ramai lagi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa contoh kepedulian sarjana hadith terhadap ilmu qiraat. Selain itu, kajian memberi fokus juga kepada penulisan berkaitan qiraat yang dinukilkan oleh sarjana hadith dalam kitab mereka sebagai bukti kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penulisan dalam bidang qiraat telah diberi keutamaan oleh sarjana hadith terdahulu secara langsung, sama ada dalam konteks dirayah mahupun riwayah

    Design and fabrication of blast test jig for experiment to push water through a rectangular nozzle using explosion

    No full text
    The 2nd International Malaysia-Ireland Joint Symposium on Engineering, Science and Business 2012 (IMiEJS2012) jointly organized by Universiti Malaysia Perlis and Athlone Institute of Technology in collaboration with The Ministry of Higher Education (MOHE) Malaysia, Education Malaysia and Malaysia Postgraduates Student Association Ireland (MyPSI), 18th - 19th June 2012 at Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.Water is able to cut certain thickness of metal plates if given enough pressure. To prove it, a blast test jig is design and fabricated. The design of the blast test jig is optimized using AUTODYN blast simulation software. The blast test jig consists of three parts that is blast cap, water container and workpiece holder. 10 grams of PE4 explosive was used in the experiment. The PE4 explosive was exploded inside a hollow chamber inside the blast cap. The blast wave pushes the water to cut 5 mm thick Aluminum plate and 2 mm thick stainless steel plate

    Normal Strength Steel Fiber Reinforced Concrete Subjected to Explosive Loading

    No full text
    This paper presents the results of an experimental investigation on the behavior of plain reinforced concrete and Normal strength steel fiber reinforced concrete panels (SFRC) subjected to explosive loading. The experiment were performed by the Blast Research Unit Faculty of Engineering, University Pertahanan Nasional Malaysia A total of 8 reinforced concrete panels of 600mm x 600mm x 100mm were tested. The steel fiber reinforced concrete panels incorporated three different volume fraction, 0.5%, 1.0%, and 1.5% of hooked end steel fibers. The panels were subjected to explosive loading generated by the detonation of 1kg of explosive charge located at a 0.6m standoff. This investigation indicates that the steel fiber reinforced concrete panel containing of 1.5% volume fraction gave the best performance under explosive loading
    corecore