28725 research outputs found
Sort by
Potentiality of Pressmud Application in Soil for Palm Oil Plantation Productivity
The waste generated from the sugarcane industry was able to be the resource of another, bringing
economic and environmental benefits. This study is able to generate positive outcomes for the
sustainability of agriculture industry in Malaysia specifically for palm oil plantation. The agricultural
sector of Malaysia comprises large oil palm and sugar refinery industry. Nearly 50% of the material
resulted in organic waste with high lignin and cellulose content during palm oil and sugar production.
This study can also enhance the green knowledge in soil technology for a sustainable agriculture
industry in Malaysia. From the physico-chemical charateristics of this study, pressmud clearly shows a
great material which having a higher potentiality to be an admixture medium in soil for palm oil
plantation as to reduce the application of chemical fertilizer. Pressmud observed to have granular
textured while laterite soil was less granular. The texture and surface became uneven and enclosed with
pores. The addition of pressmud into the soil improves capability of the material to adsorb the nutrients
through cation exchange process. Based on CEC, it can be concluded that the laterite soil-pressmud
mixtures is suitable to be used soil amendment in enhancing the performance of the soil productivity
for palm oil plantation
Adakah Inisiatif Perumahan Memenuhi Golongan Sasaran?
Inisiatif perumahan merupakan program jangka sederhana dan panjang kerajaan dalam meneruskan dasar dan strategi untuk meningkatkan aksesibiliti dan kuasa beli terutama isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana untuk mempunyai rumah. Program perumahan yang disediakan oleh kerajaan pusat dan negeri menyediakan program peningkatan untuk menambah baik akses kepada keperluan asas perumahan. Artikel ini mengkaji program perumahan di Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Pulau Pinang. Program perumahan yang dilaksanakan menjadi insiatif kepada golongan sasaran untuk membeli atau menyewa rumah mengikut kemampuan. Cabaran meningkatkan kemampuan dan kualiti perumahan perlu diberi keutamaan agar kesejahteraan hidup golongan sasaran ini tidak dipinggirkan
Direktori Usahawan Sik, Kedah (S/O 21174)
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dianggap sebagai kategori perniagaan yang sangat penting di seluruh dunia. Menurut Laporan Tahunan PKS 2018/2019, 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia termasuk dalam kategori PKS. Namun begitu terdapat isu yang melibatkan data dan maklumat usahawan tidak dikemaskini yang menjadi kepada masalah dalam memperolehi maklumat perniagaan usahawan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti usahawan yang aktif berniaga di bawah penyeliaan agensi keusahawanan di Daerah Sik, Kedah. Objektif seterusnya ialah untuk membangunkan direktori usahawan di Daerah Sik. Kajian ini tertumpu kepada perusahaan mikro dan kecil di bawah beberapa agensi keusahawanan di Daerah Sik, Kedah. Antara agensi keusahawanan yang terlibat ialah Amanah Ikhtiar, KEDA dan TEKUN Nasional. Kajian ini akan menganalisis melalui data kualitatif, iaitu menemubual pegawai agensi yang bertindak mengawasi aktiviti keusahawan di Daerah Sik, Kedah. Hasil kajian mendapati terdapat 167 orang usahawan kecil berdaftar di bawah agensi keusahawanan di Daerah Sik. Maka satu profile dan direktori usahawan kecil telah berjaya dikumpul bagi tujuan pengemaskinian. Banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh individu dan masyrakat dalam sesebuah negara apabila direktori usahawan dapat disediakan. Bagi kajian akan datang adalah untuk memperkemaskan lagi data usahawan dengan membina laman web/direktori secara online wajar dilaksanakan
Entrepreneurship as A Career Path: A Hands-On Learning and Follow Up Approach in Business Exposure Through BPME 1013 (S/O 21096)
Faktor Pendorong Kemunculan Komuniti Penjaja Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (S/O 21055)
Pihak Berkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar sehingga pada masa kini berusaha untuk mengurangkan kemunculan penjaja, namun begitu usaha tersebut masih kurang berhasil kerana penjaja lama masih menjalankan perniagaan dan penjaja baharu sering muncul dalam pelbagai lokasi. Kajian ini melibatkan tiga objektif iaitu: pertama, mengkaji faktor dominan yang mendorong penjaja makanan menjalankan perniagaan; kedua, faktor dominan kemunculan penjaja makanan pada pandangan pelanggan; dan ketiga, faktor dominan kemunculan penjaja makanan pada pandangan penduduk tempatan. Kajian ini dijalankan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Alor Setar. Objektif kajian pertama melibatkan seramai 12 orang responden dalam kalangan peniaga dan menggunakan analisis berbentuk kualitatif; Objektif kajian kedua dan ketiga melibatkan masing-masing seramai 217 sampel pelanggan dan 384 sampel masyarakat setempat. Kedua-dua objektif kajian tersebut menggunakan analisis berbentuk peratusan. Hasil temubual mendapati bahawa dua punca dominan penjaja berniaga iaitu tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka sukar mendapat kerja lebih baik, serta masa kerja lebih fleksibel menjadikan mereka lebih berminat menjadi penjaja makanan. Faktor dominan hasil kaji selidik kepada pelanggan pula adalah 20.7 peratus menganggapnya sebagai sumber pendapatan penting serta 16.1 peratus disebabkan oleh pasaran semasa yang baik dan gaya hidup masyarakat yang meminati kaedah perniagaan ini. Sementara faktor dominan pada pandangan masyarakat setempat pula adalah 22.1 peratus sebagai sumber pendapatan penting, dan 19.8 peratus disebabkan oleh kehilangan pekerjaan. Kajian ini mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan Bandaraya Alor Setar seharusnya menyokong kemunculan penjaja selaras dengan negara-negara lain kerana terbukti dapat mengatasi pengangguran dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan dasar kementerian untuk kemajuan sector ekonomi berskala kecil
Kajian Penyesuaian Diri (Personal Adjustment) Pelajar Program Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia Ke Arah Pembinaan Strategi Pembelajaran Berkesan (S/O 13405)
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil langkah proaktif dalam usaha meletakkan negara ke tahap yang lebih tinggi dengan menawarkan Program Asasi Pengurusan kepada pelajar cemerlang di peringkat SPM. Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan usaha menambah peratus modal insan yang mempunyai tahap intelektual cemerlang pada usia lebih muda. Sebagai program yang baru pertama kali di tawarkan di universiti ini, banyak isu yang dilihat memberi impak kepada pembangunan pelajar dan kecemerlangan institusi. Salah satu aspek yang wajar diberi perhatian ialah tahap penyesuaian diri (personal adjustment) pelajar Asasi Pengurusan terhadap persekitaran baru di universiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penyesuaian diri pelajar program Asasi Pengurusan UUM dengan persekitaran universiti dalam usaha merangka strategi pembelajaran berkesan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan pendekatan survei, temubual berstruktur dan kajian perpustakaan. Data dikumpulkan melalui pengedaran soal selidik dan soalan temubual berstruktur kepada responden yang terdiri daripada 100 pelajar-pelajar baru Asasi Pengurusan dalam semester pertama pengajian. Tahap penyesuaian diri pelajar asasi di UUM secara keseluruhan menunjukkan tahap sederhana. Begitu juga dari segi dimensi yang terdapat dalam penyesuaian diri (penyesuaian sosial, peribadi-emosi dan komitmen/perapatan institusi) menunjukkan tahap yang sederhana kecuali penyesuaian akademik menunjukkan tahap yang tinggi. Manakala pelajar lelaki lebih menyesuaikan diri dalam kebanyakan aspek berbanding pelajar perempuan. Hasil kajian akan membantu pihak Pusat Pengurusan Asasi untuk membuat penambahbaikan terhadap pengurusan pelajar baru serta mempertingkatkan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan di institusi berkenaan
Perception of Undergraduate Students Toward Mode of Learning in Higher Education Institution: The Impact of COVID-19
Hybrid mode of learning is an education method that combines online learning and traditional learning (face to face). In semester A212, Universiti Utara Malaysia (UUM) was conducted hybrid mode of learning in delivering classes. This selection of method has raised different opinions from the students. Therefore, this study examines the UUM undergraduate students perception towards mode of learning in the university. Convenience sampling method was used to collect the data. While frequency analysis and simple logistic regression analysis were adopted as statistical methods in analysing the data. Whereas R programming, Statistical Package for Social Science (SPSS) and Excel software was used as data analysis tools. Two hundred sixtyeight (268) UUM undergraduate students were chosen as respondents in this study. They were given a set of question regarding the mode of learning. Student’s academics in the form of Cumulative Grade Point Average (CGPA), their major reasons to support and against hybrid mode of learning, student’s preference of study environment, and their total daily hours spending on their study during hybrid mode of learning are investigated to determine the relationship between the mode of learning and respondents CGPA. The result indicates that the major reason that students supported hybrid mode learning is because this mode of learning helps in a way of reducing the internet connection problem. This is because the university took seriously in making sure that the internet facilities is at the best condition. Overall, students have a preference for hybrid mode learning and there is no relationship between total daily hours that they spent on study during hybrid mode learning towards their CGP
Konotatif, Afektif Dan Reflektif Memanifestasi Kebijakan Akal Budi Melayu Patani
Kecekapan minda Melayu dapat dilihat melalui pelbagai bentuk khazanah berbahasa Melayu dalam karya-karya sastera seperti pantun, sajak, cerpen, novel termasuk juga penciptaan lirik lagu. Makna yang terdapat dalam lirik lagu merupakan pengertian yang bukan sahaja muncul daripada bahasa yang disusun dan digunakan, malah mempunyai perkaitan dengan bentuk pemikiran penulis lirik lagu tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dihasilkan untuk menganalisis makna yang terdapat dalam lirik lagu Melayu Patani terpilih bagi mengenal pasti bentuk pemikiran, serta menganalisis jenis-jenis makna perkataan dan gaya berfikir yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan konsep tujuh jenis makna yang diperkenalkan oleh Geoffery Leech (1974). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis penggunaan makna, iaitu makna konotatif, afektif dan reflektif. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga skema gaya berfikir tersebut terserlah melalui bait-bait lagu yang diaplikasikan melalui penggunaan jenis-jenis skema berfikir tersebut. Dapatan turut menunjukkan bahawa kata-kata dalam lirik lagu bukanlah hanya untuk menghibur, tetapi turut bertujuan untuk menggambarkan kehidupan yang dialami oleh penduduk Patani, selain bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dan juga memberi semangat kepada penduduk setempat yang sedang melalui kehidupan yang cukup mencabar, di samping mendidik para pendengar dengan pelbagai nilai murni
Cerminan Kuasa Melalui Peribahasa Melayu Yang Berobjekkan ‘Gajah’ Dan ‘Harimau’: Analisis Semantik Inkuisitif
Peribahasa berobjekkan haiwan digunakan sebagai simbol bagi menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat haiwan menyebabkan mereka menggunakan haiwan sebagai simbol untuk berkias dan memberikan teguran. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peribahasa yang menonjolkan konsep kuasa melalui objek ‘gajah’ dan ‘harimau’ Merungkai perkaitan antara objek dan aspek pemaknaan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ melalui pendekatan semantik inkuisitif. Data peribahasa Melayu telah dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Daripada sejumlah 275 peribahasa yang berobjekkan haiwan, lapan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ telah dikenal pasti mengandungi kuasa sebagai aspek pemaknaannya. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan pendekatan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara ciri-ciri fizikal yang dipunyai oleh haiwan tersebut dengan konsep kekuasaan yang terdapat dalam elemen pemaknaannya. Kekuatan gajah yang terletak kepada ‘saiznya’, manakala kekuatan harimau pula terletak kepada ‘ ‘belangnya’. Kekuatan bagi kedua-dua haiwan ini, telah menyebabkan masyarakat Melayu menganalogikannya sebagai cerminan kekuasaan dalam peribahasa. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya yang terdapat dalam semantik inkuisitif menjadi medan dalam dapat menghasilkan huraian makna yang merungkai perkaitan antara objek peribahasa yang digunakan dengan elemen pemaknaannya
Personalized Recommendation Classification Model of Students’ Social Well-being Based on Personality Trait Determinants Using Machine Learning Algorithms
The global trend of student social well-being has steadily declined in recent years. As a result, the need for a personalized recommendation classification model that can accurately assess and identify the individual student’s social well-being has become increasingly important. This article will discuss the development of an adaptive personalized recommendation classification model for students’ social well-being based on personality trait determinants. Social well-being is a field that analyses society, individual behavioural patterns, behavioural networks, and cultural elements of daily life. Social well-being develops critical thinking by understanding the social frameworks that affect humans by exposing the social basis of daily actions. For instance, when students are pleased, their academic achievement, behaviour, social integration, and happiness improve. This study classifies the effects of the Big 5 Personality Traits (Extraversion, Openness, Agreeableness, Emotional Stability, and Conscientiousness) on students’ Industry 4.0 Social Well-being levels by analyzing their demographic and personality traits. A dataset was gathered through a survey distributed to students in a selected institution. The classifier’s accuracy was assessed using the WEKA tool on a data set of 286 occurrences and 19 traits, and a confusion matrix was constructed. After analyzing the results of all algorithms, it was determined that the IBk and Randomizable Filtered Classifier algorithms give the best accuracy on social well-being readiness, with a comparable percentage value of 91.26%. The agreeableness personality trait, which represents a person’s level of pleasantness, politeness, and helpfulness, had the greatest influence on the social well-being of the students. They have a positive outlook on human behaviour and get along well with others. Since social well-being contributes to a person’s increased quality of life and happiness, improving students’ current quality of life would lead to the development of a social parameter that can assess the growth of a country and the increased happiness of families and communities. Personality traits models have become an increasingly important tool for understanding and predicting human behavior. By analyzing different personality trait models, we can gain insights into how accurately and reliably they can predict individual behavior. This is especially useful in fields such as psychology, marketing, and recruitment, where understanding the nuances of individual personalities can be critical to success. In this study, how different personality trait models compare in terms of accuracy and reliability is explored using different machine learning algorithms using the WEKA tool. Personality trait models are increasingly being used to measure social well-being. This model is based on the idea that individuals’ personalities are composed of a set of underlying traits which can be measured and compared. By understanding these traits, we can better understand the students’ social well-being and how the environment around them may impact it