Open Journal System UNIPSAS
Not a member yet
    231 research outputs found

    KEMUNGKIRAN BBA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PASARAN SUKUK MALAYSIA

    Full text link
    Di Malaysia, dianggarkan hampir 30 peratus pasaran sukuk adalah berdasarkan konsep BBA. Namun,isu berkenaan dengan kemungkiran produk BBA adalah sangat tinggi dan ia turut memberi impakkepada pasaran sukuk iaitu melibatkan Sukuk BBA. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkajikemungkiran kontrak yang berlaku dalam BBA dan implikasinya terhadap pasaran sukuk. Sampel dataterdiri daripada 24 buah kes kemungkiran sukuk di Malaysia yang berlaku dalam tempoh 8 tahun daritahun 2002 sehingga 2010. Kajian ini melibatkan pengambilan data daripada sumber sekunder yangdiperoleh melalui kajian perpustakaan dan melalui internet. Dalam mencapai objektif kajian ini,beberapa kaedah kajian yang digunakan di dalam mengumpul dan menganalisis data yang ditemui yangmelibatkan tiga komponen utama iaitu metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapatibahawa kesemua kes kemungkiran yang berlaku bukanlah berpunca daripada faktor Syariah tetapidisebabkan oleh masalah pengawalseliaan syarikat dan pengurusan projek syarikat yang terbabit

    MUSHAF AL-QURAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN TARIQ AL-SYATIBIYYAH DAN AL-JAZARIYYAH

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk menyingkap kefahaman yang tepat mengenai ruang lingkup mushaf al-Qurandan hubungannya dengan aliran al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Ia juga bertujuan memperlihatkansecara umum bahawasanya mushaf tersebut mempunyai berbagai cabang ilmu sepertimana yang telahdigarap kan oleh para ulama dalam ilmu ulum al-Quran. Kajian berbentuk deskriptif ini akanmembahaskan pandangan para qurra berkaitan mushaf al-Quran serta cabang ilmu yang berkait dengankedua-dua aliran tersebut. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasilkajian menunjukkan bahawasanya tidak semua cabang ilmu yang terdapat di dalam mushaf riwayat Hafsboleh disandarkan kepada tariq al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Hal ini demikian terdapat cabang ilmuyang telah diakui tawqifiyyah daripada Rasulullah s.a.w.. dan tidak kurang juga yang berdasarkanijtihadiyyah daripada para qurra. Maka dengan ini jikalau kefahaman ini tidak diperjelaskan secaraterperinci kepada masyarakat umum, dikhuatiri masyarakat akan terkeliru tentang aspek tawqifiyyah danaspek ijtihadiyyah dalam mushaf al-Quran khususnya mushaf riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi

    FACTORS DETERMINING THE PARTICIPATION OF PENANG MUSLIMS IN CASH WAQF: THE MANAGEMENT PERSPECTIVES

    Full text link
    Cash waqf started in Penang since 1994. For more than ten years offered, the total amount of cashwaqf collections by Penang Islamic Religious Councils (PIRC) showed inconsistent trend until 2007but from the year of 2008 up to 2015, the total amount of cash waqf collections showed an increasingtrend. This situation raises the question of how the amount of cash waqf collection started to increasein 2008 and from the management point of view, what are the factors behind. This paper aims toachieve two objectives. Firstly, to identify the factors determining the participation of PenangMuslims in cash waqf from the waqf management perspectives. Secondly, to analyze the factorsdetermining the participation of Penang Muslims in cash waqf from the waqf managementperspectives. This study was conducted through semi-structured interview with the management ofcash waqf section of PIRC. The data collected then were analyzed using qualitative content analysis.There are four factors in determining the participation of Penang Muslim society in cash waqf fromthe perspectives of PIRC waqf management, which are the sin, reward, convenience and promotion.The analysis then found convenient factor through monthly salary deduction has contributed to theincrease of cash waqf collections in Penang

    PENGGUNAAN ALAT EMWAVE BIOFEEDBACK UNTUK MELIHAT KESAN TAFAKUR VISUAL TERHADAP TEKANAN

    Full text link
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan tafakur visual terhadap tekanan menggunakan alatEmWave Biofeedback. Aktiviti-aktiviti visual seperti melihat, menonton dan menghayati melaluipancaindera penglihatan yang digabung jalin dengan mengingat Allah dapat memberi kesanterhadap tekanan. Aktiviti tersebut diukur dengan menggunakan alat Emwave Biofeedback yangmengukur aktiviti heart rate variability peserta . Seramai 30 orang peserta kajian iaitu pelajar KolejUniversiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang mengalami tekanan yang dikenal pasti melaluiujian Depession Anxiety and Stress Scale. Peserta kajian yang terlibat yang dibahagikan kepadakumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti tafakur visual dapatmembantu mengatasi tekanan seterusnya meningkatkan kesihatan mental

    PENCEROBOHAN TANAH DI CAMERON HIGHLANDS: SATU KAJIAN

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keluasan tanah yang di ceroboh dan kesannya, tindakan yangdiambil oleh kerajaan serta punca kegiatan ini berlaku. Terdapat faktor-faktor yang menghalangdaripada menangani masalah ini, penulis ingin menyumbang idea dalam memberipenambahbaikan dalam langkah-langkah kerajaan untuk mencegah daripada berlakunyapencerobohan tanah supaya ia dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat. Kajian yangdigunakan ialah kajian lapangan yang mana konsep yang digunakan adalah temu bual bersamapegawai-pegawai daripada Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pejabat Daerah dan TanahCameron Highlands. Data-data yang diperoleh oleh penulis adalah melalui sumber PejabatDaerah Dan Tanah, Majlis Daerah, keratan akhbar, internet, jurnal dan kajian yang lepas. Hasilkajian, mendapati aktiviti yang paling utama dalam konteks pencerobohan tanah diCameron Highlands ialah aktiviti pertanian

    HADIS STUDIES IN KUANTAN, PAHANG MOSQUES: A PRELIMINARY OVERVIEW

    Full text link
    The study of the Quran is very popular among the Muslim Community in Kuantan because of its importance in understanding the meaning contained in the Quran. However, Hadith also plays an important role in understanding the knowledge and the meaning contained in the Quran. This is because Hadith also is one of the main sources in Islam alongside with the Quran. Therefore, the purpose of this research being conducted was to see if the study of Hadith being exposed to Muslim community in Kuantan in the same way as other Quranic studies as well as revealing the role and importance of having a knowledge regards to the Hadith. The method used in this research was based on the field studies. The results from the study conducted among Muslim community in Kuantan shown that they have been exposed to the study of Hadith, be it adults, teenagers, and even kids

    الاستثمار الأجنبي شروطه وضماناته: دراسة فقهية

    No full text
    وبعد، فقد أصبح العالم الأن قرية كونية، ما يحدث ف أ ي مكان ف العالم يؤثر عليما عداه من الأماكن الأخرى، وقدتلاشت الحدود بين الدول، وتشابكت العلاقات، لا سيما العلاقات الاقتصادية، والتجارية، وتشكل حركة رؤوسالأموال بين الدول، وتنقلها من مكان لآخر رافدا مهما من روافد النمو الاقتصادي. ويعد الاستثمار من أهم العواملالتي تؤثر ف التنمية الاقتصادية للدول كافة، لما له من تأثير علي ارتفاع مست وي المعيشة للأفراد، وزيادة حجم الناتجالوطن للدول، والاستثمار كان ولا زال محل جدل كبير، وأخذ ورد؛ لما له من تأثير كبير عل ي الدولة المستثمر فيها، بللا نبالغ أنه يجعل تلك الدولة أو ذاك ف بعض الأحيان رهينة لإرادة الغير. والفقه الإسلامي عالج هذا الجانب)الاستثمار( ب عتبار المال من أهم الأمور التي لا بد منها لقيام الحياة العملية وازدهارها، فتناول الفقه الإسلامي أحكاممشاركة المسلم لغير المسلم ف الأنشطة الاقتصادية المختلفة، من تجارة وزراعة، وتوكيل للغير وتوكل عنه، فالإسلام دينعملي، ينظم بأحكامه الحياة بشقيها المادي والروحي، وينظر للآخر)غير المسلم( نظرة توقير واحترام، وتقدير لإنسانيتهالتي يشترك فيها مع كل البشر، وهذه نظرة متسامحة كريمة قل أن تجد لها نظيرا ف الشرائع السابقة أو اللاحقة. إشكاليةالبحث: يحاول البحث علي وجازته أن يجيب علي بعض الأسئلة منها: ما هو مفهوم الاستثمار وأنواعه؟ وما ضرورةالاستثمار وأهميته؟ وما أحكام مشاركة المسلم لغير المسلم ف الأنشطة الاقتصادية؟ وما حكم توكيل المسلم لغير المسلمأو توكله أو العكس؟. وتناولت البحث ف المباحث التالية:المبحث الأول: تعريف الاستثمار وأنواعه وأهميتهالمبحث الثاني:أحكام مشاركة المسلم لغير المسلم.المبحث الثالث: شروط الاستثمار الأجنبي.المطلب الأول: شروط المستثمر الأجنبي.المطلب الثاني:الشروط التي تتعلق بدولة الأجنبي المستثمر .المطلب الثالث: مشاركة المواطن للمستثمر الأجنبي ف نشاطاتاته.المطلب الرابع: الشروط المتعلقة بلنظام العام ف الدولة الإسلامية.الخاتمة ونتائج البحث ومصادره

    PENGARUH MEDIA TERHADAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT

    Full text link
    Isu kesihatan mental merupakan satu isu yang tidak asing lagi kepada masyarakat dunia khususnya di Malaysia. Berdasarkan kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2018, berlaku peningkatan terhadap statistik penghidap penyakit mental iaitu satu per sepuluh dalam kalangan dewasa menghidap kemurungan. Hal ini selari dengan penyataan daripada World Health Organization (WHO) melaporkan bahawa bunuh diri adalah di antara 10 penyebab utama di dunia manakala di Malaysia penyakit mental dijangka menjadi kedua tertinggi dihidapi rakyat Malaysia menjelang 2020. Sehubungan dengan itu, media dilihat sebagai salah satu pengaruh terhadap isu kesihatan mental. Walaubagaimanapun, kajian mengenai pengaruh media terhadap isu kesihatan mental di Malaysia masih kurang didedahkan. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka secara ilmiah mengenai media Malaysia, peranan media sosial terhadap kesedaran kesihatan mental serta stigma yang wujud tentang isu kesihatan mental melalui media massa. Melalui tinjauan literatur ini mendapati media mempengaruhi peningkatan stigma terhadap isu kesihatan mental dalam masyarakat serta kajian yang lebih terperinci tentang pengaruh media mengenai isu kesihatan mental di Malaysia perlu diperluaskan

    AKIDAH TRANSGENDER MAK NYAH MUSLIM DAN KONSEP TAUBAT MELALUI PEMIKIRAN IMAM AL-GHAZALI

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman transgender mak nyah Muslim, isu akidah yang mereka hadapi ketika menjadi transgender mak nyah dan di akhir kajian akan dapat menghasilkan konsep taubat yang boleh diaplikasikan kepada golongan transgender mak nyah berdasarkan pemikiran Imam al-Ghazali. Bagi kajian yang berkaitan akidah transgender mak nyah Muslim ini, pengkaji telah memilih kerangka metodologi penyelidikan yang berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Selain itu, dalam kajian kes ini, pengkaji telah menggunakan seramai lima orang peserta kajian yang telah mengidentifikasikan diri mereka sebagai bekas transgender mak nyah yang telah bertaubat untuk dijadikan sebagai sampel utama dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan tiga teknik triangulasi dalam pengumpulan data iaitu melalui kaedah 5 set temu bual secara mendalam, 5 set senarai semak pemerhatian dan 46 dokumen analisis manakala 5 orang peserta kajian adalah sebagai data sumber. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian NVivo-12. Kebolehpercayaan data pula diperoleh dengan mendapatkan perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen’s Kappa. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini telah menyumbang kepada beberapa penemuan baru antaranya yang pertama, pengkaji telah mendapati gejala ini telah bermula sejak kecil, remaja sehingga meningkat dewasa dan antara faktor utama gejala ini berlaku berpunca daripada diri sendiri, keluarga, persekitaran dan rakan-rakan. Penemuan kedua yang telah diperoleh dalam kajian ini, terdapat dua isu akidah utama yang menyebabkan terjadinya gejala transgender mak nyah iaitu isu berkaitan pemahaman dan penghayatan dalam perkara al-Ilahiyyat dan al-Sam’iyyat. Manakala dalam penemuan ketiga, pengkaji telah mengenal pasti empat peringkat dalam konsep taubat oleh Imam al-Ghazali boleh diaplikasikan kepada golongan transgender mak nyah melalui ibadah penyucian hati iaitu amalan Mujahadah, Muhasabah, Mu’aqabah dan Muraqabah

    KAJIAN PERBANDINGAN TERHADAP ISU DAN PERHATIAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA DAN JEPUN

    Full text link
    Kajian ini mengisahkan tentang isu-isu dan perhatian terhadap perkembangan awal kanak-kanak dinegara membangun dan negara berkembang. Penulis memilih negara Jepun sebagai negara membangunmemandangkan kecanggihan teknologi dan cara hidup mereka yang sopan dan mengekalkan adatketimuran. Bagi negara membangun pula penulis memilih negara kelahiran sendiri iaitu Malaysia.Malaysia juga terkenal dengan budaya yang bersopan santun dan mengekalkan ciri-ciri ketimuran dalampelbagai aspek. Memandangkan kedua-dua buah negara ini tergolong dalam negara Asia, banyakperbandingan yang dapat dikaji terutama dalam sistem Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Penulismenggunakan metode tinjauan kajian-kajian lepas untuk kajian ini. Kajian ini dimulakan dengan sejarahPendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia diikuti dengan negara Jepun. Hasil dapatan kajianmendapati wujud beberapa persamaan dan perbezaan yang boleh ditambahbaik untuk sistem PendidikanAwal Kanak-Kanak khususnya di negara kita. Antara perbandingan yang didapati dalam kajian ini ialahdari segi kurikulum, sistem pendidikan, kaedah pelaksanaan dan pembelajaran, yuran, masa operasi dansyarat kemasukan

    198

    full texts

    231

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Open Journal System UNIPSAS
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇