IIUM Journal of Educational Studies
Not a member yet
208 research outputs found
Sort by
Relationship between Memorization Technique, Mastery of the Arabic Language and Understanding of the Qur’an
Although Huffaz (those who memorize the entire Qur’an) in Indonesia are certified to have memorized the whole Quran upon graduation, the majority are not able to fully interpret (Tafsir) its meaning. This could be related to the methods applied in memorizing. This study aimed to identify the most common method used by respondents in memorizing the Qur’an, to analyze the differences in the examination scores for Qur’an memorization based on gender, to examine the relationships between respondents’ score for Tafsir and Qur’an memorization. Respondents were students at Ma’had Tahfiz Al-Qur’an at Prenduan Indonesia. A questionnaire survey was employed for data collection. Besides that, the examination scores for Qur’an memorization (Tahfiz) and for Tafsir were also collected and analyzed to address the second and third research questions. Descriptive analyses, independent sample t-test and Pearson correlation were conducted to support evidences. Findings showed that four memorization techniques: Wahdah, Kitabah, Sima’i, and Jama’ were applied by respondents, the most common method being the Wahdah method. The study found a significant difference in the examination scores for Qur’an memorization between male and female respondents. It also found that the relationship between respondents’ scores for Tafsir and scores for Qur’an memorization is statistically significant. The study concludes that by studying Tafsir, Huffaz could improve the understanding of the Qur’an which should be the ultimate aim in memorizing the text. Huffaz should not only expect to gain rewards while reciting the Qur’an but to be able to apply the teachings from the revelation in daily life.
Abstrak:
Walaupun huffaz (mereka yang menghafal seluruh Al-Quran) di Indonesia disahkan telah menghafal seluruh Al-Quran selepas tamat pengajian, namun majoriti masih tidak mampu mentafsir maksudnya dengan sepenuhnya. Ini mungkin ada kaitan dengan kaedah-kaedah yang digunakan untuk hafazan teks. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang paling biasa digunakan oleh responden hafazan Al-Quran, untuk menganalisis perbezaan dalam markah peperiksaan untuk menghafal Al-Quran berdasarkan jantina, untuk mengkaji hubungan antara skor responden Tafsir dan Menghafal Al-Quran. Responden kajian adalah pelajar di Ma'had Tahfiz Al-Qur'an di Prenduan Indonesia. Soal selidik telah digunakan untuk pengumpulan data. Selain daripada itu, markah peperiksaan untuk menghafal Al-Quran (Tahfiz) dan Tafsir juga dikumpul dan dianalisis untuk menangani soalan-soalan penyelidikan yang kedua dan ketiga. Analisis deskriptif, ujian-t sampel bebas dan korelasi Pearson telah dijalankan untuk menyokong bukti-bukti. Hasil kajian menunjukkan bahawa empat teknik menghafal: Wahdah, Kitabah, Sima'i dan Jama' telah digunakan oleh responden, dan kaedah yang paling umum adalah kaedah Wahdah. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor peperiksaan untuk menghafal Al-Quran antara responden lelaki dan perempuan. Ia juga mendapati bahawa hubungan antara skor responden bagi Tafsir dan menghafal Al-Quran adalah signifikan secara statistik. Kajian ini menyimpulkan bahawa dengan mempelajari Tafsir, para huffaz dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang Al-Quran yang harus menjadi matlamat utama dalam hafazan teks. Para huffaz seharusnya tidak hanya mengharapkan untuk mendapat ganjaran ketika membaca Al-Quran tetapi mampu mengaplikasikan ajaran dari wahyu dalam kehidupan seharian
Interaction for Unity among Trainee Teachers at Selected Teacher Training Institutes in East Malaysia
The purpose of this study was to identify the level of tendency for interaction among trainee teachers at the Malaysian Institutes of Teacher Education (ITE) in the states of Sabah and Sarawak. The study also examined demographic predictors of interaction levels and considered how interaction takes place in different environments at the institutes among students of different ethnicities. Special attention was given to how trainee teachers interact while they participate in curricular and co-curricular activities, in the residential colleges and during their daily activities as well as online. Demographic factors included level of study, ethnicity and religion. The sample consisted of 299 third semester foundation Bachelor of Education students (PPISMP) and final year Bachelor of Education students (PISMP). A self constructed questionnaire based on extensive literature review was used for data collection. Descriptive analysis revealed that the overall level of tendency for interaction among students of various ethnic groups was high. The highest was interaction in the co-curricular environment, followed by interaction in daily activities, interaction in the residential colleges, and interaction in curricular activities. The level of appreciation of unity among the students of various ethnic groups was high. Results also showed that relationship with peers was the strongest contributor to students’ tendency for interaction with people from different ethnic backgrounds, followed by school experiences, family influence and the mass media. These results are important for teacher educators and policy makers in diverse societies like Malaysia.
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecenderungan berinteraksi dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (ITE) Negeri Sabah dan Sarawak, Malaysia. Kajian juga meneliti prediktor demografi bagi aras interaksi dan mempertimbangkan bagaimana interaksi berlaku dalam pelbagai persekitaran di ITE di antara pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik. Perhatian khusus diberikan kepada bagaimana guru pelatih berinteraksi semasa mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum, di kolej-kolej kediaman dan semasa aktiviti-aktiviti harian mereka dan dalam talian. Faktor-faktor demografi termasuk tahap pengajian, etnik dan agama. Sampel terdiri daripada 299 orang mahasiswa semester ketiga Asasi Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Soal selidik yang dibina sendiri berdasarkan tinjauan literatur yang luas telah digunakan untuk pengumpulan data. Analisis desriptif mendedahkan bahawa tahap kecenderungan berinteraksi keseluruhan di kalangan pelajar yang berbilang kaum adalah tinggi. Paras tertinggi ialah interaksi dalam persekitaran ko-kurikulum, diikuti oleh interaksi dalam aktiviti harian, interaksi di kolej-kolej kediaman dan berinteraksi dalam aktiviti-aktiviti kurikulum. Tahap penghayatan semangat perpaduan di kalangan pelajar yang berbilang kaum adalah tinggi. Keputusan juga menunjukkan bahawa hubungan dengan rakan sebaya adalah merupakan penyumbang kuat kepada kecenderungan para pelajar untuk berinteraksi dengan orang dari pelbagai latar belakang etnik, diikuti pengalaman sekolah, pengaruh keluarga dan media massa. Keputusan ini adalah penting untuk para pendidik guru dan penggubal dasar dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.
 
Early Identification and Intervention of Autism Spectrum Disorder Among Young Children
The present study focused on the paramount importance of early identification and intervention of Autism Spectrum Disorder (ASD) among young children. The focus of the study is on children with autism and their typical characters which are identified by adults. The study investigates the occurrence of Autistic Spectrum Disorder (ASD) among young children from the parents’ perspective. This descriptive and analytical study aimed at finding 1) parents’ perception of the need of early identification and intervention of children with autism, 2) parents’ own perception of the challenges and strategies to help students with autism increase their school performance and 3) parents’ view on strategies to help change the societal perception on ASD. There were three research questions to investigate the parents’ perception in the current study; 1) the issue pertaining to the need of early identification of children with autism, 2) the questions related to useful of identification to parents, school teachers and society, 3) the questions on the challenges and strategies parents had to help ASD children receive optimal care by adults. It was found that parents identified their children behavior as ASD, regardless its degree of severity. The behaviors such as 1) emotionally unstable with bad tempered, 2) easy to be frustrated, 3) having ritual behavior, 4) quick walking habit, 5) problem with understanding, 6) reserved personality and lonely were identified with the help of the teachers in school. Strategies to help children with autism are also discussed in this paper.
Abstrak
Fokus kajian ini adalah kepada kepentingan yang sangat utama dalam pengenalpastian dan intervensi awal bagi Gangguan Spektrum Autistik (ASD) dalam kalangan kanak-kanak. Ia tertumpu kepada kanak-kanak autisme dan ciri-ciri lazim yang dikenalpasti oleh orang dewasa. Ia menyelidik kejadian ASD dalam kalangan kanak-kanak dari perspektif ibu bapa. Kajian deskriptif dan analitis ini bertujuan untuk mendalami 1) persepsi ibu bapa akan keperluan pengenalpastian dan intervensi awal bagi kanak-kanak autisme, 2) persepsi ibu bapa terhadap cabaran dan strategi bagi membantu pelajar autisme meningkatkan pencapaian di sekolah, dan 3) pandangan ibu bapa tentang strategi bagi membantu mengubah persepsi masyarakat tentang ASD. Terdapat tiga soalan penyelidikan bagi mengkaji persepsi ibu bapa dalam kajian ini: 1) isu berkenaan keperluan pengenalpastian awal kanak-kanak autisme, 2) soalan-soalan berhubung dengan faedah pengenalpastian bagi ibu bapa, guru dan masyarakat, 3) soalan-soalan tentang cabaran dan strategi ibu bapa bagi membantu kanak-kanak ASD menerima perhatian optimal daripada orang dewasa. Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa mengenalpasti tingkahlaku anak mereka sebagai ASD, tanpa mengambilkira keseriusannya. Tingkahlaku seperti 1) tidak stabil emosi dan bengkeng, 2) mudah kecewa, 3) kelakuan ritual, 4) tabiat berjalan dengan laju, 5) bermasalah dalam memahami, 6) personaliti yang pendiam dan sepi, dikenalpasti dengan bantuan guru. Strategi bagi membantu kanak-kanak autisme juga dibincangkan dalam kertas ini
Improving Interactive Teaching Strategies: Action Research with a Life Skills Teacher in Oman
Considering Oman’s engagement in educational reforms that are aimed at improving the educational system to fit the needs and challenges of globalization and the current emphasis on the application of Interactive Teaching Methods (ITMs), this study sought to explore the experiences of Living Skills teachers in engaging in AR to improve Interactive Teaching Strategies (ITSs). It explores the experience of an Omani Life Skills teacher’s involvement in the participatory process of guided Action Research (AR) to improve her Interactive Teaching Strategies (ITSs). Focus is on how this involvement helped her improve her teaching as well as her views and understandings of Interactive Teaching Methods (ITMs). The findings indicate that the teacher was able to accomplish a good transformation of her understanding in some of Interactive Teaching principles and better application in her teaching while highlighting the barriers to the implementation of AR, such as lack of support, poor resources, and time constraints. These findings are hoped to contribute to efforts for developing better and focused teacher training methods for IT and AR support and implementation in Oman.
Abstrak
Memandangkan keterlibatan Oman dalam reformasi pendidikan yang bertujuan untuk menambahbaik sistem pendidikan supaya memenuhi keperluan dan cabaran globalisasi dan penekanan semasa terhadap aplikasi Kaedah Pengajaran Interaktif (ITM), maka kajian ini berusaha untuk meneroka pengalaman guru-guru Kemahiran Hidup mengaplikasi Kajian Tindakan (AR) untuk menambahbaik Strategi Pengajaran Interaktif (ITS). Kajian ini meneroka pengalaman seorang guru Kemahiran Hidup yang terlibat dalam proses penyertaan Kajian Tindakan berpandu bagi menambahbaik ITSnya. Fokus kajian tertumpu kepada bagaimana penglibatan ini membantu memperbaiki pengajarannya di samping pandangannya dan pemahamannya tentang ITM. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru tersebut berjaya membuat transformasi dalam pemahamannya tentang beberapa prinsip Pengajaran Interaktif dan juga boleh mengaplikasinya dengan lebih baik. Sementara itu kajian dapat juga menjelaskan halangan-halangan dalam melaksanakan AR, seperti kekurangan sokongan, sumber, dan masa. Adalah diharapkan bahawa dapatan ini dapat menyumbang kepada usaha membangun kaedah melatih guru yang lebih baik dan lebih fokus untuk sokongan dan pelaksanaan IT dan AR di Oman.
 
Academic Freedom and Educational Responsibility in Malaysian Higher Institutions of Learning
New challenges of academic freedom and educational responsibility in Malaysian higher institutions of learning had been of great concern to all parties alike. However, academic freedom needs to be accompanied by educational responsibility. In Malaysia, serious research regarding academic freedom and academic responsibility, is yet to be undertaken. This paper identifies the relationship between academic freedom and educational responsibility; highlights major challenges faced by academicians in exercising academic freedom, and analyses responses from academicians. In addition, the paper suggests some improvements to the current practices of academic freedom in Malaysian higher institutions of learning. A semi-structured interview schedule was designed to gain insight on academic freedom and educational responsibility from randomly selected senior academicians attached to three Malaysian universities. Findings show that there exists a strong positive relationship between academic freedom and educational responsibility. Respondents also perceived that the regulations and restrictions imposed upon academicians did not act as obstacles to voice opinions, if the regulations and restrictions were taken positively and are used as measures to exercise academic responsibility. Their perceptions suggest that the main challenge faced by academicians comes, perhaps, from their own fears and inhibitions. The prognosis is that academic freedom in Malaysian universities can be realized by students and academicians alike, if they express their views within certain limitations; but the society and the government should be more tolerant and be receptive to constructive criticism.
Abstrak
Cabaran baharu kebebasan akademik dan tanggungjawab pendidikan dalam institusi pengajian tinggi di Malaysia memang diberi perhatian oleh pelbagai golongan. Bagaimana pun, kebebasan akademik perlulah disertai oleh tanggungjawab pendidikan. Di Malaysia, kajian yang serius tentang kebebasan akademik dan tanggungjawab pendidikan, masih belum lagi dilaksanakan. Kertas ini mengenalpasti hubungan antara kebebasan akademik dan tanggungjawab pendidikan; menjelaskan cabaran besar yang dihadapi oleh ahli akademi dalam melaksanakan kebebasan akademik, dan menganalisa respons mereka. Tambahan lagi, kertas ini mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam amalan kebebasan akademik semasa di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Satu jadual temubual separa berstruktur telah dibina untuk mendalam pandangan beberapa tenaga akademik senior daripada tiga universiti yang dipilih secara rawak tentang kebebasan akademik dan tanggungjawab pendidikan. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan positif yang kuat antara kebebasan akademik dan tanggungjawab pendidikan. Responden juga berpendapat bahawa peraturan dan batasan-batasan yang disyaratkan ke atas ahli akademik tidak menjadi halangan bagi menyuarakan pandangan, jika ia diterima secara positif dan digunakan sebagai langkah-langkah bagi tanggungjawab akademik. Pada pandangan mereka cabaran paling utama yang dihadapi oleh ahli akademik timbul mungkin, daripada perasaan dan batasan mereka sendiri. Prognosisnya ialah kebebasan akademik di university di Malaysia boleh direalisasikan oleh kedua-dua mahasiswa dan ahli akademik, jika mereka mengungkapkan pandangan mereka dalam batasaan tertentu; tetapi masyarakan dan kerajaan wajar bersikap lebih toleran dan menerima kritikan yang membina
 
The Gap between Primay and Secondary School Teacher Followership Styles at Adni Islamic School, Malaysia
This study investigated the gap between primary and secondary school teachers’ followership styles at a private Islamic school in Malaysia. Questionnaire surveys were completed by 92 teachers from both respective schools. The findings of this research show that all of Kelley’s Followership Styles (exemplary, alienated, pragmatist, conformist and passive) were represented in the followership styles of primary and secondary school teachers at AIS. The most common followership style is the exemplary style which was practiced by 39 (42.3%) of the teachers. Furthermore, the findings show that there was a significant difference in followership styles between the male primary and secondary school teachers of AIS. However, there was no significant difference in followership styles between the female primary and secondary school teachers of AIS. In general, there was no significant difference of followership styles between both schools. Based on the findings of this study, it is recommended that the exemplary followership style be adopted, since it is especially suited to helping followers achieve exemplary levels that can help promote higher standards of organizational performance. Suggestions concerning further research on the subject of followership are also presented.
Abstrak:
Tujuan kajian kuantitatif ini adalah untuk menyiasat jurang antara guru sekolah rendah dan sekolah menengah dalam gaya kepengikutan di sebuah sekolah swasta Islam di Malaysia. Soal selidik telah dijawab oleh 92 orang guru dari kedua-dua peringkat sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa semua gaya kepengikutan Kelley (teladan, terasing, pragmatis, konformis dan pasif) diwakili dalam gaya kepengikutan guru-guru sekolah rendah dan menengah di AIS. Gaya kepengikutan yang paling biasa adalah gaya teladan yang telah diamalkan oleh 39 orang guru (42.3%). Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan dalam gaya kepengikutan antara guru lelaki sekolah rendah dan guru lelaki sekolah menengah AIS. Walau bagaimanapun, adalah tiada perbezaan yang signifikan dalam gaya kepengikutan antara guru perempuan sekolah rendah dan guru perempuan sekolah menengah AIS. Secara umum, tiada perbezaan yang signifikan dalam gaya kepengikutan antara kedua-dua buah sekolah rendah dan menengah. Berdasarkan dapatan kajian ini, adalah disyorkan supaya gaya kepengikutan teladan diterima pakai, kerana ia adalah sangat sesuai untuk membantu pengikut-pengikut mencapai tahap teladan yang membantu meningkatkan tahap prestasi organisasi. Cadangan berkaitan penyelidikan lanjutan pada subjek kepengikutan juga turut dipersembahkan
Knowledge of Learning Disabilities among Pre-service and In-service Trainee Teachers in Malaysia
Are mainstream teachers in Malaysia knowledgeable about types of students with special needs? Are there enough support services as well as facilities provided for these students’ education? This study investigated the knowledge level of Malaysian in-service trainee teachers undergoing a distance learning Bachelor of Education program sponsored by the Malaysian Ministry of Education and pre-service trainee teachers enrolled in a regular bachelor of education program. The sample consisted of 296 students of bachelor degrees at two public universities, 39 males and 257 females; 147 in-service student teachers and 149 pre-service student teachers. The respondents completed a 36-item survey designed by the researchers, which had adequate psychometric properties. The results of the study revealed that student teachers had a rich level of knowledge on a few aspects of learning disabilities and a moderate level of knowledge in other aspects tested. In-service student teachers were found to be more knowledgeable than pre-service student teachers. Student teachers’ level of knowledge was not related to their age and teaching experience. However their level of knowledge was somehow related to their status. Mass media were the main sources of information for both groups of trainee teachers. The implications of these findings for inclusive education and for future research are discussed.
Abstrak
Adakah guru-guru sistem pendidikan arus perdana di Malaysia mempunyai ilmu tentang pelajar-pelajar yang mempunyai keperluan khas? Cukupkah perkhidmatan sokongan dan kemudahan yang disediakan untuk pendidikan pelajar sedemikian? Kajian ini menyelidik aras pengetahuan guru dalam perkhidmatan yang menjadi guru pelatih melalui program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan jarak jauh yang ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru pelatih pra-perkhidmatan yang melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan secara laluan biasa. Sampel kajian ini terdiri daripada 296 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda di dua buah universiti awam, terbahagi kepada 39 orang mahasiswa lelaki dan 257 orang mahasiswa perempuan; dan 147 orang guru pelatih dalam perkhidmatan dan 149 orang guru pelatih pra-perkhidmatan. Responden dikehendaki mengisi soal selidik yang mengandungi 36 item yang dibina oleh para penyelidik dan mempunyai sifat psikometrik yang memuaskan. Hasil kajian mendedahkan bahawa guru pelatih mempunyai aras ilmu yang kaya tentang sedikit aspek pembelajaran orang kurang upaya dan aras sederhana dalam beberapa aspek yang diuji. Guru-guru dalam perkhidmatan didapati mempunyai lebih pengetahuan daripada guru-guru pra-perkhidmatan. Aras pengetahuan guru pelatih tidak berkaitan dengan umur dan pengalaman mengajar. Bagaimanapun, aras pengetahuan mereka didapati mempunyai hubungan dengan status mereka. Bagi kedua-dua kumpulan guru, kajian mendapati bahawa media massa merupakan sumber maklumat utama. Implikasi hasil kajian bagi pendidikan inklusif dan penyelidikan pada masa depan di Malaysia turut dibincangkan
Thinking Creatively about Muslim Education: Exploring Yusef Waghid’s Maximalist-Minimalist Frame
The South African Muslim scholar, Yusef Waghid, conceptualized Islamic education by creatively using the maximalist-minimalist theoretical frame. Waghid brought into the discussion numerous interrelated concepts and terms that helped to construct his conceptualization. In response to this process and application to this genre of education, this essay review evaluates Waghid’s text.
Abstrak:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecenderungan berinteraksi dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (ITE) Negeri Sabah dan Sarawak, Malaysia. Kajian juga meneliti prediktor demografi bagi aras interaksi dan mempertimbangkan bagaimana interaksi berlaku dalam pelbagai persekitaran di ITE di antara pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik. Perhatian khusus diberikan kepada bagaimana guru pelatih berinteraksi semasa mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum, di kolej-kolej kediaman dan semasa aktiviti-aktiviti harian mereka dan dalam talian. Faktor-faktor demografi termasuk tahap pengajian, etnik dan agama. Sampel terdiri daripada 299 orang mahasiswa semester ketiga Asasi Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Soal selidik yang dibina sendiri berdasarkan tinjauan literatur yang luas telah digunakan untuk pengumpulan data. Analisis desriptif mendedahkan bahawa tahap kecenderungan berinteraksi keseluruhan di kalangan pelajar yang berbilang kaum adalah tinggi. Paras tertinggi ialah interaksi dalam persekitaran ko-kurikulum, diikuti oleh interaksi dalam aktiviti harian, interaksi di kolej-kolej kediaman dan berinteraksi dalam aktiviti-aktiviti kurikulum. Tahap penghayatan semangat perpaduan di kalangan pelajar yang berbilang kaum adalah tinggi. Keputusan juga menunjukkan bahawa hubungan dengan rakan sebaya adalah merupakan penyumbang kuat kepada kecenderungan para pelajar untuk berinteraksi dengan orang dari pelbagai latar belakang etnik, diikuti pengalaman sekolah, pengaruh keluarga dan media massa. Keputusan ini adalah penting untuk para pendidik guru dan penggubal dasar dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. 
Problem-Based Learning to Enhance Students’ Understanding and Motivation for Learning Mechanical Science
This action research study sets out to investigate whether Problem-Based Learning (PBL) would enhance the technical students’ level of conceptual understanding and motivation for learning the subject of mechanics. This action research study involved a single classroom from a technical college where the instructional intervention was implemented for about 4 weeks (a total of 8 lessons). Quantitative data was generated through the administration of Pre and Post-tests, rubrics and questionnaires, while qualitative data was collected through lesson observations and interviews. Based on the results obtained, the sample students in general were found to make the desired improvement in their level of conceptual understanding of Mechanics. Comparison made based on a phase-test with a parallel group also showed that the sample students performed better than their immediate counterparts. With PBL, the students felt that focusing authentic engineering problems made the subject more relevant to their interests while the collaborative learning approach in the PBL setting made students share ideas and support each other thus enabled them to grasp the conceptual understanding required.
Abstrak
Kajian tindakan ini menyelidik sama ada Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) boleh meningkatkan tahap pemahaman konsep dan motivasi bagi pembelajaran mata pelajaran mekanik pelajar-pelajar teknikal. Kajian tindakan ini melibatkan sebuah kelas di kolej teknikal di Brunei Darussalam di mana intervensi pengajaran telah dilaksanakan selama empat minggu (sejumlah lapan sesi pengajaran). Data kuantitatif telah dijana melalui ujian pra dan pasca intervensi, rubrik dan soal selidik, sementara data kualitatif telah diperolehi daripada pemerhatian sesi pengajaran dan temubual. Berdasarkan data kajian yang diperolehi, pada umumnya pelajar yang disampel menunjukkan kemajuan seperti yang diingini dalam tahap pemahaman konsep mekanik. Perbandingan dengan satu kumpulan selari berdasarkan satu ujian fasa menunjukkan pelajar yang disampel mempunyai prestasi yang lebih baik daripada kumpulan selari tersebut. Dengan menggunakan PBL pelajar merasakan bahawa memberi fokus kepada masalah kejuruteraan yang sebenarnya membuat subjek itu lebih relevan dengan minat mereka sementara pendekatan pembelajaran kolaboratif dalam suasana PBL membuat mereka berkongsi idea dan menguatkan satu sama lain, justeru membuat mereka berupaya memahami konsep yang diperlukan
Quality Assurance in Contemporary Islamic Universities: Issues and Challenges
The inability of contemporary Islamic higher institutions of learning to produce human capital of the “right mind and sound thought” has cast doubt on the goals and objectives of Islamic Universities of the present milieu. The purpose of this article is to critically analyze some issues and challenges of quality assurance confronting Islamic universities and propose a quality assurance model that stems from leadership concepts rooted in Qur’anic tenets. Admittedly, some of the written goals of contemporary Islamic universities with respect to quality assurance had been partially fulfilled. However, compared with other contemporary universities, quality assurance in Islamic universities has not lived up to expectations, especially in terms of creative innovations and inventions that are beneficial for all humanity. These weaknesses could be attributed to lack of leadership quality to spearhead innovative projects, and subsequent brain drain due to the exodus of bright Muslim minds migrating to ‘greener pastures’. Finally, we discuss strategies for improving quality assurance in Islamic universities, with special emphasis on good governance and leadership.
Abstrak
Kekurangan upaya institusi pengajian tinggi Islam kontemporari melahirkan modal manusia yang mempunyai “minda yang betul dan pemikiran yang sahih” telah menimbulkan keraguan terhadap matlamat dan objektif universiti Islam masakini. Perubahan adalah satu kemestian. Tujuan makalah ini adalah untuk menganalisis secara kritis tentang beberapa isu dan cabaran jaminan kualiti yang dihadapi oleh universiti Islam dan mencadangkan satu model baginya yang terbit daripada konsep kepimpinan yang berakar umbi daripada al-Qur’an. Memang diakui bahawa beberapa matlamat bertulis universiti Islam kontemporari berkaitan jaminan kualiti telah separuhnya dipenuhi. Bagaimana pun, apabila dibandingkan dengan universiti kontemporari yang lain, jaminan kualiti universiti Islam masih belum mencapai apa yang dijangka, khususnya dalam kontek inovasi dan penciptaan yang kreatif, yang amat berfaedah kepada semua manusia. Kelemahan-kelemahan ini boleh disabitkan kepada kelemahan kualiti pimpinan universiti bagi merintis projek yang inovatif, dan seterusnya ketandusan tenaga pemikir kerana penghijrahan beramai-ramai oleh Muslim yang bergeliga kepada tempat yang lebih subur. Kertas ini menawarkan strategi untuk mempertingkatkan jaminan kualiti di institusi pengajian tinggi Islam, dengan penekanan khas terhadap kepimpinan dan tadbir urus yang baik.