IIUM Engineering Journal
Not a member yet
783 research outputs found
Sort by
BEHAVIORS OF THERMOELASTIC PROPERTIES IN NI-TI BASED SHAPE MEMORY ALLOYS, PROCESSED BY METAL FORMING TECHNIQUES
In this work, the thermoelastic properties of Ni-Ti shape memory alloys (SMA) processed by conventional rolling and equal channel angular extrusion (ECAE) were investigated. SMAs have two phases: Austenite (at high temperature) and Martensite (at low temperature). The samples were compared under five different thermal and processing conditions: homogenized, rolled, rolled-annealed, extruded, and extruded-annealed. The homogenized sample served as a reference. The samples were analyzed by differential scanning calorimetry (DSC) to determine the thermoelastic transformation temperatures. Images were taken using scanning electronic microscopy (SEM) in conjunction with energy dispersive spectroscopy (EDS). The dynamic area was completed for two tests: under constant load bending (simulation of the memory effect to determine the reversible thermoelastic strain) and dynamic mechanical analysis (DMA). The results showed that the plastic forming processes alter the properties, especially for samples exposed to the ECAE, which can block the martensitic phase. However, R-phase (a rhombohedral phase), that can appear at low temperatures before the martensitic phase, emerges totally when the extruded sample suffers annealing. The images of SEM, confirmed by EDS, show that any type of forming process and the presence of precipitates have a significant influence on the behavior of the elastic property. It was found that extrusion has a greater effect on the restoring properties of the alloys than rolling. This analysis is of great importance for the use of SMA in applications requiring high mechanical strength combined with the functional properties of shape recovery through martensitic phase transformations.
ABSTRAK: Kajian ini adalah berkaitan sifat-sifat bentuk aloi ingatan (SMA) termoelastik Ni-Ti yang diproses melalui penggelek konvensional dan penyemperitan sudut saluran sama (ECAE). SMA mempunyai dua peringkat: Austenit (pada suhu tinggi) dan Martensit (pada suhu rendah). Sampel dibandingkan pada lima tahap kepanasan dan proses iaitu: percampuran, penggulungan, penggulungan-rataan, perataan dan penyemperitan-rataan. Sampel campuran yang dihomogenkan dijadikan sebagai sampel rujukan. Sampel dianalisis dengan pengimbas kalorimetri pembezaan (DSC) bagi menentukan suhu transformasi termoelastik. Imej diambil menggunakan pengimbas mikroskop elektronik (SEM) bersama spektroskopi penyebaran tenaga (EDS). Kawasan dinamik diuji dengan dua ujian: di bawah lenturan beban malar (simulasi kesan memori bagi menentukan terikan termoelastik boleh balik) dan analisis mekanik dinamik (DMA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembentukan plastik telah mengubah sifat, terutama pada sampel yang terdedah kepada penyemperitan sudut saluran sama ECAE, yang boleh menyekat fasa martensit. Walau bagaimanapun, fasa-R (fasa rombohedral) yang boleh muncul pada suhu rendah sebelum fasa martensitik, muncul sepenuhnya apabila sampel tersemperit mengalami penyepuhlindapan (penyemperitan-rataan). Imej pengimbasan mikroskop elektron, seperti yang dibuktikan dengan spektroskopi penyebaran tenaga (EDS), menunjukkan bahawa apa-apa jenis proses pembentukan dan kehadiran mendakan mempunyai pengaruh kuat terhadap sifat elastik. Dapatan kajian juga mendapati bahawa penyemperitan mempunyai kesan yang lebih besar terhadap sifat pemulihan aloi berbanding proses penggulungan. Analisis ini sangat penting bagi penggunaan bentuk aloi ingatan (SMA) dalam aplikasi yang memerlukan kekuatan mekanikal yang tinggi bersama sifat pemulihan bentuk melalui transformasi fasa martensit
The Optimization of Growth Condition of the Bacteria Producing Cold-Active Proteolytic Enzyme from the Antarctic Region
The growth conditions of bacteria producing cold-active protease isolated from an Antarctic sample were screened using one-factor-at-time (OFAT). Then, crude protease of the strain was extracted during the late logarithmic phase for enzymatic assay. A strain that showed the highest enzyme activity was selected for optimization via response surface method (RSM). The parameters studied were incubation temperature (4 – 36 °C), pH media (4 – 10) and NaCl concentration (0 – 8%). Based on the OFAT results, all eight strains showed the highest growth rate at 20 °C, pH 7 and 4% (w/v) NaCl. The assay showed that the crude enzyme extracted from strain SC8 exhibited significantly higher activity (0.20 U and 0.37 U) than the positive control (0.11 U and 0.31 U) at -20 °C and 20 °C. RSM suggested that the optimized setting for growth of SC8 were at 20.5 °C, pH 6.83 and 2.05% (w/v) of NaCl with the results of the bacterial growth rate value was 3.70 ± 0.06 x 106 cells/hr. Optimal growth conditions of SC8 from this study are useful for the large-scale production of cold-active protease in future.
ABSTRAK: Keadaan pertumbuhan bakteria yang menghasilkan enzim protease aktif sejuk daripada sampel Antartika disaring menggunakan satu faktor pada masa (OFAT). Kemudian, enzim protease ini diekstrak pada lewat fasa logaritma untuk ujian enzimatik. Strain yang menunjukkan aktiviti enzim tertinggi telah dipilih untuk tujuan pengoptimuman melalui kaedah permukaan tindak balas (RSM). Parameter yang dikaji ialah suhu pengeraman (4 – 36 °C), pH media (4 – 10) dan kepekatan NaCl (0 – 8%). Berdasarkan OFAT, kesemua lapan bakteria menunjukkan kadar pertumbuhan tertinggi pada 20 °C, pH 7 dan 4% NaCl. Hasil ujian enzimatik menunjukkan bahawa enzim protease yang diekstrak daripada SC8 mempamerkan aktiviti yang jauh lebih tinggi (0.20 U dan 0.37 U) daripada kawalan positif (0.11 U dan 0.31 U) pada -20 °C dan 20 °C. RSM mencadangkan tetapan optimum untuk pertumbuhan SC8 adalah pada 20.5 °C, pH 6.83 dan 2.05% NaCl dengan keputusan kadar pertumbuhan bakteria ialah 3.70 ± 0.06 x 106 sel/jam. Keadaan pertumbuhan optimum SC8 daripada kajian ini bermanfaat untuk menghasilkan produk protease aktif sejuk secara besar-besaran pada masa hadapan.
The growth conditions of bacteria producing cold-active protease isolated from an Antarctic sample were screened using one-factor-at-time (OFAT). Then, crude protease of the strain was extracted during the late logarithmic phase for enzymatic assay. A strain that showed the highest enzyme activity was selected for optimization via response surface method (RSM). The parameters studied were incubation temperature (4 – 36 °C), pH media (4 – 10) and NaCl concentration (0 – 8%). Based on the OFAT results, all eight strains showed the highest growth rate at 20 °C, pH 7 and 4% (w/v) NaCl. The assay showed that the crude enzyme extracted from strain SC8 exhibited significantly higher activity (0.20 U and 0.37 U) than the positive control (0.11 U and 0.31 U) at -20 °C and 20 °C. RSM suggested that the optimized setting for growth of SC8 were at 20.5 °C, pH 6.83 and 2.05% (w/v) of NaCl with the results of the bacterial growth rate value was 3.70 ± 0.06 x 106 cells/hr. Optimal growth conditions of SC8 from this study are useful for the large-scale production of cold-active protease in future.
ABSTRAK: Keadaan pertumbuhan bakteria yang menghasilkan enzim protease aktif sejuk daripada sampel Antartika disaring menggunakan satu faktor pada masa (OFAT). Kemudian, enzim protease ini diekstrak pada lewat fasa logaritma untuk ujian enzimatik. Strain yang menunjukkan aktiviti enzim tertinggi telah dipilih untuk tujuan pengoptimuman melalui kaedah permukaan tindak balas (RSM). Parameter yang dikaji ialah suhu pengeraman (4 – 36 °C), pH media (4 – 10) dan kepekatan NaCl (0 – 8%). Berdasarkan OFAT, kesemua lapan bakteria menunjukkan kadar pertumbuhan tertinggi pada 20 °C, pH 7 dan 4% NaCl. Hasil ujian enzimatik menunjukkan bahawa enzim protease yang diekstrak daripada SC8 mempamerkan aktiviti yang jauh lebih tinggi (0.20 U dan 0.37 U) daripada kawalan positif (0.11 U dan 0.31 U) pada -20 °C dan 20 °C. RSM mencadangkan tetapan optimum untuk pertumbuhan SC8 adalah pada 20.5 °C, pH 6.83 dan 2.05% NaCl dengan keputusan kadar pertumbuhan bakteria ialah 3.70 ± 0.06 x 106 sel/jam. Keadaan pertumbuhan optimum SC8 daripada kajian ini bermanfaat untuk menghasilkan produk protease aktif sejuk secara besar-besaran pada masa hadapan
BIODEGRADATION OF FATS, OIL AND GREASE USING MICROORGANISMS ISOLATED FROM PALM OIL MILL EFFLUENT
The biodegradation of fat, oil, and grease (FOG) is important in water pollution control and wastewater management. In this study, the viability of FOG-degrading microorganisms on palm oil biodegradation was assessed. Seven strains capable of degrading FOG were isolated from palm oil mill effluent (POME). The potential bacterial strains were selected based on Tween-80-degrading ability. Micrococcus lylae strain DSM 20315 showed the highest growth compared to the other strains. Hence, it was selected for FOG degradation test. The biodegradability was performed as a function of pH (6, 7, 8), initial oil concentration (1, 3, 5% v/v), and inoculum concentration (2, 6, 10% v/v). Optimization of these parameters of palm oil degradation was studied using 2-level factorial design. The maximum oil degradation was 68%, obtained at pH 6, initial oil concentration 1 % v/v, and bacterial inoculum concentration of 10 % v/v. The lowest oil degradation obtained was 22%. The initial oil concentration followed by bacterial inoculum concentration enhanced the removal efficiency of FOG, but the pH level did not significantly promote the degradation rate. As a result, the optimum process conditions for maximizing oil degradation were at pH 6, initial oil concentration 1 %v/v, and bacterial inoculum concentration of 10 %v/v.
ABSTRAK: Biodegradasi lemak, minyak, dan gris (FOG) adalah penting dalam kawalan pencemaran air dan rawatan air buangan. Kajian ini adalah berkenaan kebolehhidupan organisma pengurai-FOG dalam biodegradasi minyak kelapa sawit. Tujuh strain berkeupayaan mendegradasi FOG diasingkan daripada cairan buangan minyak kelapa sawit (POME). Strain bakteria yang berpotensi telah dipilih berdasarkan keupayaan degradasi-Geladak-80. Strain Mikrokokus lilae DSM 20315 menunjukkan pertumbuhan tertinggi berbanding strain lain. Oleh itu, ia dipilih bagi ujian degradasi FOG. Keupayaan biodegradasi telah dihasilkan berdasarkan fungsi pH (6, 7, 8) ketumpatan awal minyak (1, 3, 5% v/v) dan ketumpatan inokulum (2, 6, 10% v/v). Parameter optimum degradasi minyak kelapa sawit dikaji menggunakan reka bentuk faktorial 2-tahap. Nilai maksimum degradasi minyak adalah sebanyak 68%, terhasil pada pH 6, berketumpatan awal 1% v/v, dan ketumpatan inokulum bakteria 10% v/v. Degradasi minyak terendah pula adalah sebanyak 22%. Ketumpatan awal minyak diikuti ketumpatan bakteria inokulum meningkatkan kecekapan penyingkiran FOG, tetapi level pH tidak ketara dalam membantu kadar degradasi. Sebagai kesimpulan, keadaan optimum bagi degradasi minyak maksimum adalah pada pH 6, ketumpatan awal minyak 1% v/v dan ketumpatan bakteria inokulum sebanyak 10% v/v.
PLC-based PID controller for real-time pH neutralization process using Palm Oil Mill Effluent
The pH neutralization process is a highly non-linear process and time delay system that is difficult to control and to accurately model mathematically. Therefore, the empirical method, which needs reliable experimental data to represent the process dynamics, is often used. In this paper, the performance of the PLC-based PID controller was studied using a different adjustment of the acid dosing pump stroke rate in the pH neutralization process. The pH neutralization process is a single-input, single-output system where the manipulated variable is the alkali dosing pump stroke rate, the controlled variable is pH, and the acid dosing pump stroke rate is set as a constant. The acid dosing pump stroke rate was adjusted to 10%, 15% and 25%. The results showed that the best performance of the PID controller was based on setpoint tracking when the setting of the acid dosing pump stroke rate was set at 10%, which could be used as experimental data in the empirical method. In addition, the real-time control system was integrated between PLC and MATLAB using National Instruments OPC server to access the experimental data in real-time, conduct simulation, and to develop the advanced control in the future.
ABSTRAK: Peneutralan pH adalah proses tidak linear yang sukar dikawal dan sukar mendapat model matematik yang tepat. Oleh itu, kaedah empirikal memerlukan data eksperimen masa nyata bagi mewakili proses dinamik untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini adalah berkaitan kajian prestasi pengawal PLC-berdasarkan PID menggunakan pelbagai perubahan kadar strok pam dos asid dalam proses peneutralan pH. Proses peneutralan pH ini adalah sistem satu input/output, di mana pemboleh ubah yang dimanipulasi adalah kadar peratusan strok pam dos alkali menggunakan pam peristaltik, pemboleh ubah kawalan ialah pH dan pemboleh ubah malar ialah peratusan dos asid.Kadar strok pam dos asid dilaraskan pada 10%, 15% dan 25%. Dapatan kajian menunjukkan prestasi terbaik kawalan PID adalah berdasarkan pengesan titik-set apabila kadar strok pam dos asid dilaraskan pada 10%, di mana ianya berkesan apabila digunakan sebagai data eksperimen dalam kaedah empirikal. Tambahan, kajian ini telah berjaya membentuk sistem kawalan masa nyata bagi proses penutralan pH menggunakan PLC dan MATLAB melalui pelayan National Instruments OPC bagi membolehkan pertukaran data eksperimen secara masa nyata yang cekap, menjalankan simulasi dan pembangunan kawalan termaju pada masa hadapan
Control Strategy for Power Assist Upper Limb Rehabilitation Robot with the Therapist’s Motion Intention Prediction
Currently, fully automated rehabilitation robots can assist therapists in providing rehabilitation therapy, hence the patients could get hurt. On the other hand, manual treatment may cause less patient injury but it is tiresome, and there are not enough therapists in most countries. Power assist rehabilitation robots can support the therapists in conducting the treatment and may help to alleviate this problem. The goal of this study is to develop a control strategy for the robot to assist the therapist’s movement in a power assist upper limb rehabilitation treatment. The system combines the advantages of robotic and manual rehabilitation therapy. Torque and position sensors fitted on the power assist upper limb rehabilitation robot arm are used for motion intention estimation. The amount of angular velocity necessary to be delivered to the feedback controller will be determined by predicting the therapist‘s motion intention using the impedance control method. The resulting velocity from the motion intention estimator is incorporated into the Sliding Mode Control - Function Approximation Technique (SMC-FAT) based adaptive controller. The SMC-FAT based adaptive controller in the feedback loop, overcomes the uncertain parameters in the combination of the robot and the human arm. The motion intention estimator forecasts the movement of therapists. The proposed controller is used to regulate elbow flexion and extension motion on a power assist upper limb rehabilitation robot with one degree of freedom (DOF). The proposed control system has been tested using MATLAB simulation and hardware experimental tests. The outcomes demonstrate the effectiveness of the proposed controller in directing the rehabilitation robot to follow the desired trajectory based on the therapist's motion intention, with maximum errors of 0.002rad/sec, 0.005rad/sec and 0.02rad/sec for sinusoidal, constant torque values, and hardware experiment respectively.
ABSTRAK: Pada masa ini, robot rehabilitasi automatik sepenuhnya dapat membantu ahli terapi dalam menyediakan terapi pemulihan, tetapi pesakit berkemungkinan tercedera. Sebaliknya, rawatan manual berkemungkinan mengurangkan kecederaan pesakit tetapi ia memenatkan, dan terdapat kurang ahli terapi yang mencukupi di kebanyakan negara. Robot pembantu rehabilitasi dapat membantu ahli terapi dalam menjalankan pemulihan dan mengurangkan masalah ini. Sistem ini menggabungkan kelebihan terapi pemulihan robotik dan manual. Alat pengesan tork dan kedudukan diletakkan pada anggota atas lengan robot rahabilitasi yang digunakan bagi mengesan anggaran jarak pergerakan ahli terapi. Anggaran halaju sudut diperlukan bagi kawalan gerak balas dan dapat diketahui melalui anggaran niat gerakan ahli terapi menggunakan kaedah kawalan impedans. Halaju yang terhasil daripada anggaran niat gerakan diadaptasi ke dalam pengawal adaptif berasaskan Kawalan Mod Gelongsor - Teknik Anggaran Fungsi (SMC-FAT). Pengawal penyesuaian berasaskan SMC-FAT dalam gelung maklum balas, mengatasi parameter yang tidak pasti dalam gabungan robot dan lengan manusia. Penganggar niat gerakan meramalkan gerakan ahli terapi. Pengawal yang dicadangkan digunakan bagi mengawal lenturan siku dan gerakan lanjutan pada robot rehabilitasi dengan satu darjah kebebasan (DOF). Sistem kawalan yang dicadangkan telah diuji menggunakan simulasi MATLAB dan ujian eksperimen perkakasan. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan pengawal yang dicadangkan dalam mengarahkan robot rehabilitasi mengikut trajektori yang dikehendaki berdasarkan niat gerakan ahli terapi, dengan ralat maksimum masing-masing 0.002rad/s dan 0.005rad/s bagi sinusoidal, nilai tork malar, dan eksperimen perkakasan masing-masing
A COMPARATIVE FINITE ELEMENT ANALYSIS OF REGULAR AND TOPOLOGICALLY OPTIMISED DENTAL IMPLANTS FOR MECHANICAL AND FATIGUE RESPONSES EVALUATION
Topology optimisation is a prominent method to improve the performance of any systems by optimising geometrical factors to save materials without compromising the system functionality. Currently, there is limited published data discussing the topologically optimised dental implants that makes the matter still unclear. This study aimed to evaluate the mechanical and fatigue behaviours of regular and topologically optimised dental implant designs using 3-D FEA. Geometrical models were developed in accordance with ISO 14801 using SolidWorks 2020 before being analysed in ANSYS 18.1. The new implant design was created by topology optimisation analysis. The material properties of all parts were assumed to be isotropic, linearly elastic, and homogenous. Nine different compressive load values ranging from 100 to 500 N were applied on the loading structure as separated cases. The vertical and bottom surfaces of the holder were fully constrained. The results showed that the topologically optimised implant recorded about 12.3% lower implant stress than the regular implant. Both implant designs revealed a comparable displacement result with a percentage difference of only 2.3%. The optimised design was also found to produce longer fatigue life and approximately 12.3% higher safety factor compared to the regular design. The increase in the compressive load value has increased the stress and deformation, whilst decreased the fatigue life and safety factor in both designs. Although it was estimated that the volume of the new implant could be reduced to about 24% of the traditional one, the implant functionality may still be retained or even be improved.
ABSTRAK: Pengoptimuman topologi adalah kaedah utama bagi meningkatkan prestasi mana-mana sistem dengan mengoptimumkan faktor geometri bagi menjimatkan bahan tanpa menjejaskan fungsi utama sistem. Dewasa ini, terdapat kurang data diterbitkan berbincang mengenai implan gigi yang dioptimumkan secara topologi yang menjadikan perkara ini masih tidak jelas. Kajian ini bertujuan bagi menilai perlakuan mekanikal dan kelesuan bagi reka bentuk implant gigi biasa dan yang dioptimumkan secara topologi menggunakan 3-D FEA. Model geometri telah dibangunkan mengikut ISO 14801 menggunakan SolidWorks 2020 sebelum dianalisis dalam ANSYS 18.1. Reka bentuk implan baharu telah dibuat melalui analisis pengoptimuman topologi. Sifat pada semua bahagian bahan diandaikan sebagai isotropik, keanjalan linear, dan homogen. Sembilan nilai beban mampatan berbeza antara 100 hingga 500 N telah dikenakan pada struktur pembebanan sebagai kes berasingan. Permukaan menegak dan bawah pemegang dikekang sepenuhnya. Keputusan menunjukkan bahawa implan yang dioptimumkan secara topologi merekodkan tegasan implan 12.3% lebih rendah daripada implan biasa. Kedua-dua reka bentuk implan menunjukkan hasil anjakan yang setanding dengan perbezaan peratusan hanyalah 2.3%. Reka bentuk yang dioptimumkan juga didapati menghasilkan hayat kelesuan yang lebih lama dan kira-kira 12.3% faktor keselamatan yang lebih tinggi berbanding reka bentuk biasa. Peningkatan dalam nilai beban mampatan telah meningkatkan tegasan dan perubahan bentuk, sementara mengurangkan hayat kelesuan dan faktor keselamatan dalam kedua-dua reka bentuk. Walaupun dianggarkan bahawa isipadu implan baru boleh dikurangkan kira-kira 24% daripada implan tradisional, fungsi implan masih boleh dikekalkan atau dipertingkatkan
HIGH ACCURACY HUMAN MOTION TRAJECTORY GENERATION FOR EXOSKELETON ROBOT USING CURVE FITTING TECHNIQUE
Robotic systems often require trajectory planning algorithms that can generate natural human-like movements for tasks such as grasping and manipulation. However, conventional trajectory planning methods may not accurately capture the complex movement patterns observed in humans. In this paper, we present a trajectory planning algorithm based on polynomial curve fitting that aims to address this issue. The algorithm determines the polynomial coefficient values that accurately match the natural human trajectory profile and is evaluated using MATLAB simulations. We compare the proposed algorithm to the conventional quintic polynomial trajectory method, analysing the accuracy, precision, and via-point continuity. The result shows that the algorithm has the ability to generate a trajectory profile with accuracy of 99.8% and a precision of 0.002°. However, the result for via-point continuity shows an error on every sub-phase transition, with the lowest error of 0.0031 between the transition of sub-phases 1 and 2. The result also shows that the lowest fitting error recorded is 0.00014°. The results demonstrate that our algorithm can generate trajectory profiles with higher accuracy and naturalness, potentially improving the performance and usability of robotic systems.
ABSTRAK: Sistem robotik sering memerlukan algoritma perancangan trajektori yang dapat menghasilkan gerakan semulajadi seperti manusia bagi tugas seperti memegang dan memanipulasi objek. Walau bagaimanapun, kaedah perancangan trajektori konvensional mungkin tidak dapat merekodkan pola gerakan kompleks seperti yang dihasilkan manusia secara tepat. Kajian ini adalah berkenaan algoritma perancangan lintasan berdasarkan penyepaduan lengkung polinomial bagi menyelesaikan masalah ini. Algoritma ini menentukan nilai pekali polinomial yang sepadan dengan profil gerakan semulajadi manusia dan dinilai menggunakan simulasi MATLAB. Algoritma yang dicadangkan ini telah dibandingkan dengan kaedah perancangan lintasan polinomial kuintik konvensional, dianalisis kejituan, ketepatan, dan keberterusan titik lalu. Keputusan menunjukkan bahawa algoritma tersebut mampu menghasilkan profil lintasan dengan kejituan sebanyak 99.8% dan ketepatan sebanyak 0.002°. Walau bagaimanapun, dapatan kajian mengenai keberterusan titik lalu menunjukkan ralat pada setiap peralihan fasa-sub dengan ralat terendah sebanyak 0.0031 pada peralihan antara fasa-sub 1 dan fasa-sub 2. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ralat penyepaduan terendah yang direkodkan adalah sebanyak 0.00014°. Keputusan ini menunjukkan bahawa algoritma ini mampu menghasilkan profil lintasan dengan ketepatan dan sifat semula jadi yang lebih tinggi, berpotensi meningkatkan prestasi dan kegunaan sistem robotik
Higher Derivative Block Method with Generalised Steplength for Solving First-Order Fuzzy Initial Value Problems
Block methods have been adopted in studies for solving first and higher order differential equations due to its impressive accuracy property. Taking a step further to improve this accuracy, researchers have considered the inclusion of higher-derivative terms in the block method, although this has been limited to the presence of one higher-derivative term in previous studies. Hence, this article aims at better accuracy by introducing two higher-derivative terms in the block method. In addition, this article presents a scheme with generalised step length such that there is flexibility on the choice of step length when developing the block method. The generalised step length scheme is adopted to develop a three-step block method for solving first-order fuzzy initial value problems. Its properties to ensure convergence and to show the region of absolute stability is investigated, and problems relating to charging and discharging of capacitor are considered. The absolute error shows the impressive accuracy of the three-step block method including obtaining the same values as the exact solution. Therefore, in addition to the new generalised algorithm presented in this article, a new three-step method for solving linear and nonlinear first order fuzzy initial value problems is presented.
ABSTRAK: Kaedah blok digunakan dalam banyak kajian untuk menyelesaikan persamaan pembezaan peringkat pertama dan peringkat tinggi kerana sifat ketepatannya yang baik. Bagi meningkatkan ketepatan ini, penyelidik telah mengambil kira dengan memasukkan terbitan peringkat tinggi dalam kaedah blok, walaupun ini terhad pada satu sebutan terbitan peringkat tinggi dalam kajian sebelum. Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mendapatkan ketepatan yang lebih baik dengan memperkenalkan dua sebutan terbitan peringkat tinggi dalam kaedah blok. Tambahan, kajian ini memperkenalkan skema dengan panjang-langkah kaki biasa supaya terdapat kebolehlenturan pada pilihan langkah semasa membangunkan kaedah blok. Skema ini diadaptasi bagi membangunkan kaedah blok tiga-langkah bagi menyelesai masalah nilai awal peringkat pertama secara rawak. Ciri-ciri terperinci dikaji bagi memastikan penumpuan lingkungan kestabilan mutlak, dan masalah berkaitan pengecasan dan nyahcas kapasitor juga turut diambil kira. Ralat mutlak menunjukkan ketepatan yang mengkagumkan pada kaedah blok tiga-langkah termasuk mendapatkan nilai yang sama seperti penyelesaian. Oleh itu, tambahan pada algoritma ini, kaedah tiga-langkah bagi menyelesaikan linear dan tidak linear pada masalah nilai awal peringat pertama secara rawak diperkenalkan
Non-Verbal Human-Robot Interaction Using Neural Network for The Application of Service Robot
Service robots are prevailing in many industries to assist humans in conducting repetitive tasks, which require a natural interaction called Human Robot Interaction (HRI). In particular, nonverbal HRI plays an important role in social interactions, which highlights the need to accurately detect the subject's attention by evaluating the programmed cues. In this paper, a conceptual attentiveness model algorithm called Attentive Recognition Model (ARM) is proposed to recognize a person’s attentiveness, which improves the accuracy of detection and subjective experience during nonverbal HRI using three combined detection models: face tracking, iris tracking and eye blinking. The face tracking model was trained using a Long Short-Term Memory (LSTM) neural network, which is based on deep learning. Meanwhile, the iris tracking and eye blinking use a mathematical model. The eye blinking model uses a random face landmark point to calculate the Eye Aspect Ratio (EAR), which is much more reliable compared to the prior method, which could detect a person blinking at a further distance even if the person was not blinking. The conducted experiments for face and iris tracking were able to detect direction up to 2 meters. Meanwhile, the tested eye blinking model gave an accuracy of 83.33% at up to 2 meters. The overall attentive accuracy of ARM was up to 85.7%. The experiments showed that the service robot was able to understand the programmed cues and hence perform certain tasks, such as approaching the interested person.
ABSTRAK: Robot perkhidmatan lazim dalam banyak industri untuk membantu manusia menjalankan tugas berulang, yang memerlukan interaksi semula jadi yang dipanggil Interaksi Robot Manusia (HRI). Khususnya, HRI bukan lisan memainkan peranan penting dalam interaksi sosial, yang menonjolkan keperluan untuk mengesan perhatian subjek dengan tepat dengan menilai isyarat yang diprogramkan. Dalam makalah ini, algoritma model perhatian konseptual yang dipanggil Model Pengecaman Perhatian (ARM) dicadangkan untuk mengenali perhatian seseorang, yang meningkatkan ketepatan pengesanan dan pengalaman subjektif semasa HRI bukan lisan menggunakan tiga model pengesanan gabungan: pengesanan muka, pengesanan iris dan mata berkedip. . Model penjejakan muka telah dilatih menggunakan rangkaian saraf Memori Jangka Pendek Panjang (LSTM), yang berdasarkan pembelajaran mendalam. Manakala, pengesanan iris dan mata berkelip menggunakan model matematik. Model mata berkelip menggunakan titik mercu tanda muka rawak untuk mengira Nisbah Aspek Mata (EAR), yang jauh lebih dipercayai berbanding kaedah sebelumnya, yang boleh mengesan seseorang berkelip pada jarak yang lebih jauh walaupun orang itu tidak berkelip. Eksperimen yang dijalankan untuk pengesanan muka dan iris dapat mengesan arah sehingga 2 meter. Sementara itu, model berkelip mata yang diuji memberikan ketepatan 83.33% sehingga 2 meter. Ketepatan perhatian keseluruhan ARM adalah sehingga 85.7%. Eksperimen menunjukkan bahawa robot perkhidmatan dapat memahami isyarat yang diprogramkan dan seterusnya melaksanakan tugas tertentu, seperti mendekati orang yang berminat
Multi-Objective Mayfly Optimization in Phase Optimization of OFDM
Communication systems have been used tremendously in recent years which results in the need for high data transmission rates. Orthogonal Frequency Division Multiplexing (OFDM) provides robust performance in frequency selective fading due to high bandwidth efficiency and inter-symbol interference. Various optimization techniques were applied in existing research to increase the efficiency of OFDM in a communication system. The existing research has a limitation of considering a single objective to improve the efficiency of OFDM and also has a local optima trap. This research proposes a Multi-Objective Mayfly algorithm (MOMF) to consider multi-objective and provides a proper trade-off between exploration and exploitation. The Partial Transmit Sequence (PTS) is applied in the model to test the performance. The FFT sizes and modulation orders are varied to evaluate the performance of the MOMF technique in phase optimization. The MOMF technique effectively increases the performance of the model than other existing optimization techniques. The MOMF technique provides a non-dominated solution to escape from local optima trap. The MOMF model considers PAPR, BER, and SER in MIMO-OFDM system to increase the efficiency of the system. The exploration-exploitation trade-off helps to improve the convergence and overcome local optima trap. The MOMF in OFDM phase optimization was evaluated using BER, SER, and Peak-to-Average Power Ratio (PAPR) metrics. The MOMF method has PAPR of 3.95 dB and PSO-GWO method has 4.92 dB of PAPR.
ABSTRAK: Sistem komunikasi telah digunakan secara meluas sejak beberapa tahun ini dan dapatan kajian menunjukkan keperluan pada kadar transmisi data yang tinggi. Pemultipleksan Bahagian Frekuensi Ortogon (OFDM) menyediakan prestasi berkesan dalam pemilihan pemudaran frekuensi berdasarkan keberkesanan lebar jalur tinggi dan gangguan antara-simbol. Pelbagai teknik optimum digunakan pada kajian sebelum ini bagi meningkatkan keberkesanan OFDM dalam sistem komunikasi. Kajian tersebut mempunyai kekurangan dalam memilih satu objektif bagi membaiki keberkesanan OFDM dan juga mempunyai perangkap optima setempat. Kajian ini mencadangkan algoritma Mayfly Objektif-Pelbagai (MOMF) bagi memilih objektif-pelbagai dan menyediakan keseimbangan yang wajar antara eksplorasi dan eksploitasi. Urutan Pancar Separa (PTS) telah digunakan dalam model ini bagi menguji prestasi. Saiz FFT dan turutan modulasi dipelbagaikan bagi menguji keberkesanan teknik MOMF pada fasa pengoptimuman. Teknik MOMF dengan berkesan menaikkan prestasi model ini berbanding teknik-teknik sedia ada yang lain. Teknik MOMF menyediakan solusi kepada teknik bukan-dominasi bagi mengelak perangkap optima setempat. Model MOMF ini mengambil kira PAPR, BER, dan SER dalam sistem MIMO-OFDM bagi meningkatkan kecekapan sistem. Keseimbangan yang wajar antara eksplorasi-eksploitasi membantu dalam membaiki penumpuan dan mengatasi perangkap optima setempat. MOMF dalam fasa optimanisasi OFDM telah dinilai menggunakan BER, SER, dan matrik Nisbah Kuasa Puncak-kepada-Purata (PAPR). Kaedah MOMF mempunyai nilai PAPR sebanyak 3.95 dB dan kaedah PSO-GWO mempunyai PAPR 4.92 dB