UUM e-journals System (Universiti Utara Malaysia)
Not a member yet
3544 research outputs found
Sort by
FUNCTIONALITIES OF FRBR-BASED INFORMATION VISUALISATION IN LIBRARY BIBLIOGRAPHIC RECORDS
This study explores the potential of the Functional Requirements for Bibliographic Records (FRBR) model as a tool for information visualisation in bibliographic control. This research aims to investigate how FRBR can be employed to enhance the visualisation of bibliographic data, examine the impact of FRBR on information organisation and retrieval, and identify and analyse the challenges associated with FRBR implementation. The researchers applied thematic analysis, where the study has three main phases. The process started with designing the review and then conducting the review. Lastly, analyse and organise the review. The analysis of the study is gained through reviewing existing literature through thematic analysis; thus, three main aspects, which contain four themes, have been presented within the study. It is important to note that the study makes a significant contribution as it focuses on library interface interaction along with the stress on relationships of entities between static and interactive bibliographic records
VALIDITY AND RELIABILITY OF THE INSTRUMENT ON THE IMPACT OF PARENTAL INVOLVEMENT ON MALAYSIAN PRIMARY PUPILS’ PERFORMANCE IN ENGLISH LANGUAGE
The study aimed to assess the impact of parental involvement on Malaysian primary pupils’ performance in English language. A survey served as the research tool. The data collection for this study was conducted through a survey using a self-administered questionnaire. Google Forms online questionnaire was administered. SPSS software was used for analysis. Findings revealed that parental involvement have a significant and positive impact on the Malaysian Primary pupils’ performance in English language. The study recommended that schools should work to foster positive attitudes towards education by emphasizing the importance of education and celebrating academic achievements. Schools should consider individual pupils’ needs and provide tailored support to help them succeed. Schools and parents should work collaboratively to support pupils’ academic progress. 
EFFECT OF EMPLOYEE’S SATISFACTION ON PERFORMANCE OF NIGERIAN MICROFINANCE BANKS
The study investigated the impact of employee satisfaction on the performance of selected Microfinance banks in Nigeria, focusing on five banks located in Osun State. The specific objectives included exploring the relationship between employee satisfaction and the performance of these Microfinance banks, as well as identifying the factors—prompt salary, job security, and fringe benefits—that affect employee satisfaction in Nigerian microfinance institutions. A purposive sampling technique was employed to select 40 employees, and data were collected using well-structured questionnaires. The analysis involved descriptive statistics and regression analysis. The findings of the study indicated a positive relationship between employee satisfaction and the performance of Microfinance banks. Furthermore, the results highlighted that factor such as prompt payment of salary, job security, and the provision of fringe benefits significantly and positively influenced employee satisfaction within the selected microfinance banks in Osun state.In light of these results, the study recommends that microfinance banks should take proactive measures to enhance employee satisfaction, particularly in the areas of prompt salary payments, job security, and the provision of fringe benefits. Strengthening these aspects of employee engagement is suggested as a means to improve overall performance in the microfinance sector. By prioritizing the well-being and satisfaction of their workforce, microfinance banks can foster a positive work environment conducive to increased efficiency and effectiveness.  
RESPONSE TO MINIMUM WAGE SHOCK IN MALAYSIA: SMEs’ CHANNEL OF ADJUSTMENT
On 1st May 2022, the Malaysian government raised the minimum wage (MW) to RM1,500, with a 25% increase. Even though there seem to be some signs of economic recovery, the Malaysian economy has yet to crawl out of a downturn. MW has been one of the most debated and controversial topics in economic literature due to mixed results on employment. While it may be too early for any empirical study on the impact of this recent hike, we are not completely clueless about what to expect. This paper aims to offer valuable insights into the potential implications of the new minimum wage policy (MWP) through a narrative literature review approach. Although no conclusive prediction can be made, the literature on developing countries with high MW increases seems to suggest that higher disemployment, reduced foreign worker dependency, formal sector (FS) migration to the informal sector (IS), and higher non-compliance are likely to be expected. This paper contributes to the understanding of MW in developing countries. Based on the channel of adjustment (CoA) model, alternate suggestions are offered to small and medium enterprises (SMEs) to better cope with the financial stress caused by MWP
Konotatif, afektif dan reflektif memanifestasi kebijakan akal budi Melayu Patani: (Connotative, affective and reflective manifesting the wisdom of Malay intelligence of Patani)
Kecekapan minda Melayu dapat dilihat melalui pelbagai bentuk khazanah berbahasa Melayu dalam karya-karya sastera seperti pantun, sajak, cerpen, novel termasuk juga penciptaan lirik lagu. Makna yang terdapat dalam lirik lagu merupakan pengertian yang bukan sahaja muncul daripada bahasa yang disusun dan digunakan, malah mempunyai perkaitan dengan bentuk pemikiran penulis lirik lagu tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dihasilkan untuk menganalisis makna yang terdapat dalam lirik lagu Melayu Patani terpilih bagi mengenal pasti bentuk pemikiran, serta menganalisis jenis-jenis makna perkataan dan gaya berfikir yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan konsep tujuh jenis makna yang diperkenalkan oleh Geoffery Leech (1974). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis penggunaan makna, iaitu makna konotatif, afektif dan reflektif. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga skema gaya berfikir tersebut terserlah melalui bait-bait lagu yang diaplikasikan melalui penggunaan jenis-jenis skema berfikir tersebut. Dapatan turut menunjukkan bahawa kata-kata dalam lirik lagu bukanlah hanya untuk menghibur, tetapi turut bertujuan untuk menggambarkan kehidupan yang dialami oleh penduduk Patani, selain bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dan juga memberi semangat kepada penduduk setempat yang sedang melalui kehidupan yang cukup mencabar, di samping mendidik para pendengar dengan pelbagai nilai murni
Penyesuaian ortografi dan imbuhan kata pinjaman bahasa Arab dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008: (Orthographic and affixation adaptations of Arabic loanwords in Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008)
Perubahan bentuk asal sesuatu bahasa sering terjadi apabila bahasa tersebut dipinjam ke dalam bahasa sasaran. Bagi bahasa Melayu, perubahan tersebut dapat dilihat daripada struktur kata, iaitu perubahan sistem ejaan bahasa Melayu, pembentukan morfem tertentu berdasarkan bahasa pinjaman dan perubahan makna yang dibawa oleh kata pinjaman. Perubahan tersebut merupakan hasil intergrasi bahasa sumber dengan bahasa sasaran yang dibuat bagi penyesuaian natif. Makalah ini melihat perubahan kata pinjaman bahasa Arab yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dalam aspek linguistik. Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 yang mempunyai 87 muka surat, terdapat sebanyak 1,482 perkataan telah disenaraikan oleh perisian AntConc yang merangkumi semua kata akar dan kata terbitan, kata hubung, kata ganda dan kata nama, iaitu nama individu dan nama tempat. Proses ini bagi menyenaraikan semua kata yang akan digunakan sebagai data. Daripada jumlah itu, 148 perkataan merupakan kata pinjaman bahasa Arab dengan semakan dibuat secara manual iaitu dengan merujuk kamus. Namun begitu, hanya 119 perkataan sahaja yang dilihat aspek perubahannya selepas penyisihan data yang tidak melibatkan perubahan makna seperti nama orang, nama tempat, agama, kaum dan sebagainya Hasil analisis yang dijalankan mendapati, perubahan ejaan merupakan perubahan yang paling ketara berlaku bagi penyesuaian ortografi, iaitu sebanyak 115 perkataan. Perubahan kedua terbesar yang berlaku ialah imbuhan akhiran -un yang tidak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu selepas peminjaman iaitu sebanyak 101 perkataan. Perubahan makna perujukan dan golongan kata turut berlaku dan menyebabkan perubahan struktur kata secara keseluruhan selepas peminjaman dibuat. Kajian ini telah memberikan suatu dapatan yang boleh membantu dalam aspek perkamusan kata pinjaman Arab, pembentukan kata pinjaman dan peristilahan selain membantu dalam aspek etimologi kata.
Penyebaran sistem vokal DMP di Yaha: (Dissemination of DMP vocal system in Yaha)
Kajian ini dilakukan bertujuan melihat ciri linguistik bagi setiap varian yang wujud di Yaha. Bentuk vokal dilihat dari segi kesejajaran dan penyebarannya dalam ruang geografi, sama ada wujudnya persamaan ataupun perbezaan dalam varian tersebut. Metodologi yang digunakan ialah metodologi kualitatif yang dimanfaatkan dalam kajian dialektologi, khususnya kajian lapangan yang berkaitan dengan lokasi kajian, pemilihan informan, pengumpulan data dan menganalisis data. Hasil dapatan menunjukkan bahawa di tujuh kawasan kampung yang menggunakan varian itu, pertama wujudnya kesejajaran dan penyebaran sistem fonologi bagi vokal pada sesetengah kawasan kampung di Yaha. Kedua, dialek Melayu Patani Yaha dapat dibahagikan kepada tiga varian utama, iaitu varian Yaha asli atau varian tempatan Yaha, varian pendatang (varian Pattani) dan varian campuran. Ketiga-tiga varian utama yang diperoleh daripada kawasan kajian menunjukkan bahawa varian di Yaha atau sub-varian Yaha mempunyai ciri-ciri linguistik yang agak berbeza dengan varian-varian lain di selatan Thailand (Patani). Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kajian ini, keunikan dialek, terutama sekali dialek Melayu yang wujud di selatan Thailand dapat diketengahkan
Cerminan kuasa melalui peribahasa Melayu yang Berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’: Analisis semantik inkuisitif: (Reflection of power through Malay proverbs that object ‘elephant’ and ‘tiger’: An inquisitive semantic analysis)
Peribahasa berobjekkan haiwan digunakan sebagai simbol bagi menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat haiwan menyebabkan mereka menggunakan haiwan sebagai simbol untuk berkias dan memberikan teguran. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peribahasa yang menonjolkan konsep kuasa melalui objek ‘gajah’ dan ‘harimau’ Merungkai perkaitan antara objek dan aspek pemaknaan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ melalui pendekatan semantik inkuisitif. Data peribahasa Melayu telah dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Daripada sejumlah 275 peribahasa yang berobjekkan haiwan, lapan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ telah dikenal pasti mengandungi kuasa sebagai aspek pemaknaannya. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan pendekatan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara ciri-ciri fizikal yang dipunyai oleh haiwan tersebut dengan konsep kekuasaan yang terdapat dalam elemen pemaknaannya. Kekuatan gajah yang terletak kepada ‘saiznya’, manakala kekuatan harimau pula terletak kepada ‘ ‘belangnya’. Kekuatan bagi kedua-dua haiwan ini, telah menyebabkan masyarakat Melayu menganalogikannya sebagai cerminan kekuasaan dalam peribahasa. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya yang terdapat dalam semantik inkuisitif menjadi medan dalam dapat menghasilkan huraian makna yang merungkai perkaitan antara objek peribahasa yang digunakan dengan elemen pemaknaannya.
Elemen bahasa, budaya dan persekitaran dalam ekolinguistik: (The elements of language, culture and environment in ecolinguistics)
Perubahan persekitaran global telah banyak memberi impak pada bahasa dan budaya. Perubahan bukan terhad kepada iklim sahaja, malah turut mempengaruhi ekologi hunian bumi ini. Menariknya, perubahan ini turut mempengaruhi perubahan sosio-budaya penutur, pola bahasa dan cara berfikir. Kajian ini bertujuan memahami bagaimana fenomena perubahan global yang serius ini turut mempengaruhi penggunaan bahasa dan mewarnai pemikiran penutur sebelum dan selepas kesan penglobalan dari perspektif ekolinguistik. Ekolinguistik masih kurang ditekuni dan mempunyai banyak ruang untuk diselidiki. Kajian bersifat multidisiplin ini boleh menjadi pemangkin kepada kajian tentang isu kemanusiaan melalui elemen tiga serangkai, iaitu bahasa, budaya dan persekitaran. Data dihimpun dari akhbar, laman sesawang dan data dialek yang terkumpul dalam penyelidikan lepas. Hasil kajian mendapati penamaan sesuatu tempat atau kampung dahulu sangat berkait rapat dengan topografi. Ada perbezaan di anatara kawasan darat dan laut dan ini boleh dikenali dari penamaan pertempatan seperti Gong, Alor, Tanjung, Sungai, Permatang, dan banyak lagi. Selanjutnya, penggunaan dialek yang berbeza dalam satu kawasan yang berbeza turut memberi sumbangan pada dunia leksikografi. Akhirnya, konflik kesan banjir yang melibatkan alam sekitar dapat dianalisis dari segi semantik dan memperlihatkan dua aliran pemikiran, iaitu, rakyat dan pemerintah. Kajian ini memberi impak pada cara kita mencungkil masalah alam sekitar yang sekali gus memaparkan pola bahasa serta pemikiran masyarakat secara tersurat dan tersirat
KESAN DAN POTENSI INDUSTRI KREATIF PASCA COVID-19: PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS (The Impact and Potential of The Post-Covid-19 Creative Industry: Focus Group Discussions)
Industri kreatif adalah salah satu sektor ekonomi yang paling menjanjikan potensi tinggi untuk menyumbang kepada sektor ekonomi negara. Namun Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah merencatkan eko-sistem dan pembangunan industri kreatif termasuk Malaysia. Sebahagian industri ditutup dan terjejas kerana perkenalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan Covid-19 terhadap industri kreatif di Malaysia. Kajian kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus di Lembah Klang melibatkan 12 peserta juga merupakan pemain industri kreatif dilakukan pada bulan Februari 2023. Hasil kajian mendapati pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar kepada kepada industri kreatif kerana ramai hilang pekerjaan dan pendapatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keterukan impak Covid-19 terhadap industri kreatif di Malaysia berbeza mengikut sifat dan saiz perniagaan. Antara kesan ialah gangguan dalam operasi perniagaan, pengurangan penawaran dan permintaan produk, pengeluaran yang rendah, ketidakstabilan kewangan, dan peralihan kepadasaluran pengedaran digital. Secara keseluruhan kajian ini mendapati industri kreatif tetap mempunyai masa depan yang cerah untuk dipulihkan. Walaupun industri kreatif dilanda kemurungan dan kemelestan akibat Covid-19, namun beberapa inovasi melalui media digital, banyak PKS dan peniagaan berkaitannya masih mampu diteruska. Bantuan dan pakej ransangan kerajaan memainkan peranan penting dalam memudahkan industri kreatif untuk mengekalkan perniagaan mereka dalam industri.
ABSTRACT
Creative industries are one of the most promising sectors of the economy with a high potential to contribute to the country\u27s economic sector. But the Covid-19 that has hit the world has hampered eco-systems and the development of creative industries including Malaysia. Part of the industry was closed and affected due to the introduction of the Movement Control Order (MCO). This study examines the impact of Covid-19 on creative industries in Malaysia. A qualitative method through a focus group discussion in the Klang Valley involving 12 participants was also a creative industry player conducted in February 2023. The findings found that the Covid-19 pandemic had a major impact on the creative industries as many lost their jobs and incomes. The findings show that the severity of the impact of Covid-19 on creative industries in Malaysia varies according to the nature and size of the business. Among the effects are disruptions in business operations, reduced supply and demand for products, low production, financial instability, and the transition to digital distribution channels. Overall this study found that the creative industries still have a bright future to restore. Although the creative industries have been hit by depression and turmoil due to Covid-19, with some innovations through digital media, many SMEs and related businesses are still able to continue. Government assistance and stimulus packages play an important role in making it easier for creative industries to sustain their businesses in the industry.
Keywords: Creative Industry, COVID-19, Challenges, Potentia