Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1173 research outputs found

    FAKTOR-FAKTOR PENGABAIAN NAFKAH ANAK DI MAHKAMAH SYARIAH MELAKA

    Full text link
    Pengabaian nafkah anak merupakan isu berterusan yang sering dibangkitkan oleh isteri yang telah diceraikan, meskipun peruntukan undang-undang berkaitan nafkah telah wujud. Kelemahan dalam penguatkuasaan perintah nafkah, khususnya apabila bekas suami atau bapa gagal mematuhi perintah Mahkamah Syariah, telah memberi kesan negatif kepada kebajikan anak dan kesejahteraan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya pengabaian nafkah anak dalam kalangan pihak yang terlibat di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui pengedaran borang soal selidik kepada 50 orang responden yang dipilih secara rawak, di samping analisis dokumen kes serta bahan ilmiah berkaitan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 18.0 dan Microsoft Excel 2010. Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman responden terhadap kewajipan nafkah anak adalah tinggi. Namun demikian, faktor pendapatan rendah dan pertambahan komitmen baharu dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada pengabaian nafkah anak. Kajian ini menegaskan keperluan meningkatkan kesedaran masyarakat serta memperkukuh peranan Bahagian Sokongan Keluarga dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah

    INTERAKSI ILMU QIRAAT DAN ILMU FIQH: SATU PENELITIAN AWAL

    Full text link
    Ilmu qiraat adalah ilmu yang semakin masyhur dan diminati khususnya di Malaysia. Ilmu qiraat penting dalam pengajian Islam kerana disiplin ilmu ini berkait rapat dengan disiplin ilmu yang lain termasuk ilmu fiqh. Penulisan ini bertujuan menunjukkan fungsi ilmu qiraat dalam mempengaruhi para fuqaha untuk mengeluarkan hukum fiqh bagi kegunaan masyarakat. Turut dibincangkan adalah definisi qiraat dan fiqh, kepentingan mempelajari ilmu qiraat, ilmu qiraat sumber ilmu pengajian islam, pengaruh ilmu qiraat terhadap hukum fiqh serta peranan qiraat meluaskan pemahaman ayat-ayat fiqh. Penulisan ini bersifat kualitatif dan persejarahan serta pengkajian dokumentasi. Hasil kajian untuk menjelaskan berkenaan interaksi ilmu qiraat terhadap penghasilan hukum fiqh. Oleh itu, kajian terhadap ilmu qiraat dan interaksinya pada hukum fiqh seharusnya dikembangkan dan ditambahbaik untuk memastikan kesinambungan dan kelestarian ilmu khususnya berkaitan ilmu qiraat sentiasa terpelihara

    THE RELATIONSHIP BETWEEN PARENTING STYLES AND SOCIAL COMPETENCE: A LITERATURE REVIEW

    Full text link
    Parents have a vital impact on the lives of their children. During the period of childhood and adolescence, parents maintain a significant impact on the development of their children, moulding their principles, convictions, and actions. As children develop and progress, parents must adapt their parenting techniques to address their child's evolving requirements, offering suitable assistance and direction. The most recent report from the National Health and Morbidity Survey (2022) reveals that the largest occurrence of mental health issues is observed among those aged 16-19 years old who have difficulties related to peers, conduct, emotions, and hyperactivity. In the absence of adequate direction and parental accountability for moulding their children's character, they may encounter various challenges in their lives. This study seeks to comprehensively evaluate existing literature on the problem and develop a conceptual framework based on the findings of the literature review

    PRESERVATION OF MANUSCRIPTS BY KH IBRAHIM AL GHAZALI USING URAUCHI TECHNIQUES AT THE AL GHAZALI MOSQUE POLOREJO PONOROGO

    Full text link
    This research was carried out with the aim of finding out the preservation process and obstacles to ancient manuscripts by KH Ibrahim Al Ghazali using the urauchi technique at the Al - Ghazali Mosque in Polorejo, Ponorogo Regency. This research uses descriptive research with qualitative methods, starting from identifying ancient manuscripts one by one until the urauchi technique process is completed. The result of this research is that the preservation of the manuscript by KH Ibrahim Al-Ghazali is carried out by identifying the name of the manuscript and carrying out maintenance using the Urauchi technique, namely cleaning the manuscript from dust and fungus, then carrying out maintenance patching process and finally store it in an anti-fungal and acid box Obstacles in preserving KH Ibrahim Al-Ghazali's mushaf include many works that have not been identified and are still scattered, it takes a very long time to preserve and care for the mushaf and the filling process cannot be carried out because there is no permission from the authorities Dzuriyyah and it is still difficult to find it washi paper

    DISABILITY FIQH FOR HUMAN SUSTAINABILITY AS MANIFESTING OF MADANI SOCIETY DEVELOPMENT

    Full text link
    Regulations created in Indonesia often only favor people with disabilities and very few favor people with disabilities. This is due to the dominance of people with disabilities who are more in quantity than people with disabilities. However, the state must not neglect in providing guarantees of convenience to people with disabilities, especially in providing access to worship. This access is not only in the form of disability-friendly infrastructure, but also in the form of access to knowledge related to worship, such as the creation of disability-friendly fiqh rules that are religious rights. So far, there has been no fiqh that discusses disability, even the existing study of fiqh on disability is still in the form of an adhoc fatwa. The purpose of this study is to analyze how disability fiqh is a necessity for human sustainability, seen from the perspective of human rights and sharia maqashid as an effort to build a civil society. This research is a type of qualitative research (library research) using a conceptual approach. The data will be analyzed descriptively with the concept of KBB as part of human rights which is also in line with sharia maqashid. From this research, a common thread can be drawn that disability fiqh is very urgent to ensure the religious rights of people with disabilities as well as human rights guarantees and the purpose of sharia maqasid

    IMPLIKASI SOKONGAN RAKYAT TERHADAP AGENDA MELAYU DAN ISLAM DI NEGERI SELANGOR (2008 – 2018)

    Full text link
    Kajian ini akan meneliti implikasi sokongan rakyat terhadap agenda pemerkasaan Melayu dan Islam di negeri Selangor melalui analisis tematik temu bual dengan enam tokoh politik utama mewakili parti teras (UMNO, PKR, PAS). Selangor menyumbang lebih 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan terkenal dengan penduduk yang majmuk. Era dominasi Barisan Nasional berakhir pada PRU-12 (2008) apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri (fenomena “tsunami politik”), diikuti oleh landskap politik baharu selepas PRU-15 (2022) dengan kemunculan Perikatan Nasional sebagai pencabar utama. Kajian ini memberi tumpuan kepada objektif kajian yang lebih spesifik iaitu menganalisis bagaimana sokongan rakyat difahami oleh pemimpin politik bagi pemerkasaan agenda Melayu-Islam dan kesannya terhadap pelaksanaan dasar negeri. Melalui analisis tematik data temu bual, beberapa tema utama dikenal pasti. Dapatan kajian menekankan tentang kepelbagaian bentuk sokongan rakyat (undian pilihan raya, sentimen awam, penyertaan NGO dan lain-lain) serta membincangkan mengenai pertembungan antara dasar inklusif dengan agenda khas Melayu-Islam. Tokoh Melayu-Islam melihat sokongan orang Melayu sebagai prasyarat kepada agenda mereka, manakala parti berbilang kaum menekankan dasar inklusif untuk membina kepercayaan bersama. Kesimpulannya, sokongan rakyat bukan sahaja mencerminkan keberkesanan dasar semasa tetapi turut membentuk legitimasi agenda pemerkasaan Melayu-Islam dalam landskap politik majmuk Selangor. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman alternatif mengenai hubungan antara sokongan politik dan identiti etnik dalam konteks Malaysia

    STRATEGI KOMUNIKASI PEMASARAN OLEH GALERI ILMU SDN. BHD. DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH MENERUSI MEDIA SOSIAL

    Full text link
    Galeri Ilmu Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat penerbitan berteraskan nilai Islam yang aktif dalam menyebarkan mesej dakwah melalui platform media sosial. Dalam era digital ini, strategi komunikasi pemasaran berperanan penting dalam menyampaikan nilai keislaman secara berkesan kepada khalayak yang pelbagai. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam separa berstruktur melibatkan tiga orang informan utama daripada Jabatan Pemasaran dan Penerbitan Galeri Ilmu. Reka bentuk temu bual disusun berdasarkan Model SOSTAC dan data dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo 15. Hasil kajian mengenal pasti tiga strategi utama komunikasi pemasaran dakwah Galeri Ilmu, iaitu penjenamaan berasaskan nilai dakwah, pemilihan penulis berautoriti dan berpengaruh di media sosial, serta penyesuaian kandungan dengan trend dan algoritma platform digital seperti TikTok, Instagram dan Facebook. Dapatan ini menunjukkan bahawa Galeri Ilmu berjaya mengimbangi matlamat dakwah dan strategi pemasaran secara harmoni, selari dengan tuntutan pasaran digital masa kini. Kajian ini memberikan sumbangan kepada pemahaman tentang peranan strategik media sosial dalam memperkukuh penyebaran dakwah oleh institusi penerbitan Islam

    DETERMINANTS OF TIKTOK USAGE AMONG UNIMEL STUDENTS

    Full text link
    This study aimed to examine the relationship between TikTok usage and three influencing factors, time duration, self-presentation, and stress level among students at Universiti Islam Melaka (UNIMEL). A quantitative research design was employed using a structured online questionnaire distributed to 80 respondents selected through convenience sampling. Data were analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 27, applying descriptive statistics and the Pearson correlation test. The findings revealed that self-presentation showed the strongest positive correlation with TikTok usage (r = 0.822, p < 0.001), followed by stress level (r = 0.759, p < 0.001) and time duration (r = 0.497, p < 0.001). These results indicate that psychological and social factors play a greater role in shaping TikTok engagement than the amount of time spent on the platform. The study concludes that TikTok serves as both a source of benefit and potential risk, depending on the user’s self-control and motivation. Therefore, students should cultivate mindful usage habits, while educators and policymakers can leverage TikTok as a tool for creative learning and digital wellbeing. The findings contribute to the growing body of literature on social media behavior by emphasizing the psychological motivations underlying digital engagement among university students. Keywords: TikTok, self-presentation, stress level, time duration, social media behavio

    TEKNOLOGI ALAM SEKITAR DAN TENAGA BERTERASKAN NILAI: SATU NARATIF DARI DIMENSI SAINTIFIK, PENDIDIKAN DAN ETIKA ISLAM

    Full text link
    Teknologi alam sekitar dan tenaga memainkan peranan penting dalam menangani cabaran kelestarian semasa, khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim, penyusutan sumber dan degradasi alam sekitar. Makalah ini membentangkan satu tinjauan integratif yang menghuraikan teknologi tersebut dari tiga dimensi utama: saintifik, pendidikan dan etika Islam. Dari dimensi saintifik, makalah ini menyoroti kemajuan dalam sistem tenaga boleh diperbaharui, bahan lestari, teknologi pintar dan inovasi perlindungan alam sekitar yang menyokong peralihan global ke arah pembangunan rendah karbon. Dimensi pendidikan pula menekankan kepentingan literasi kelestarian, integrasi STEM dan pembelajaran berasaskan pengalaman dalam memperkasa pelajar memahami implikasi teknologi serta mengamalkan tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Sementara itu, dimensi etika Islam menyediakan kerangka nilai berasaskan prinsip al-khalifah (tanggungjawab penjagaan bumi), al-mizan (keseimbangan), al-wasatiyyah (kesederhanaan) dan larangan al-israf (pembaziran), yang membimbing penggunaan teknologi secara beradab, adil dan lestari. Secara keseluruhannya, tinjauan ini menunjukkan bahawa penyelesaian terhadap isu alam sekitar dan tenaga tidak dapat bergantung kepada kemajuan saintifik semata-mata. Keberkesanannya memerlukan sokongan pendidikan yang membentuk kesedaran serta kompetensi pengguna, di samping prinsip etika Islam yang memastikan teknologi dimanfaatkan dengan penuh tanggungjawab dan berorientasikan kemaslahatan. Integrasi ketiga-tiga dimensi ini menyediakan asas holistik untuk membangunkan amalan teknologi yang mapan serta membina komuniti yang mampu memelihara bumi demi generasi akan datang

    ERGONOMIC AWARENESS AND EMPLOYEE PERFORMANCE AMONG STAFF IN CONSTRUCTION INDUSTRY AT JOHOR BAHRU

    Full text link
    Ergonomic is the science and practices of designing jobs and enhancing the fit between the employees who perform the work and the physical demands of the work environment. Moreover, the application of ergonomics will be able to enhance employee performance. Therefore, this research was carried out to identify the relationship between ergonomic awareness and employee performance among staff in the construction industry in Johor Bahru. The objective of this study was to identify the level of ergonomic awareness in the construction industry and the level of employee performance. The entire population of office employees in the construction industry in Johor Bahru, with a total of 357 persons, and only 123 office workers, had been chosen to be the respondents for this research. Descriptive statistics and Pearson correlation analyzed the data obtained by using the Statistical Package for the Social Science 23.0 (SPSS version 23.0). The result of the study shows the level of ergonomic awareness in the construction industry is moderate, and also the level of employee performance. In addition, there is a positive relationship between ergonomic awareness and employee performance among office employees in the construction industry and a high correlation between ergonomic awareness and employee performance

    1,155

    full texts

    1,173

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇