2882 research outputs found
Sort by
Rekabentuk Korporat Identiti Produk PKS Tempatan: Keropok Ikan Segera Cap Pinggan
Penjenamaan dan pembungkusan merupakan medium yang sangat penting dalam sesuatu produk makanan. Penjenamaan juga akan membentuk identiti, hak cipta, serta produk yang mampu dikenali oleh pelanggan. Pemilihan pembungkusan yang bersesuaian dan reka grafik pembungkusan merupakan elemen yang penting bagi memenuhi kriteria sesuatu produk makanan itu. Selain itu, penjenamaan merangkumi pelbagai perubahan yang dilakukan daripada sebelum ini terutamanya dari segi logo, bentuk pembungkusan, jenama, tipografi, warna dan illustrasi rekaan. Tambahan pula, penjenamaan akan memberi satu bentuk identiti baru dan hak cipta kepada pengusaha tersebut sekali gus mampu memberi imej baru kepada produk tersebut. Dengan adanya penjenamaan ini ia mampu menyelesaikan masalah persaingan dan menjaga kualiti produk serta dapat menjana keuntungan kepada pengusaha dari segi pemasaran produk. Oleh itu, terbuktilah bahawa penjenamaan merupakan kompenen yang amat penting dalam produk makanan terutamanya Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk menjadi produk yang mampu dikenali ramai
Kajian Alat Bantu Bertutur Untuk Kanak-Kanak 6 Tahun Ke Bawah.
Kelewatan bertutur merupakan antara suatu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pada masa ini. Kelewatan bertutur ini jika tidak dibendung dan dicegah ianya akan
menyukarkan ibu bapa serta penjaga dan juga kanak-kanak itu sendiri untuk bercakap pada umur yang sepatutnya lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan rakan-rakan yang normal yang petah bertutur. Jadi untuk membantu ibu bapa mahupun penjaga di luar sana supaya dapat mengelakkan anak daripada berlaku kelewatan bertutur, ibu bapa serta penjaga perlu berperanan dalam hal ini dengan mengetahui punca-punca berlakunya kelewatan bertutur oleh kanak-kanak terutamanya untuk kanak-kanak yang berumur 6
tahun ke bawah. Begitu juga dengan ciri-ciri kelewatan bertutur yang perlu diketahui bagi mengesan dan mengambil tindakan serta langkah yang awal bagi membendung kelewatan bertutur yang ada pada anak-anak. Kajian mendapati ramai kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur sehingga hari ini terutamanya kanak-kanak lelaki dan hal ini disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu sebagai contoh banyak terdedah dengan penggunaan gadjet dan kurang komunikasi di rumah. Justeru, alat bantu bertutur perlu dihasilkan oleh mereka dengan pelbagai jenis dan reka bentuk. Hal ini adalah bertujuan
untuk menggalakkan meraka yang mengalami kelewatan bertutur ini dapat meningkatkan aktiviti percakapan dan boleh berkomunikasi dengan baik sama ada di rumah dan di luar bersama rakan-rakan yang lain
Pembangunan Laman Web Perniagaan Dalam Mempromosikan Produk Di Syarikat AMN Creative Centre.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kelemahan pemasaran digital untuk mempromosikan produk di Syarikat AMN Creative Centre. Promosi adalah komunikasi yang diguna oleh penjual untuk memujuk atau mengingatkan pembeli berpotensi mengenai kewujudan produk atau perkhidmatan. Kebanyakkan pengguna lebih suka membeli produk secara dalam talian kerana ingin memudahkan urusan jualbeli. Syarikat AMN Creative Centre tidak mempunyai laman web perniagaan untuk mempromosikan produk jualan. Hal ini menyebabkan perniagaan percetakan ini kurang mendapat sambutan dalam pasaran. Dengan ini, pembangunan laman web perniagaan dapat membantu meningkatkan jualan percetakan. Selain itu, pengkaji dapati sebelum ini, pengusaha syarikat menggunakan kaedah pengiklanan secara mengedarkan naskah dalam mempromosikan jualan di Syarikat AMN Creative Centre. Laman web perlu diwujudkan dalam setiap perniagaan supaya dapat memperkembangkan jualan. Reka bentuk laman web memberi kesan baik kepada pengguna untuk menarik perhatian mereka. Oleh yang demikian, dengan membangunkan laman web perniagaan pengkaji dapat mengatasi masalah mempromosikan produk di Syarikat AMN Creative Centre
Peranan Video Promosi Dalam Meningkatkan Pemasaran Perniagaan Syarikat Amira Grafik.
Fokus kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji peranan video promosi dalam meningkatkan pemasaran perniagaan syarikat Amira Grafik. Pemahaman mengenai konsep dan
tujuan video promosi ini dihasilkan. Pengkaji turut mengenalpasti potensi video promosi dalam meningkatkan pemasaran perniagaan dan sejauhmanakah tahap keberkesanan video promosi sebagai medium pemasaran perniagaan. Pengkaji turut mengkaji penggunaan elemen-elemen
media grafik yang dipelajari sepanjang di latihan industri untuk diterapkan dalam produk akhir Projek Penyelidikan II nanti. Penelitian terhadap faktor yang mempengaruhi meningkatkan kualiti video promosi dan pemasaran perniagaan syarikat Amira Grafik. Pengkaji turut membincangkan dan mengenalpasti kaedah untuk mengukuhkan dapatan kajian. Pelbagai metodologi digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan. Borang soal selidik turut digunakan untuk mengetahui sejauhmanakah video promosi mempengaruhi pemasaran perniagaan. Harapan melalui kajian ini dapat membantu dan meningkatkan pemasaran perniagaan Amira Grafik
The influencing solo traveler constraints on personal development experience
Solo travellers are becoming an increasingly growing in tourism market. Due to increasingly market for solo traveller among women, the needs to be more research to
understand on their motivation factors and constraint faced by them. This study is to identify the factors that influence the women solo travellers experience. Three influencing factors were investigated in this study, which are social-cultural constraint, personal constraint, and
safety security constraint. Data were collected using online survey, which is Google form for the ease of approaching and reaching a wide range of respondents among women sole
travellers in Malaysia. The respondents were reached via the convenience sampling method. A total number of 201 respondents were selected as sample for this study. Their responses were collected, and recorded using a five-point Likert scale that ranges from 1 (Never) through 5 (Always). The result shows that social-culture constraints have a higher relationship towards women solo travellers'experience to visit tourism destination compared with other variables. This research is expected to expand the body of knowledge in women solo travellers related literatures. In conclusion, relevant discussions, recommendations, and limitations of the study were proposed in this study to boost Malaysia’s position as the preferred destination of choice
Factors that influence intention to use mobile wallet among youth in Malaysia
This study has examined the factors that influence the intention to use mobile wallet (apps) among youth in Malaysia. Therefore, this study aimed to examine the relationship between social influence, performance expectancy, perceived usefulness, governments support and intention to use mobile wallets (apps) among youth in Malaysia. In addition, the quantitative method that has been used is survey. In this study, the intention to use a mobile wallet is preferred over cash. In order to achieve the objectives of this study, a quantitative analysis was carried out. The study received a response from 251 respondents aged from 15 years to 30 years through an online survey. For the analysis of the data, a reliability test and Pearson correlation have been used. The results showed a low positive relationship between social influence, performance expectancy, perceived usefulness, government support towards intention to use mobile wallets (apps) among youth in Malaysia. The findings of this study can contribute to the literature, especially in the context of intention to use mobile wallets among youth
Eksplorasi Depresi Manusia Sebagai Subjek Utama Kajian Dalam Penghasilan Karya Menggunakan Arang Bersifat Ekspresif.
Depresi boleh berlaku dalam pelbagai situasi kerana terdapatnya banyak masalah dan ujian dihadapi oleh seseorang atau disebabkan oleh perubahan sosial budaya yang berlaku dalam kehidupan harian. Ia tidak dapat dinafikan perubahan gaya hidup yang perlu diubah daripada kebiasaannya akan memberi kesan positif dan negatif terhadap diri seseorang. Kesan negatif perlu dihindari kerana ia akan membawa perubahan besar dan sangat ketara dalam kehidupan kerana akan menjejaskan ketidakstabilan hidup. Jika seseorang tidak mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat menyebabkan individu tersebut akan mengalami gejala-gejala atau ciri-ciri penyakit depresi. Kajian ini dijalankan untuk memberi kefahaman kepada pembaca supaya lebih memahami berkaitan tentang isu depresi, jenis-jenis depresi, gejala depresi dan menyelitkan sifat kesedaran kepada pembaca untuk memberi sokongan yang sewajarnya kepada mereka yang menghidapi penyakit depresi. Melihat kepada fanomena yang terjadi, terdapat suatu pemikiran pengkaji akan menerapkan isu depresi dalam bentuk karya seni dan mengaplikasikan secara visual ciri-ciri penyakit depresi ke atas karya sebagai subjek utama kajian
The effects that influenced tours and satisfaction of unregulated ecosystem in Kampung Sungai Melayu, Johor
According to the Johor National Park (JNP) sources, Eco Tourism Kampung Sungai Melayu, has been proclaimed by government of Malaysia as the second national park in the peninsular Malaysia on 1993 and also the second largest of national park after Taman Negara National Park (TNNP). The objective of this research is to identify the relevance of community involvement, visitor rules and management and increasing of awareness towards tours and satisfaction of unregulated ecosystem in Kampung Sungai Melayu, Johor. The purpose of this research is to find out the best effect that influence tours and satisfaction of unregulated ecosystem in Kampung Sungai Melayu, Johor. Based on the research objectives that have been developed earlier, two research question are constructed to meet the objectives. These research question are what is the relationship between community involvement, visitor rules and management and increasing of awareness towards tours and satisfaction of unregulated ecosystem in Kampung Sungai Melayu, Johor and what is the best effect in influencing tour and satisfaction of unregulated ecosystem in Kampung Sungai Melayu, Johor. The primary research data will be collected through a structured questionnaire and SPSS software will be used for analysis process. Therefore, the research will find out the most important factor which is visitor rules and management on how to development Eco Tourism in Kampung Sungai Melayu, Johor
Identifying motivation factors of students choosing tourism and hospitality programs in Universiti Malaysia Kelantan
Thousands of students enroll in tourism and hospitality courses each year in order to pursue a career in the industry. The perception and motivation to enroll in tourism and hospitality programs in Malaysian universities by the students remain unknown. This study investigates the perception and motivation for students to enroll to tourism and hospitality courses in Universiti Malaysia Kelantan. Several motivation factors were identified in the previous literature such as social status, self – actualization, job opportunities, field attractiveness, ease of study and scholastic achievement are adopted in this study. A quantitative study using survey questionnaire was used in this study to obtain primary data. The study revealed that self-actualization and job opportunities were the main motivation factor for the students to enroll into tourism and hospitality programs in Universiti Malaysia Kelantan. The study provides several implications to the relevant stakeholder especially Malaysian Minister of Higher Education (MoHE) to emphasize the important of tourism and hospitality programs in Malaysian institution
Aplikasi Penggunaan Motif Fauna Dalam Rekaan Corak Pada Kaftan Menggunakan Kaedah Batik Canting Di Kelantan.
Kelantan merupakan tempat lahirnya batik, bermula daripada batik pukul, batik tekap sehinggalah batik yang menggunakan lilin. Keindahan sesebuah batik dipengaruhi oleh rekaan corak yang berunsurkan pelbagai motif contohnya motif flora, motif fauna atau motif geometri. Namun, batik bermotifkan unsur fauna kurang diketengahkah ekoran terdapat perbezaan pandangan agamawan mengenai penggunaanya pada pakaian. Kajian ini dijalankan bertujuan mengaplikasikan penggunaan motif fauna dalam rekaan corak pada batik, kerana motif ini jarang digunakan. Kaftan menjadi pilihan pengkaji adalah kerana kaftan masih ramai pembeli dan ianya popular. Contohnya, kaftan dipakai oleh umat Islam pada bulan Ramadhan atau Perayaan Aidil Fitri. Pakaiannya juga sederhana tetapi kelihatan mewah. Oleh yang demikian, penyelidikan ini mengfokuskan kajian tehadap penggunaan motif fauna dalam rekaan corak pada kaftan menggunakan kaedah batik canting. Kaedah canting ini lebih baik kerana corak yang dihasilkan tampak ekslusif dan sukar berlaku peniruan. Kaedah kualitatif akan digunakan untuk melengkapkan kajian ini melalui eksperimentasi rekacorak pada pakaian kaftan serta mendapatkan maklum balas dari responden sebelum dibuat secara banyak (mass pro). Adalah diharapkan agar aplikasi motif fauna dalam rekaan corak pada kaftan menggunakan kaedah batik canting dapat meningkatkan jualan peniaga batik di Kelantan