2882 research outputs found
Sort by
Road To UMK 2021 - Siri 10 Fakulti Industri Asas Tani
Program penerengan mengenai program pengajian bagi Fakulti Industri Asas Tani (FIAT
Road To UMK 2021 - Siri 05 Fakulti Senibina dan Ekistik
Program penerengan mengenai fakulti dan program yang ditawarkan di Fakulti Senibina dan Ekistik UM
Road To UMK 2021 Siri 03 - Fakulti Hospitaliti, Pelancongan Dan Kesejahteraan (FHPK)
Program penerangan tentang pengajian di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan Dan Kesejahteraan (FHPK
Kajian Adaptasi Hikayat Ke Filem: Analisis Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa
Kajian ini dilakukan adalah untuk membawa pembaca memahami adaptasi hikayat ke
filem dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Cerita rakyat ini dikatakan semakin
dilupakan dari generasi ke generasi, hal ini disebabkan oleh, perkembangan pesat
teknologi masa kini menyebakan cerita rakyat ini semakin dilupakan terutamanya oleh
generasi muda. Kajian ini difokuskan kepada adaptasi teks Hikayat Merong Mahawangsa
filem. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk, mengkaji faktor – faktor proses
pengadaptasian Hikayat Merong Mahawangsa ke dalam filem. Selain itu,membincangkan, perkaitan teori adaptasi yang digunakan dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa .Seterusnya, mengenalpasti kepentingan proses adaptasi Hikayat Merong Mahawangsa ke filem. Kajian ini juga telah menggunakan kaedah kajian kualitatif. Proses analisis data telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian iaitu berdasarkan kaedah perpustakaan,kaedah laman sesawang dan pemerhatian terhadap filem adaptasi dan juga kaedah analisis data telah dilakukan iaitu berdasarkan kaedah analisis tekstual. Pengakaji juga telah menggaplikasikan Teori Adaptasi oleh Linda Hucheon bagi memantapkan lagi hasil kajian. Dapatan kajian mendapati dengan adanya adaptasi Hikayat Merong Mahawangsa ke filem ini dapat, memberikan pendedahan tantang cerita rakyat ini kepada masyarakat
Dokumentasi Warisan Perkahwinan Adat Perpatih Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Soal perkahwinan dan kekeluargaan bagi masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih adalah mengamalkan cara hidup bersuku, iaitu cara hidup secara berkeluarga dengan ahli keluarga yang terdiri daripada satu ikatan sedarah sedaging. Mengikut Adat Perpatih, selepas berkahwin si suami akan meninggalkan keluarganya kerana si isteri akan membawanya untuk tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran dengan rumah pusaka ibu si isteri. Hal ini kerana jika berlakunya penceraian atau isteri meninggal dunia antara suami dan isteri, suami akan kembali semula kepada sukunya yang asal dan anak-anak mereka akan menjadi hak rumpun ibunya. Kajian ini juga mengenalpasti sumber untuk dijadikan sebagai rujukan juga masih kurang, malah pakarpakar rujukan juga dalam kalangan pengamal adat tidak seperti yang dianggap kerana disebabkan oleh kekurangan ilmu yang diwarisi. Pengamal Adat Perpatih juga telah mulai meninggalkan sedikit demi sedikit kepentingan Adat dengan mengantikan dengan fahaman yang baru hingga kini pada bad ke-21 telah banyak berubah. Objektif kepada kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri perkahwinan Adat Perpatih, mengetahui tata tertib perkahwinan dalam adat Perpatih dan mengkaji kesan perkahwinan antara suku yang sama. Metode yang digunakan adalah kaedah temubual, dan kajian perpustakaan. Kajian ini adalah untuk mendapatkan lagi maklumat yang sahih mengenai adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat di negeri Sembilan.
Katakunci: Adat perpatih, perkahwinan, negeri Sembilan, tataterti
Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Keistimewaan Pura Tanjung Sabtu, Terengganu.
Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Keistimewaan Pura Tanjung Sabtu, Terengganu”. Pura Tanjung Sabtu adalah peninggalan warisan kesultanan Melayu zaman silam di negeri Terengganu. Peninggalan ini terletak di Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Terengganu. Lokasi ini terletak kira-kira 14 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu. Pura pada nama tersebut diambil daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud istana, kuil atau bandar manakala Tanjung Sabtu pula diambil daripada nama sebuah kampung yang ada di situ. Pengkaji menyasarkan Pura Tanjung Sabtu kerana peninggalan ini terbiar begitu sahaja. Hal ini terjadi kerana kurangnya promosi untuk bangunan Pura Tanjung Sabtu. Selain itu, tahap kesedaran masyarakat dalam usaha untuk pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan. Menurut Yuzana Muhammad (2019), dalam kalangan masyarakat, kesedaran masyarakat tentang pentingnya memelihara dan menjaga peninggalan warisan masih berada di tahap yang rendah. Objektif kajian bagi projek penyelidikan ini adalah mengetahui sejarah kewujudan Pura Tanjung Sabtu. Seterusnya, untuk mengetahui persepsi masyarakat tentang keistimewaan Pura Tanjung Sabtu. Akhir sekali, untuk mengenalpasti potensi Pura Tanjung Sabtu sebagai aset pelancongan warisan. Kaedah temubual digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal sehingga akhir. Kajian ini akan memberikan kepentingan nilai warisan kepada pelbagai pihak sekiranya langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat. Hal ini sekaligus dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi akan datang
Motion Grafik: Media Untuk Mempromosikan Produk Di Syarikat Fizzy Creative Lab Sdn. Bhd.
Setiap peniaga perlulah bijak untuk menggunakan media pemasaran yang semakin canggih untuk di jadikan sebagai media untuk mempromosikan produk keluaran syarikat mereka. Pemasaran yang baik adalah terletak kepada media yang digunakan. Ekoran daripada itu, setiap syarikat haruslah bijak memilih media pemasaran yang hendak di gunakan. Untuk kajian ini, pengkaji memilih media pemasaran digital berbentuk video motion grafik sebagai media pemasaran untuk mempromosikan produk di syarikat Fizzy Creative Lab Sdn Bhd. Hal ini demikian kerana, pengkaji merasakan video motion grafik mampu menyampaikan informasi berkenaan dengan produk yang di keluarkan oleh syarikat tersebut dengan baik dan menarik. Video motion grafik yang menarik juga mampu untuk mencuri tumpuan kepada mereka yang menonton video berkenaan tidak kira peringkat usia
Analisis Mesej Dakwah Yang Terdapat Dalam Filem ‘Munafik 2’ (2018)
Filem merupakan satu bentuk hiburan yang banyak menyampaikan unsur unsur yang berguna
dan dapat dijadikan tauladan kepada para penonton. Filem mengandungi elemen elemen yang
mempengaruhi emosi seseorang. Tumpuan terhadap filem dari mesej dakwah yang
disampaikan adalah antara kajian yang memerlukan tumpuan yang terperinci agar kajian dapat
dilaksanakan dengan baik. Kajian dijalankan adalah untuk menilai mesej dakwah yang terdapat
dalam filem tersebut dahn keberkesanan peyampaian mesej dakwah kepada penonto
Perancangan Garis Panduan Identiti Korporat Bagi Syarikat Bina Masyarakat Peduli
Di dalam penyelidikan ini, penyelidik ingin memberi fokus kepada perancangan identiti
korporat untuk Syarikat Bina Masyarakat Peduli. Nama Bina Masyarakat Peduli diambil dari
motto pengasas syarikat ini iaitu, En. Muhammad Salahudin Hakim. Walaupun syarikat ini
sudah lama ditubuhkan, iaitu hampir 20 tahun, tetapi garis panduan identitinya amatlah kurang
memuaskan. Oleh hal yang demikian, matlamat yang utama dalam penyelidikan ini adalah
untuk melaksanakan garis panduan identiti korporat yang berkesan dan berkualiti pada Syarikat
Bina Masyarakat Peduli. Antara objektif di dalam penyelidikan ini adalah melaksanakan garis
panduan yang akan dibangunkan berdasarkan kekurangan yang terdapat di dalam Syarikat Bina
Masyarakat Peduli terlebih dahulu dan sekali gus menjadikannya sebagai salah satu kelebihan
pada syarikat ini. Garis panduan ini juga akan dibangun mengikut standard yang digunakan
oleh syarikat-syarikat yang lain. Metodologi yang digunakan di dalam penyelidikan ini adalah
secara kuantitatif. Pengumpulan data bagi Perancangan Garis Panduan Identiti Korporat bagi
Syarikat Bina Masyarakat Peduli adalah melalui beberapa kaedah iaitu, kajian soal selidik,
pemerhatian, sumber internet dan sumber kepustakaan. Oleh hal yang demikian, dengan
menjalankan penyelidikan ini diharapkan ianya akan dapat membantu Syarikat Bina
Masyarakat Peduli untuk menaikan taraf syarikat yang sedia ada dalam aspek nilai visual dan
estetika dalam mempromosikan perkhidmatannya.
Kata Kunci : Perancangan, Garis Panduan Identiti Korporat, Syarikat Bina Masyarakat
Peduli
Rekabentuk Identiti Korporat Produk Pks Tempatan : Akok Cikgu
Identiti korporat dalam penjenamaan diibaratkan seperti janji kepada pelanggan yang mengharapkan perubahan yang positif serta mampu membina jenama yang mempunyai nilai yang lebih tinggi dalam memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Tambahan pula, penjenamaan semula mampu mengukuhkan lagi kedudukan perniagaan yang sedia ada kerana penjenamaan semula bukan sahaja menjurus kepada perniagaan yang baru ditubuhkan namun turut melibatkan perniagaan yang sudah bertapak lama dalam industri pasaran bagi mencipta sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Oleh hal demikian, perusahaan Akok Cikgu mempunyai penjenamaan yang tersendiri namun kelihatan masih kurang mencukupi dari segi elemen-elemen grafik yang perlu ada bagi setiap perniagaan. Justeru itu, penjenamaan semula bagi Akok Cikgu kelihatan amat bersesuaian untuk dikaji supaya kelihatan lebih unik dan berimpak tinggi kepada perniagaan Akok Cikgu dan juga ekonomi negara. Setiap perniagaan pastinya akan wujud permasalahan, begitu juga dengan perniagaan Akok Cikgu yang kelihatan kurang menyerlah dari sudut visual penjenamaan dan juga tidak mementingkan daya kreativiti yang mempunyai elemen-elemen grafik yang berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan identiti penjenamaan ‘Akok Cikgu’ yang lebih kreatif dan berimpak tinggi buat pasaran dan masyarakat. Hasil kajian mendapati penjenamaan semula Akok Cikgu mampu membina keyakinan serta memgembangkan lagi perniagaan ke industri pasaran yang lebih tinggi selari dengan keistimewaan kuih Akok tersebut. Bagi metodologi kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mengukuhkan lagi kajian berkaitan dengan rekabentuk identity korporat produk PKS Tempatan Akok Cikgu. Berdasarkan penilaian serta pemerhatian pengkaji melalui data analisa kajian, cadangan rekabentuk identiti korporat yang telah dihasilkan oleh pengkaji telah mendapat penerimaaan yang baik dan positif daripada pelanggan Akok Cikgu supaya PKS Tempatan Akok Cikgu dapat membuat perubahan yang baik. Akhir sekali, penjenamaan yang baik adalah penjenamaan yang mampu mengimbangi antara kualiti produk iaitu identiti korporat yang baik dan juga kehendak pelanggan.
Kata kunci : Rekabentuk Identiti Korporat, industri pasaran, perniagaan, Akok Cikgu, elemen-elemen grafi