Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Road to UMK - Program Asasi Sains

    No full text
    Penerangan tentang program Asasi sains di UM

    Kepentingan Laman Sesawang Untuk Meningkatkan Pemasaran Digital Di Kieno Dynamic Sdn. Bhd.

    Get PDF
    Laman sesawang pada dasarnya adalah berguna jika digunakan dengan betul sekiranya penggunaannya adalah untuk menarik minat pengunjung kepada syarikat. Laman sesawang syarikat memudahkan interaksi antara pengguna dan juga peniaga. Laman sesawang juga pada masa kini adalah muka depan sesebuah syarikat dek kerana pengguna akan terlebih dahulu menggunakan carian Google untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat. Laman sesawang juga merupakan tempat untuk meraih minat pengguna terhadap produk yang dikeluarkan syarikat, seperti produk fizikal, mahupun servis atau perkhidmatan. Penyelidikan ini mengkaji topik laman sesawang melalui penggunaan elemen, kepentingan, kebaikan keburukan dan juga cara untuk menaiktaraf. Kieno Dynamic Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat yang menawarkan produk servis dan perkhidmatan. Terdapat banyak cara untuk mencapai hasrat untuk memuat naik laman sesawang, pada dasarnya, kesan efektifnya mendahului segalanya

    Tinjauan Rekabentuk Elemen Animasi Memuatkan (Loading Animation) Untuk Laman Web Perpateh Tv

    Get PDF
    Seiring dengan pembangunan teknologi di mana-mana negara sekalipun, akan wujudnya perkara-perkara baharu yang berkaitan dengan teknologi. Antara teknologi yang kita kerap mendengar ialah seperti User Interface dimana ianya merangkumi Loading Animation. Loading Animation adalah sejenis animasi bergerak yang mana sering dibuat di dalam laman sewaktu proses memuatkan tersebut. Loading Animation yang paling dikenali ialah di Aplikasi Google iaitu yang berbentuk sebuah permainan dinosaur. Pelbagai jenis Loading Animation ini dihasilkan mengikut idea tersendiri yang hasilnya amat bagus. Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi tahap kepuasan pengguna terhadap pengurusan laman web Perpateh TV. Hal ini kerana,mengikut analisis dalam permasalahan kajian pengkaji, tidak semua pengguna akan sabar menunggu proses memuatkan tersebut serta sekaligus tidak menarik minat pengguna. Jadi dengan wujudnya penghasilan Loading Animation ini, ianya akan menarik perhatian pengguna untuk menggunakan laman web Perpateh TV. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah pengkaji akan menggunakan kaedah Kualitatif dimana kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data melalui pemerhatian dan juga pengkaji membuat pembacaan terhadap beberapa buah jurnal yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Oleh itu, secara rumusannya, kajian ini amat penting dilakukan kerana teknologi di negara kita semakin meningkat serta penggunaan visual yang mempunyai elemen animasi seperti ini akan mampu menarik minat masyarakat terhadap animasi itu sendiri

    Mereka Bentuk Kerusi Multifungsi Untuk Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme

    Get PDF
    Autisme merupakan satu bentuk kecacatan dari aspek neurologi yang mengakibatkan masalah dari segi perkembangan bahasa, tingkah laku serta pertuturan yang melibatkan kanak-kanak. Ianya bukan penyakit fizikal. Masalah ini sering kali dikenalpasti pada tahap awal pembesaran anak tersebut oleh ibu bapanya sendiri. Kebanyakkan ibu bapa akan perasan anak mereka mengalami masalah ini pada umur 2 atau 3 tahun. Autisme selalunya bermula sejak zaman kanak-kanak pada usia yang kecil lagi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis – jenis dan ciri – ciri ketidakupayaan kanak – kanak autisme. Kemudian pengkaji juga mengkaji aktiviti dan tingkah laku kanak – kanak autisme di ruang pembelajaran yang melibatkan perabot seterusnya menganalisis dan mereka perabot yang bersesuaian dengan aktiviti dan tingkah laku kanak – kanak autisme. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui data primer dan juga sekunder. Sebanyak 100% yang bersetuju bahawa kerusi untuk pembelajaran kanak – kanak autisme sewajarnya diadakan di samping menitikberatkan ciri – ciri keselamatan yang tinggi

    Kempen Kebaikan E-Sukan Dalam Bentuk Motion Grafik

    Get PDF
    Projek penyelidikan iini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah video motion grafik berkenaan tentang kebaikan e-sukan. E-Sukan adalah sebuah industri yang baharu bukan sahaja hanya kepada pembangunan permainan video tetapi ianya merupakan industri yang mampu dijadikan sebagai sumber ekonomi baru kepada para individu yang meminati dengan permainan video secara positif. Projek penyelidikan untuk menghasilkan video motion grafik ini dikaji berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti kebaikan e-sukan, memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap kebaikan permainan e-sukan dan menghasilkan video motion grafik tentang kesedaran kempen kebaikan e-sukan.Tujuan kajian ini adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa e-sukan tidak memberikan kesan buruk terhadap negara kita tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan dalam memajukan negara kita sama ada sukan,teknologi dan lain-lain lagi. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan serta soal selidik. Selanjutnya, kajian yang dibuat ini merupakan salah satu pendekatan yang berkesan dengan adanya cara baru ini dapat menerangkan berkenaan dengan kebaikan e-sukan

    Mempromosikan Tarian Dabus Dalam Bentuk Poster Bagi Tahun Melawat Negeri Perak

    Get PDF
    Tarian dabus merupakan sejenis tarian melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali. Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak. Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tujuan kajian ini adalah untuk menaikkan semula seni warisan peninggalan yang semakin dilupakan oleh masyarakat pada hari ini. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan serta soal selidik. Oleh itu, kajian yang dibuat ini merupakan salah satu pendekatan yang berkesan dengan adanya cara baru terhadap yang lebih baik. Mungkin sebelum ini kebanyakkan masyarakat kurang mengambil tahu tentang tarian dabus dan dengan adanya pembaharuan melalui mempromosikan dapat menarik minat masyarakat untuk lebih mengenali. Kata kunci: tarian dabus, seni warisa

    The Development Of Seasonal Graphic Scarves Design For Ws Handicraft Sdn Bhd Company

    Get PDF
    Scarves have been wore since ancient times. Scarves have been an enduring fashion accessory for hundreds of years, ranging from humble handkerchiefs to luxurious silks. Nowadays, scarves cannot perfect combination of function and fashion because the weather is getting hotter in our country, Malaysia. In Malaysia, scarves mostly used as headscarves for Muslim for religious reason. Researcher will focus on design a collection of graphic scarves for this study. The main target audience for this study public respondent. The final product will be design and launch in the market at future. Keywords: Scarves, Graphic scarve

    Kempen Kesedaran Kepada Kanak-Kanak Melalui Buku Ilustrasi: Adab Menghormati Orang Yang Lebih Tua

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan kempen kesedaran kepada kanak-kanak melalui buku ilustrasi tentang adab menghormati orang yang lebih tua. Kempen kesedaran merupakan kaedah penerangan untuk menyampaikan mesej yang penting kepada masyarakat. Salah satu cara bagi menyampaikan mesej kepada kanak-kanak adalah melalui buku ilustrasi. Buku ilustrasi merupakan sebuah buku yang menampilkan hasil visual dari suatu tulisan dengan teknik tulisan, fotografi atau teknik seni rupa. Adab merujuk kepada norma-norma pergaulan yang berakhlak dalam hidup bermasyarakat berlandaskan kedudukan seseorang. Masalah yang dihadapi sifat kanak-kanak yang tidak menghormati orang yang lebih tua. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan untuk memenuhi objektif kajian iaitu mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman kanak-kanak mengenai adab menghormati orang yang lebih tua. Hasil daripada penyelidikan objektif kajian dan analisa data akan membangunkan produk akhir iaitu buku ilustrasi adab menghormati orang yang lebih tua kepada kanak-kanak dengan tujuan untuk menyampaikan kempen kesedaran. Kata Kunci: kempen kesedaran, kanak-kanak, buku ilustrasi, ada

    Merekabentuk Perabot Yang Berkonsepkan Moden Tradisional Dengan Mengaplikasikan Ukiran Warisan Melayu Di Hotel Peranginan

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan mengenai ukiran warisan melayu yang diaplikasikan pada perabot. Kekurangan dalam penghasilan perabot yang mengaplikasikan ukiran warisan menyebabkan pengetahuan orang ramai tentang ukiran warian Melayu semakin berkurangan. Penghasilan perabot ini dapat membantu dalam mempromosikan ukiran warisan Melayu supaya dapat dikekalkan dan diterima ramai. Proses merekabentuk perabot meja kopi melibatkan lakaran awal yang menggunakan motif awan larat dalam penghasilanya. Kajian dilakukan melibakan proses mengumpul maklumat yang melbatkan kaedah pengumpulan data dan soal selidik. Setelah analisa data diperolehi,lakaran awal dilakukan bagi mengeluarka idea berkaitan meja kopi yang mengaplikasikan ukiran warisan Melayu pada perabot. Melalui penghasilan meja kopi yang mengaplikasikan ukiran warisan tradisional dapat membuka mata orang ramai tentang kepentingan ukiran warisan Melayu. Selain itu juga, dapat membuka mata orang ramai supaya menggunakan motif yang ada pada ukiran untuk diinovasikan pada produk lain

    Ekplorasi Reka Bentuk Motif Kain Batik Kelantan Sebagai Subjek Kajian Dalam Penghasilan Karya Catan.

    Get PDF
    Motif merupakan reka bentuk yang terhasil daripada unsur bentuk flora dan fauna. Namun, batik mempunyai pelbagai motif dan reka bentuk yang berbeza di setiap kawasan atau negara. Bagi negeri Kelantan reka bentuk motif batik hanyalah tertumpu kepada flora berbanding fauna. Malahnya, terdapat juga motif berunsurkan fauna dan motif buatan manusia, tetapi tidak mendapat perhatian. Selain itu, motif batik Kelantan yang dihasilkan ini mempunyai identiti yang tersendiri dalam memberi falsafah kepada budaya dan tradisi masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, perkembangan reka bentuk motif batik Kelantan kurang mendapat sambutan dalam golongan muda hari ini. Kajian ini akan memainkan peranan kepada orang ramai untuk lebih menghargai dan mengangkat kembali martabat seni batik ke keperingkat yang lebih tinggi agar dapat terus hidup sepanjang zaman. Lantaran itu, bagi menjangkakan perkembangan motif batik Kelantan, orang ramai seharusnya memberi penekanan dalam menyajikan idea-idea baharu untuk memperagakan karya yang berasakan motif batik Kelantan. Oleh itu, dalam mengembangkan lagi tradisi seni batik Kelantan pengkaji ingin mengaplikasikan reka bentuk motif batik Kelantan ke dalam media catan yang berbeza dari segi teknik serta penghasilan karya catan kontemporari yang berunsurkan budaya tempatan

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇