Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Kajian Tentang Cara Pengajaran Seni Khat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

    Get PDF
    Seni khat merupakah salah satu kesenian Islam yang halus dan indah serta mempunyai kedudukan tersendiri oleh umat Islam. Seni khat bukan sahaja berfungsi sebagai penyampai maklumat yang dicipta dengan penuh teliti dan hemat yang tinggi malah kesenian ini mengandungi nilai abstrak yang dihiasi dengan kehalusan, kelembutan, pergerakan, keharmonian, kesinambungan, jalinan dan tekstur. Maka tidak menjadi suatu persoalan mengapa seni khat memberi hasil terakhir yang sangat mengagumkan, unik dan kemas. Hal ini kerana faktor tokoh seni itu sendiri yang berpengalaman dan menguasai pelbagai teknik penghasilan. Ketujuh-tujuh nilai itu penting sebagai ilmu dan kaedah yang tepat dalam kesenian proses penghasilan seni khat, jika tidak diaplikasikan nilai-nilai itu di dalam kehalusan seni khat maka untuk mendapatkan hasil yang bermutu sangat sukar diperolehi kerana sesuatu hasil yang dikerjakan memerlukan masa yang lama, kaedah yang pelbagai dan ketelitian yang tekun serta keikhlasan jiwa yang telus. Terdapat 6 jenis tulisan seni khat yang lahir dalam Islam anataranya ialah khat Kufi, khat Nasakh, khat Thuluth, khat Farisi, khat Riq’ah dan khat Diwani. Walaupun memiliki perbezaan dan teknik penulisan yang berbeza-beza, namun begitu, ia masih ada hubungkait antara satu dengan lainnya. Contoh khat kufi banyak berpengaruh kepada jenis-jenis khat lainnya seperti Riq’ah dan Diwani bahkan menjadi penyempurna corak ini. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan berkaitan keindahan seni Islam dunia iaitu cara pengajaran seni khat dalam kalangan Sekolah Rendah Cherang Ruku yang bertempat di negeri Kelantan. Kajian yang dibuat telah memilih kaedah kualitatif sebagai kaedah untuk mengumpulkan data, menganalisis data serta menghurai data dengan melakukan tinjauan yang berdasarkan pada pengedaran soal selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai data responden, persepsi dan juga tahap persetujuan dan pembangkangan responden. Selain itu juga, kaedah pemerhatian juga termasuk dalam kaedah kualitatif dimana kaedah ini melibatkan aktiviti memerhati sesuatu yang berkaitan dengan kajian penyelidikan. Sesungguhnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cara pengajaran tokoh seni khat dan mengenal pasti pendekatan pengajaran tokoh seni khat serta mengenal pasti kaedah terbaik pengajaran tokoh seni khat

    Menggunakan Bahan Kitar Semula Dalam Pakaian Wanita Yang Siap Dipakai (Ready-To-Wear)

    Get PDF
    Kitar semula adalah satu proses yang mengumpul bahan-bahan yang tidak diguna, memproseskan dan mengguna semula bahan-bahan tersebut. Kitar semula pakaian adalah sebahagian daripada kitar semula tekstil. Ia melibatkan memulihkan pakaian lama untuk disusun dan diproses. Produk akhir merangkumi pakaian yang sesuai untuk digunakan semula daripada potongan fabrik atau pakaian lama. Upcycled juga merupakan satu kaedah kitar semula. Ia menggunakan bahan lama, secara keseluruhan dengan kreativiti, untuk menghasilkan sesesatu yang baharu sambil mengekalkan beberapa ciri asalnya. Pakaian upcycled, adalah kaedah mengambil seluruh atau sebahagian pakaian yang lama atau terbuang dan mengubahnya rekaan untuk menjadikan pakaian baharu. Tujuan kajian ini ialah mengenal pasti tahap kesedaran masyarakat berkenaan isu-isu berkenaan kepentingan kitar semula tekstil dan pakaian. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jenis teknik yang digunakan untuk menghasilkan pakaian baru daripada pakaian dan tekstil yang telah dibuang. Selain itu, menghasilkan cadangan rekaan ready-to-wear yang bergaya dengan menggunakan pakaian dan tekstil yang telah dibuang. Selanjutnya, kajian ini harus dihuraikan dengan lebih terperinci agar dapat mencapai objektif kajiannya. Hasil kajian ini juga mendapat tindak balas yang positif daripada responden yang membantu dalam menyempurkan kajian ini

    Persepsi Golongan Muda Terhadap Gaya Fesyen Mix And Match Pada Masa Kini.

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang persepsi golongan muda terhadap gaya fesyen mix and match pada masa kini. Tujuan kajian ini adalah menegenai gaya fesyen mix and match dan mengkaji tahap kefahaman golongan muda (generasi Y atau Gen-Y) terhadap tuntutan menutup aurat. Kajian ini dilakukan terhadap golongan muda yang memfokuskan kaum wanita. Kajian ini menggunakan kaedah kajian yang bersifat kualitatif. Instrumen kaedah kualitatif ini adalah soal selidik. Soal selidik bagi kajian ini menggunakan skala likert. Proses pengumpulan data akan dilakukan oleh penyelidik sendiri. Kajian ini turut mencadangkan rekaan fesyen mix and match untuk golongan muda pada masa kini berlandaskan syariat Islam

    Kajian Kes Terhadap Pemuliharaan Bangunan Masjid Lama Kampung Tuan Yang Telah Melakukan Penambahbaikan Pada Struktur Binaannya.

    Get PDF
    Thesis ini memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai pemuliharaan dan garis panduan mengenai bangunan warisan yang terdapat di Malaysia yang hanya berfokuskan kepada bangunan masjid. Masjid Lama Kampung Tuan telah menjalankan kerja-kerja pemuliharaan tanpa mengetahui dengan lebih terperinci mengenai garis panduan pemuliharaan bangunan warisan yang sebenar. Hal ini adalah kerana, setiap kerja pemuliharaan yang dijalankan keatas bangunan warisan mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) agar tidak berlaku sebarang permasalahan mengenai bangunan warisan pada masa akan datang. Melalui garis panduan ini, secara tidak langsung dapat memenuhi kehendak pembangunan warisan dan budaya negara sekaligus melestarikan bangunan yang mampan daripada dibiar usang dan tidak terurus

    Pancaran Status Sosial Dalam Novel-Novel Terpilih Masyarakat Minangkabau: Satu Penelitian Sosiologi.

    Get PDF
    Novel adalah salah satu cerita kesusasteraan yang ditulis oleh seseorang penulis. Novel juga merupakan bahan yang diterjemahkan sebagai cerita panjang. Novel secara amnya berkisarkan satu watak utama dan juga watak-watak sampingan. Kajian ini bertitik tolak kepada kajian yang melibatkan gambaran status sosial masyarakat Minangkabau yang disampaikan di dalam novel- novel terpilih. Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif iaitu mengenalpasti, menganalisis dan mengkaji status sosial dalam novel-novel terpilih masyarakat Minangkabau rentetan daripada novel yang menjadi rebutan di kalangan pembaca. Tambahan pula, pendekatan analisis kandungan kualitatif dipilih sebagai kerangka panduan bagi menyempurnakan kajian ini. Berdasarkan kajian ini, penerapan teori sosiologi yang dipelopori Balley pada tahun 1978 dipilih sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian ini. Kajian ini menggunakan penelitian dan penghuraian terhadap aspek yang merangkumi Teori Struktural-Fungsionalisme dilaksanakan sebagai deduksi dalam pendekatan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa dalam novel- novel terpilih masyarakat Minangkabau ini terdapat beberapa status sosial yang sememangnya dapat membuktikan sebuah jalan cerita yang penuh dengan ragam manusia dan sedikit sebanyak dapat menarik minat para pembaca

    Penglibatan Komuniti Dalam Pemeliharaan Dan Pemuliharaan : Kajian Di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah.

    Get PDF
    Pemeliharaan adalah perbuatan atau proses melakukan tindakan bagi mengekalkan bentuk sedia ada, integriti dan bahan sesebuah bangunan atau struktur, dan bentuk sedia ada serta tumbuhan pelindung sesuatu tapak manakala pemuliharaan sebagai proses memulihara sesuatu tempat supaya kepentingan kebudayaan dapat dikekalkan. Arkeologi merupakan satu disiplin yang mengkaji aktiviti dan kebudayaan masyarakat prasejarah berdasarkan rekod-rekod tidak bertulis seperti tinggalan-tinggalan artifak, sisa makanan, tempat tinggal, kawasan perkuburan atau tinggalan fizikal yang dapat dikesan di sesuatu tapak. Antara tapak arkeologi yang terdapat di Sabah ialah Bukit Tengkorak. Bukit Tengkorak merupakan salah satu tapak arkeologi yang memberi kepentingan dari segi warisan dan pelancongan di Sabah. Hasil penelitian, terdapat beberapa permasalahan yang dapat dikaji iaitu kepentingan menjaga tapak arkeologi ini kurang disedari masyarakat khususnya masyarakat setempat. Bukit Tengkorak juga tidak dapat dipelihara dan dipulihara dengan baik kerana masalah vandalisme oleh pelawat yang berkunjung ke Bukit Tengkorak. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti artifak-artifak di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah; menghurai kepentingan Bukit Tengkorak terhadap masyarakat di sekitar; dan menganalisis penglibatan komuniti setempat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan Bukit Tengkorak. Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data adalah kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Hasil daripada pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan, penduduk setempat dapat memberikan penerangan mengenai artifak yang dijumpai di Bukit Tengkorak. Hal ini menunjukkan bahawa mereka peka dan mengambil tahu sejarah dan warisan mereka. Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan di tapak ini turut melibatkan kerjasama daripada penduduk setempat. Kepentingan Bukit Tengkorak terhadap masyarakat sekitar adalah sebagai penjana ekonomi dan pendidikan luar bilik darjah

    Sindiran Halus Dan Lembut Dalam Peribahasa: Pengaplikasian Teori Relevans.

    Get PDF
    Sindiran merupakan aliran pemikiran Melayu yang disampaikan secara tersurat dan tersirat melalui puisi tradisional dibawah konteks peribahasa. Peribahasa Melayu jelas menjadi cerminan nyata nilai sosial, moral serta fungsi adat sesebuah masyarakat. Sekaligus menonjolkan falsafah yang dipegang oleh orang Melayu yang disulam di dalam peribahasa yang berkaitan dengan metafizik, epistimologi, etika, logik dan estetika hasil interaksi mereka terhadap persekitaran. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis gaya bahasa sindiran serta menganalisis pemikiran sindiran halus dalam peribahasa menggunakan teori Relevans gagasan ideologi Dan Sperber dan Deidre Wilson (1986). Data peribahasa dikumpul daripada teks peribahasa Melayu iaitu 100 Pepatah Petitih Melayu. Hasil kajian mendapati sindiran halus di dalam peribahasa dipamerkan melalui lima kategori situasi iaitu di dalam konteks kehidupan orang Islam, tuntutan kepada pelajar, institusi kekeluargaan, hubungan persahabatan dan sesebuah organisasi. Kajian juga membuktikan ternyata sindiran merupakan hasil daripada pemikiran dan bahasa yang disulami di dalam peribahasa. Kesimpulannya, penelitian disebalik sindiran di dalam peribahasa adalah bertujuan untuk menjadi medium teguran kepada khalayak, di samping dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu

    Examining relationship between tourists expectation, destination image, perceive quality and tourists satisfaction on shopping hub at One Utama shopping mall

    Get PDF
    A greater satisfaction is important for the tourism sector, especially within shopping tourism. Therefore, this research aims to identify the relationship between tourists expectation, destination image, perceived quality and tourists satisfaction on shopping hub at One Utama Shopping Mall. The objectives of this study include: i) To identify whether the tourists expectation influence the tourists satisfaction towards shopping hub in One Utama. ii) To examine whether the destination image influence the tourists satisfaction towards shopping hub in One Utama. iii) To investigate whether the perceive quality influence the tourists satisfaction towards shopping hub in One Utama. Data was collected by conducting quantitative approach using questionnaire and distributed among domestic tourists who have come to One Utama. The data analysis used in this study includes the descriptive statistic, the reliability test and the Pearson correlation coefficient. In general, the respondents were pleased with the destination's image and the shopping center's perceived quality. Tourists are likewise pleased with One Utama because their expectations for that shopping district were met. The satisfaction of these tourists leads to the formation of a significant relationship between all of the independent and dependent variables. Consequently, it can be proved through the Pearson Correlation results that there was a very high positive relationship between tourists’ expectation (r = 0.847**), destination image (r = 0.842** ), perceived quality (r = 0.827** ) and tourists’ satisfaction towards shopping hub in One Utama Shopping Mall. It signifies that all of the research questions have been answered, as well as the study's hypothesis. The outcomes of this study may provide better suggestions for tourism management and destination operators in One Utama Shopping Mall, in developing better strategies to satisfy travelers

    Hospitality students satisfaction towards blended learning in Universiti Malaysia Kelantan

    Get PDF
    This study was undertaken in order to examine hospitality student’s satisfaction towards blended learning engagement in Universiti Malaysia Kelantan. This research examines the relationship between determinants which are perceived playfulness, perceived usefulness, perceived ease of use and blended learning engagement hospitality student’s satisfaction in Universiti Malaysia Kelantan. To further understand the relationship between the student’s satisfactions of blended learning, a quantitative approach was employed. An online survey was collected among year 1, 2, 3 and 4 hospitality students in Universiti Malaysia Kelantan. The data collected was analysed by using descriptive and Pearson’s correlation analysis techniques. 239 responses were received. The findings showed that the three variables which are perceived playfulness, perceived usefulness and perceived ease of use are significantly related to blended learning engagement hospitality students satisfaction. Lastly, some other determinants are recommended to include for further research to explore and acquire further reasoning

    Usaha Meneruskan Keunikan Warisan Pembuatan Keris Di Pengkalan Nangka, Besut, Terengganu

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Usaha Meneruskan Keunikan Warisan PembuatanKeris di Pengkalan Nangka, Besut, Terengganu”. Warisan pembuatan keris kini dilihat semakin berkurang kerana ramai pandai besi yang sudah meninggal dunia. Perkara ini amat membimbangkan kerana tidak ramai generasi muda yang menceburkan diri dalam meneruskan warisan ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui proses-proses pembuatan keris di Pengkalan Nangka, Besut yang dibuat oleh pandai besi yang bernama Mohd Rudi Bin Jusoh. Kajian ini juga menekankan mengenai punca generasi muda tidak berminat untuk meneruskan warisan pembuatan keris. Kaedah temubual dan pemerhatian telah digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Melalui kaedah tersebut, data yang diperolehi akan dianalisis dengan lebih mendalam untuk menyelesaikan projek penyelidikan ini sehingga ke fasa yang terakhir. Pada akhir kajian ini, kedua-dua objektif akan dapat dirungkaikan dan diharap dapat membuka mata banyak pihak. Hal ini seterusnya dapat menghargai nilai warisan pembuatan keris yang berharga ini untuk tatapan generasi akan datang

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇