2882 research outputs found
Sort by
Bangunan Bersejarah Residen British Dijadikan Sebagai Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Di dalam thesis ini, tajuk yang telah dipilih oleh pengkaji untuk melakukan kajian adalah tentang Bangunan Lama Residen British yang telah dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.Bangunan lama residen british ini dibina pada tahun 1 Julai 1888. Namun bangunan ini telah banyak mengalami perubahan iaitu dari segi fungsi dan seni bina tambahan yang telah dilakukan dari masa ke semasa. Terdapat beberapa permasalahan kajian yang terdapat dalam kajian ini. Antaranya adalah perubahan fungsi bangunan lama residen british itu sendiri. Hal ini kerana terdapat beberapa perubahan fungsi terhadap bangunan lama residen british itu dari masa ke semasa sehingga kini yang telah dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar. Selain itu, keunikkan dan keistimewaan seni bina yang terdapat pada Muzium Sultan Abu Bakar tersebut. Terdapat beberapa objektif kajian yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu untuk mengkaji sejarah bangunan lama residen british ini dan mengenal pasti Keunikkan seni bina yang terdapat pada Muzium Sultan Abu Bakar tersebut. Seterusnya semasa melakukan kajian ini terdapat beberapa kaedah kajian yang telah digunakan, hal ini kerana untuk memudahkan kajain dan mendapatkan maklumat. Antara kaedah yang telah digunakan adalah kaedah temu bual responden. Akhirnya diharapkan agar kajian penyelidikkan berkaitan Bangunan Lama Residen British ini dapat dimanfaatkan dan rujukkan yang boleh digunakan oleh semua orang
Kajian Mengenai Implikasi Penyelenggaraan Kepada Pemeliharaan Gua Gunung Senyum Temerloh Pahang
Penyelidikan ini mengenai Implikasi Penyelenggaraan Kepada Pemuliharaan Gua Gunung Senyum di Temerloh Pahang. Gunung Senyum ini merupakan salah satu warisan alam semula jadi dan merupakan Hutan Lipur dan juga taman rekreasi bagi masyarakat. Terdapat beberapa objektif kajian yang digunakan di dalam penyelidikan ini seperti mengenalpasti kelebihan dan keunikan Gua Gunung Senyum dengan terperinci, mengenalpasti keadaan infrastruktur di kawasan Gua Gunung Senyum kekal terjaga dan mengenalpasti implikasi penyelenggaraan yang sistematik terhadap pemeliharaan Gua Gunung Senyum. Semasa menjalankan penyelidikan ini terdapat reka bentuk kajian yang telah digunakan seabagai panduan iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data bagi penyelidikan ini adalah data primer dan data skunder dimana data primer melalui temu bual, pemerhatian dan soal selidik seramai 100 orang responden manakala data skunder melalui sumber internet, perpustakaan, artikel atau rencana dan teori sosiologi. Analisi data dilakukan secara menyeluruh sesuai dengan pengumpulan data yang diperolehi daripada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Akhir sekali, penyelidikan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada individu, masyarakat, pendidikan dan juga negara
Road To UMK 2021 Siri 02 - Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan (FBI)
Penerangan berkenaan program pengajian di Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan (FBI
Road To UMK 2021 Siri 04 - Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW)
Program Road To UMK 2021 Siri 04 membincangkan teantang program pengajian di Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW
Wadah Pemikiran Dan Konsep Kepercayaan Dalam Sastera Lisan Bagi Masyarakat Asli Jah Hut
Kajian ini merupakan satu penyelidikan tentang wadah pemikiran dan konsep kepercayaan dalam sastera lisan bagi masyarakat Orang Asli Jah Hut. Kajian megemukakan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti sastera lisan masyarakat Orang Asli Jah Hut di Temerloh Pahang. Seterusnya, menganalisis kepentingan sastera lisan Orang Asli Jah Hut di Temerloh Pahang. Selain itu, mengkaji kepentingan sastera lisan terhadap generasi muda Orang Asli di Temerloh Pahang. Kajian menggunakan pendekatan teori Budaya kerana teori ini berdekatan dengan masyarakat. Kajian memberi fokus kepada sastera lisan iaitu cerita rakyat. Hasil kajian mendapati sastera lisan masyarakat Orang Asli Jah Hut terdiri daripada tiga jenis cerita utama iaitu cerita bintang, cerita asal usul dan cerita jenaka. Kepentingan sastera lisan masyarakat orang Asli Jah Hut adalah sebagai sumber pendidikan dan hiburan. Sastera lisan banyak memberikan manfaat kepada generasi muda misalnya dalam membentuk tingkah laku yang lebih baik dan keperibadian yang positif. Dapatan kajian mencadangkan agar lebih banyak kajian dijalankan berkaitan sastera lisan masyarakat orang asli ini. Hal ini kerana sastera lisan merupakan warisan dan khazanah turun temurun sejak dulu yang perlu dipertahankan
The Preception Of An Innovate Augmented Reality (AR) Chinese Instrument Among Undergraduate Students.
This thesis presents an approach for using Augmented Reality (AR) as platform to preserve the heritage and culture as technology is advancing rapidly. This project will be focus on traditional Chinese instrument and the ways on applying AR as the new steps. But first the problem that all commonly known as why heritage is declining nowadays will be the usage of social media (Facebook, Tik Tok, Instagram, etc.) and Games (PUBG, Valorant, Mobile Legend, etc.) regardless PC or Smartphone has kept them from exploring the history and adventuring to the past and present. That the reason an application is form by using software call Unity Engine and Vuforia SDK plug-in as platform in making AR which have the capability of using camera lens to capture the product 3D or 2D even media included in real time. Then an online survey will be conducted to get to know the responded respond regarding the existing of AR and traditional Chinese instrument
Penerimaan Pelajar Terhadap Rekabentuk SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik) Kota Bharu
Laman sesawang (website) untuk pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan kembangkan lagi sesuatu taraf pendidikan sesebuah negara. Dengan wujudnya platform (website) untuk pendidikan di setiap pusat pengajian tinggi ini mampu membantu para pelajar menggunakannya dari pelbagai sudut seperti untuk pembelajaran atau pengurusan maklumat mereka kerana ianya dilihat lebih mudah dan cepat. Jika sebelum ini pelajar hanya menjalani pembelajaran secara kuliah dan perlu ke pejabat untuk menguruskan sesuatu maklumat, tetapi kini semuanya menjadi lebih mudah dan pantas kerana mereka boleh menggunakan laman medium (website) untuk pembelajaran atas talian serta menguruskan maklumat mereka hanya dari rumah dengan menggunakan telefon pintar atau komputer. Pembelajaran dengan secara kuliah atau keas masih lagi releven sekiranya keadaan semasa kembali pulih dari wabak COVID-19 yang melanda negara kini. Penulisan ini bertujuan untuk mengupas tentang penerimaan pelajar terhadap reka bentuk SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik) Kota Bharu yang digunakan oleh para pelajar politeknik untuk segala urusan berkaitan pusat pengajian mereka. Kajian ini telah menggunakan kaedah soal selidik sebagai kaedah utama bagi menyelesaikan masalah ini iaitu dengan memberi soal selidik kepada pelajar politeknik untuk mengetahui perkara yang sebenar berlaku di institusi tersebut. Kajian ini mendapati SPMP (website) tersebut kurang digunakan oleh pelajar politeknik Kota Bharu kerana terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Dengan adanya penulisan sedemikian, dapat membantu golongan pelajar untuk lebih kerap menggunakan SPMP (website) dalam urusan yang melibatkan pusat pengajian mereka ini menjadi lebih baik dan boleh digunakan dengan lancar
Mael Totey (2020) Penerimaan Penonton Terhadap Dialek Kelantan
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji filem komedi arahan Syahmi Sazli iaitu Mael
Totey the Movie. Di dalam kajian yang dihasilkan oleh pengkaji, terdapat beberapa persoalan
kajian wujud iaituapakah dialek yang terdapat dalam filem Mael Totey the Movie?
Bagaimanakah penerimaan oleh penonton terhadap dialek Kelantan dalam filem Mael Totey the Movie?. Hasil kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan yang dinyatakan untuk membuat penyelidikan terhadap filem Mael Totey the Movie arahan Syahmi Sazli, maka produk akhir untuk tesis ini akan diwujudkan dalam bentuk video pendek yang bertajuk Darah Kelantan
Kajian Rekabentuk Sofa Ergonomik Bagi Kegunaan Pengguna Yang Menghadapi Masalah Muskuloskeletal
Penggunaan sofa pada hari ini telah dikenali secara meluas iaitu hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah sofa yang kebiasaanya dijadikan pelengkap di ruang tamu dan digunakan bagi membantu dalam menyokong anggota fizikal seseorang ketika sedang beristirehat. Namun demikian, konsep ergonomik dilihat kurang diaplikasikan ke atas kebanyakkan rekabentuk sofa di Malaysia. Perkara ini menjadikan ramai pengguna mengalami risiko mendapat penyakit yang disebabkan oleh amalan postur duduk yang salah dalam memperoleh posisi kedudukan yang selesa ketika duduk.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan membina rekabentuk sofa ergonomik bagi pengguna yang menghadapi masalah muskuloskeletal. Kajian ini dilakukan dengan dua kaedah iaitu menggunakan borang soal selidik yang melibatkan beberapa orang responden yang mengalami masalah muskuloskeletal dan melalui pemerhatian ke atas sebuah industri pembuatan sofa tempatan bagi melihat sendiri dari segi peralatan, bahan dan lain-lain yang berkaitan dengannya dan selanjutnya ianya dibangunkan sebuah rekabentuk sofa berkaitan dengan konsep hasil daripada kajian ini
Kajian Penggunaan Continuity Editing Atau Suntingan Kesinambungan Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)
Teknik penyuntingan merupakan sesuatu perkara yang dapat membuatkan filem itu berjaya ataupun
tidak. Kajian ini menumpukan pada elemen penyuntingan kesinambungan melalui teknik
penyuntingan kesinambungan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010). Filem Hantu Kak
Limah Balik Rumah (2010) ini menarik untuk diteliti kerana, teknik penyuntingan kesinambungan
yang digunakan di dalam filem ini amatlah baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif iaitu dengan membuat rujukan berdasarkan kajian-kajian lepas dan penelititan yang
khusus terhadap filem tersebut. Hasil daripada penelitian khusus dan rujukan kajian lepas, pengkaji
mendapati bahawa kajian ini membuktikan bahawa teknik penyuntingan kesinambungan amatlah
penting dan perlu dititikberatkan sebelum sesebuah filem itu dibuat. Hal ini mampu memberi impak
yang baik untuk generasi seterusnya