2882 research outputs found
Sort by
Projek Penyelidikan 1 & 2 Kajian Mengenai Kadar Keberkesanan Muzik Latar Dalam Filem Seram ‘Lights Out’ 2016 Terhadap Emosi Penonton
Muzik latar merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembuatan filem seram. Pada masa yang sama, muzik latar juga sering berkaitrapat dengan emosi penonton. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis muzik latar dalam filem seram ‘Lights Out’ yang dikeluarkan pada tahun 2016 dan diarah oleh David F.Sandberg Selain daripada itu juga, kajian ini dilakukan untuk menentukkan kadar keberkesanan muzik latar dalam filem ‘Lights Out’ 2016 terhadap emosi penonton. Selain itu, kaedah soal selidik melalui tiga jenis video seram untuk memantapkan lagi kajian ini juga dijalankan. Hasil kajian mendapati bahawa muzik latar dalam filem seram sememangnya mempengaruhi emosi penonton.
Kata kunci : Kadar keberkesanan, muzik latar, filem seram, emosi peonton
Kualiti Skrip Dan Penerimaan Penonton Di Dalam Filem Misteri Dilaila Versi 1
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk mengkaji tentang kualiti skrip dan penerimaan penonton di dalam filem Misteri Dilaila Versi 1. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji skrip yang dihasilkan dalam filem Misteri Dilaila Versi 1 dan seterusnya untuk menganalisis penerimaan penonton dalam filem Misteri Dilaila Versi 1 berdasarkan kualiti skrip. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik terhadap pelajar tahun empat bidang Pengajian Skrin daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kaedah kualitatif digunakan dan 25 responden dinilai dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan untuk mengumpul data primer sebagai tinjauan melalui soal selidik dalam talian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Versi 24 berdasarkan analisis deskriptif, analisis kebolehpercayaan dan analisis korelasi spearman. Hasilnya, majority pembolehubah bebas mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah bergantung. Melalui kajian ini, hubungan antara kualiti skrip dan penerimaan penonton terhadap filem Misteri Dilaila Versi 1 akan mudah difahami
Kajian Terhadap Rekabentuk Pembungkusan Produk Perusahaan Kecil Sederhana (Pks) Tempatan: Produk Belacan
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti segala kelemahan yang ada pada pembungkusan produk belacan dan mengambil langkah sistematik untuk memperbaiki rekabentuk pembungkusan produk belacan supaya ia kelihatan berkualiti, berdaya saing dan dapat menarik lebih ramai pengguna untuk mencuba produk tersebut. Kajian ini diharap dapat membantu pengusaha untuk memperbaiki pembungkusan produk belacan supaya dapat mempertingkatkan kualiti secara keseluruhan produk tersebut bagi menggembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa
A Study on Corporate Identity Design For “Mam Mam Pet Treats”
Korporat Identiti adalah sebahagian dari komunikasi visual. Korporat Identiti bukan sahaja dapat membantu membina syarikat atau imej perniagaan anda tetapi juga dapat membantu syarikat anda dikenali dan dikenang. Korporat Identiti boleh merangkumi banyak seperti kad nama, cawan, kemeja-T, laman web dan logo. Ini memberi kepercayaan kepada pengguna dengan menstabilkan Korporat Identiti. Mam Mam Pet Treats adalah platform perdagangan dalam talian untuk makanan sihat kering beku untuk kucing dan anjing. Ia bukan sahaja enak untuk kucing dan anjing tetapi juga menyediakan nutrien yang diperlukan. Namun, platform mereka baru memasuki pasaran sejak September 2020. Mereka tidak mempunyai identiti yang stabil untuk mewakili platform mereka. Sebaliknya, Mam Mam Pet Treats tidak mempunyai jenama yang mewakili platform mereka seperti kad nama, mug, T-shirt atau lain-lain. Dengan ini, kajian ini bertujuan untuk untuk mengkaji reka bentuk korporat identiti yang berjaya, merancang korporat identiti untuk "Mam Mam Pet Treats" dan untuk menentukan reka bentuk korporat identiti yang sesuai untuk "Mam Mam Pet Treats". Kajian ini menjelaskan kepada semua orang untuk memahami kepentingan korporat identiti untuk perniagaan bahkan perniagaan platform dalam talian yang kecil. Soal selidik akan diedarkan kepada 100 responden melalui boring soal selidik. Data disimpulkan dan dianalisis menggunakan jadual dan carta. Secara keseluruhan terdapat 90% responden bersetuju bahawa identiti korporat penting untuk pemasaran dan pengiklanan. Di samping itu, kebanyakan responden bersetuju bahawa sekiranya identiti korporat bagi sesebuah syarikat menghasilkan lebih banyak jenama seperti pembungkusan, kad nama, dan alat tulis akan lebih berkesan. Oleh itu, penyelidik dapat menyelesaikan identiti korporat untuk "Mam Mam Pet Treats" melalui boring soal selidik. Sebagai kesimpulan, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa identiti korporat untuk "Mam Mam Pet Treats" sangat berkesan.
Kata Kunci: Korporat, Identiti, rekabentuk, Mam Mam Pet Treat
Satu Kajian Kes Terhadap Penjenamaan Semula Reka Bentuk Identiti Korporat Bagi Syarikat Payangs Ecommerce Global Di Kuala Terengganu
PENGENALAN
Identiti korporat adalah rekaan yang melambangkan imej dan identiti sesebuah organisasi atau syarikat. Menurut Balmer (1995), identiti korporat adalah “Pesona” sesebuah syarikat yang rekaannya selaras dan memudahkan syarikat tersebut mencapai objektif perniagaanya. Menurut beliau lagi identiti korporat wujud apabila pemilik sesebuah organisasi itu mempunyai prinsip organisasi yang ditunjukkan dengan jelas tentang budaya identiti korporat iaitu mempunyai personaliti tersendiri untuk mencapai objektif syarikat mereka. Bernstein (1984), mendefinisikan identiti korporat sebagai jumlah keseluruhan tindakan yang dipilih oleh syarikat untuk dikenali oleh semua orang awam. Olins (1989), pula menambah, identiti korporat melibatkan disiplin yang luas meliputi pengurusan,komunikasi dan perlakuan
Penerapan Ergonomik Dalam Reka Bentuk Kerusi Makan Pelbagai Fungsi Di Rumah
Ergonomik merupakan satu sistem yang berperanan dalam memberi keselesaan kepada manusia yang menggunakan sesuatu produk atau perabot. Kerusi makan pula
adalah sebuah perabot yang digunakan untuk duduk dan makan. Pandemik covid-19 telah mempelbagaikan kegunaan kerusi makan waktu di rumah. Ketiadaan ruang serta
perabot yang khusus menyebabkan golongan bekerja dari rumah menjadikan kerusi makan sebagai tempat bekerja. Kerusi makan memberi pengaruh paling besar kepada
golongan yang bekerja dari rumah. Ketiadaan elemen multifungsi pada kerusi makan menyebabkan kurang kelebihan kepada golongan yang mempunyai ruang atau rumah
yang sempit. Bagi mengatasi permasalahan ini satu kajian telah dibuat berkenaan kerusi multifungsi yang ergonomik bagi golongan yang memiliki ruang atau rumah yang
sempit. Kajian dilakukan di Kota Bharu Kelantan dengan kaedah kualitatif dan juga kuantitatif. Kesemua responden adalah sebanyak 55 orang. Setiap soalan yang
dikeluarkan adalah dikaji dahulu dan diyakini menepati dengan tajuk yang ingin dijalankan. Hasil kajian yang dilakukan pengkaji mendapati kerusi makan
bermultifungsi yang ergonomik sangat diperlukan untuk rumah yang sempit serta pengguna yang bekerja dari rumah. Hasil ini diambil dengan serius serta dijadikan satu
garis panduan yang tepat bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan yang bekerja dari rumah
A study of tourists perception towards destination safety in Kelantan
The purpose of this research is to examine the relationship influencing factors and tourist perception on safety in Kelantan. The main objective for this research is to investigate the factor influence tourist perception on safety in Kelantan. It is discovered media influence; risk perception and destination image that affected the number of tourists’ arrivals for tourism industries. The number of local tourist arrival in Kelantan in 2019 was 6.5 million were targeted respondents and a total of 227 respondents who were successfully founded were questioned through the online survey. The data was collected and analysed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 25.0. Pearson correlation coefficient was used in this research to investigate the relationship between media influence, risk perception and destination image. The result shows a significant relationship between media influence, risk perception and destination image with the tourist perception on safety. Through this study can understand the factor influence and a better understanding and knowledge that affect tourist perception among local’s tourist
The factors that influence travel intention among youth in Penang
The purpose of this research is to examine the relationship of education, culture, transportation and travel intention among youth in Penang. The main objective for this research is to investigate the factor that influence travel intention among youth in Penang. It is discovered that culture was the major factor of travel intention among youth in Penang. From 384 youth respondent from Penang were targeted respondent and a total of 303 respondents was successfully answered the investigated through questionnaire. Data collected was analyzed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26.0. SPSS Statistical addresses the entire statistical analysis process such as planning, data collection, analysis, reporting for better decision making and performance. Pearson correlation coefficient was used in this research to investigate the relationship between education, culture and transportation toward travel intention among youth. The result shows the strength of the relationship between culture factor and travel intention among youth, whereby transportation factors and travel intention among youth was at moderate level, followed by indicated the strength of education factor toward travel intention among youth in Penang is at moderate level. Through this study can understanding the travel intention among youth that had been visited in Penang
Kajian Warna Dan Bentuk Dalam Psikologi Manusia Dari Aspek Terapi Seni.
Kajian ini dijalankan kerana pengkaji ingin mengetahui bagaimana mentaliti manusia terhadap sesuatu warna dan bentuk. Oleh yang demikian, pengkaji menjalankan kajian tentang warna dan bentuk dalam psikologi manusia dari aspek terapi seni untuk mengkaji sejauh mana warna dan bentuk dapat dijadikan terapi. Selain itu, Pengkaji juga mengkaji tentang abstrak ekspresionisme kerana aliran ini adalah salah satu aliran yang menghasilkan karya yang lebih kepada meluahkan perasan dengan warna dan teknik sapuan berus serta renjisan. Ianya sangat sesuai dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji
Kajian Tentang Reka Bentuk Seni Bina Masjid Warisan Melayu Dalam Penghasilan Karya Seni Catan.
Sejak zaman dahulu, kepelbagaian gaya dalam reka bentuk masjid menunjukkan idea masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dengan berpandukan ajaran agama islam. Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan reka bentuk seni bina warisan yang digunakan pada Masjid Kg Laut, Kelantan. Hal ini demikian kerana, reka bentuknya tidak pernah diubah sejak dahulu lagi. Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, Malaysia. Masjid ini dibina pada abad ke-18 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia serta di Asia Tenggara. Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Selain itu juga masjid Kg Laut ini dikategorikan masjid yang tertua. Selain itu, beberapa kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji iaitu mengenalpasti, menganalisis dan menghasilkan karya peribadi dengan menerapkan unsur reka bentuk seni bina masjid sebagai isu utama dalam menghasilkan karya catan