Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Kempen Kesedaran Salah Laku Papan Kenyataan Melalui Video

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah video kesedaran mengenai perbuatan salah laku terhadap papan kenyataan. Projek penyelidikan yang menghasilkan video kesedaran ini dikaji berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti kesan salah laku terhadap papan kenyataan kepada masyarakat. Manakala objektif yang selanjutnya ialah menentukan jenis kempen kesedaran mengenai akibat salah laku papan kenyataan kepada masyakat dan objektif kajian yang akhir ialah menghasilkan video kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya kesan salah laku terhadap papan kenyataan. Selain daripada itu, dalam laporan ini juga mengandungi bab yang merupakan pengenalan kepada kajian, kajian literasi, metodologi, dan kesimpulan kepada keseluruhan projek penyelidikan ini

    Ilustrasi Buku Kanak – Kanak Berdasarkan Modul Pendidikan Surah Luqman Ayat 13 -19

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah buku ilustrasi yang berkaitan dengan Pendidikan surah Luqman dimana seorang bapa yang bijaksana dalam mendidik atau nasihati anaknya. Projek penyelidikan nasihat Luqman al-Hakim ini dikaji berdasarkan 3 objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap pemahaman kanak – kanak dalam memahami Al -Quran terutama bagi surah Luqman dan menentukan kesesuaian ilustrasi dalam modul Pendidikan surah Luqman dan. Objektif yang selanjutnya adalah menghasilkan buku kanak- kanak bagi modul Pendidikan surah Luqman agar dapat menyampaikan nasihat atau pesanan tersebut yang lebih menarik serta menyampaikan dakwah. Selain daripada itu, dalam laporan ini juga mengandungi bab yang merupakan pengenalan kepada kajian, kajian literasi, metodologi, dan kesimpulan kepada keseluruhan projek penyelidikan ini. Kata kunci: buku ilutrasi, surah luqman, nasihat luqman

    Kajian Kes Terhadap Penjenamaan Semula Identiti Korporat Syarikat Kweng Design Sdn.Bhd. Di Daerah Machang, Kelantan

    Get PDF
    Kajian ini adalah berkenaan dengan penjenamaan semula identiti korporat syarikat Kweng Design Sdn.Bhd yang terletak di daerah Machang, Kelantan. Hal ini kerana keupayaan daya saing syarikat dapat ditingkatkan menerusi penjenamaan semula. Kajian yang akan dijalankan ini juga melibatkan cadangan penjenamaan logo baharu syarikat, penghasilan item-item korporat yang sesuai terhadap syarikat serta bagi mengenalpasti kempen promosi yang berkesan terhadap syarikat. Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif iaitu dengan membuat analisis daripada kajian-kajian yang lepas selain dari mengedarkan borang soal selidik terhadap masyarakat di sekitar daerah Machang. Penjenamaan semula identiti korporat adalah penting bagi meraih kesetiaan pelanggan serta dalam mempromosikan syarikat kepada masyarakat. Kata Kunci: Identiti Korporat, penjenamaan, syarika

    Exploring The Importance Of Video Marketing On Youtube To Promote Services Of Project M Company.

    Get PDF
    The primary purpose of the study was to explore the importance of video marketing on YouTube to promote the services of Project M company. In this research, the researcher is going to focusing on the objectives of the studies which are racing up the visibility of the company and to know the importance of the YouTube platform as a way to promoting the services. Besides that, the research was done based on the objectives of the surveys which including some of the history of YouTube, the role of YouTube in helping the promoting services of the company, and some types of video marketing hat used to promoting the services of the company. Furthermore, qualitative and quantitative ways also used in this study to collect the data from the respondents. Open and closed questions will be used wisely to collected the most real data from the respondent. The respondent that collected is 45 and data was analyzed and written into this chapter. The process of creating the video was shown into this topic too. As conclusion, the objective of the research was archived and the video was created is the motion graphic video explainer as the final product

    Prinsip Pergerakan Dalam Seni Silat Melayu Melalui Media Campuran Bagi Penghasilan Karya Seni.

    Get PDF
    Kajian ini telah dijalankan berkaitan dengan prinsip pergerakan dalam seni silat Melayu dengan menggunakan media campuran bagi penghasilan karya seni. Objektif dalam kajian ini adalah mengkaji bahan yang dapat mempengaruhi pergerakan seni silat untuk dijadikan karya sebagai bahan utama, menganalisis hasil kajian dengan menggunakan bahan media campuran, proses dan teknik dalam penghasilan karya serta menghasilkan karya dengan menggunakan media campuran yang berpandukan prinsip pergerakan dalam seni silat Melayu. Oleh itu, pengkaji membuat penyelidikan terhadap prinsip pergerakan dalam seni silat Melayu ini untuk melambangkan akal budi Melayu yang didalamnya mencerminkan falsafah, pemikiran, perlakuan, emosi dan gaya hidup orang Melayu. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana prinsip pengerakan dalam seni silat Melayu dengan menggunakan media campuran bagi penghasilan karya seni ini dilaksanakan dengan lebih berkesan. Hasil penyelidikan ini berharap dapat memberi kesan yang baik untuk menghasilkan karya dengan menggunakan prinsip pergerakan

    Kajian Rupa Dan Bentuk Seni Ilustrasi Sebagai Gaya Ilustrasi Melalui Manifestasi Ikon Malaysia Dalam Penghasilan Catan.

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis, mengkaji dan mengeksplorasi tentang rupa dan bentuk seni ilustrasi melalui gaya ilustrasi dalam manifestasi ikon Malaysia sebagai subjek kajian dalam penghasilan karya catan digital. Pengkaji memilih ikon Malaysia sebagai visual atau gambar karya digital untuk penghargaan kepada tokoh menjadi ikon generasi atas sumbangan dan pencapaian yang sangat membanggakan menjadi impian masyarakat. Karya ini menampilkan tokoh-tokoh terkemuka tanah air dari pencapaian luar biasa sehingga membawa kejayaan ke benua Asia. Seni digital adalah gambaran secara digital menghasilkan garis, gambar dan warna terbentuk dari titik digital monitor. Digital painting adalah seni moden pengkaji membuat karya menggunakan komputer sebagai pengganti kanvas dan pen tablet sebagai pengganti berus. Pengkaji tidak perlu menyediakan bahan-bahan lukisan seperti alat lukis, kanvas dan alatan lain. Pengkaji boleh membuat lakaran dan karya yang telah tersedia dalam software atau program iaitu Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator mempunyai semua kelengkapan untuk menghasilkan lukisan

    Kajian Motif Batik Kelantan Dan Eksplorasi Ilusi Ruang Dalam Penghasilan Karya Catan.

    Get PDF
    Bagi kajian penyelidikan saya kali ini adalah Kajian Motif Batik dan Eksplorasi Ilusi Ruang dalam Penghasilan Karya Catan. Bagi kajian ini, saya melakukan kajian berkenaan Motif Batik untuk diterapkan kedalam karya saya sebagai subjek utama dalam karya catan. Kajian ini dihasilkan adalah untuk menggabungkan diantara motif batik serta ilusi ruang di dalam karya. Oleh itu, saya telah merujuk beberapa pengkarya atau artis – artis seni catan serta artis batik catan bagi menyempurnakan lagi kajian bagi menghasilkan karya Catan dengan baik. Batik merupakan satu seni yang muncul pada abad ke -15 lagi. Kemunculan batik ini telah terkenal dan diwujudkan di negeri Kelantan pada seawal tahun 1920 an. Penghasilan seni batik kemudian mendapat sambutan dan diiktiraf sebagai salah satu kraf tangan tempatan dan ini diiktiraf oleh Majlis Kraf Dunia-Asia. Kemunculan pelbagai aliran seni telah menjadikan masyarakat terutama golongan seni di Malaysia berkembang dalam dunia seninya, Oleh itu, tidak hairanlah di Malaysia telah muncul golongan – golongan karyawan dan pelukis yang lebih kreatif dalam penghasilan karya. Penghasilan seni batik kini telah berkembang maju, jika dahulu motif batik atau batik itu sendiri dilukis diatas permukaan kain menggunakan lilin bagi tujuan digayakan oleh golongan wanita. Namun kini, batik juga telah diolah dan menjadikan ia sebagai satu seni yang kontemporari dimana ia juga dihasilkan bagi bertujuan hiasan atau pameran. Batik bukan sahaja dihasilkan ditas kain dan kanvas, malah ia juga dilukis di atas kertas. Jika dilihat, kini terdapat pelbagai karya yang dihasilkan oleh pengkarya seni dengan menggunakan motif batik itu sendiri dalam lukisan. Hal ini kerana, motif batik itu membawa pengaruh yang tersendiri, selain daripada corak yang berunsurkan fauna, ia juga menerapkan unsur kesenian di dalamnya dan sudah tentu setiap corak mewakili pada makna – makna tersendiri. Batik merupakan kata pinjaman dari Jawa, Indonesia iaitu ‘amba dan titik’. ‘Amba’ merujuk sebagai tulis, manakala ‘titik’ pula bermaksud membawa titik. Batik merupakan teknik dimana lukisan itu dilukis keatas kain. Lukisan yang dihasilkan adalah sangat unik dan terang. Batik merupakan satu teknik untuk menghiasi kain dengan rekaan corak yang tersendiri dan setiap lakaran itu mempunyai pengaruh fauna yang mana mempunyai maksud yang tersendiri. Batik juga mempunyai teknik yang tersendiri, dimana lakaran corak yang dihiasi di atas permukaan kain itu dilakar menggunakan titisan lilin. Hal ini adalah bertujuan untuk menghalang warna pada permukaan corak itu menembusi pada corak yang lain. Kajian penyelidikan kali ini melibatkan kajian motif batik Kelantan dan eksplorasi ilusi ruang dalam penghasilan karya catan

    Kajian Komposisi Elemen Dan Prinsip Seni Berinspirasikan Dalam Karya Siri Latif Maulan “Tales Of Apocalypse”.

    Get PDF
    Kajian ini meneroka komposisi , elemen dan prinsip seni dalam siri karya Latif Maulan dalam menghasilkan sebuah lukisan potret atau dikenali sebagai lukisan wajah di samping mengkaji makna yang tersirat yang ada dalam penghasilkan karya Tales of Apocalypse. Kajian ini memfokuskan terhadap karya Latiff Maulan yang dipilih. Salah satu tajuk karya yang dikaji ialah “Tales Of Apocalypse “. Pengkaji memilih 4 karya dalam siri Tales of Apocalypse. Kajian melalui sorotan literatur berkaitan tentang catan dan katalog-katalog dan artikel menjadi satu sumber rujukan yang penting untuk mengkaji komposisi , elemen dan prinsip seni pada karya Latif Maulan. Karya-karya beliau adalah aliran Hyperealism. Karya ini perlu dikembangkan dalam seni kontemporari di Malaysia yang wajar dikaji dan direkodkan. Permasalahan dalam pencarian makna karya sukar untuk dijelaskan secara tepat namun analisis melalui, tema, elemen dan prinsip dalam seni dapat memberikan tumpuan dalam mengetahui makna yang tersirat dalam siri karya Latiff Maulan “Tales Of Apocalypse”. Berdasarkan analisis yang dikaji, karya beliau mewakili kehidupan persekitaran dan alam dengan gabungan figura yang sempurna dapat diberikan makna simbolik yang tersendiri yang bercirikan seni moden. Selain itu, pengalamannya sepanjang menjadi pelukis menjadi salah satu faktor yang dipamerkan dalam seni potret. Pelukis pada masa kini didepani dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam perubahan masa ke semasa, bagi memastikan negara kita kaya dengan seni lukisan terutama seni potret. Kita dapati banyak negara yang hebat dan maju dengan seni lukis seperti di United Kingdom, China, Jepun dan juga Indonesia. Setiap pelukis berbeza tekniknya dalam karya dari segi stroke dan menggunaan warna. Kesemua pelukis mempunyai matlamat yang sama dalam menghasilkan lukisan yang menarik mengikut gaya tersendiri. Oleh itu, pengkaji mengambil langkah untuk menumpukan pada karya pelukis tempatan dengan gayanya dalam penghasilan karya. Bagi mengukuhkan lagi pengumpulan maklumat, pengkaji telah menggunakan buku dan laman web, blog pelukis Latiff Maulan sebagai rujukan dalam kajian ini yang berkaitan skop kajian. Seterusnya, pengkaji turut menggunakan kaedah analisis dokumen bagi membuktikan dan memperkuatkan lagi hujah dan juga kandungan dalam kajian ini. Pengkaji turut merujuk kajian lepas dengan membaca dan memahami dalam isi kandungan kajian

    Tourist behaviour among Malaysians during covid-19 pandemic

    Get PDF
    The Covid-19 pandemic has severely impacted the Malaysian tourism industry. As a result, there are variety of behavioural changes in regards to travelling. This study examines tourist behaviour through three main influences, namely the movement control order (MCO), perceived risk, and travel intention. These influences may shape the future of travel behaviour. To meet the objective of the study, 260 students from University Malaysia Kelantan were chosen as the respondents in this study. A quantitative study using survey questionnaire was used to collect the primary data in this study. The study revealed that tourists’ perceived risk was main factor for them to plan for travelling. MCO was also one of the contributors where tourists refuse to plan for travelling, which may affect future travel intention. This study has several implications to Malaysian tourism, agencies, and departments to formulate appropriate measures to restart tourism activities in the country

    Social media influence on destination choice: A study among students of University Malaysia Kelantan (UMK)

    Get PDF
    Social media are interactive technologies that enable people to create, share and exchange content, thoughts and other modes of expression through virtual communities and networks. Any multimedia medium that helps users to easily build and post content with the public is referred to as social media. The term “social media” refers to a variety of websites and applications. The aim of this research is to investigate the social media influence on destination choice among students of University Malaysia Kelantan. Specifically, this study investigated what is the relationship between the independent variables which are the usage habit of social media, types of social media usage, the usefulness of social media usage, tourist attitude and destination choice which was the dependent variable. The researchers also want to identify the relationship between the usage habit of social media, types of social media usage, the usefulness of social media usage and also tourist attitude towards destination choice among youth in Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota. The researchers selected the sample of at least 330 students of Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota. Data collected using a questionnaire and analyse through descriptive analysis, reliability test and Pearson’s Correlation Coefficient. As a result, the researchers understand the function of social media that provided benefits and convenience for tourist which rely on social media when travelling. From the results, the researchers can conclude that usage habit of social media is the highest significant which is 0.858 that influences destination choice of youth using social media and the lowest on is usefulness of social media usage, 0.676 which influences destination choice among youth using social media. Other ideas should be used as reference for future studies in order to learn more about the variables that influence destination choice among young people using social media

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇