Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    The impact of covid-19 on hotel workers in Kelantan

    Get PDF
    This study focused on the social effect toward the hotel workers who are working in the hotel industry in Kelantan during the pandemic covid-19. The study examines the relationship between the job routine, staff welfare, and job anxiety toward the social effect on hotel workers during pandemic covid-19. A quantitative methodology is used to accomplish this research. Convenience sampling is used, and responses are collected from 200 respondents. To analyse all the data, descriptive analysis, reliability testing and Pearson’s correlation are used. The results support all the variables. This research can be used as a reference material for further research

    Read and Share UMK 2021

    No full text
    Soft Launch By the Vice-Chancellor and he share about the book "I believe there for I am

    Majlis Amanat Naib Canselor 2021

    No full text
    Majlis Amanat dari Dato' Naib Canselor sempena Tahun 2021 kepada semua staf UM

    Siaran Langsung Kembali Ke Kampus

    No full text
    Bual bicara Siaran Langsung Kembali Ke Kampus bersama TNCAA dan TNCHEP

    Keberkesanan Laman Sesawang Sebagai Medium Promosi Kepada Muzium Orang Asli di Gombak.

    Get PDF
    Muzium Orang Asli Gombak ditubuhkan bagi mengabadikan sejarah silam dan warisan budaya masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia. Ia ditubuhkan sejak 29 September 1987 di yang terletak di Jalan Gombak, Kampung Batu 12, Kuala Lumpur. Pada tahun 1995, pembinaan baharu bangunan muzium telah dijalankan bagi menggantikan binaan asal. Hal ini berlaku setelah terdapat cadangan yang diusulkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Sumber internet berkenaan Muzium Orang Asli Gombak ada maklumatnya sedikit sebanyak di bawah laman sesawang JAKOA, namun penyampaiannya adalah sangat terhad dan tidak mempunyai sebarang kemaskini keadaan semasa tentang muzium. Malah banyak maklumat yang tidak dapat diperoleh seperti yang didapati di laman sesawang institusi muzium yang lain dimana mereka mempunyai laman sesawa khas dan memaparkan pelbagai maklumat untuk disampaikan kepada pengguna. Oleh itu satu kajian telah dilakukan iaitu keberkesanan laman sesawang sebagai medium promosi kepada Muzium Orang Asli di Gombak untuk menjawab persoalan kajian bagaimanakah susun atur laman sesawang Muzium Orang Asli di Gombak dan apakah keperluan laman sesawang sebagai sistem penyampaian kepada Muzium Orang Asli Gombak

    Kajian Mengenai Teknik Pencahayaan Dalam Filem Munafik Mempengaruhi Emosi Penonton

    Get PDF
    Teknik pencahayaan merupakan sesuatu perkara yang dapat membuatkan filem itu Berjaya ataupun tidak. Kajian ini menumpukan pada elemen pencahayaan melalui teknik pencahayaan dalam filem munafik. Filem munafik ini menarik untuk diteliti kerana, Teknik pencahayaan yang digunakan di dalam filem ini amatlah baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan membuat rujukan berdasarkan kajian-kajian lepas dan penelititan yang khusus terhadap filem tersebut. Hasil daripada penelitian khusus dan rujukan kajian lepas, pengkaji mendapati bahawa kajian ini membuktikan bahawa teknik pencahayan amatlah penting dan perlu dititikberatkan sebelum sesebuah filem itu dibuat

    Merekabentuk Rehal Yang Ergonomik Untuk Pelajar Tahfiz

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mencipta satu reka bentuk rehal yang pelbagai guna.Bagi mengetahui fungsi yang perlu ditambah pada rehal untuk merekabentuk rehal yang pelbagai guna ini hendaklah melakukan kaji selidik dan pemerhatian terhadap individu yang selalu menggunakan rehal setiap hari. Sebagai contoh tempat yang selalu menggunakan rehal boleh dikatakan setiap hari adalah sekolah pendidikan agama seperti sekolah tahfiz. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada wujudkah ketidakpuasan hati orang ramai terhadap reka bentuk rehal yang sedia ada. Oleh kerana, jika terdapatnya komen negatif pada reka bentuk rehal yang sedia ada maka akan dilakukan satu reka bentuk rehal yang mengikut kehendak masyarakat pada masa kini. Dengan itu, bagi menarik perhatian pada sesuatu produk seperti rehal satu inovasi hendaklah dilakukan pada rehal tersebut bagi bertujuan meningkatkan keselesaan dan menyelesaikan masalah pengguna rehal oleh masyarakat yang selalu menggunakannya

    Penjenamaan Semula Pembungkusan Produk Makanan Sejuk Beku Bagi Syarikat Durrani Legacy)

    Get PDF
    Kajian ini adalah berfokus kepada penjenamaan semula ( pembungkusan produk makanan sejuk beku bagi syarikat Durrani Legacy). Hal ini demikian kerana, melalui pembungkusan yang baik dan menarik dapat meningkatkan lagi pasaran sesebuah syarikat. Kajian yang dijalankan adalah sebagai cadangan kepada syarikat Durrani Legacy terhadap rekabentuk pembungkusan yang akan saya cipta. Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik di google forms yang akan diberikan kepada pelanggan di Syarikat Durrani Legacy dan membuat analisis daripada hasil kajian tersebut dengan mengemukakan dalam bentuk carta pai. Kata kunci : Penjenamaan, Pembungkusan, Syarikat

    Kajian Terhadap Penjenamaan Semula Identiti Korporat Syarikat Friends Creative Design Di Georgetown, Pulau Pinang.

    Get PDF
    Penjenamaan semula syarikat dilihat sebagai satu fenomena baharu dalam sesebuah organisasi bagi tujuan pemerkasaan jenama kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan secara keseluruhannya adalah untuk membantu syarikat untuk mempunyai satu identiti yang kuat dan mampu bersaing dengan syarikat atau jenama lain. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk mencadangkan rekabentuk logo yang mampu mempengaruhi minda para pelanggan dan juga mencadangkan rekabentuk identiti bagi syarikat. Justeru itu, sebanyak tiga persoalan penyelidikan telah diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Berikutnya pendekatan kuantitatif menerusi borang kaji selidik telah digunakan bagi pengumpulan data daripada responden di sekitar kawasan Georgetown, Pulau Pinang. Kata Kunci : Penjenamaan semula, Logo, Identiti, Pengiklanan, Kuantitat

    Kempen Kesedaran Oleh Syarikat Excel Computers And Services Terhadap Pengambilan Vaksin Bagi Mencegah Wabak Covid-19 Dalam Kalangan Masyarakat Di Kota Bharu, Kelantan

    Get PDF
    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan kempen kesedaran oleh syarikat Excel Computers and Services terhadap pengambilan vaksin bagi mencegah wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat di Kota Bharu, Kelantan. Instrument kajian yang digunakan adalah borang soal selidik, membuat pemerhatian terhadap rekabentuk kempen yang sedia ada, melalui kajian lepas dan juga melalui rujukan iaitu menerusi keratan akhbar, risalah dan majalah yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil daripada instrument tersebut, didapati bahawa tahap keberkesanan kempen suntikan vaksin covid-19 yang dijalankan oleh pihak berkuasa memberi kesan kepada masyarakat di Kota Bharu, Kelantan. Kempen kesedaran suntikan vaksin ini dihasilkan bagi membendung jangkitan COVID-19 dengan pengambilan suntikan vaksin covid-19 yang sedang melanda kini. Matlamat penyelidikan ini adalah ingin menghasilkan periklanan luar yang lebih kreatif dalam menarik perhatian masyarakat untuk mengambil suntikan vaksin covid-19 ini dengan segera. Kata kunci : Kempen kesedaran vaksin, rekabentuk kempen, periklanan luar, syarikat Excel Computers and Services

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇