2882 research outputs found
Sort by
Inovasi Rekabentuk Bangku Kantin Sekolah Menengah Bagi Tujuan Multifungsi
Rekabentuk bangku ini telah memberi pelbagai manfaat terhadap pasaran perabot yang terdapat di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan permasalahan tentang reka bentuk bangku yang sedia ada
kepada bangku yang mempunyai pelbagai fungsi pelajar menggunakannya dan bukan hanya bangku di kantin sahaja. Kewujudan bangku yang boleh di gunakan bukan hanya di kantin tapi boleh digunakan di pelbagai sudut di
sekolah untuk kemudahan pelajar dan guru. Kajian ini mempunyai tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti masalah yang ada pada bangku sekolah, mengkaji penyelesaian yang sesuai pada bangku kantin untuk keselesaan pelajar sekolah dan merekabentuk bangku multifungsi yang fleksibel untuk pelajar mengalihkannya. Kaedah soal selidik digunakan menjalankan kajian
ini. Terdapat 2 bahagian di dalam soal selidik tersebut iaitu Bahagian A demografi responden, Bahagian B soal selidik. Kesimpulannya, kajian ini dilakukan adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihdapi oleh
pelajar sekolah berkaitan dengan bangku sedia ada yang telah ditambah baik supaya ia memudahkan seseorang itu untuk mengendalikan bangku tersebut
Kajian Rekabentuk Rehal Berdasarkan Senibina Istana Jahar Di Kelantan
Tujuan penyelidikan ini lebih menfokuskan kepada elemen yang ada pada Istana Jahar yang boleh diterapkan dalam rekabentuk rehal meja. Penyelidikan ini juga menfokuskan
tentang masalah ketidakselesaan yang sering dialami oleh pengguna semasa menggunakan rehal meja yang sedia ada kerana tidak mengikut saiz dan ukuran yang
sesuai di Madrasah Tahfiz Al-Fitrah Pasir Mas Kelantan. Pengkaji telah menggunakan 2 kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan maklumat yang tepat melalui pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik menggunakan perisian google form. Melalui dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji telah menambahbaik rekabentuk rehal meja supaya ia dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan semasa mengunakannya dengan cara mereka rehal meja mengikut ketinggian pengguna
Determinants factors on patients’ satisfaction towards health tourism in Malaysia
Health is considered one of the most valuable assets to humankind, and this has caused some people to travel in order to improve their health. Tourists has come up that
medical tourism is an attractive idea for them to travel around the world border for medical services and becoming a new type of tourism that is popular all around the world. This has increased medical competition industry between countries. Lately, health tourism had become a popular type of tourism in Malaysia. For the sake of having more tourists to visit Malaysia with the purpose of getting medical services, the top priority is to identify the key factors that related to patient satisfaction. This study aims to identify four factors on health tourism that influences on the Malaysian patients’ satisfaction. These factors are medical cost, medical services, health information technology, and destination image. The data is obtained from self-organizing questionnaires to local patients or patients that travel to Malaysia for health purposes tourism. A total number of 200 respondents have involved in this research. The data collected was analyzed using Social Science Statistics Package (SPSS) software and we had used Reliability analysis to test the research model. The research results show that all the factors which are cost, service quality, destination image and health information
technology have positive relationship with the patients’ satisfaction and medical services indicates the strongest influence. This study has provided implications for
future governments, medical institutions, and researchers to acquire understand the factors that influence patient satisfaction to health tourism in Malaysi
Factors affecting tourist satisfaction towards tourism destination in Malaysia
The purpose of this study aims to examine variables in explaining the factors that affecting tourist destination satisfaction among local tourists in Malaysia. Thus, the objectives of this study include: 1) To examine the relationship between natural environment and tourist destination satisfaction. 2) To examine the relationship between cultural and historical environment and tourist destination satisfaction. 3) To examine the relationship between infrastructure and tourist destination satisfaction. The total of respondents were 275 that successfully responded among local tourists in Malaysia were questioned through the online survey. Data collected was analysed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26.0. SPSS Statistical addresses the entire statistical analysis process such as planning, data collection, analysis, reporting for better decision making and performance. Pearson correlation coefficient was used in this research to investigate the relationship between natural environment and tourist destination satisfaction, relationship between cultural and historical environment and tourist destination satisfaction, and relationship between infrastructure and tourist destination satisfaction. The result shows there were high positive relationship between natural environment factor and cultural and historical environment factor and tourist destination satisfaction while infrastructure factor was low positive correlation between the tourist destinations satisfaction. Through this study, can understand that the tourist destinations satisfaction affects local tourist in Malaysia
Seni Cetakan: Kajian Mengenai Penggunaan Teknik Stensil Dalam Penghasilan Karya.
Seni cetakan digunakan untuk tujuan bahan pendidikan, propaganda dan bahan keagamaan. Seni cetakan ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke 7 Masihi di China. Namun disebabkan proses stensil yang agak rumit, teknik ini masih kurang diketahui ramai. Antara pengkarya yang menggunakan teknik stensil dalam karya mereka ialah Banksy, Christian Geumy dan Shephard Fairey. Pada awal kemunculannya seni cetakan digunakan untuk tujuan bahan pendidikan, propaganda dan bahan keagamaan. Seni cetakan ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Kajian tentang seni cetakan stensil atau saring masih terhad dan belum berkembang dengan lebih meluas lagi. Justeru, kajian dijalankan untuk mengkaji penggunaan teknik stensil dalam penghasilan karya seni. Teknik stensil ini dianggap cabaran kepada pengkarya kerana proses pembuatan yang menggunakan teknik ini agak rumit dan memakan masa yang lama pada peringkat awal. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti artis-artis yang menggunakan teknik stensil dalam mengahsilkan karya. Mengenalpasti jenis-jenis teknik stensil yang wujud dalam penghasilan karya. Serta mengenalpasti penggunaan warna dalam teknik stensil. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantatif melibatkan tiga golongan umur iaitu golongan pertama berumur berumur 14 hingga 20 tahun, 21 hingga 27 tahun dan 28 hingga 47 tahun. Soalan soal selidik akan diedarkan melalui platform ‘google form’. Hal ini untuk menguji tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat awam mengenai seni cetakan stensil ini. Kajian kualitatif pula melibatkan sesi temu bual Bersama tiga orang artis yang mahir dalam bidang seni cetakan stensil ini. Sesi temu bual ini akan dijalankan secara formal iaitu artis akan menjawab soalan yang telah diberikan sebelum sesi soal jawab bermula. Oleh itu, kajian ini penting untuk memberi pendedahan mengenai keunikan ada nilai estatik yang ada pada teknik stensil dalam penghasilan karya
Tourism images and tourist response behaviour: A case of Sabah, Malaysia
The country image is one of the components that can influence a tourist to revisit a destination. The tourism image is the first thing a tourist will see before travelling to a country, and it can directly reflect a country's positive and negative attributes. Thus, this study investigates the country, tourism and hotel image component that affects the response behaviour of tourists in Sabah, Malaysia. A Google form survey is distributed to 215 respondents. Later, data is analysed by using SPSS. Data gathered are tested using descriptive, Cronbach alpha, and correlation test. The result revealed that country image, destination image, and hotel image influence tourist response behaviour. This study is believed to provide a great contribution towards tourist destination, particularly tourism Sabah and related parties, in improving the destination image, services, and facilities in the tourism industry in Sabah, Malaysia
Penerapan Warna Alam Pada Pakaian Kasual.
Batik warna alam semakin mendapat perhatian diperingkat global dan juga tempatan terutamanya dalam industri textile dan juga fesyen. Kelebihan Warna alam kepada lingkungan dan juga selamat kepada pengamal, pengusaha dan pengguna. Oleh sebab itu kajian ini bertujuan untuk menerapkan warna alam pada pakaian kasual. Pendekatan eksplorasi bahan menbtah daripada indigo dan inai kepada textile menjadi satu inisiatif untuk diterapkan kepada pakaian kasual lelaki dan wanita. Kesimpulannya, Kajian ini memberikan kesedaran dan peluang kepada pelbagai pihak untuk lebih menggunakan warna alam terhadap produk yang dikeluarkan
Pengaplikasian Motif Bunga Mawar Dengan Menggunakan Teknik Sulaman Woven Wheel Stitch Pada Produk Totebag.
Projek penyelidikan ini adalah satu kajian berkaitan dengan Pengaplikasian Motif Bunga Mawar dengan menggunakan Teknik Sulaman Woven Wheel Stitch Pada Produk Aksesori. Dalam kajian ini, pengkaji lebih memfokuskan kepada penghasilan rekaan sulaman yang diinspirasikan daripada motif flora. Bunga mawar merupakan motif yang dipilih dan dikaji oleh pengkaji dalam penyelidikan yang dijalankan. Sulaman dalam kalangan masyarakat melayu, Indonesia dan negara luar tidak asing lagi. Namun, penghasilan produk aksesori yang mempunyai rekaan sulaman yang bermotifkan bunga mawar kurang diketengahkan. Bunga mawar adalah bunga yang sangat terkenal dengan tanda kasih sayang dan rasa hormat. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui motif bunga mawar ini sesuai digunakan dalam penghasilan rekaan sulaman pada produk aksesori. Selain itu, mengenalpasti prosespenghasilan rekaan motif bunga mawar dengan menggunakan teknik sulaman woven wheel stitch dan menghasilkan produk aksesori totebag. Lokasi yang dijalankan adalah di Jeli, Kelantan. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif yang terdiri daripada sumber primer iaitu pemerhatian dan sumber sekunder iaitu dengan membuat rujukan internet, majalah, jurnal dan buku. Oleh itu, diharap penyelidikan ini boleh dijadikan panduan dan memberi idea kepada pengeluar produk aksesori untuk menghasilkan motif bunga mawar dalam penghasilan rekaan sulaman pada produk aksesori totebag di Kelantan
Aplikasi Motif Terumbu Karang Dalam Reka Corak Pada Selendang Wanita Menggunakan Kaedah Batik Blok.
Batik merupakan salah satu kraf tangan yang terdapat di Malaysia yang dapat dibanggakan. Batik merupakan satu seni atau kraf tangan yang dapat diterapkan pada kain yang dapat disalurkan dalam bidang tekstil. Seni batik ini dapat dilihat dengan jelas pada fesyen atau pakaian. Batik kini bukan sahaja digunakan oleh kaum wanita sahaja tetapi juga turut digunakan oleh kaum lelaki. Batik juga adalah seni yang sangat beharga dan mempunyai nilai yang tinggi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji penghasilan batik blok menggunakan motif terumbu karang pada selendang wanita. Kain ini juga dijalankan adalah untuk mendokumentasikan teknik penghasilan batik blok bermotifkan terumbu karang untuk golongan muda agar nilai warisan negara tidak dilupakan. Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu pemerhatian, temubual dan membuat penyelidikan. Kesimpulannya, kajian ini dilakukan bagi mempertahankan dan memartabatkan batik blok di Malaysia agar tidak tenggelam oleh zaman
Mengkaji Kesenian Struktur Binaan Dan Pengurusan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Dalam Melestarikan Masjid Kampung Laut Di Nilam Puri Kelantan.
Kajian ini dijalankan adalah mengenal pasti kesenian struktur binaan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, mengenal pasti kaedah pengurusan Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan dalam melestarikan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri dan mengenal pasti pengurusan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dalam penguruskan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri. Lokasi kajian yang dijalankan adalah di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini berbentuk data kualitatif yang bersumberkan primer dan sekunder. Tiga kaedah yang
diaplikasikan ke dalam kajian ini adalah kajian literature, pemerhatian dan temubual. Setelah itu, data yang diperoleh dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Melalui kajian ini, penulis dapat merumuskan bahawa Masjid Kampung Laut di Nilai Puri merupakan kawasan baharu yang dipindahkan dari tempat lama iaitu di Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Masjid tersebut telah diiktiraf oleh perbadanan muzium yang merupakan masjid tertua yang ada di negeri Kelantan. Dari segi pengurusan masjid ini memberi kesan positif terhadap penduduk masyarakat setempat dimana menunjukkan sikap keperihatinan oleh
pihak permuziuman memulihara dan memelihara bangunan warisan seperti Masjid Kampung Laut ini. Dari situlah masyarakat dapat mengetahui dan menghayati sejarah
lampau sesebuah masjid, nilai seninya, serta boleh menceritakan kembali kepada generasi yang akan datang tentang peri pentingnya institusi masjid ini kepada mereka