Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Pengaplikasian Motif Bunga Melur 3 Dimensi Menggunakan Teknik Sulaman Dalam Proses Penghasilan Reka Corak Pada Produk Aksesori.

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif bunga melur yang dijadikan rekaan corak pada produk aksesori iaitu beg wanita dengan menggunakan teknik sulaman 3 dimensi. Bunga melur telah disenaraikan dalam 7 jenis bunga kebangsaan di Malaysia selain bunga raya, bunga kenanga, bunga cempaka, bunga mawar, bunga teratai dan bunga tanjung. Masyarakat pantai timur lebih cenderung mengenali bunga melur kerana bunga melur banyak dikaitkan dengan sejarah negeri pantai timur seperti Kelantan. Bunga melur mempunyai pelbagai khasiat dan keistimewaan khusus dalam sesuatu majlis atau upacara yang menjadikan bunga melur turut dikenali sebagai bunga mistik. Pengkaji telah memilih sulaman 3 dimensi seperti sulaman pita dan sulaman tampal untuk penghasilan rekaan corak pada produk aksesori iaitu beg wanita

    Antecedents Of Traveller Satisfaction Toward Hipster Coffee Shop In Kelantan

    Get PDF
    The priorities and tastes that are constantly different from time to time in industry trends make marketing more drastic to be competitive. The emergence of coffee hipster growing throughout the state in Malaysia makes hipster coffee shop owners start taking precautions and start acting by trying to further expand their marketing from being oppressed by other competition. The aim for this research is to determine significant relationship between product quality, service quality and café environment towards traveller satisfaction. This study was using the online survey through google form in collecting the data. The total 322 data was collected, however only 214 had been visited in hipster coffee shop and can be used for data analysis procced. In order to complete this research, quantitative study was conducted. Descriptive analysis, reliability test and Pearson correlation also where be used to analyse the data. The higher of material quality and fast delivery on services will being a priority to traveller in select this hipster coffee shop in their list. Therefore, this study was carried out that traveller the independent variable (IV) product quality, service quality and café environment affect to the dependent variable (DV) which is Traveller satisfaction. These findings indicate that hipster coffee shop should mends their independent variable in enhance the loyalty of Traveller satisfaction. It can be concluded that product quality, service quality and café environment have significant positive impact towards traveller satisfaction

    Kedinamikan Citra Masyarakat Dalam Novel-Novel Remaja Terpilih : Satu Penelitian Pendekatan Kemasyarakatan.

    Get PDF
    Novel ialah cerita kesusasteraan yang ditulis seseorang penulis, merupakan karya fiksyen yang panjang dan terdapat watak, plot, dan unsur-unsur fiksyen yang lain. Manakala, novel remaja merupakan sebuah karya yang mampu memenuhi keinginan remaja yang tidak tercapai. Sastera remaja yang berkualiti juga adalah sebuah karya yang mengungkapkan permasalahan remaja seperti krisis identiti bukannya hanya tertumpu pada soal cinta semata-mata. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati bahawa novel-novel remaja terpilih seperti Atukku Pejuang, Bening Mata Seorang Dia dan Melakar Sinar ini kaya dengan kedinamikan citra masyarakat dan mampu memberi pengajaran dan pendidikan kepada generasi remaja khususnya. Seterusnya, objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan kedinamikan citra masyarakat dalam novel-novel remaja terpilih. Di samping itu, pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu dengan kedinamikan citra masyarakat yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih. Seterusnya, kajian ini membataskan tiga buah novel remaja iaitu Atukku Pejuang karya Faizal Jailani, Bening Mata Seorang Dia karya Adnie Bahiah dan Melakar Sinar karya Sunita Sahidin diatas dasar novel-novel remaja, terbitan terkini iaitu pada tahun 2019 dan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tambahan lagi, pendekatan analisis kandungan kualitatif dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Dalam kajian ini, penerapan Teori Pengkaedahan Melayu yang diilhamkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 dipilih sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian tersebut. Penelitian dan penghuraian terhadap beberapa aspek merangkumi Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan dilaksanakan sebagai deduksi dalam pendekatan kajian. Dapatan kajian yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih sememangnya sarat dengan nilai-nilai murni di samping kaya dengan nilai kebudayaan Melayu yang selama ini menjadi gambaran dan prinsip hidup masyarakat Melayu seterusnya menjadi wadah untuk membentuk norma yang baik terhadap khalayaknya

    Adat Dan Pantang Larang Penanaman Padi Suku Kaum Rungus Di Kampung Jambutan Laya-Laya, Kota Marudu, Sabah.

    Get PDF
    Adat dan pantang larang penanaman padi suku kaum Rungus didapati semakin pupus pada masa kini. Ini kerana, masyarakat Rungus kurang menitik beratkan isu pemeliharaan terhadap amalan tersebut. Selain itu, hampir kesemua masyarakat Rungus telah memeluk agama Kristian dan Islam dan meninggalkan segala ajaran yang bertentangan dengan ajaran agama khususnya adat dan pantang larang penanaman padi. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adat dan pantang larang penanaman padi suku kaum Rungus, menghuraikan kesan adat dan pantang larang penanaman padi terhadap suku kaum Rungus, dan menganalisis usaha pemuliharaan adat dan pantang larang pada masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam pengumpulan data. Dapatan kajian ini mendapati bahawa amalan ada dan pantang larang kurang di amalkan disebabkan beberapa faktor salah satunya, masyarakat telah meninggalkan amalan yang bertentangan dengan ajaran agama. Kajian ini telah mengusulakan cadangan bagi memelihara adat dan pantang larang penanaman padi agar tidak diancam kepupusan iaitu dari segi penglibatan pihak berwajib, pembangunan sosiobudaya masyarakat Rungus, penerbitan buku dan juga keseadaran masyarakat

    Factors affecting customer satisfaction towards online food delivery services

    Get PDF
    Online food delivery services became important among society during this pandemic Covid-19. This research about customer satisfaction towards online food delivery services. The research was conducted among communities that basically used online food delivery services. This research was observed based on the food quality, service quality and convenience towards online food delivery services. Besides, this study also to know the reasons in choosing online food delivery services among communities. From the research, the level of customer satisfaction towards online food delivery services can be determined. The suggestions and recommendations also provided to improve online food delivery services and it can also be used for the future study

    Keistimewaan Rumah Tradisional Tiang 12 Yang Wajar Dipelihara Sebagai Warisan Nusantara Yang Berharga

    Get PDF
    Rumah Meleh yang mempunyai 12 batang tiang ini merupakan satu perkara yang sudah diketahui umum tentang kewujudannya kerana ia merupakan antara rumah tradisional yang menjadi simbol kepada senibina Nusantara yang terdapat di Kelantan. Pada masa yang sama, rumah tersebut juga boleh dijumpai di negeri Terengganu yang terletak berdekatan dengan negeri Kelantan. Pembinaan rumah ini merupakan satu perkara yang unik di mana ia bukan sahaja terdapat di Malaysia, tetapi rekaan senibinanya juga turut dikongsi dengan negeri Melayu Patani. Biarpun ia merupakan suatu senibina istimewa yang menghubungkan pelbagai pihak,namun masyarakat masa kini dilihat kurang memberi perhatian dan tidak peka terhadap kewujudan senibina bernilai seumpama ini. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejarah pembinaan rumah tradisional tersebut di samping untuk mengetahui tentang keistimewaan yang terdapat padanya. Dalam pada itu, pengkaji akan mengenalpasti langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan keaslian Rumah Tiang 12 berdasarkan kepada situasi rumah yang telah dilihat sewaktu proses pemerhatian. Bagi menjalankan kajian, pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, temu ramah serta menganalisis dokumen yang diperoleh bagi melengkapkan perjalanan kajian. Kata Kunci: keistimewaan, seni bina, rumah tradisional, rumah Meleh Tiang 12, warisan Nusantar

    potensi Bagi Pelestarian Bukit Melawati Sebagai Tapak Arkeopelancongan Di Malaysia

    Get PDF
    Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Potensi Bagi Pelestarian Bukit Malawati Sebagai Tapak Arkeopelancongan Di Malaysia”. Menurut sejarah, negeri Selangor termasuk di antara negeri-negeri bersekutu selain daripada Perak, Pahang dan Negeri Sembilan yang mana pernah dijajah oleh kuasa besar barat suatu ketika dahulu. Justeru itu, kesan peninggalan sejarah daripada pihak kolonial tidak akan pernah hilang daripada negara ini dan masih kelihatan sampai sekarang di serata negeri khususnya di Kuala Selangor. Jika kita lihat masyarakat hari ini, kebanyakkannya sudah kurang pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan pelancongan warisan kerana menganggapya sebagai perkara yang tidak penting. Selain itu, masyarakat masih kurang sedar akan potensi kawasan bersejarah sekaligus mengurangkan usaha pelbagai pihak untuk menwar-warkan kawasan setempat itu sebagai satu tarikan pelancongan warisan. Objektif pengkaji adalah untuk mengenalpasti keistimewaan yang terdapat di Bukit Malawati di samping mengkaji potensi kawasan itu dalam sektor arkeo pelancongan negara. Tambahan lagi, pengkaji juga ingin mengenalpasti usaha yang boleh dilakukan dalam melestarikan Bukit Malawati tersebut. Kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan penggunaan borang soal selidik bagi memperoleh data yang akan digunakan sehingga ke akhir kajian. Diharapkan kajian ini, akan memberi pengetahuan kepada masyarakat Malaysia terutama generasi baru agar tidak lupa akan sejarah tanah air yang tercinta ini serta mengambil sejarah yang berlaku sebagai pedoman atau petunjuk dalam membangunkan sesebuah negara. Di samping itu, melancong sambil mengunjungi bandar warisan akan membuka mata masyarakat dari serata dunia sekaligus memberi kesedaran akan kepentingan menghargai nilai warisan di sesuatu kawasan itu. Kata Kunci: potensi, pelestarian, Bukit Malawati, tapak arkeopelanconga

    Kajian Perbandingan Kesenian Susunatur Pada Rumah Tradisional Melayu Di Negeri Kelantan Dan Negeri Sembilan

    Get PDF
    Penyelidikan ini mempunyai tajuk yang tersendiri iaitu kajian perbandingan kesenian susunatur ruang rumah tradisional Melayu di negeri Kelantan dan negeri Sembilan. Rumah tradisional Melayu mempunyai kesenian yang tersendiri iaitu kesenian susunatur ruang, kesenian kaedah pembinaan dan kesenian adaptasi kompenan binaan terhadap iklim setempat. Permasalahan kajian yang wujud dalam kajian yang dijalankan adalah seperti susunatur ruang yang berbeza, kekurangan rujukan terkini dan susunatur ruang rumah beteraskan permodenan. Selain itu, terpdat juga objektif kajian yang digunakan bagi menyelesaikan permasalahan kajian seperti mengenalpasti seni susunatur dalam rumah tradisional, mengkaji perbandingan susunatur ruang yang terdapat pada rumah tradisional dan menghuraikan keunikan susunatur setiap rumah tradisional di Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan. Penggunan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat. Kaedah kualitatif yang dilakukan ialah kajian lapangan, temubual dan pemerhatian. Temubual dilakukan bersama responden yang mengetahui mengenai susunatur ruang rumah tradisional Melayu di negeri Kelantan dan negeri Sembilan. Kajian ini bukan sahaja untuk membandingan kedua-dua kesenian susunatur atur malah memberi kesedaran kepada masyarkat agar menghargai kesenian yang ada pada rumah tradisional Melay

    Citra Wanita Dalam Harga Sebuah Maruah Karya Azizi Haji Abdullah Aplikasi Kritikan Feminisme

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat citra wanita dalam Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah. Citra wanita merupakan suatu gambaran atau imej yang melambangkan peribadi wanita yang menarik bertujuan untuk mengangkat kedudukan wanita khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu melalui penulisan novel. Skop kajian ini adalah meliputi teks novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah. Oleh itu, teori feminisme oleh Elaine Showalter 1979 diaplikasikan dalam kajian ini dilihat dari perspektif kritik feminsme iaitu penulisan karya lelaki yang menulis cerita mengenai wanita. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif yang terdiri daripada kaedah kepustakaan dan sumber internet. Terdapat tiga objektif yang dikemukakan iaitu mengenalpasti tanggungjawab yang dilaksanakan di dalam novel Harga Sebuah Maruah, menganalisis citra wanita yang digunakan dalam novel Harga Sebuah Maruah, dan menganalisis prinsip kritikan teori feminisme dalam novel Harga Sebuah Maruah. Justeru, kajian ini penting untuk mendalami dan mengenali karya Azizi Haji Abdullah terutama novel Harga Sebuah Maruah yang dikaji dari sudut Teori Feminisme dan ia bercakap berkaitan isu penindasan terhadap golongan wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana watak utama yang ditonjolkan ini memaparkan keupayaan dan kehebatan seseorang wanita dalam mempertahankan hak mereka. Seperti yang kita ketahui bahawa kaum wanita sering dianggap lemah oleh masyarakat. Justeru itu, hasil kajian mendapati bahawa novel ini telah berjaya menonjolkan keupayaan yang dimiliki oleh kaum wanita juga setanding dengan golongan lelaki

    Mengkaji Senibina Istana Singgah Raja Reman Yang Merupakan Warisan Yang Perlu Dipelihara

    Get PDF
    Projek Penyelidikan ini bertajuk “Mengkaji Senibina Istana Singgah Raja Reman Yang Merupakan Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Kajian ini merupakan satu kajian mengenai senibina banggunan warisan dimana banggunan ini mempunyai nilai sejarah yang penting yang perlu dipelihara. Istana Singgah Raja Reman ini merupakan tempat persinggahan yang dibina semasa permerintahan Kerajaan Reman. Istana Singgah ini dibina sebagai tempat beristirehat semasa lawatan dijalankan oleh Raja Reman ke beberapa daerah jajahannya antaranya daerah Yala, Hulu Perak, dan Ulu Kelantan pada akhir 1810 sehingga awal 1900. Istana Singgah Raja Reman ini berlokasi di Kampung Selarong Pengkalan Hulu, Perak. Pengkaji memilih Istana Singgah Raja Reman adalah kerana kebanyakan masyarakat tidak mengetahui mengenai kewujudan Istana Singgah Raja Reman ini, kurangnya kesedaran dalam masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia dan pandangan masyarakat terhadap keunikan senibina banggunan bersejarah masih di tahap yang sangat rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui ciri-ciri seni bina Istana Singgah Raja Reman, mengenalpasti tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman dan penyiasat isu dan cabaran di dalam pemuliharaan Istana Singgah Raja Reman. Kaedah temubual, pemerhatian dan kajian kepustakaan digunakan dalam mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇