Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Kajian Terhadap Alat Muzik Serunai di Dalam Wayang Kulit di Kelantan.

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan tentang alat muzik tradisional iaitu serunai yang menjadi identiti dan cultural expression kepada masyarakat melayu dalam hiburan tradisi. Dalam kajian ini, antara aspek yang diteliti adalah dari segi jenis-jenis serunai yang terdapat di Kelantan sahaja. Selain itu turut memfokuskan kepada proses-proses pembuatan serunai. Bermula dari pemerhatian dan pendedahan alam sekeliling sehingga menggunakan sumber-sumber alam semulajadi dari hutan untuk dijadikan alat muzik serunai. Di samping turut memberi tumpuan terhadap fungsi alat muzik dalam wayang kulit Kelantan. Semangat alam serta kepercayaan khurafat selalu dikaitkan oleh masyarakat terdahulu dalam penggunaan alam muzik dalam hiburan mahupun pemujaan serta upacara khas. Muzik tradisional serunai adalah digunakan masyarakat terdahulu sebagai alat yang menunjukkan emosi perasaan dan escapism yang mencetuskan keseronokan, seterusnya dijadikan sebagai perehat jiwa dan batin. Oleh itu, jelaslah bahawa alat serunai merupakan alat penghubung hubungan antara manusia dan pencetus budaya terlahir daripada masyarakat yang kreatif pemikirannya dalam membina budaya yang dicipta atas tangan sendiri

    Road To UMK 2021 - Siri 07 Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE)

    No full text
    Program penerengan mengenai program pengajian bagi Pusat Pengajian Luar UMK (UMKCEE

    Kajian Tentang Penerimaan Generasi – Z Terhadap Seni Warisan Dikir Barat Di Negeri Kelantan

    Get PDF
    Kelantan adalah salah satu warisan budaya yang kaya dengan nilai-nilai Islam dan kemewahan tanpa intelektualisme. Negeri Kelantan berkembang dengan sejarah kebangsaannya dengan pelbagai nama yang diberikan di sana seperti Cik Siti Wan Kembang, Tanah rendah sekebun Bunga, dan Kota serambi Mekah Namun, hingga hari ini negeri Kelantan tetap utuh dengan identiti negaranya. Selaras dengan Nik Mohamad (1986), Negeri Kelantan mampu menguji dengan perisai sosioekonomi yang sangat kuat. Keperibadian tarikan ini menarik minat penyelidik dari timur ke barat untuk meneroka semua kandungan semula jadi dan budaya di Kelantan. Antara warisan budayanya ialah dikir barat yang merupakan seni budaya yang kekal dipelihara oleh rakyat negeri ini dan ianya juga boleh dijadikan sumber pendapatan ini kerana warisan budaya ini telah menjadi tarikan pelancong terhadap keunikan dan keseniannya. Namun pada masa yang sama mengikut peredaran masa dan perkembangan teknologi warisan budaya ini semakin hilang ditelan zaman dan dilupakan oleh generasi muda. Terdapat dua objektif yang dijalankan bertujuaan untuk mengakat kembali warisan budaya ini antaranya ialah Untuk mengkaji tahap pengetahuan generasi-Z terhadap seni persembahan dikir barat dan objektif yang kedua ialah Untuk mengenal pasti tahap penerimaan generasi-Z terhadap seni persembahan dikir barat. Terdapat dua kaedah yang dijalankan bagi memperolehi maklumat dan data iaitu secara kuanlitatif dan kuantitatif. Kaedah-kaedah ini dijalankan bagi mengumpulkan bukti untuk penulisan data. Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dengan lebih mengenai warisan budaya dikir barat . Selain itu, kajian juga dijalankan untuk mengetahui dengan lebih jelas faktor kepentingan warisan budaya dikir barat dan menjelaskan langkah-langkah dalam memelihara warisan budaya ini

    Transkripsi Analisis Pemikiran Shahnon Ahmad Dalam Novel Sampah Dengan Mengaplikasikan Teori Spb4k.

    Get PDF
    Menurut Mohd Yusof Hassan (2007:1) menjelaskan bahawa akal adalah bentuk fizikal, manakala minda pula adalah proses penggunaan akal atau pemikiran. Oleh hal yang demikian tercetuslah persoalan mengapa manusia pada hari ini masih tidak dapat membeza antara perkara yang baik dan buruk. Adakah perbezaan darjat seseorang yang miskin ini tidak layak diberikan layanan yang baik oleh semua lapisan masyarakat. Lantaran itu kajian ini bermatlamatkan kepada mengenalpasti konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang miskin dari segi zahirnya. Selain itu, kajian ini juga ingin memahami corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah dan yang terakhir menganalisis pemikiran kerohanian yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kualititatif dan mengaplikasikan teori SPB4K sebagai tunjang utama bagi mengupas pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pemikiran kerohanian sangat penting dalam kehidupan manusia bagi melahirkan manusia yang tahu menilai erti kekayaan sebenar dalam kehidupan dan tidak membezakan manusia kerana kedudukan seseorang. Secara konklusinya, daripada kerja penyelidikan ini saya telah mendapati bahawa nilai kekayaan seseorang manusia yang miskin adalah nilai ketenangan dan ketenteraman yang mereka miliki serta corak pemikiran kerohanian mereka yang hebat

    Pemetaan Terhadap Masjid Lama di Negeri Pahang Sebagai Bukti Keprihatinan Masyarakat Setempat Terhadap Aset Warisan Yang Perlu Dipelihara.

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian “Pemetaan Terhadap Masjid Lama Di Negeri Pahang Sebagai Bukti Keprihatinan Masyarakat Setempat Terhadap Aset Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Sejarah ini adalah sebuah sejarah yang sangat unik tetapi tidak diketahui orang ramai meskipun terdapat banyak bukti-bukti dan kajian yang menunjukkan kedatangan Islam ke negeri Pahang adalah lebih awal daripada kedatangan Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kedatangan Islam ke negeri ini telah menyebabkan berlakunya beberapa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat negeri Pahang. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid-masjid lama di negeri Pahang kerana usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan dengan hal-hal berkenaan agama Islam di negeri Pahang masih kurang mendapat sambutan dan tidak begitu mendapat perhatian yang sewajarnya. Hal ini telah menyebabkan berlakunya permasalahan seperti tiadanya data atau sebuah senarai rasmi yang boleh menyatakan kewujudan dan jumlah masjid-masjid lama yang terdapat di negeri pahang. Justeru, masalah ketiadaan maklumat penting ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan data tepat mengenai masjid-masjid lama yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu untuk mengenal pasti senarai masjid-masjid lama yang terdapat di negeri Pahang serta mengkaji mengenai pengaruh rekabentuk tipologi fasad masjid-masjid lama yang terdapat di negeri Pahang. Objektif pengkaji juga adalah untuk mengetahui tahap keprihatinan masyarakat setempat terhadap usaha-usaha pemuliharaan masjid-masjid lama di negeri Pahang. Kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan kaedah temubual akan dipraktikkan dalam menjalankan kajian penyelidikan ini. Lapan orang responden telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sejarah dan pengaruh rekabentuk tipologi fasad masjid-masjid lama. Kajian penyelidikan yang dijalankan juga telah berjaya mengetengahkan beberapa cadangan kajian lanjutan yang sesuai dilakukan oleh pengkaji akan datang. Kajian penyelidikan ini mengenal pasti nilai sejarah dan kepentingan masjid lama yang terdapat di negeri Pahang. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama yang terdapat di kawasan mereka merupakan aset warisan yang perlu dipelihara

    Buku Elektronik (E-Book) Sebagai Media Pemasaran Baru Bagi Meningkatkan Penjualan Produk Dalam Syarikat Peveyhack Production

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan buku elektronik (E-Book) sebagai media pemasaran baru bagi meningkatkan penjualan produk dalam syarikat Peveyhack Production. Penggunaan buku elektronik ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak syarikat menyampaikan maklumat berkaitan produk mereka kepada pelanggan. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti penerimaan penggunaan buku elektronik ini sebagai medium pemasaran baru bagi memudahkan syarikat Peveyhack Production menyampaikan maklumat berkaitan dengan produk mereka. Selain itu, pengkaji juga ingin mengkaji tahap keberkesanan penggunaan buku elektronik ini dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan mereka. Penggunaan buku elektronik ini digunakan untuk memudahkan syarikat memasukkan maklumat perniagaan syarikat yang dijalankan, produk serta servis yang dijual oleh syarikat

    Mengkaji Keberkesanan Medium Animasi 2D Sebagai Pengiklanan Program Sijil Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar

    Get PDF
    Sistem multimedia merupakan sistem yang sedang berkembang dalam menuju era teknologi maklumat. Sistem multimedia ialah penggunaan alat teknologi maklumat yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat (Saifaddeen, 2002). Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunan modium animasi 2D sebagai Pengiklanan Sijil Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan. Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah rujukan. Melalui kajian instrumen ini akan dapat mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh Pihak Kolej Komuniti Paya Besar melalui hebahan secara manual. Bidang multimedia direka untuk melatih pelajar dengan kemahiran dalam menghasilkan produk-produk yang berkaitan multimedia. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat kesan membangunkan animasi 2D untuk hebahan program di Kolej Komuniti Paya Besar. Pelajar akan mempelajari beberapa kemahiran penting dalam merekabentuk dan membina aplikasi multimedia yang berinteraktif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji Keberkesanan Medium Animasi 2D sebagai Pengiklanan Program Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan teknik pengumpulan data melalui kaedah rujukan, borang soal selidik, pemerhatian. Oleh itu, kajian yang dibuat ini juga merupakan salah satu cara untuk melhat keberkesanan mengaplikasikan cara baru dalam penyampaian maklumat kepada orang diluar sana

    Kajian Tentang Kritikan Sosial Dalam Filem Melayu Rock Oo (2013)

    Get PDF
    Kritikan sosial dalam filem ini merupakan perkara yang sangat penting disebabakan ianya merupakan sebahagian daripada cerminan masyarakat di Malaysia. Filem yang bersifat proaktif yang lebih serius dalam kontek kajian kritikan sosial di dalam filem. Hal ini kerana, pengkaji terhadap kajian kritikan sosial telah memilih filem Rock Oo yang diarahkan oleh Mamat Khalid yang ditertbitkan pada tahun 2013 dan filem telah menjadi satu fenomena yang sangat besar kepada industri perfileman Malaysia tak kira lapisan masyarakat. Oleh itu, objektif kajian ini untuk mengenal pasti kritikan sosial dalam filem Rock Oo, menganalisis kritikan social dalam filem Rock Oo dan merumuskan kritikan social dalam filem Rock oo. Justeru, kajian mampu untuk membuka peluang kepada penyelidik akan datang supaya dapat mengkaji kritikan sosial yang terdapat dalam filem melayu diterbitkan di Malaysia. KATA KUNCI: Kritikan Sosial, Filem, Rock Oo, Sosial masyaraka

    Pengenalan Alphabet Untuk Kanak – Kanak Tadika Yang Berusia 4 Hingga 6 Tahun Dengan Menggunakan Kaedah Board Game

    Get PDF
    Pembelajaran berasaskan kepada permainan merupakan sesuatu yang sangat penting dan popular diluar negara tetapi kurang dimainkan di negera kita ini. Pembelajaran berasaskan permainan ini mampu meningkatkan hasil pelajaran akademik seseorang kanak kanak dan mampu untuk berjaya pada abad ke 21. Hasil kajian mendapati ibubapa mulai risau tentang perkembangan pembelajaran anak mereka. hal ini kerana, ada kanak yang usia 4 tahun sudah mulai pandai mambaca. Dalam kajian ini terdapat beberapa objektif kajian yang dapat pengkaji kenalpasti iaitu, untuk mengkaji cara paling sesuai untuk membantu anak kecil mengenal dan mengahafal alphabet dengan mudah, untuk mengenalpasti faedah bermain board game berbanding dengan permainan digital dan mengkaji reka bentuk susun atur yang paling sesuai untuk digunakan dalam permainan board game ini. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan model kajian ADDIE dalam menjawab semua objektif dan permasalahan kajian. Model tersebut mempunyai 5 peringkat iaitu analisis, merekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Hasil kajian mendapati produk yang dihasilkan oleh pengkaji kebanyakkan diterima oleh masyarakat. Hal ini kerana, penghasilan produk tersebut mampu mempercepatkan proses pembelajaran seseorang kanak kanak. Dengan adanya produk ini, pengkaji sangat berharap pada suatu hari nanti produk ini akan dapat digunakan didalam bentuk digital dan boleh diakses oleh semua orang. Kata kunci : Pembelajaran berasaskan permainan, Board Gam

    Kempen Kesedaran Kepada Kanak-Kanak Melalui Buku Ilustrasi: Kepupusan Hidupan Liar

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah buku ilustrasi mengenai kepupusan hidupan liar di Malaysia. Projek penyelidikan buku ilustrasi ini dikaji berdasarkan 3 objektif iaitu mengenalpasti tahap pemahaman dan pengetahuan kanak-kanak terhadap hidupan liar. Seterusnya, memberikan kesedaran kepada kanak-kanak mengenai kepupusan hidupan liar. Objektif yang akhir adalah menghasilkan buku ilustrasi yang menarik mudah difahami mengenai kepupusan hidupan liar bagi menyampaikan kesedaran kepada kanak-kanak melalui visual. Selain daripada itu, dalam laporan ini juga mengandungi bab-bab seperti pengenalan kajian, kajian literature, metodologi, dan kesimpulan keseluruhan projek penyelidikan ini. Kata kunci: Kempen Kesedaran, Buku Ilustrasi, Kepupusan, Hidupan Lia

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇