Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Mengkaji Rekabentuk Kandungan Animasi 2D Adat Perpatih Bagi Upacara Meminang.

    Get PDF
    Penyelidikan dan kajian ini adalah bertujuan untuk mencari kaedah dan cara untuk memahami dengan lebih mudah dan mendalam mengenai adat meminang di Negeri Sembilan. Adat Perpatih merupakan satu adat di Malaysia yang diajar dan dimasukkan di dalam pembelajaran sejarah di sekolah menengah selain Adat Temenggung. Setiap masyarakat terutamanya anak jati Negeri Sembilan itu sendiri perlu mengambil tahu mengenai Adat Perpatih kerana adat ini merupakan adat yang diturunkan dan diamalkan sejak dahulu lagi oleh masyarakat Negeri Sembilan. Tambahan pula, adat ini semakin mula dilupakan dan tidak diamalkan oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Selain itu, penggunaan kaedah medium 2 dimensi (2D) ini juga adalah satu cara untuk menarik minat masyarakat untuk mengetahui dan lebih mengenali berkaitan adat di Negeri Sembilan iaitu Adat Perpatih kerana ianya dalam bentuk visual. Oleh itu, dengan terhasilnya animasi dua dimensi (2D) ini, diharapkan agar ianya menjadi sumber rujukan kepada masyarakat untuk mendapatkan informasi yang sahih dan betul dan semoga ianya dapat mengubah persepsi dan tanggapan yang salah masyarakat terhadap Adat Perpatih selama ini

    Penjenamaan Semula Rekabentuk Identiti Korporat bagi Syarikat Chetaque Banner & Banting di Ipoh, Perak

    Get PDF
    Penjenamaan semula dari segi rekabentuk identiti korporat dapat membantu syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan sama ada dalam bentuk produk atau servis. Kajian ini dijalankan di sebuah syarikat percetakan iaitu Chetaque Banner & Banting yang terletak di daerah Ipoh, Perak. Permasalahan kajian ini adalah rekabentuk bagi identiti korporat mereka yang sedia perlu ditambahbaik dan syarikat ini juga tidak mempunyai item-item korporat yang lengkap. Objektif bagi kajian ini adalah untuk menghasilkan rekabentuk logo baharu, menghasilkan item-item korporat baharu bagi Syarikat Chetaque Banner & Banting dan mengenalpasti maklumbalas masyarakat terhadap identiti korporat baharu yang dicadangkan bagi syarikat tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah campuran. Kaedah kualitatif menggunakan instrumen pemerhatian manakala kaedah kuantitatif adalah melalui edaran borang soal selidik. Pengkaji telah menghasilkan logo baharu dan item-item identiti korporat dan mendapat maklumbalas majoriti yang sangat positif berdasarkan 100 orang responden yang telah menjawab borang soal selidik di Google Form. Analisis data menunjukkan bahawa penggunaan tipografi, ikon dan warna yang bersesuaian dan berkesan mampu menarik minat audiens. Cadangan pengkaji adalah agar penggunaan identiti korporat yang menarik dan lengkap diteruskan pada masa hadapan. Seterusnya adalah dengan menggunakan inisiatif baru seperti menghasilkan sebuah periklanan yang mempromosi servis syarikat menggunakan media digital seperti video. Akhir sekali, membuka cawangan baharu di lokasi yang lebih strategik. Kata kunci: penjenamaan semula, identiti korpora

    Kajian mengenai penjenamaan semula rekabentuk identiti korporat syarikat Quantum Printing S.D.N B.H.D di Sabah

    Get PDF
    Dalam kajian ini, penjenamaan semula syarikat telah menjadi sebuah perkara yang lazim untuk sesebuah syarikat itu lebih maju kehadapan untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Dalam pada itu. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menbantu meningkatkan imej dan daya saing syarikat Quantum Printing S.D.N. B.H.D di Sabah di dalam pasaran antarabangsa. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mereka bentuk semula logo dan identiti koporat syarikat Quantum Printing S.D.N. B.H.D di Sabah yang dapat menarik perhatian dan mengubah persepsi pelanggan daripada tidak tertarik kepada perasaaan tertarik serta ingin mencuba perkhidmatan syarikat ini. Seterusnya dalam kajian ini terdapat tiga persoalan yang akan dijalankan dalam pengkajian ini. Selanjutnya, dalam kajian ini juga pengkaji mengguna pendekatan kualitatif dan kuantitatif menerusi borang soal selidik, pemerhatian serta rujukan untuk digunakan dalam pengumpulan data daripada kawasan kajian di sekitar kawasan daerah bandar Tawau, Sabah. Kata Kunci : Penjenamaan semula, Logo, Identiti, Pengiklanan, Kuantitatif, kualitati

    Kajian Rekabentuk Rak Kasut Multifungsi Di Surau UMK Menggunakan Sisa Kayu Di Industri

    Get PDF
    Rak kasut merupakan sebuah perabot yang perlu ada di setiap rumah ibadat. Tujuan perlunya perabot ini disediakan untuk memudahkan pengguna menyimpan kasut dan untuk mengelakkan berlakunya masalah kehilangan kasut, kasut berselerak dan kasut menjadi kotor. Selain itu, tempat duduk turut perlu disediakan di rumah ibadat untuk keselesaan pengguna. Rekabentuk rak kasut sedia di surau Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tidak memenuhi keselesaan pengguna. Ia berkaitan dari aspek ruangan tempat meletakkan kasut dan ketiadaan ruangan tempat duduk untuk pengguna gunakan apabila ingin memakai kasut. Objektif kajian ini ialah mengkaji rekabentuk rak kasut di surau sekitar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kemudian pengkaji juga mengenalpasti masalah dari aspek penyimpanan dan pemakaian kasut yang dihadapi oleh pengguna di surau UMK. Seterusnya pengkaji dapat merekabentuk rak kasut multifungsi, di mana rak kasut tersebut boleh menyimpan kasut dan boleh duduk dalam masa yang sama untuk diletakkan di surau UMK. Data primer dan data sekunder telah digunakan dalam metodologi kajian ini untuk mengumpul data-data penting. Berdasarkan peratusan, sebanyak 96% responden mengalami masalah dari aspek penyimpanan dan pemakaian kasut dan sebanyak 90% responden mengalami masalah ketidakselesaan ketika memakai kasut kerana tiada penyediaan ruangan duduk. Kesimpulannya, rekabentuk rak kasut baharu ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna di surau UMK

    Penjenamaan Semula Buku Katalog Jualan Berasaskan Digital Di Syarikat AMN Creative Centre.

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kelemahan buku katalog jualan dalam Syarikat AMN Creative Centre. Segelintir pengguna gemar membeli produk secara dalam talian kerana dapat menjimatkan masa. Terdapat juga kekurangan jika pengguna berbelanja secara dalam talian iaitu tidak dapat mengetahui jenis produk dengan khusus. Syarikat AMN Creative Centre hanya mempunyai buku katalog untuk dijadikan sebagai bahan jika pembeli ingin menempah. Hal ini demikian kerana buku katalog manual mudah rosak. Dengan ini, pengkaji ingin membuat penjenamaan semula tentang buku katalog yang lama kepada yang baru berasaskan konsep digital supaya memudahkan urusan jual beli antara penjual dan pembeli. Oleh itu, pengkaji perlu mengenalpasti buku katalog digital akan memudahkan pelanggan disamping dapat mempromosikan jualan produk di Syarikat AMN Creative Centre. Rekabentuk antaramuka buku katalog digital juga mestilah cantik supaya dapat menarik perhatian pengguna. Dengan wujudnya buku katalog digital dapat meningkatkan jualan syarikat dan memperkenalkan produk yang dihasilkan dalam Syarikat AMN Creative Center

    Effectiveness Of Video Testimonial In Social Media Marketing To Promote Service At Company Laser Light Skin Centre.

    Get PDF
    This research aims to develop video testimonial related to services at Laser Light Skin Center to identify the effectiveness of video testimonials in social media marketing to promote services at the company. Video testimonial has an influence in social media marketing because many people prefer watching videos more than reading long texts. Through video testimonials, many people can understand the company’s services by listening to the experiences of others people. Video testimonial can be about the service by adding a higher layer of trust. Video testimonial related to service of Laser Light Skin Center is studied to determine its effectiveness in social media marketing. From this research, video testimonial is been proven that is a very effective media for promoting the service of laser treatment at Laser Light Skin Centre

    Kajian Rekabentuk Kabinet Dapur Menggunakan Sistem Modular

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kabinet dapur menggunakan modular sistem. Ia membincangkan faktor rekabentuk yang perlu dititikberatkan bagi menyelesaikan masalah pengguna apabila mereka menggunakan kabinet dapur untuk aktiviti harian seperti memasak dan sebagainya. Kajian ini membantu dengan memberi idea untuk menginovasikan kabinet dapur menggunakan sistem modular ke arah yang lebih baik dan boleh menjimatkan ruang, masa dan kos pengguna. Banyak masalah atau isu yang didapati semasa menjalankan kajian dengan penggunaan kabinet dapur yang sedia ada. Keselamatan dan keselesaan pengguna semasa menggunkan kabinet dapur perlu dititikberatkan kerana rekabentuk kabinet dapur boleh menajaminkan keselamatan pengguna terjamin. Kaedah yang digunakan adalah kaedah pemerhatian dan kaedah kuantitatif. Borang soal selidik yang merangkumi 16 soalan termasuk soalan tentang maklumat diri responden telah diagih kepada pengguna-pengguna kabinet dapur yang tinggal di apartment. Daripada data analisis yang diperoleh, Kesimpulannya, kajian ini amat membantu banyak pihak dari segi rekabentuk dan penggunaan kabinet dapur

    Kajian Reka Bentuk ‘Single Seater Sofa’ Berdasarkan Senibina Kubah Masjid Jamek Dato Bentara Luar, Di Batu Pahat, Johor

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui secara ringkas terhadap reka bentuk single seater sofa berdasarkan seni bina kubah masjid Jamek Dato Bentara Luar di Batu Pahat, Johor. Kajian ini telah menggunakan 2 kaedah iaitu permerhatian dan soal selidik. Melalui kaedah soal selidik, pelajar telah menggunakan google form untuk diberikan kepada orang ramai. Melalui kaedah ini, seramai 30 orang responden telah menjawab soal selidik yang mana dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan pandangan responden terhadap reka bentuk sofa. Selain itu, ia juga bertujuan mengetahui jenis kain yang mana sesuai digunakan pada sofa mengikut pilihan responden. Melalui projek penyelidikan II ini pelajar diminta untuk menghasilkan satu projek akhir iaitu model berskala yang bersaiz sederhana. Secara kesimpulannya, penghasilan model berskala ini telah memberi pendedahan dari segi pengalaman dan juga kemahiran baru kepada pelajar untuk diaplikasikan pada masa akan datang

    The influencing of virtual education learning in FHPK students performance during pandemic of covid-19

    Get PDF
    Due to COVID-19 crisis, the higher education institutions had changed the education system from traditional education to virtual education. The study aims to examine the efficiency of the virtual learning education through the accessibility, teaching and supervision, facilities towards the impact on the students’ performance during the pandemic of COVID-19. This study used quantitative method approach to obtain the data from respondents. The targeted sample size for this study is 210 respondents from selected students FHPK, which are divided into three segments such as SAP, SAW, and SAH in University Malaysia Kelantan. The researchers have utilized the google form to distribute the questionnaires. The result indicates that there are relationship between two factors, which are teaching and supervision factor and facilities factors with the student’ performance during the pandemic of COVID-19 compared to accessibility factors. The findings of the data are essential in order to improve the students’ performance and experience in using the virtual education learning

    Domestic tourist satisfaction and perceived quality of Kelantan food

    Get PDF
    Food tourism an important segment in the Malaysian Tourism industry, however, relate to tourist satisfaction towards the quality of food is limited. This research examines tourists’ satisfaction towards the quality of Kelantanese food. The study employs the quantitative research design using a survey questionnaire. Probability sampling was employed as simple random sampling from the population size of 3.1 million peoples. From this, a total 392 domestic tourists who had previously visited Kelantan were invited and participate in this study. The results of this study indicate that food image, food tourism and food quality have a significant relationship to tourist satisfaction. The study also reveals that food quality is a major indicator which satisfies the domestic tourists who visit Kelantan. The study provides some insights for policy implication with regards to food tourism development in Malaysia

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇