Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Konsep Rekabentuk Rak Kasut Ergonomik Mengikut Keperluan Dan Kehendak Pengguna Di Malaysia.

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti konsep rekabentuk rak kasut ergonomik mengikut keperluan dan kehendak pengguna di Malaysia. Di samping itu, mengenal pasti masalah ergonomik dalam reka bentuk rak kasut sedia ada. Seterusnya, mereka bentuk konsep reka bentuk rak kasut yang dapat dibangunkan berdasarkan kepada persepsi pengguna di Malaysia. Rak kasut adalah unit penyimpanan perabot biasa yang terdapat di pasaran yang ada dengan pelbagai jenis reka bentuk. Masalah kebolehgunaan dalam reka bentuk rak kasut konvensional yang ada boleh membawa kepada pengguna mengalami kecederaan / ketidakselesaan muskuloskeletal tertentu, penyelidik telah mengembangkan konsep rak kasut ergonomik mengikut keperluan dan kehendak pengguna di Malaysia. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa jurang kekurangan pada rak kasut ergonomik yang ada yang boleh menghalang kebolehgunaan. Kajian in dilaksanakan melalui tinjauan berbentuk soalan kaji selidik yang mengandungi beberapa bahagian soalan berkaitan konsep rekabentuk rak kasut ergonomik. Untuk mencapai tujuan kajian ini, tinjauan yang melibatkan 40 responden pengguna rak kasut dilakukan untuk mendapatkan maklum balas mengenai konsep rekabentuk rak kasut ergonomik. Tinjauan ini sangat penting untuk mengetahui spesifikasi dalam rekabentuk rak kasut ergonomik melalui persepsi pengguna di Malaysia

    Membangunkan Medium Animasi 2D Sebagai Media Pembelajaran Bagi Pelajar Multimedia Kreatif Di Kolej Komuniti Paya Besar.

    Get PDF
    Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk Kajian Terhadap Membangunkan Medium Animasi 2D Sebagai Media Pembelajaran Bagi Pelajar Multimedia Kreatif Di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini dikaji mengikut fokus kemahiran secara visualisasi yang penting dalam proses pembelajaran. Penggunaan animasi 2D sebagai media pembelajaran ini menyediakan suasana yang lebih interaktif kepada penggunanya bagi memahami setiap yang mereka lihat dan pelajari. Hal ini kerana memasukkan unsur-unsur Animasi 2D adalah sesuatu yang baik yang mana memberikan banyak elemen yang menarik minat dan pengetahuan bagi pembelajaran pelajar. Penambahan elemen ini dapat memberi pemahaman konsep dan maklumat lebih terperinci dengan adanya karakter kartun sebagai struktur utama dalam penghasilan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan. Kebanyakkan pembelajaran menggunakan animasi ini mudah difahami dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada pelajar. Tambahan pula, Multimedia dan Animasi ini sangat berhubungkait antara satu sama lain bagi menghasilkan sebuah sistem pembelajaran yang menyeronokan. Benarlah, bahawa penggunaan pembelajaran animasi ini sangat memainkan peranan yang penting dalam membentuk daya pemikiran pelajar menjadi kuat dan fokus bagi memahami setiap pembelajaran yang disediakan

    Pembungkusan Makanan Tradisional Dodol

    Get PDF
    Reka bentuk pembungkusan produk memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pelanggan kerana mempunyai nilai estetika. Pembungkusan berfungsi sebagai salah satu cara untuk memasarkan produk secara tidak langsung danmenjaga kualiti sesuatu produk. Terdapat banyak produk makanan tradisional di negeri Kelantan yang bagus telah dihasilkan namun tidak berjaya menambat hati pelanggan disebabkan oleh pemilihan reka bentuk pembungkusan yang kurang menarik. Hal ini disebabkan oleh reka bentuk pembungkusan masih lagi belum mencapai piawaian yang juga menyebabkan gagal ke pasaran luar. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan untuk memenuhi objektif utama iaitu mengenal pasti jenis pembungkusan yang sesuai bagi dodol dan menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang baharu bagi dijadikan sebagai buah tangan dan pada masa yang sama untuk mempromosikan dodol kepada masyarakat luar. Penggunaan bahan dalam reka bentuk pembungkusan perlu dititik beratkan dalam memastikan bahan yang digunakan tidak memberi kesan yang kepada pengguna sama ada makanan itu selamat disimpan dengan bahan yang terkandung dalam pembungkusan sekaligus meningkatkan jualan dan jangka hayat produk. Oleh itu, penghasilan reka bentuk pembungkusan yang baharu mengenai dodol adalah salah satu cara untuk memperkenalkan dodol terutamanya kepada generasi baru. Kata kunci: nilai estetika, pembungkusan, dodol, jangka hayat, reka bentuk pembungkusan.

    Penggunaan Unsur Grafik Gerakan Dalam Pembangunan Pengiklanan Video Korporat Akademi Kastam Diraja Malaysia.

    Get PDF
    Sejak kebelakangan ini industri pengiklanan tengah mengalami perubahan yang dramatis. Perusahan besar mahupun agensi kerajaan, mencari pelbagai cara bagi menyampaikan iklan masing-masing kepada khalayak sasaran. Sejurus dengan itu, kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji tahap penerimaan unsur grafik gerakan sebagai medium baru dalam pengiklanan. Kajian ini memfokuskan pada perkembangan media baru untuk pengiklanan menggunakan grafik gerakan sebagai medium alternatif untuk pengiklanan, bagi tujuan memperluaskan penggunaan unsur grafik gerakan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bagi memperkenalkan kaedah membangunkan unsur grafik gerakan dalam video korporat bagi menyampaikan pengiklanan. Oleh itu, dengan adanya kaedah grafik gerakan ini diharap mampu menjadi alternatif kepada medium pengiklanan serta mengubah persepsi ke arah masyarakat yang celik teknologi

    Redesigning Integration of Interchangeable Furniture at Bank Waiting Area During COVID-19 Pandemic in Malaysia.

    Get PDF
    Pada masa ini, seluruh dunia menghadapi pandemic COVID-19 dan jumlah kes yang disahkan di setiap negara berubah-ubah dari hari ke hari. COVID-19 menyebabkan kemerosotan ekonomi dan pertumbuhan produk domestik kasar (KDNK) yang lebih rendah. Namun, tidak ada sesiapa yang akan mengetahui bila virus itu akan hilang dan bila ia akan merebak lagi. Oleh itu, setiap orang perlu mematuhi peraturan SOP, adalah sama seperti di bank, dan jarak sosial lebih dari 1 meter diperlukan. Walaupun wabak itu menular, sebilangan pelanggan tidak mempunyai pilihan selain menghadiri bank secara fizikal untuk mengendalikan urusan peribadi atau syarikat di kaunter. Sebahagian besar tempat duduk awam yang ada dalam bank adalah kerusi yang dihubungkan dengan 2 hingga 4 tempat duduk dan meja berkongsi. Oleh itu, penyelidik mendapati bahawa bank perlu mempunyai tempat duduk tunggal yang dihubungkan dengan meja agar dapat memenuhi jarak sosial lebih dari 1 meter. Oleh itu, penyelidik ingin mencadangkan sofa modular dengan tempat duduk / perabot yang boleh ditukar ganti ini dengan sandaran tangan, meja dan sandaran. Ia adalah perabot gaya kebebasan, dan ia dapat diganti dan dipasang ke posisi yang mungkin dari beberapa sofa modular individu. Ini adalah selesa digunakan oleh pengguna bank kerana bahan utamanya adalah kusyen. Reka bentuk sofa modular tempat duduk yang boleh ditukar sesuai digunakan di bank masa depan di era moden. Oleh itu, jika tempoh pandemic Covid-19 sudah berakhir, sofa modular juga boleh berubah dari tempat duduk tunggal menjadi beberapa tempat duduk

    Pengaruh Media Massa Dalam Konteks Seni Catan Surealisme Di Malaysia

    Get PDF
    Pengaruh media massa amat meluas dalam kalangan masyarakat dunia pada ketika ini. Banyak isu dapat diketengahkan melalui kaedah komunikasi tersebut dan ia mampu memberi impak positif kepada manusia keseluruhannya namun ia jugak boleh menyebabkan berlaku pelbagai risiko yang boleh mengugat keharmonian dan nilai murni seseorang jika dimanfaatkan dengan cara yang salah. Artis tempatan khususnya memulakan langkah dengan mengangkat isu media massa sebagai pentas untuk menceritakan perkara yang berlaku tidak kira baik mahupun buruk sesebuah permasalahan tersebut namun aliran surealis menjadi pilihan agar maksud yang hendak disampaikan mampu difahami oleh sesetengah pihak yang betul memahami realiti dunia pada masa ini

    Intention to use smart apps for visiting museum among youth in Malaysia

    Get PDF
    This research investigates the intention to use Smart Apps for visiting museum among youth in Malaysia. Due to the rapidly growing and advanced tourism industry, there are various advanced technologies created to meet the needs and demands of the tourism industry. Among them are smart application technology (Smart Apps), which include Augmented Reality (AR) and Virtual Reality (VR). This Smart Apps was created to make it easier for users or tourists to travel locally or abroad. By using this Smart Apps, users can interact or obtain information and data in the form of a 3D world. This research examines factors such as performance expectancy, effort expectancy, social influence, facilitating condition in order to gain data, seeking and determine either the variables collected could be linked between intentions to use Smart Apps among youth in Malaysia. To reach the analysis, a quantitative research was carried out. The respondent of this study was conducted with 200 respondents who are youth in Malaysia. For the analysis of data, reliability test and Pearson correlation would be used. As a result, researcher analysis shows moderate positive correlation between variable factors and intention to use Smart Apps among youth. Through the knowledge of this research, it might be useful for the tourism industry especially museum in increasing and upgrade the quality of the museum systems in Malaysia

    Aktualisasi Tentang Estetika Seni Rangoli Kaum India Sebagai Subjek Utama Kajian Melalui Penghasilan Karya Seni Catan Pop.

    Get PDF
    Tujuan kajian kes ini dibuat adalah kerana ingin memberitahu kepada khalayak ramai tentang rekabentuk-rekabentuk yang digunakan dalam menghasilkan rangoli ini ataupun dikenali dengan nama lain sebagai kolam. Fokus utama kertas kerja ini ialah berkaitan dengan asal usul terhasilnya rangoli dan penggunaan rekabentuk dalam menghasilkan rangoli tersebut. Objektif yang digunakan dalam kajian ini ialah mengkaji tentang makna rekabentuk dan warna keatas rangoli sebagai dokumentasi terhadap karya, mengaplikasikan konsep rekabentuk rangoli melalui warna-warna seni pop di atas karya, dan menghasilkan siri karya bertemakan rangoli dengan penggunaan warna pop keatas karya. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes iaitu melalui kaedah laman sesawang dan kaedah pemerhatian. Dengan melayari laman sesawang, pengkaji dapat menambah sedikit pengetahuan dalam menghasilkan kertas kerja ini dan melalui kaedah pemerhatian pula, pengkaji dapat mengalaminya sendiri dengan menghadirkan diri ke tempat penghasilan rangoli. Dalam kajian ini, mengkaji ingin menghasilkan suatu karya dengan menggunakan aliran Pop Art keatas rekabentuk rangoli yang dikaji

    Determinants of behavioural intention on virtual tourism usage among tourist in Malaysia during Covid-19 lockdown

    Get PDF
    Ever since Movement Control Order (MCO) happens on 16th March 2020 in Malaysia due to COVID-19 pandemic, millions of tourists are unable to travel abroad due to restrictions to travel outside the country. Therefore, virtual tourism is a new concept for tourists to travel virtually without receiving any risk of contracting COVID-19. The purpose of this research is to determine the behavioural intention on virtual tourism usage among tourist in Malaysia during COVID-19 lockdown. Thus, this study aims to determine the behavioural intention on virtual tourism usage among tourist in Malaysia during COVID-19 lockdown by using Technology Acceptance Model (TAM). Online questionnaires were used to collect responses from 300 tourists from various virtual reality forums, travel forums, and virtual reality and travel Facebook groups. Data taken from respondents are performance expectancy, effort expectancy, social influence, and perceived security of virtual tourism. Results in this research indicated that performance expectancy, effort expectancy, social influence, and perceived security have positive influence towards the behavioural intention to use virtual reality among users in tourism during COVID-19 pandemic. Hence, the authors believe this study will benefit those who have the intention to use virtual tourism as a second option to travel and implement virtual tourism in tourism industry as well as become a liable reference for future research study

    Aplikasi Rekaan Motif Bunga Teratai Menggunakan Teknik Sulaman Pita Pada Aksesori Beg.

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi rekaan motif bunga teratai menggunakan teknik sulaman pita pada aksesori. Bunga teratai merupakan salah satu tumbuhan yang tumbuh dipermukaan air. Kebiasaannya tumbuhan teratai tumbuh di kawasan air yang berlumpur dan kotor tetapi mampu menghasilkan bunga yang cantik dan menarik untuk dilihat oleh sesiapa sahaja. Keunikan yang terdapat pada bunga teratai ini menjadikan salah satu sebab untuk pengkaji menjalankan kajian ini sebagai subjek matter. Pengkaji juga menggunakan sulaman pita sebagai teknik untuk menghasilkan sulaman daripada rekaan motif bunga teratai pada aksesori beg

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇