2882 research outputs found
Sort by
Pemuliharaan Seni Ukir Sebagai Identiti Warisan Melayu: Tinjauan di Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan industri ukiran kayu di Kampung Raja, Besut, Terengganu dan menghuraikan peranan pengukir dalam pemuliharaan warisan ukiran kayu. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis potensi pemuliharaan ukiran kayu sebagai identiti warisan di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik. Responden dari komuniti dan pengukir Kampung Raja, Besut ditinjau dengan mengaplikasikan Teori Identiti Sosial (1970). Dapatan soal selidik menunjukkan majoriti responden mempunyai pengetahuan tentang warisan seni ukiran. Penerimaan responden terhadap seni ukiran adalah ditahap yang baik dan memuaskan. Melalui tinjauan ini juga didapati bahawa warisan seni ukiran merupakan identiti masyarakat Melayu yang harus dikekalkan untuk generasi seterusnya
Kajian Mengenai Usaha Dalam Mempertahankan Adat Perpatih Dalam Kalangan Generasi Baharu Negeri Sembilan
Kajian in bertujuan untuk mengkaji usaha dalam mempertahankan adat perpatih dalam kalangan generasi baharu Negeri Sembilan, ini adalah untuk memastikan adat perpatih ini dapat terus diamalkan dalam kalangan masyarakat untuk satu jangka masa yang panjang. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tiga objektif utama iaitu pertama melihat tahap kefahaman generasi muda Negeri Sembilan terhadap isi kandungan adat tersebut. Kedua adalah untuk mengenal pasti
punca penurunan bilangan masyarakat yang mengamalkan adat perpatih dan akhir sekali menerangkan cadangan atau cara untuk membantu dalam menerapkan amalan adat ini dalam kalangan generasi muda. Kajian ini dilaksanakan di beberapa daerah Negeri Sembilan. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini
adalah menggunakan kaedah temu bual, dimana 12 orang responden ditemu bual mengikut daerah. Selain itu pemerhatian dan kajian keperpustakaan juga digunakan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Daripada kajian ini, di dapati tahap kefahaman generasi muda terhadap adat perpatih
adalah secara keseluruhannya kebanyakkannya tahu mengenai adat perpatih tetapi hanya segelintir yang benar-benar memahami dan mendalami adat itu. Turut diketahui hasil daripada kajian ini adalah beberapa punca yang mempengaruhi tahap penurunan pengamalan adat perpatih dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan dan berjaya memperolehi beberapa cadangan usaha dan cara dalam usaha memepertahankan adat turun temurun ini. Secara keseluruhannya, daripada kajian ini dapat dilihat usaha dalam mempertahankan adat perpatih dilaksanakan oleh kesemua pihak daripada kelompok masyarakat Negeri Sembilan.
Kata Kunci : Adat Perpatih, mempertahankan adat, Negeri Sembilan, Generasi baharu, usah
Kesan Pandemik Covid-19 Kepada Pengamal Wayang Kulit: Kajian Kes Di Kelantan
Pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia. Kerajaan tempatan telah menyekat semua majlis keramaian yang turut memberi kesan kepada pengamal wayang kulit tempatan. Kajian ini menfokuskan mengenai kesan pandemik Covid-19 kepada pengamal wayang kulit di Kelantan. Oleh itu, terdapat tiga objektif utama di dalam kajian ini iaitu: mengenalpasti kepentingan wayang kulit Kelantan kepada masyarakat Kelantan; mengkaji kesan yang dihadapi oleh pengamal wayang kulit Kelantan disebabkan pandemik Covid-19; dan menganalisis penyelesaian dalam mengatasi kesan pandemik Covid-19 kepada pengamal wayang kulit Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menekankan kajian kes. 10 orang responden telah ditemubual dan pemerhatian tidak turut serta telah digunakan untuk mendapatkan data.
Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis tematik dan ditriangulasi dengan kajian lepas dan responden kajian. Kajian ini mendapati pengamal tempatan terpaksa menangguhkan dan membatalkan aktiviti mereka, sekali gus terjejas dalam penjanaan pendapatan, persembahan wayang kulit dan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kesimpulannya, kajian ini penting kepada pengamal dan pihak berkepentingan wayang kulit Kelantan dalam melestarikan wayang kulit semasa pandemik dan pada masa hadapan.
Kata kunci: Pandemik Covid-19, Pengamal Wayang Kulit, Pihak Berkepentingan, Wayang Kulit Kelanta
Transkripsi Lagu Rakyat Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Analisis Nilai-Nilai Murni Berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu.
Menurut Mohd Firdaus Che Yaacob (2018), naratif lisan adalah salah satu corak perkembangan dalam dunia sastera yang dilakukan oleh orang Melayu terdahulu. Kajian ini juga menggunakan buku Naratif Lisan Di Pengkalan Datu, Kelantan
sebagai maklumat dalam trankripsikan cerita rakyat ke dalam bentuk lirik lagu rakyat dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam buku tersebut. Kajian ini dilaksanakan kerana pengkaji melihat kelompongan berdasarkan kepada kajian-kajian lepas tidak ada mana-mana pengkaji membuat kajian ini. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan nilai-nilai murni yang ada dalam lirik lagu rakyat berdasarkan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Batasan kajian adalah cerita rakyat yang dipilih melalui buku Seuntaian Naratif Lisan Di Sungai Pengkalan Datu, Kelantan iaitu Kota Jembal, Kain Sutera
Cina, Kemasyhuran Pantai Pengkalan Datu, Asal Usul Kampung Babong, Kepesatan Pengkalan Parit, Keajaiban Si Kera Putih, Kisah Sekumpulan Tupai, Asal Usul Wakaf Aik, Asal Usul Datu, Lipat Sanggul Penempatan Residen British, Milik Siapakah Saka Itu, Kehebatan Laksamana Laut, Mak Su Nab Ular, Tok Guru Haji Awang Ulama Tercipta. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif sebagai pencarian maklumat iaitu kepustakaan, teks. Kajian ini juga telah mengaplikasikan dengan Teori Pengkaedahan Melayu sebagai penguat dalam kajian. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif dalam mendapatkan maklumat. Hasil dapatan kajian membuktikan
bahawa lirik lagu yang dibuat telah menimbulkan beberapa nilai murni yang dapat memberi pengajaran kepada masyarakat yang akan datang
Pelestarian Tarian Dabus Ketika Covid-19 Di Kalangan Golongan Muda Di Kampong Gajah, Perak
Tarian Dabus merupakan salah satu seni persembahan tradisional yang terkenal di negeri Perak. Tarian Dabus ialah tarian kepahlawanan kerana di mana para penari
mencucuk lengan mereka dengan anak Dabus (senjata tajam) sehingga berdarah. Bagaimanapun, pandemik Covid-19 telah menjejaskan tarian Dabus untuk dipersembahkan di khalayak ramai, sekali gus mengurangkan minat golongan muda
untuk menyertainya. Dalam erti kata lain, kajian ini memfokuskan kepada penglibatan golongan muda dalam tarian Dabus dan perubahan pengurusan tarian Dabus di Kampong Gajah, Perak. Terdapat tiga objektif kajian : mengenalpasti faktor yang membawa kepada penglibatan golongan muda dalam tarian Dabus, menilai implikasi pandemik Covid-19 terhadap penglibatan golongan muda, dan mengkaji mekanisma
relevan dalam mengekalkan tarian Dabus. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana sepuluh orang peserta kajian telah ditemu bual, dan aktiviti mereka
diperhatikan. Semua data yang diperoleh daripada kerja kerja lapangan dianalisis dengan analisis tematik. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa tarian Dabus terjejas sedikit oleh wabak tersebut di mana semua aktiviti fizikal dihentikan buat sementara waktu, dan mereka tidak dapat menghadiri aktiviti latihan mereka. Walaubagaimanapun,
beberapa mekanisma yang relevan telah diterima pakai dalam mengekalkan tarian Dabus untuk memastikan kesinambungannya, seperti mengalihkan amalan dan latihan tarian Dabus dalam talian dan mempromosikan tarian Dabus melalui media sosial.
Kesimpulannya, kajian ini adalah signifikan kerana ia boleh menjadi rujukan masa hadapan dan memberikan pemahaman yang mendalam tentang tarian Dabus itu sendiri
Kajian Pengaruh Senibina Mogul Pada Masjid Zahir Di Kedah
Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang “Kesan Pengaruh Seni Mogul Pada Seni Bina Masjid Zahir Terhadap Identiti Seni Melayu”. Masjid Zahir merupakan masjid yang signifikan bagi masyarakat Kedah. Masjid Zahir dibina pada tanggal 11 Mac 1912. Kedudukan masjid ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar dan bersebelahan Sungai Kedah. Di Malaysia, terdapat banyak seni bina asing yang diterapkan di dalam bangunan- bangunan penting, sebagai contoh pengaruh seni bina Mogul pada Masjid Zahir. Terdapat beberapa permasalahan kajian yang diusulkan dalam kajian ini seperti pengaruh seni bina asing yang memengaruhi seni bina Masjid Zahir. Objektif kajian yang dapat dirungkaikan adalah seperti, mengenal pasti samaada pengaruh seni bina Mogul pada Masjid Zahir memberi kesan kepada identiti seni bina Melayu dan kesedaran masyarakat Kedah terhadap seni bina yang diterapkan di dalam Masjid Zahir. Kaedah analisa kajian lepas, pemerhatian, temubual, dan secara soal selidik digunakan bagi mendapatkan data maklumat sekaligus memudahkan proses penyelidikan ini daripada awal hingga akhir. Kajian ini bukan sahaja bagi merungkai seni bina yang digunakan pada Masjid Zahir bahkan meningkatkan kesedaran awam tentang identiti seni Melayu yang semakin dilupakan. Oleh itu, kajian ini penting supaya generasi akan datang dapat memahami konsep dan seni bina yang terdapat dalam masjid di Malaysia
Penglibatan Masyarakat Dalam Pemuliharaan & Pemeliharaan: Kajian Ke Atas Batu Bersurat Cherok Tokun, Pulau Pinang
Batu Bersurat Cherok Tokun adalah megalit atau dikenali sebagai batu hidup yang
diukir atau dipahat dengan tulisan oleh manusia yang telah dijumpai oleh Lt. Col. James
Low iaitu pegawai tentera British pada sekitar tahun 1845 di kaki Bukit Cherok Tokun,
Bukit Mertajam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Maka, kajian ini dilakukan
bertujuan untuk mengenalpasti sejarah kewujudan Batu Bersurat Cherok Tokun di Pulau
Pinang. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi menghuraikan pengurusan warisan
dalam pemeliharaan dan pemuliharaan di Batu Bersurat Cherok Tokun, Pulau Pinang dan
menganalisis penglibatan masyarakat setempat dalam pemuliharaan Batu Bersurat
Cherok Tokun, Pulau Pinang menerusi Model A Ladder of Citizen Participation (Arnstein
1969). Kajian ini menggunakan metodologi kaedah gabungan iaitu kualitatif dan
kuantitatif dalam mendapatkan data bagi menyelesaikan permasalahan kajian dan
mencapai objektif kajian. Seramai 288 orang telah dipilih secara rawak sebagai responden
kajian ini. Hasil daripada keseluruhan kajian menunjukkan tahap penglibatan masyarakat
yang masih bersifat top-down iaitu penduduk komuniti hanya mengikut kehendak
perancangan dari pihak kerajaan sepenuhnya. Sehubungan itu, hasil analisis data juga
menunjukkan mengetahui kewujudan Batu Bersurat Cherok Tokun namun mereka tidak
menglibatkan diri dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan tersebut
Pengaplikasian Animasi 2D Dalam Proses Pembelajaran Sejarah Kemunculan Tamadun Awal Manusia Tingkatan 4 Pelajar Sekolah Di Jeli, Kelantan.
Sejarah adalah satu cabang ilmu yang mengkaji sesuatu peristiwa yang lalu dengan merekodkan setiap kajian bagi menjadi sumber rujukan dan teladan bagi generasi yang akan datang. Kini, bidang ilmu ini semakin hari semakin merosot akibat dari generasi kini yang kurang dididik untuk memahami fungsi sejarah dengan lebih tepat. Permasalahan timbul apabila rekod-rekod pendidikan daripada sumber analisis badan kerajaan menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah disekolah-sekolah di seluruh negara kian diabaikan. Bagi meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran, kita mestilah berusaha mengkaji dan menganalisis setiap langkah untuk dalam pembangunan dan inovasi demi melajirkan generasi yang pakar dalam bidang sejarah. Menarik minat golongan muda terutama pelajar sekolah untuk meminati bidang ilmu ini bukannya mudah sekiranya perubahan terhadap teknik pembelajaran masih tidak diperkembangkan. Kewujudan masalah ini membawa pengkaji menjalankan satu projek penyelidikan yang mengkaji keupayaan media digital animasi 2D dalam membantu meningkatkan proses pembelajaran bagi mata pelajaran sejarah. Kajian ini dilakukan dengan membangunkan sebuah projek animasi dan dipersembahkan kepada responden disertakan borang soal selidik. Melalui maklum balas, maka keputusan daripada kajian ini menunjukkan hasil pengaplikasian animasi 2D alam pembelajaran mata pelajaran sejarah
Analisis Mesej Dakwah Dalam Filem Khurafat
Filem mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu mencorakkan tingkah laku masyarakat yang menontonnya. Disebabkan filem adalah sumber hiburan dan penyampaian maklumat utama kepada masyarakat, industri filem telah memainkan
peranannya dengan menghasilkan pelbagai genre filem dan salah satu yang sering menjadi tumpuan utama remaja pada masa kini adalah filem bergenre dakwah.
Dalam penghasilan karya filem, pengarah sememangnya akan berdepan dengan proses-proses pembikinan filem dan salah satu proses pembikinan filem adalah pemilihan skrip, lokasi, karakter. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan untuk menjelaskan penggunaan mesej dakwah dan berperanan dalam menjayakan penghasilan sesebuah filem. Fokus filem dalam kajian ini juga adalah filem seram yang sememangnya mampu mengupas tentang perwatakan dan cara penyusunan
babak sehingga mampu menerbitkan rasa yang dialami oleh aktor dalam filem. Kajian ini juga memberi penekanan terhadap penggunaan mesej dakwan dalam proses penghasilan filem
Merekabentuk Produk Harian Yang Menerapkan Ukiran Melayu Dengan Menggunakan Alatan Moden
Produk harian merupakan produk pembelian yang sering diguna oleh pengguna dalam kehidupan seharian. Produk harian menggunakan ukiran Melayu dalam proses penghasilan sangat penting memberi peranan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap seni ukir tanah air. Tujuan utama kajian adalah untuk merekabentuk produk harian yang menerapkan ukiran Melayu dengan menggunakan alatan moden dalam proses penghasilan ukiran. Fokus utama tertumpu kepada penggunaan teknologi alatan moden dalam penghasilan ukiran Melayu. Terdapat tiga objektif kajian yang telah digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu, mengenalpasti ukiran Melayu, teknik dan motif yang
selalu digunakan di Malaysia. Seterusnya adalah mengkaji produk yang menjadi trend yang akan dibeli pengguna pada setiap bulan dan yang ketiga merekabentuk produk ukiran
Melayu menggunakan teknologi moden. Melalui hasil data metodologi yang dijalankan 66.7% responden menjawab produk harian terdiri daripada produk kecantikan aksesori alat solek menjadi pilihan bagi mereka membuat pembelian pada setiap bulan. Kesimpulannya, hasil data metodologi penting dalam merekabentuk tempat simpanan bagi memberi
kemudahan kepada pengguna untuk menyimpan barangan