Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Kubu Kebal (Pillbox) Di Negeri Kedah Darul Aman

    Get PDF
    Kajian ini akan mengkaji Kubu Kebal (Pillbox) di negeri Kedah Darul Aman dengan berpandukan kepada tiga objektif iaitu lokasi, tipologi dan tahap pengekalan kubu kebal (pillbox) di negeri Kedah. Kajian ini dijalankan kerana tidak ada rekod rasmi yang berikaitan struktur pertahanan Perang Dunia Kedua (WWII) di negeri Kedah. Pengakaji akan turun ke lapangan untuk merekodkan lokasi, melakukan pemerhatian untuk mengenalpasti tipologi dan mengambil gambar kerosakan yang terdapat pada kubu kebal (pillbox

    Keistimewaan Seni Bina Rumah Demang Abdul Ghani Sebagai Khazanah Yang Telah Dipelihara

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Seni Bina Rumah Demang Abdul Ghani Sebagai Khazanah Yang Telah Dipelihara”. Demang Abdul Ghani merupakan seorang penghulu dikawasan Merlimau pada tahun 1850. Rumah ini didirikan pada 1894. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan kerana gabungan pengaruh seni bina yang terdapat pada struktur binaannya. Meskipun masyarakat menyedari akan keunikan pengaruh seni bina terdahulu, malangnya ada sebilangan daripada mereka memandang enteng akan kepentingan nilai estetikanya sehinggakan rumah ini menjadi antara warisan ketara yang berada dalam keadaan terbiar sebelum diambil alih oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk dipulihara dan dipelihara. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejarah rumah Demang Abdul Ghani secara sahih selain mengkaji keistimewaan pengaruh seni bina padanya. Objektif pengkaji juga ini menerangkan kaedah konservasi yang telah digunakan untuk membaikpulih rumah Demang Abdul Ghani. Kaedah pemerhatian dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Hal ini seterusnya dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi yang akan datang

    Keistimewaan Atap Singgora Sebagai Produk Warisan Tempatan Yang Memberi Impak Kepada Sosioekonomi Masyarakat Setempat

    Get PDF
    Penutup bumbung tanah liat adalah salah satu ciptaan terawal dalam tamadun manusia. Penutup bumbung tanah liat melindungi manusia daripada hujan, panas matahari dan hidupan liar. Namun, disebabkan adanya penutup bumbung moden seperti zink, asbestos, tanah liat berlapis dan sebagainya, bangunan yang menggunakan bumbung singgora khususnya di Kelantan mengalami kepupusan dan permintaan terhadap bumbung singola berkurangan. Akibatnya, bilangan pengusaha dalam membuat bumbung singgora semakin berkurangan, dan mereka beralih kepada sektor pertanian seperti sawah padi, sayur-sayuran dan tembakau, yang dijangka lebih bermanfaat. Pengkaji akan mengenal pasti masalah dalam kajian supaya kajian dapat dijalankan secara metodologi dengan matlamat yang ingin dicapai. Penulisan kajian ini akan memfokuskan kepada persoalan kajian dengan mengenal pasti ciri-ciri bumbung singgora berdasarkan persepsi masyarakat setempat. Pengkaji juga akan mengkaji punca kepupusan atap singgora yang merupakan sumber ekonomi masyarakat terdahulu dan mencadangkan kaedah pemeliharaan terhadap perusahaan atap singgora bagi kelestarian produk warisan tempatan. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif seperti kajian lapangan, temubual dan pemerhatian untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan atap singgora. Menerusi jangkaan dapatan kajian mengenai keistimewaan atap singgora ini dapat digali dan memperkasa atap singgora dengan memasuki dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa melalui kajian selaras dengan metodologi yang diambil. Hal ini dapat dikukuhkan dengan beberapa kajian lepas daripada penyelidik melalui kajian yang dilaksanakan

    Kepentingan Pemeliharaan Rumah Kutai Di Pasir Salak, Perak Yang Memberi Impak Dalam Sosiobudaya Masyarakat

    Get PDF
    Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kepentingan Pemeliharaan Rumah Kutai Di Pasir Salak, Perak Yang Memberi Impak Dalam Sosiobudaya Masyarakat”. Rumah Kutai atau Kotai adalah merupakan rumah tradisional tertua di negeri Perak. Rumah Kutai ini terdapat di kawasan Kompleks Bersejarah Pasir Salak, Perak. Rumah Kutai ini terdapat dua jenis iaitu iaitu Rumah Kutai bertiang 12 dan Rumah Kutai bertiang 16. Dalam kajian ini pengkaji menumpukan pada keistimewaan seni bina Rumah Kutai di Pasir Salak di mana ianya mempunyai bahan binaan dan ukiran unik yang tidak diketahui oleh masyarakat. Rumah Kutai ini juga semakin tenggelam dek arus pemodenan rumah pada masa kini Hal ini menyebabkan masyarakat kini memandang remeh terhadap warisan Rumah Kutai. Objektif kajian ini adalah mengetahui keistimewaan senibina Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak. Objektif pengkaji juga ingin mengkaji persepsi masyarakat terhadap pemeliharaan dan mengenalpasti kesan pemeliharaan Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak kepada sosiobudaya masyarakat. Kaedah pemerhatian, temubual dan borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data sekaligus bagi menyempurnakan proses kajian dari langkah awal hingga akhir. Kajian yang dilakukan ini akan memberikan kesan yang baik kepada pemilik rumah sekaligus kepada pelbagai pihak dalam langkah pemuliharaan dan pemeliharaan yang dibuat. Hal ini juga dapat memberi masyarakat lebih menghargai nilai warisan ketara ini khususnya kepada generasi akan datan

    Kepengarangan Shamsuddin Othman Dalam Kumpulan Puisi Taman Insaniah Menerusi Aspek Intrinsik Dan Pengaruh Retorik Dengan Pengaplikasian Teori Teksdealisme

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji serta mengenalpasti pemikiran kepengarangan Shamsuddin Othman dalam karyanya iaitu Kumpulan Puisi Taman Insaniah menerusi aspek intrinsik dari segi tema dan gaya bahasa. Di samping itu, kajian ini juga menganalisis unsur retorik yang terdapat di dalam setiap makna penulisan puisi tersebut. Kajian ini turut diaplikasikan oleh teori, di mana teori yang dipilih oleh pengkaji adalah Teori Teksdealisme. Tujuan pengkaji memilih teori tersebut adalah untuk menilai dan menganalisis keunggulan dan kehebatan pemikiran penulis dalam menghasilkan karya tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa pengkaji telah mengenalpasti unsur intrinsik yaang terkandung di dalam karya Kumpulan Puisi Taman Insaniah ini. Oleh itu, bedasarkan dapatan kajian yang diperoleh bahawa pengkaji dapat mengenalpasti dan menganalisis unsur tema dan gaya bahasa yang digunakan di dalam karya puisi terseut.Hal ini, dengan maklumat dapatan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian ini, dapat membantu para pengkaji baharu untuk mengkaji berkaitan kepengarangan puisi. Dengan ini, diharapkan supaya kajian ini dapat dijadikan sebagai satu rujukan serta panduan kepada pengkaji masa hadapan

    Rule of faraid distribution: Empirical study on the level of community understanding in Pengkalan Chepa

    Get PDF
    The purpose of this study is to examine the relationship between awareness, knowledge of Faraid and understanding of Hibah with rule of Faraid distribution among community in Pengkalan Chepa. Also, this study collected data from the questionnaire been collected from the respondents among the community in Pengkalan Chepa. The study also focused on three determinants element of variables such as awareness, knowledge, and understanding of Hibah which three variables will related to the rule of Faraid distribution among community. These findings of this study have significant ramifications for the body of knowledge, as well as practitioners and decision-makers. In fact, this research provides a baseline measurement of Faraid awareness that may be used to perform future research in this field. At the end of this study, researcher was mention that all the determinants have the impaction towards the rule of Faraid distribution among community in Pengkalan Chepa. Around this study also, highlighted the implication of the findings for future research and the limitation of the study

    Perbandingan Seni Silat Kura-Kura Dengan Seni Silat Moden (Pencak Silat), Kajian Kes di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Perbandingan Silat Kura-Kura dan Pencak Silat di Kuala Berang, Hulu Terengganu”. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan seni Silat Kura-Kura dan seni Silat Moden di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Turut dibincangkan tentang perbezaan seni Silat Kura- Kura dan seni Silat Moden dari segi pakaian, pantang larang, jumlah ahli silat yang terlibat dalam persembahan, penggunaan senjata dalam persembahan silat dan jenis alat muzik yang digunakan dalam persembahan silat. Selain itu, kajian ini juga turut menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara seni Silat Kura- Kura di Kuala Berang. Penulisan kajian menghuraikan langkah-langkah memelihara dan memulihara yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam memastikan Silat Kura-Kura tidak pupus dan terus dikenali oleh generasi muda pada hari ini. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberikan saranan serta cadangan untuk memastikan Silat Kura-Kura terus dipulihara dan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan masyarakat setempat

    Bentuk-Bentuk Kritikan Dalam Kisah Pelayaran Abdullah Ke Timur: Kajian Berdasarkan Pandangan Malay Centric.

    Get PDF
    Kajian dilakukan adalah berkaitan dengan Bentuk-Bentuk Kritikan dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Timur: Kajian Berdasarkan Pandangan Malay Centric. Kepengarangan Abdullah Munsyi yang dikatakan bersifat terbuka dalam mengkritik dan menegur institusi beraja dan perilaku-perilaku masyarakat Melayu pada masa itu. Kajian akan memberikan tumpuan terhadap sudut kepengarangan Abdullah Munsyi yang menjadi subjek kritikan, kerana memiliki keistimewaan dan kehebatan dalam dunia kepengarangan. Kajian dilakukan untuk menganalisis bentuk-bentuk kritikan yang terdapat dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Timur dan mengenal pasti kepengarangan Abdullah Munsyi dalam melakukan kritikan terhadap masyarakat Melayu serta mengetahui kepentingan kritikan sebagai sandaran terhadap kemajuan pemodenan masyarakat Melayu. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif dan kualitatif, proses pengumpulan data secara kepustakaan dan kaedah analisis data dalam bentuk analisis dokumen, tekstual dan teoritikal. Bagi melengkapkan kajian pendekatan teori Pacakolonial digunakan untuk mengukuhkan penyelidikan. Dapatan kajian mendapati kepengarangan Abdullah Munsyi dalam Kisah Pelayaran Abdulllah ke Timur mengkritik secara halus adalah untuk pembangunan kemajuan masyarakat Melayu pada ketika itu. Abdullah Munsyi merupakan pengarang yang berani, jujur dan berhikmah dalam menzahirkan perasaan, pandangan dan kritikanya terhadap sesuatu perkara yang diamatinya, dilaluinya dan dirasainya secara jujur dan berani

    A study on customer satisfaction toward online banking in Malaysia

    Get PDF
    This study was conducted to examine the factors influencing customer satisfaction toward online banking usages such as convenience, security, and service quality. The main objective of this study is to identify the relationship between convenience, security, and service quality with satisfaction among online banking users in Malaysia. A total of 385 questionnaires were collected. Using SPSS tools containing Frequency Analysis, Reliability and Validity Test, Descriptive Statistics, Spearman Correlation Analysis, and Multiple Regression Analysis, data analysis was carried out. The result shows the correlation between convenience, security, and service quality and satisfaction are significant. In conclusion, the findings of this study prove that there is a correlation between convenience, security, and service quality and customer satisfaction toward online banking in Malaysia. Also, based on Multiple Regression Analysis, all the factors (service quality, convenience and security) are closely influencing customer satisfaction toward online banking in Malaysia. This study gave implications to the bankers and future researchers. Because the conclusions are primarily focused on customer perspectives, bankers may be able to build a better plan to improve their competitive edge. Future researchers who want to conduct a comparative study might be able to acquire better and more trustworthy results if they consider the constraints of this one

    Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Pemuliharaan Tapak Warisan di Taiping, Perak.

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan merujuk kepada tiga objektif yang dinyatakan dalam kajian iaitu meneroka sejarah pembentukan Taman Tasik Taiping, Perak, menghuraikan penglibatan komuniti setempat dalam pemuliharaan Taman Tasik Taiping, Perak dan menganalisis potensi Taman Tasik Taiping, Perak sebagai salah satu tapak warisan alam semulajadi di Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik kaedah kuantitatif ini menggunakan Google Form dalam menyebarkan borang soal selidik kepada komuniti setempat. Kajian ini menggunakan Teori Ekologikal Kelly (1968) kerana teori ini berkaintan dengan psikologi komuniti setempat dan bersesuai dengan tajuk kajian yang melibatkan komuniti setempat. Hasil kajian mendapati penerimaan yang positif oleh komuniti setempat, maklum balas dalam menjawab soal selidik yang diberikan amat baik kerana penglibatan komuniti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇