Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Pemuliharaan Kota Lama Duyung Di Kuala Terengganu

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang “Pemuliharaan Kota Lama Duyung Di Kuala Terengganu”. Bangunan kota lama duyung ini telah dibina pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920 yang merupakan pemilik bangunan ini adalah Dato’Biji Sura atau Nik Muhamad bin Hitam. Lokasi pembinaan bangunan ini di kampung pulau duyung di Kuala Terengganu. Pengkaji membuat kajian terhadap bangunan kota lama duyung ini kerana mempunyai pelbagai keunikan terhadap seni bina pada bangunan ini yang perlu dipulihara. Walaupun bangunan ini mempunyai pelbagai reka bentuk seni bina dan sejarah tetapi masyarakat disekeliling masih tidak menyedari bahawa berharganya warisan yang terdapat pada bangunan kota lama duyung ini. Objektif pengkaji adalah ingin mengetahui sejarah yang terdapat pada bangunan kota lama duyung secara mendalam. Selain itu, mengenalpasti senibina yang perlu dipulihara pada bangunan kota lama duyung ini. Kaedah pemerhatian dan temubual telah dijalankan dalam projek penyelidikan ini bagi menyelesaikan proses penyelidikan ini dari awal hingga akhir. Akhir sekali, kajian ini juga akan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk pemuliharaan bangunan kota lama duyung ini

    The understanding of Faraid among University Malaysia Kelantan (UMK) students

    Get PDF
    In Islamic Law, the notion of Faraid specifies the distribution by Al-Quran, As-Sunnah, and Al-Ijma, of the property of a deceased on the part of heirs. Faraid is for Muslims, and Muslims need to learn about Faraid to grasp the legally owned heritage sections in order to create a better heritage system. The Islamic law of heritage (Faraid) is one of the first of all people to be deprived by God. This demonstrates the importance of Faraid knowledge. The lack of understanding on Faraid among Muslims might gradually lead to the loss of this issues until conflict and doubt arise in the judgement of God. The study is to give more understanding on the Faraid management among students at University Malaysia Kelantan (UMK) towards the study of Faraid in Islamic Wealth Management. It will focus on students in Pengkalan Chepa campus. The study will be focus on the students in Faculty of Entrepreneurship and Business where it in line with the objective of this research. The study uses few statistical techniques to analyses the data, and the data was gathered by distributing the questionnaire to 300-340 students at University Malaysia Kelantan (UMK) in Kampus Kota. The findings of this study found that knowledge, awareness, and perception had moderate positive relationship in understanding of Faraid among UMK students. The findings of this study found that students have knowledge and experience about Faraid because it is very important to be understood by Muslims in the division of inheritance

    Keberkesanan Sistem Penyampaian Maklumat Kepada Pengunjung Di Muzium Sungai Lembing

    Get PDF
    Muzium Sungai Lembing terletak di Kuantan, Pahang dikenali sebagai muzium yang menyimpan serta mempamerkan koleksi sejarah zaman perlombongan di Sungai Lembing. Sejajar dengan perubahan arus semasa, teknologi multimedia dilihat mampu membantu institusi permuziuman dalam menyampaikan maklumat kepada pengunjung. ermasalahan yang timbul dalam kajian ini antaranya ialah isu pameran di Muzium Sungai Lembing yang kurang menarik. Selain itu, mentaliti masyarakat yang menganggap muzium hanya merupakan tempat penyimpanan barangan lama serta isu penularan wabak Covid 19 di Malaysia sehinggakan institusi permuziuman turut menerima impak yang negatif dan jika hal ini berlarutan maka institusi permuziuman semakin akan semakin dilupakan oleh orang ramai.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep pameran yang dilakukan oleh pihak Muzium Sungai Lembing. Kedua ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis teknologi multimedia yang digunakan di institusi permuziuman yang diiktiraf oleh International Council of Museum ( ICOM). Ketiga ialah untuk mengkaji pandangan masyarakat terhadap teknologi multimedia di Muzium Sungai Lembing. Metodologi bagi kajian ini ialah kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif. 8 orang informan telah ditemubual dan 100 responden bagi soalselidik. Hasil kajian, teknologi multimedia membantu memberi kefahaman kepada pengunjung dengan peratusan 98% dan 88.8% daripada golongan berumur 17 hingga 26 tahun. Kajian komprehensif tentang multimedia dalam permuziuman perlu dijalankan. Kata Kunci: Keberkesanan, Sistem Penyampaian Maklumat, Muzium,Muzium Sungai Lembing

    Bandar Lama Diraja Jugra, Selangor, Sebagai Pusat Pelancongan: Perspektif Pihak Berkepntingan

    Get PDF
    Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai Bandar Lama Diraja Jugra di negeri Selangor. Bandar Lama Jugra, Selangor mempunyai potensi dari aspek pelancongan berasaskan warisan sejarah, arkeologi, ekologi dan alam semulajadi. Namun begitu, pengurusan pihak berkepentingan dalam memelihara dan memulihara elemen-elemen warisan di kawasan kajian masih dalam tahap tidak memuaskan. Hal ini kerana terdapat kerosakkan yang berlaku pada bangunan-bangunan sejarah di Bandar Lama Jugra, namun masih lagi tiada tanda-tanda aktiviti pemuliharaan sehingga kurang menjadi tarikkan kepada pengunjung. Penyelidikan ini juga memberi fokus kepada setiap objektif yang telah dikemukan yang merangkumi elemen-elemen warisan yang ada dikawasan kajian, pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan dan persepsi komuniti setempat sebagai pihak berkepentingan mengenai potensi kawasan kajian sebagai kawasan pelancongan. Penyelidikan ini juga berpandukkan kepada penggunaan teori semiotik dengan menggunakan kaedah campuran. Kaedah ini dilaksanakan dengan menemu bual beberapa informan yang menggunakan pensampelan bertujuan terdiri daripada pegawai Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan komuniti. Selain itu juga, borang soal selidik turut diberikan kepada 263 orang responden melalui google form dengan pensampelan rawak mudah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa potensi Bandar lama Jugra sebagai pusat pelancongan mempunyai kesan yang baik jika pihak berkepentingan memberi Kerjasama. Hasil daripada kajian juga mendapati beberapa cadangan yang sesuai dengan permasalahan kajian yang melibatkan inisiatif yang perlu diambil oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat dalam melibatkan komuniti setempat. Kesimpulannya, terdapat banyak potensi elemen warisan di Bandar Lama Diraja Jugra. Walaubagaimanapun usaha keras perlu oleh pihak bertanggungjawab dalam memastikan aspirasi komunikasi dua hala secara telus bersama komuniti setempat. Kata Kunci: Elemen warisan; Pelancongan; Pihak Berkepentinga

    Nilai Kepentingan Pemeliharaan Sejarah Dan Budaya oleh Pihak Berkuasa di Jeti Clan

    Get PDF
    Bandar awal dan lama di Malaysia mempunyai pelbagai khazanah warisan. Contohnya bandar Georgetown di Pulau Pinang sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan keunikan warisan budaya sehingga menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri. Jeti Clan, ini berasal daripada sebuah clan yang ditubuhkan oleh beberapa pedagang cina yang berkhidmat bawah Sultan Kedah. Jeti ini mempunyai khazanah dan budaya berlainan daripada bara. Oleh itu, terdapat beberapa permasalahan yang timbul disebabkan pihak tertentu. Contohnya, Pihak Berkuasa Tempatan atau pihak yang bertanggungjawab yang lain. Objektif kajian terhadap Jeti Clan ini melibatkan budaya dan sejarah serta usaha Pihak Berkuasa Tempatan

    Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022 - Rapat Umum

    No full text
    Program Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022 - Rapat Umu

    Keindahan Perlambangan Alam Dalam Peribahasa Melayu Melalui Teori Keindahan Braginsky

    Get PDF
    Peribahasa merupakan harta kekayaan genre kesusasteraan tradisional yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu yang tidak bertepi dalam mengamati keindahan alam sekeliling telah melahirkan ungkapan peribahasa seperti pepatah, bidalan, perumpamaan, simpulan bahasa dan sebagainya. Masyarakat Melayu memanifestasikan alam sebagai lambang atau simbol kepada sesuatu perihal, objek mahupun perwatakan manusia menerusi peribahasa dengan cara penyampaian yang halus dan berbudi bahasa. Perlambangan alam yang digunakan dalam peribahasa mengandungi keindahannya tersendiri yang perlu dicungkil makna keindahan tersebut secara lebih terperinci. Hal ini dikatakan demikian kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan tambahan kepada masyarakat tentang makna simbol alam dalam peribahasa. Di samping itu, turut berlaku kekurangan kajian tentang peribahasa khususnya dalam aspek keindahan kepada khalayak. Ekoran daripada itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti simbol-simbol alam semula jadi dan menganalisis keindahan makna simbol alam semula jadi dalam peribahasa Melayu dengan berpaksikan Teori Keindahan Braginsky. Data kajian diperoleh daripada buku Kamus Peribahasa Melayu oleh Sapinah Haji Said (2013) dan Memahami Asal Usul Peribahasa Melayu oleh Md Ridzuan Md Nasir (2020). Selain itu, kajian ini menggunakan Teori Keindahan Braginsky untuk menganalisis data kajian menerusi dua pendekatan yakni pendekatan keindahan dalaman yang merujuk kepada aspek asal usul keindahan dan pendekatan keindahan luaran iaitu aspek sifat-sifat immanen keindahan serta psikologi persepsi keindahan. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa makna keindahan simbol alam semula jadi mempunyai hubung kait dengan kekuasaan Allah SWT serta dapat memberi kesan kepada khalayak melalui keindahan penggunaan gaya bahasa yang digunakan dalam peribahasa. Oleh yang demikian, kajian sebegini diharap dapat dijadikan sumber ilham kepada pengkaji lain untuk memperluas kajian tentang keindahan peribahasa Melayu di samping menjadi wadah kepada semua pihak untuk terus memelihara peribahasa Melayu sebagai suatu aset warisan bangsa Melayu kepada generasi akan datang agar ia tidak terus hilang dimamah zaman

    Persembahan Ulik Mayang Di Kuala Terengganu: Satu Kajian Sejarah Dan Kepercayaan

    Get PDF
    Ulik Mayang merupakan sebuah seni persembahan yang mempunyai unsur nyanyian dan tarian. Ulik Mayang secara umumnya mengisahkan tentang para nelayan yang lemas di lautan dan penduduk kampung telah menggunakan lagu Ulik Mayang untuk menyeru tujuh puteri untuk menyelamatkan para nelayan kerana lirik lagu ini mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat. Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejarah dan kepercayaan terhadap Ulik Mayang yang mempunyai elemen-elemen spriritual dan keagamaan. Selain itu, Metodologi kajian yang digunakan di dalam kajian ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji memperolehi maklumat dan data kerana ianya menggunakan kaedah kualitatif dimana kaedah ini merangkumi kaedah temu bual. Kajian ini dijalankan kerana terdapat beberapa persoalan atau isu yang jarang mendapat perhatian oleh para penyelidik yang lain. Akhir sekali, tujuan utama kajian ini untuk melihat sejarah dan kepercayaan terhadap Ulik Mayang yang mempunyai unsur keagamaan dan sprititual

    Muzikalisasi Puisiloka-Hari Puisi Sedunia

    No full text
    Program berpuisi sempena Hari Puisi Sedunia yang diadakan di UMK Kampus Kot

    Isu Wanita Dalam Novel Cinta Suci Zahrana Karya Habiburrahman El Shirazy: Kajian Perbandingan Feminisme Barat Dan Islam

    Get PDF
    Penelitian kajian ini adalah untuk menelusuri isu wanita yang sering mendapat perhatian dalam medan kesusasteraan. Kajian ini menjurus kepada pemerihal wanita dan pendekatan Ginokritik oleh Elaine Showalter dengan mengaplikasikan empat model utama dalam ginokritik. Selain itu, untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang peringkat perkembangan Feminisme Barat dan melihat dalam sudut pandangan Islam tentang kedudukan wanita mengikut aspek ekonomi, politik dan pendidikan. Secara keseluruhannya kajian ini berbentuk kualitatif dengan mempraktikkan analisis kandungan dalam penelitian yang dijalankan. Melalui kaedah kualitatif pengkaji mengkaji teks novel Cinta Suci Zahrana karya Habiburrahman El Shirazy untuk meneliti aspek perjuangan melalui pendidikan, pekerjaan, kekeluargaan, emosi dan sosial. Hasil dapatan kajian memperlihatkan penulisan cerita ini sarat dengan perjuangan seorang wanita dalam menjalani kehidupan. Di samping itu, mengenalpasti pendekatan ginokritik dalam menilai penulisan dalam karya kecenderungannya mengungkapkan ketulusan pengarang dalam menstereotaipkan watak wanita dengan baik. Kajian ini juga menganalisis perbandingan antara Feminisme Barat dan sudut pandangan Islam ini secara meluas untuk mengbongkarkan kebenaran kedudukan seorang wanita

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇