Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Majlis Makan Malam & Perasmian Pembukaan Program Kepimpinan & Keusahawanan Wanita

    No full text
    Majlis Makan Malam & Perasmian Pembukaan Program Kepimpinan & Keusahawanan Wanita yang turut dihadiri oleh Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hami

    Pemuliharaan Pertukangan Tembaga Di Kampung Ladang, Terengganu

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu, menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu dan mencadangkan langkah yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara seni pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. Kaedah kualitatif yang merangkumi kaedah temu bual dan juga kaedah kepustakaan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan kajian. Kajian ini juga turut menggunakan teori Fungsionalisme yang dikemukan oleh Talcott Parson (1930). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua informan yang ditemu bual mengetahui tentang sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu. Penerimaan informan terhadap pemuliharaan pertukangan tembaga ini adalah sangat memuaskan dan juga diterima dengan baik. Namun begitu, pembangunan yang pesat di Kampung Ladang serta kekurangan pelapis-pelapis baharu untuk menyambung legasi pembuatan tembaga merupakan antara faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang. Oleh itu, pemeliharaan dan juga pemuliharaan yang sewajarnya perlu dilakukan untuk mengekalkan seni pertukangan tembaga ini dengan memberikan pendedahan berkaitan dengan kemahiran pertukangan tembaga, bengkel atau kursus pertukangan tembaga serta kempen-kempen yang berkaitan dengan seni pertukangan tembaga perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib. Secara tidak langsung, dapat mengekalkan seni pertukangan tembaga ini agar tidak luput ditelan zaman

    Kajian Mengenai Peranan Hari Mantai Di Kalangan Masyarakat Melayu Negeri Sembilan

    Get PDF
    Hari Mantai merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, dan ia masih diamalkan sehingga kini. Hari Mantai dikaitkan dengan tradisi orang ramai berkumpul untuk menyembelih ternakan sebelum menyambut ketibaan bulan puasa Ramadan dan Aidilfitri. Walaubagaimanapun, amalan tradisional itu kurang diamalkan pada masa kini, dan generasi muda jarang terlibat dalam proses itu kerana kurang pendedahan mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau peranan Hari Mantai terhadap masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Terdapat tiga objektif utama kajian ini: untuk mengenal pasti amalan yang berlaku semasa Hari Mantai, mengkaji peranan Hari Mantai berdasarkan prespektif masyarakat, dan menganalisis mekanisme yang relevan dalam memelihara dan mengekalkan Hari Mantai. Kajian ini dijalankan di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan dengan menggunakan pendekatan kaedah campuran dalam mendapatkan data. Seramai 10 orang responden telah di temu bual, manakala 97 orang responden telah diberikan soal selidik. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa Hari Mantai amat penting dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan kerana ia mengandungi nilai-nilai yang berbeza seperti nilai sosial, kebersamaan dan kepatuhan. Terdapat juga mekanisme yang relevan dalam mengekalkan Hari Mantai berdasarkan peranan yang berbeza dalam peringkat hierarki masyarakat seperti individu, komuniti, kerajaan negeri dan pelbagai institusi. Dari segi itu, kajian ini penting kerana ia memberikan pengetahuan tentang Hari Mantai dan cadangan untuk pihak berkepentingan untuk mengekalkannya pada masa hadapan

    The factors influencing the intentions of SME’s in choosing Islamic finance in Kelantan, Malaysia

    Get PDF
    This study examines the factors that influence the intention of SMEs in choosing Islamic finance in Malaysia, among the factors SMEs choose Islamic finance for awareness, religion, reputation and satisfaction. In this study, we use a quantitative design to obtain a study on the factors that influence SMEs in choosing Islamic Finance in Kelantan, Malaysia. Small and Medium Enterprises (SMEs) have been key drivers contributing to the economic system and economic growth. In developing countries, SMEs hold the largest share of employment with a contribution to the global labor market of 43.5%. The study design of the study acts as a reference to ensure that the objectives of the study are achieved before answering the research questions. Survey questionnaires were used to collect data using quantitative methods and questionnaires were used for 380 SME owners operating in Kelantan, Malaysia

    Peranan Muzium Komuniti Dalam Pengekalan Identiti di Melaka, Tapak Warisan Dunia Malaysia.

    Get PDF
    Peranan muzium komuniti dalam pengekalan identiti di Melaka, tapak warisan dunia, Malaysia adalah sebuah kajian yang mengkaji peranan tiga buah Muzium Komuniti. Muzium komuniti yang dikaji adalah Muzium Portugis, Muzium Chitti serta Muzium Baba dan Nyonya. Kajian yang dijalankan mendapati pengurusan yang dijalankan oleh Muzium Komuniti dalam menguruskan muzium komuniti bagi mengekalkan identiti mereka dalam masyarakat masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Hal ini berlaku akibat daripada beberapa masalah yang berlaku di Muzium Komuniti yang melibatkan pengurusan seperti sistem komunikasi, pengurusan operasi yang tidak teratur serta caj bayaran kemasukkan yang dikenakan agak mahal. Objektif kajian didalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu mengenalpasti ciri-ciri Muzium Komuniti yang terdapat di Bandaraya Melaka, mengenalpasti faktor yang menyebabkan para pelancong datang melawat ke muzium komuniti di Bandaraya Melaka dan menganalisis peranan muzium komuniti di Bandaraya Melaka terhadap identiti sesebuah bangsa. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kes kajian iaitu memfokuskan kepada ciri-ciri yang ingin dikaji sahaja. Justeru, kajian ini telah menggunakan kaedah kajian campuran iaitu kuantitatif untuk tinjauan berkaitan dengan kepekaan pengunjung, ciri-ciri serta faktor kedatangan pengunjung ke Muzium Komuniti dan kaedah kualitatif iaitu temubual. Dapatan kajian yang didapati menunjukkan bahawa pengunjung yang pernah mengunjungi Muzium Komuniti sedar akan ciri-ciri serta peranan yang dibawa oleh muzium komuniti. Beberapa cadangan turut diutarakan bagi memastikan Muzium Komuniti diberikan perhatian oleh kerajaan negeri dan badan-badan tertentu agar kekurangan yang terdapat di Muzium Komunti ini dapat diatasi

    Transkripsi Perwatakan Wanita Dalam Novel Hatimu Aisyah Karya Zurinah Hassan : Perspesktif Feminisme

    Get PDF
    Hatimu Aisyah adalah sebuah ni novel hasil karya Zurinah Hassan iaitu merupakan seorang Sasterawan Negara ke-13 yang menggambarkan norma-norma masyarakat yang hidup dalam adat dan kebudayaan masyarakat Melayu. Novel beliau ini juga mengangkat novel feminisme yang mengetengahkan kehidupan golongan wanita suatu ketika dahulu yang terikat dengan adat dan pantang larang masyarakat Melayu. Kajian terhadap karya Zurinah Hassan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perwatakan wanita yang terdapat dalam novel Hatimu Aisyah dan menganalisis kepentingan jati diri seseorang wanita dalam novel yang sama. Kajian ini dibincangkan dengan merujuk kepada pendekatan kaedah kualitatif dan pendekatan teori feminisme untuk menilai dalam mengangkat kedudukan dan memartabatkan golongan wanita yang telah diketengahkan dalam analisis dan dapatan kajian di sini. Kata Kunci : Feminisme, Perwatakan, Wanita, Jati Diri, Hatimu Aisya

    Peranan Muzium Nelayan Dalam Pelestarian Identiti Komuniti di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

    Get PDF
    Muzium merupakan institusi yang mendidik masyarakat tentang keagungan bangsa melalui koleksi yang dipamerkan. Pembinaan Muzium Nelayan Tanjung Balau memainkan peranan yang sangat penting untuk generasi muda kerana peranan muzium ini dalam memelihara tamadun nelayan. Isu utama yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Muzium Nelayan, Tanjung Balau di Kota Tinggi, Johor, dalam mendokumentasikan tamadun nelayan Malaysia khususnya di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Matlamatnya adalah untuk mengkaji sejarah penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau, menganalisis paparan di setiap galeri Muzium Nelayan Tanjung Baru, termasuk bahan yang disimpan untuk tujuan pemuliharaan, dan meneliti aktiviti yang dijalankan oleh muzium tersebut di samping usaha yang dijalankan oleh pihak Muzium Nelayan, Tanjung Balau menarik minat pengunjung hadir ke muzium tersebut. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kajian etnografi yang berfokus kepada tujuan kajian ini sahaja. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual. Bagi Teknik pengumpulan diperolehi daripada data primer iaitu hasil temubual dan pemerhatian manakala data sekunder iaitu sumber internet, buku ilmiah, jurnal dan tesis. Dapatan kajian yang didapati menunjukkan bahawa perkembangan sejarah Muzium Nelayan, Tanjung Balau sehingga ke hari ini semakin berkembang dengan penambahan galeri serta koleksi pameran yang dipamerkan Muzium Nelayan, Tanjung Balau. Koleksi pameran yang dipamerkan memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang budaya masyarakat nelayan terdahulu di samping dapat memelihara budaya masyarakat nelayan. Di samping itu, kehadiran pengunjung untuk melawati ke Muzium Nelayan turut memperlihatkan peningkatan atas usaha- usaha yang dijalankan oleh pihak Muzium Nelayan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti- aktiviti yang dapat mendatangkan minat masyarakat untuk hadir ke Muzium Nelayan, Tanjung Balau dan melihat dengan sendiri pameran yang dipamerkan. Kini, dengan perkembangan pesat pemodenan, pengetahuan tentang profesion nelayan, kehidupan nelayan, dan apa-apa elemen yang berkaitan dengan profesion ini kurang diketahui oleh komuniti. Dengan penyelidikan terperinci sedemikian, ia memelihara dan menyediakan maklumat berguna untuk komuniti masa depan

    Pengaruh Seni Bina Pada Bangunan Warisan Istana Jahar

    Get PDF
    Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan Pengaruh Seni Bina Pada Bangunan Warisan Istana Jahar. Kajian ini akan merungkai secara terperinci mengenai latar belakang pembangunan Istana Jahar, pengaruh seni bina pada Istana Jahar dan elemen penentu karektor pada Istana Jahar. Selain itu, kajian ini juga akan menggunakan pelbagai metodologi kajian dalam menyelesaikan masalah kajian iaitu, menggunakan kaedah kualitatif, kaedah kuantitatif, data primer, data sekunder, instrumen kajian serta analisis terhadap data kajian. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini penentuan dalam mencapai objektif kajian akan lebih jelas dan mudah untuk pengkaji mengumpul data-data penting dalam membuat laporan akhir penyelidikan

    Pelestarian Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang Dalam Kalangan Masyarakat Di Parit Raja Batu Pahat, Johor

    Get PDF
    Kajian ini merupakan sebuah kajian mengenai perspektif masyarakat terhadap aktiviti seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan masyarakat dalam pelestarian tarian Kuda Kepang. Persembahan tarian Kuda Kepang merupakan tarian tradisi masyarakat Jawa yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Kuda Kepang ini menggunakan patung anyaman yang dibuat berbentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Selalunya, tarian ini dipersembahkan semasa aktiviti keraian seperti majlis perkahwinan, dan majlis yang melibatkan masyarakat yang ramai. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan menggembirakan hati tetamu yang hadir. Kuda kepang ini menjadi lambang identiti budaya utama di kawasan Parit Raja dan Negeri Johor sebagai aktiviti seni persembahan yang penuh emosi dan indah. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan kajian ini iaitu menemu ramah penduduk kampung untuk mendapatkan maklumat tentang seni persembahan tarian Kuda Kepang. Hasil dapatan kajian ini mendapati masyarakat di Parit Raja masih melestarikan dan mengekalkan tarian ini sehingga sekarang bagi menjagat kebudayaan warisan yang tidak ternilai ini

    Pengekalan Wayang Kulit Wong Di Parit Raja, Johor

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Pengekalan Wayang Kulit Wong Di Parit Raja, Johor. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejarah dan perkembangan Wayang Kulit Wong di Parit Raja, Johor disamping mengkaji persepsi masyarakat Parit Raja mengenai Wayang Kulit Wong. Selain itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis kaedah yang bersesuaian untuk memelihara Wayang Kulit Wong di Parit Raja, Johor. Wayang Kulit Wong merupakan sebuah teater yang menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni lakon, tari dan muzik. Wayang Kulit Wong adalah seni persembahan yang datang dari Jawa, Indonesia dan telah dibawa masuk oleh penghijrah Jawa pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Persembahannya mencerminkan budaya keturunan Jawa. Wayang Kulit Wong Johor pula persembahan kesenian versi Johor yang menggabungkan Wayang Kulit Wong dan Wayang Kulit Purwo. Persembahan Wayang Kulit Wong di Johor bertujuan hiburan semata-mata dan tidak berkonsepkan penyembahan. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan data dan maklumat. Kajian ini turut menggunakan kaedah pengumpulan data menerusi pelbagai jenis seperti temubual, soal selidik, kajian lapangan, kaedah kepustakaan dan sumber internet. Hasil dari dapatan kajian membolehkan pengkaji mengetahui sejarah dan perkembangan Wayang Kulit Wong dengan lebih terperinci. Pada akhir bab ini, pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan dan saranan kepada pihak-pihak berkepentingan khususnya dalam memelihara dan mengekalkan kesenian Wayang Kulit Wong agar terus relevan sehingga generasi akan datang

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇