Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    The effectiveness of E-Payment transactions using encrypted QR code

    Get PDF
    E-payment can be defined as the other way to paying goods or services. People are no need to go out to get it instead they can order and get it through online. It is very easy to use where the user just needs electronic devices such as computers, smartphones or tablets to make any online transactions. Along with the advancement of technology, e-payment has also undergone technological changes where it has changed from the use of credit or debit cards and bank transfers to the use of QR codes to conduct transactions. QR codes are believed to have many special features that can improve the way e-payments operate. The objective and primarily aim of this research are to study the effect of access information, convenient and security to the effectiveness of QR code in e-payment. This current study adopted quantitative methodology and collect data from 269 respondents from Year 3 students under Faculty of Entrepreneurship and Business in University Malaysia Kelantan

    Kepuasan Pengunjung Terhadap Pengurusan Bukit Malawati Sebagai Tapak Pelancongan Warisan di Kuala Selangor.

    Get PDF
    Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai Bukit Malawati, Kuala Selangor yang terletak di negeri Selangor. Bukit Malawati, Kuala Selangor mempunyai potensi dalam industri pelancongan berasaskan warisan sejarah. Namun begitu, terdapat elemen-elemen warisan budaya ketara yang ada yang mampu menjadi faktor tarikan kepada pengunjung di Malaysia khususnya di Bukit Malawati. Pada masa yang sama tahap kepuasan pengunjung yang kurang memuaskan di Bukit Malawati, namun pihak bertanggungjawab tidak memelihara warisan ini serta telah menyebabkan Bukit Malawati semakin dilupakan. Penyelidikan ini juga memberi fokus kepada setiap objektif yang telah dikemukakan yang merangkumi elemen warisan budaya ketara yang ada di Bukit Malawati, tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan Bukit Malawati dan usaha pemeliharaan warisan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan Bukit Malawati sehingga kini. Penyelidikan ini juga berpandukan kepada Teori Semiotik dengan menggunakan kaedah campuran. Kaedah ini dilaksanakan dengan menemu bual beberapa informan menggunakan pensampelan bukan kebarangkalian bola saji atau Snowball yang terdiri daripada pegawai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MDKS). Selain itu, borang soal selidik turut diberikan kepada 269 orang responden melalui google form yang diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan pensampelan kebarangkalian rawak mudah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa potensi Bukit Malawati sebagai tapak pelancongan warisan yang mempunyai tarikan elemen warisan budaya ketara yang terpelihara jika pihak bertanggungjawab memberi kerjasama. Hasil daripada kajian juga mendapati beberapa cadangan yang sesuai dengan permasalahan kajian yang melibatkan inisiatif yang perlu diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor dalam melibatkan komuniti setempat. Kesimpulannya, terdapat banyak potensi elemen warisan yang terdapat di Bukit Malawati. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dalam memastikan warisan sejarah ini terjaga bersama penglibatan komuniti setempat

    Adat Dan Pantang Larang Dalam Aspek Perkahwinan Masyarakat Tidung, Kajian Kes Di Kampung Kalabakan, Tawau.

    Get PDF
    Masyarakat yang hidup dalam sesebuah komuniti yang mempunyai adat dan budaya yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi dapat dijadikan sebagai satu warisan di bawah warisan tidak ketara. Dalam konteks kajian ini, adat resam perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Tidung sejak dahulu dapat melambangkan identiti suku kaum tersebut. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini menerangkan mengenai adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi masyarakat Tidung kajian kes di kampung Kalabakan, Tawau. Kajian ini dilakukan kerana kebanyakan masyarakat Tidung di kampung tersebut berpegang pada agama islam dan mereka merasakan bahawa adat dan pantang larang dalam perkahwinan ini mempunyai unsur-unsur khurafat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi suku kaum Tidung, mengkaji sejauhmana penerimaan generasi muda terhadap adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi suku kaum Tidung serta membincangkan cara untuk mengekalkan adat dan pantang larang dalam perkahwinan. Kaedah kajian pula melibatkan kaedah kualitatif seperti melakukan pemerhatian ke kawasan kajian, menemu bual secara semi struktur terhadap 10 orang responden serta melalui kajian kepustakaan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai tajuk kajian. Kaedah analisis data dalam kajian ini melibatkan analisis tematik yang mana hasil temubual yang dilakukan akan dipindahkan dalam bentuk transkripsi. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa adat dan pantang larang dalam perkahwinan suku kaum Tidung seperti adat melambung, adat berbuka, adat berudot dan banyak lagi. Seterusnya, penerimaan generasi muda mengenai adat dan pantang larang dalam perkahwinan suku kaum Tidung untuk generasi akan datang adalah relevan untuk diamalkan. Oleh yang demikian, hasil kajian yang diperoleh membincangkan cara untuk mengekalkan adat dan pantang larang dalam perkahwinan masyarakat Tidung seperti mengadakan pameran, membuat penyelidikan dan menerbitkan satu dokumentari

    Unsur Budaya Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu

    Get PDF
    Cerita rakyat adalah sebahagian daripada naratif lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui tradisi lisan. Cerita rakyat sememangnya memaparkan banyak nilai murni yang memberikan teladan kepada masyarakat. Namun unsur budaya juga perlu diberi perhatian kerana ia turut menyumbang kepada perkembangan jati diri individu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji dan menganalisis unsur budaya dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini membataskan kepada 20 buah cerita rakyat yang dipilih daripada cerita tokoh dan cerita binatang menerusi teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Sepanjang proses pengkajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan rujukan teks. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu melalui pendekatan moral, pendekatan dakwah dan pendekatan kemasyarakatan dijadikan sebagai deduktif kajian untuk memantapkan analisis kajian. Dapatan kajian membuktikan bahawa cerita rakyat yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan mempunyai pelbagai unsur budaya yang dapat memberi pengajaran dan membentuk keperibadian masyarakat sehingga menghasilkan jati diri yang cemerlang. Kata kunci: Cerita Rakyat, Unsur Budaya, Teori Pengkaedahan Melayu, Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan

    Main Pateri Sebagai Sebuah bentuk Drama Terapi Melayu Di Kampung Laut, Tumpat

    Get PDF
    Kajian ini berdasarkan persembahan Main Peteri sebagai sebuah bentuk drama terapi Melayu di Kampung Laut, Tumpat. Kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejarah dan perkembangan Main Peteri di Negeri Kelantan serta mengenalpasti fungsi Main Peteri serta unsur mistik yang terdapat dalam seni persembahan ini. Selain itu, dalam kajian yang dilakukan ini dapat mengkaji usaha dalam memelihara dan memulihara seni persembahan Main Peteri yang merupakan salah satu warisan di Negeri Kelantan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Disamping itu, kajian menggunakan kaedah pengumpulan data melalui pelbagai jenis antaranya temubual, kajian lapangan, kaedah perpustakaan dan rujukan Internet. Oleh itu, tujuan projek penyelidikan ini dijalankan juga bertujuan menjelaskan cadangan kepada pihak berwajib supaya seni persembahan Main Peteri ini terus dipelihara dan terjaga supaya dapat dipromosikan secara meluas sehingga generasi akan datang. Kata Kunci: Main Peteri, sejarah dan perkembangan, unsur mistik, memelihara dan memulihara, Kelanta

    Kajian Tentang Penerimaan Masyarakat Terhadap Keris Sebagai Jati Diri Bangsa Melayu

    Get PDF
    Di dalam kajian ini, tajuk yang dipilih adalah kajian tentang penerimaan masyarakat terhadap keris sebagai lambang jatidiri bangsa Melayu. Fokus utama kajian ini adalah terhadap masyarakat berbangsa Melayu. Keris merupakan salah satu daripada senjata tradisional yang terdapat di Malaysia dan ia telah wujud sekitar penghujung abad ke 15 dan awal abad ke 16. Seterusnya, permasalahan yang dikaji dalam kajian ini adalah mengenai masyarakat masa kini yang semakin kurang berminat dengan terhadap keris, kekurangan tukang ukir hulu dan sarung, tukang empu, serta pelapis seterusnya, dan peranan keris dalam masyarakat moden. Di samping itu, melalui kajian ini juga telah wujud beberapa persoalan untuk dikaji berkaitan dengan tajuk ini, iaitu apakah fungsi keris terhadap masyarakat Melayu zaman dahulu, bagaimanakah keris pada hari ini berfungsi sebagai lambang jatidiri terhadap masyarakat Melayu pada zaman sekarang dan bagaimanakah penerimaan masyarakat Melayu zaman sekarang terhadap seni pembuatan keris. Manakala kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Pegumpulan data dilakukan menggunakan kaedah data premier iaitu sesi temubual dan data sekunder melalui artikel, perpustakaan dan bahan ilmiah. Akhir sekali, saya mengharapkan hasil daripada kajian akan jadi panduan dan ilmiah yang berguna serta dipakai oleh semua golongan

    The knowledge of zakat in business among Muslim entrepreneur in Kelantan

    Get PDF
    This study related to the knowledge of zakat in business among Muslim entrepreneurs in Kelantan is the first study conducted by researchers. The process of data entry, analysis tests and findings have also been done according to the desired process and the results obtained are seen to meet the questions formed. In fact, the findings have also been able to answer all research questions and research objectives. The results of the studies and discussions that have been presented in this study clearly show that the level of knowledge about zakat in business among Muslim entrepreneurs in Kelantan is at a moderate level. However, this study has limitations that should be considered where; this study uses a small sample size causing the results to be less accurate. The study sample is also limited to Muslim entrepreneurs in Kelantan only and does not represent all Muslim entrepreneurs in Malaysia. However, the results of this study can be utilized by various parties to increase the knowledge of Muslim entrepreneurs about zakat in business

    The acceptance of Islamic banking products and services among Islamic banking students in University Malaysia Kelantan

    Get PDF
    The overview to the research of The Acceptance of Islamic Banking’s Product and service among Islamic Banking Students in University of Malaysia Kelantan. It will conclude introduction with nine main sections namely background of study, problem statement research questions research objective and operational definition. Other than that, it also be continue by scope of study, significance of study and organization of the proposal of the terms used to construct the conceptual model

    Psikodrama Moden Dan Tradisional; Kajian Mengenai Kesamaan Struktur Dan Elemen

    Get PDF
    Psikodrama telah ditakrifkan sebagai satu kaedah amalan hidup yang tidak terikat dengan hukuman dan kesalahan. Aksi yang berlaku dalam sesi berkumpulan adalah cara melihat kehidupan seseorang semasa ia bergerak. Ia adalah satu cara untuk mengalami apa yang berlaku dan apa yang tidak berlaku dalam situasi tertentu. Semua adegan berlaku pada masa kini, walaupun seseorang itu mungkin ingin mencipta kembali sesuatu daripada masa lalu atau sesuatu di masa hadapan. Kumpulan itu melakonkan sebahagian daripada kehidupan yang dilihat melalui mata protagonis (atau subjek sesi tersebut). Representasi kebenaran peribadi oleh protagonis boleh membuka mata sorang yang menonton, dan mungkin melihat cerminan diri mereka dalam perjuangan untuk menyatakan apa yang sebenar. Main Puteri dan Drama Terapi merupakan sebahagian dari pecahan bentuk-bentuk psikodrama yang ada dan dimainkan oleh masyarakat mengikut topografinya tersendiri. Elemen terapeutik di dalam psikodrama mampu memberi kesan di dalam kehidupan seseorang, membawa kepada perubahan yang lebih positif

    Konvensyen Usahawan Alumni Universiti Awam Ke-2

    No full text
    Program Konvensyen Usahawan Alumni Universiti Awam Ke-2 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bacho

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇