Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Kesediaan Murid Mengaplikasikan Penggunaan Web 2.0 dalam Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah
Penggunaan Web 2.0 mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengubah teknik atau kaedah pembelajaran murid termasuk cara memperoleh maklumat berkaitan pembelajaran serta berinteraksi. Kajian ini bertujuan adalah untuk mengenal pasti kesediaan murid dalam mengaplikasikan penggunaan Web 2.0 sebagai platform pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Sejarah. Teknik persampelan yang digunakan untuk mewakili populasi kajian ini adalah teknik persampelan rawak mudah. Seramai 285 orang murid sekolah menengah Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua merupakan sampel kajian ini. Instrumen kajian ini yang digunakan adalah soal selidik skala likert empat mata yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan murid dalam penggunaan aplikasi Web 2.0 berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan murid sekolah menengah. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan min tahap pengetahuan dan sikap murid terhadap penggunaan Web 2.0 dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan jantina dan umur. Implikasi kajian ini mencadangkan kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah PdPc supaya proses pembelajaran Sejarah lebih menarik dan berkesan
Pengkategorian Identiti dalam Iklan Peribadi: Kajian Representasi Gender Berasaskan Korpus
Iklan peribadi menyediakan data yang ideal bagi mengkaji konstruksi identiti dan gender. Ciri-ciri identiti yang dipilih dan ditonjolkan dalam iklan peribadi memberi gambaran idealis personaliti dan tingkah laku individu yang mencari pasangan dalam pelbagai jenis masyarakat dan budaya yang berlainan. Kajian ini meneliti gabungan pengkategorian identiti dengan ekspresi penilaian ATTITUDE dalam penghasilan identiti gender maskulin dan feminin dalam iklan peribadi pengiklan lelaki dan wanita di Malaysia. Dengan menggunakan pendekatan analisis wacana dan teknik korpus linguistik, kajian ini memperlihatkan konstrual identiti gender sebagai satu interaksi kompleks pengkategorian identiti dan himpunan sumber penilaian ATTITUDE dalam teks. Pola lazim identiti gender yang tipikal dan tidak tipikal terhasil dengan membandingkan kategori struktur dan semantik deskripsi pengiklan. Penyataan-I dan kumpulan nominal membentuk titik permulaan analisis dan pola linguistik diklasifikasikan secara semantik mengikut kategori ATTITUDE dari kerangka teori Appraisal dan kerangka Pengkategorian Pelaku Sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa orientasi pengiklan terarah kepada permintaan bakal pasangan dalam konteks pemilihan pasangan hidup. Pengiklan didapati menghasilkan konstruksi identiti yang selari dengan apa yang dicari oleh lelaki dan wanita secara umum, sebagai contoh ‘wanita penyayang’ dan ‘lelaki berjaya dan stabil kewangan’. Di samping itu, dapatan kajian juga menemukan representasi identiti Malaysia sebagai ‘a simple person’ atau ‘seorang yang sederhana’ yang melangkaui batasan gender. Kajian ini menyumbang kepada bidang gender dan linguistik dengan mengenal pasti kategori dan interaksi fitur linguistik femininiti dan maskuliniti melalui analisis berasaskan korpus iklan peribadi
Hubungan Antara Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Indeks Jisim Badan Murid Perempuan Semasa Pandemik Covid-19
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI murid perempuan sekolah luar bandar di daerah Rembau, Negeri Sembilan semasa wabak pandemik COVID-19. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) oleh (WHO, 2002) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Populasi kajian adalah dalam kalangan murid yang berusia 16 hingga 17 tahun dan jumlah sampel kajian seramai 312 orang murid. Dapatan kajian mendapati tahap penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan adalah diklasifikasikan sebagai aktif. Tahap BMI pula menunjukkan bahawa murid berada dalam kategori berat badan normal iaitu 69.2% dengan min = 21.56kgm-2. Hasil ujian korelasi pearson pula mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI dalam kalangan murid iaitu r = 0.019; p > 0.05 = 0.732. Keseluruhannya, penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan sekolah menengah luar bandar di daerah Rembau tidak memberikan kesan terhadap tahap BMI semasa pandemik COVID-19. Penglibatan awal murid dalam aktiviti fizikal adalah salah satu komponen yang penting dalam memperoleh kesihatan yang baik dan mengelakkan diri daripada mendapat risiko penyakit tidak berjangkit. Pihak sekolah dan guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu merangka program yang boleh menarik minat murid dalam melibatkan diri lebih aktif dalam aktiviti fizikal semasa pandemik COVID-19 ini
Challenges and Opportunities for History Education Teachers: Post Covid-19 Pandemic Era
This paper discusses the Challenges and Opportunities of History Education Teacher Placement: The Post-Pandemic Era of Covid 19. Descriptive quantitative research methods were used in this study. The population for this study is focused on students of History Education Faculty of Psychology and Education at a public university in Sabah who are in the first year and second year of study that is session 2020 & 2021. The results show that the dominant factor of vacancies in finding placements to serve other than public schools is teaching education or History subjects in private secondary schools. However, History Education students still feel grateful if they are destined to teach in non-government and non-option schools. They are also willing to shoulder responsibilities in the workplace without much grievance. Given the difficulty of getting a job in the post-pandemic era of Covid-19. Recognizing the current needs, History Education students are also willing to equip themselves with the skills to explore various online or non-online platforms to develop a teacher career regardless of options
Tahap Kompetensi Jurulatih Sukan dalam Melaksanakan Latihan
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi jurulatih sukan dalam kalangan guru melaksanakan latihan di sekolah sekitar Putrajaya. Jurulatih sukan yang berkompeten dalam kalangan guru dapat memberi faedah kepada kepada atlet yang dilatih bermula di peringkat sekolah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Skala Kompetensi Kejurulatihan (CCS). Kajian ini melibatkan 34 orang jurulatih sukan dalam kalangan guru di sekitar Putrajaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi jurulatih sukan dalam kalangan guru adalah tinggi iaitu MC (min=5.46, S.P=0.90), GSC (min=5.16, S.P=1.07), TC (min=5.34, S.P=1.12) dan CBC (min=5.73, S.P0.88=). Majoriti jurulatih sukan dalam kalangan guru di sekitar Putrajaya menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi dalam kesemua empat dimensi kompetensi jurulatih sukan
Peranan Efikasi Kendiri dan Kemahiran Teknologi Digital Guru Sekolah Rendah dalam Memotivasikan Pembelajaran Murid
Pelaksanaan Education 4.0 mementingkan kemahiran teknologi. Teknologi digital menjadi satu pelantar penting untuk merevolusikan pembelajaran, menginovasi pedagogi dan meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dan tahap kemahiran teknologi digital guru dengan motivasi belajar murid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Sejumlah 118 orang guru dari lima buah sekolah rendah dipilih sebagai sampel kajian melalui persampelan rawak mudah. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES), Computer Self-Efficacy Scale (CSE) dan Instructional Material Motivational Survey (IMMS). Statistik deskriptif dan statistik inferensi untuk menganalisis data menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri guru dalam penggunaan teknologi digital adalah tinggi (M=4.04, SD=0.62) dan tahap kemahiran teknologi digital guru juga tinggi (M=4.01, SD=0.71). Berdasarkan perspektif guru, tahap motivasi belajar murid melalui penggunaan teknologi digital juga tinggi (M=4.30, SD=0.62). Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana dan signifikan antara efikasi kendiri guru dengan motivasi belajar murid, r(118)=.590, p=.000 (p<0.01) dan juga antara tahap kemahiran teknologi digital guru dengan motivasi belajar murid, r(118)=.671, p=.000 (p<0.01). Hasil kajian ini membuktikan efikasi kendiri guru terhadap teknologi digital dan tahap kemahiran teknologi digital guru memainkan peranan dalam memotivasikan pembelajaran murid. Penggunaan teknologi digital oleh guru di dalam bilik darjah dapat meningkatkan motivasi belajar dan kualiti pembelajaran murid
Kesan Strategi Metakognitif Ke Atas Kemahiran Bacaan Pemahaman Murid SJKC Tahap 2
Dalam pembelajaran bacaan pemahaman murid sekolah rendah tahap dua menghadapi masalah tidak dapat membentuk kemahiran menaakul dan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam proses bacaan pemahaman. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah kemahiran bacaan pemahaman dan kesan penggunaan strategi metakognitif dalam peningkatan kemahiran bacaan pemahaman dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tahap 2. Kajian tindakan ini telah dijalankan ke atas 36 orang murid Tahun 5 di sebuah SJKC di lokasi bandar. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik, praujian, pascaujian dan refleksi kendiri untuk mengenalpasti masalah-masalah murid dalam bacaan pemahamn dan juga meninjau tahap penguasan kemahiran bacaan pemahaman murid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan metakognitif murid setelah dijalankan strategi metakognitif mengikut pelan intervensi yang telah ditetapkan. Keputusan yang diperolehi melalui ujian -t bersandar menunjukkan nilai t35=-8.76 ; p=0.000 dapat dilihat terdapat perbezaan yang signifikan min praujian dan pascaujian pencapaian murid yang meningkat daripada 63.81 ke 85.67 membuktikan bahawa strategi metakognitif dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan pemahaman dikalangan murid sekolah rendah. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong bahawa strategi metakognitif boleh meningkatkan keupayaan murid dalam bacaan pemahaman. Oleh itu dicadangkan strategi metakognitif boleh diaplikasikan oleh guru bahasa dalam pengajaraan bagi meningkatkan kemahiran bacaan pemahaman murid
Study of Sleep Behaviour of Adolescent Athletes Sports School Malaysia Sabah
Many athletes do not realize that sleep is one of the necessary elements in their daily routine as athletes. For this reason, most athletes often neglect and do not practice good sleep behaviors in helping athletes to get quality sleep. This study was conducted to identify the sleep behavior of SSMS athletes and look at the differences in the sleep behavior of athletes based on age and also the level of athlete involvement and performance in sports. A total of 152 respondents were involved in this study. This study used the Athlete Sleep Behavior Questionnaire (ASBQ) which is a survey specifically designed to survey and evaluate the sleep behavioral characteristics of athletes. Significant difference F (2, 149) = 6.148, p = .003. Tukey HSD showed a significant mean score difference between the group of 13 to 15 years (M = 2.07, SP = 0.489) and the group of 18 years and above (M = 2.39, SP = 0.382) with a p value of .002
Hubungan Antara Penglibatan Sukan dan Akademik Atlet Sekolah Rendah
Penglibatan murid dalam bidang sukan sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka. Kecemerlangan akademik tidak mencukupi bagi seseorang pelajar mahupun murid dalam era globalisasi ini. Aktiviti kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan juga merupakan salah satu cabang kejayaan bagi seseorang individu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara penglibatan sukan dan akademik di kalangan atlet sekolah rendah khususnya di sekitar daerah Telupid-Tongod, Sabah. Seramai 62 orang atlet sekolah rendah telah dipilih secara rawak untuk menjawab soalan soal selidik yang telah diedarkan bagi mendapatkan data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Sciences). ANOVA sehala dan korelasi Pearson (r) digunakan untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan antara penglibatan sukan dan akademik atlet sekolah rendah. Atlet terlibat aktif dalam aktiviti sukan namun ianya tidak mempengaruhi akademik mereka
Readiness of Physical Education Teachers Implementing Flipped Classroom Approach: A Comparison of Gender and Relationship with Teaching Experience
This study aims to determine the readiness of physical education (PE) teachers in implementing a flipped-classroom approach in teaching. Quantitative methods using descriptive and correlation approaches were conducted on 256 PE teachers. The findings of the study show that the readiness of teachers in terms of institutional support, technology self-efficacy, teacher beliefs, and teaching strategies are at a high level. There was no significant difference in the readiness of PE teachers in implementing a flipped-classroom approach in gender-based teaching. However, a significant relationship occurs between teachers' readiness and experience in teaching PE subjects. The results of this study provide implications for teachers to equip themselves to increase readiness in implementing flipped classrooms. Thus, this study can be used as a stepping stone for future studies to further enhance the readiness and implementation of flipped classrooms among PE teachers