Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Strategi Sokongan Perubahan Untuk Mengatasi Tekanan Emosi Guru Novis di Sekolah

    No full text
    Tempoh permulaan karier sebagai guru biasanya digambarkan sebagai satu situasi yang mencabar emosi guru. Guru permulaan atau dikenali sebagai guru novis menghadapi situasi yang mencabar emosi mereka kerana mereka beralih dari fasa guru pelatih kepada guru permulaan di sekolah. Matlamat kertas konsep ini adalah untuk mengkaji bagaimana guru novis boleh menggunakan strategi Sokongan Perubahan untuk mengatasi tekanan emosi sebagai guru baharu di sekolah. Terdapat empat langkah dalam strategi sokongan perubahan iaitu mengukuhkan keraguan, mencabar pemikiran negatif, memperbaharui amalan dan mencapai kompetensi. Dapatan melalui kajian terdahulu mendapati guru-guru novis ada menggunakan strategi sokongan perubahan dalam mengatasi tekanan emosi mereka di sekolah. Sokongan perubahan yang baik mempengaruhi emosi dan kualiti kerja guru-guru novis. Kesimpulannya, strategi sokongan perubahan boleh digunakan sebagai salah satu cara dalam mengatasi tekanan emosi guru novis di sekolah

    Chinese Older Adults' Motivations and Preferences for Television Watching During the Pandemic

    No full text
    Amidst the COVID-19 pandemic, numerous countries implemented lockdown measures, which significantly impacted individuals' mental well-being, particularly older adults. As a pervasive medium, television constitutes a vital resource upon which this demographic relies, and is posited to bolster their psychological health. Given the rapid growth of the aging population in China and the ongoing implementation of the Dynamic Covid-zero strategy, it becomes imperative to examine the preferences and motivations underlying television consumption amongst older adults during this era, an aspect often neglected in extant literature. In the present investigation, semi-structured interviews employing qualitative methodologies were conducted with a sample of 19 older adults, followed by tertiary coding utilizing NVivo software. The findings reveal a substantial increase in television viewership among older Chinese adults during the COVID-19 pandemic. Key motivations underpinning their television consumption include recreation, information acquisition, social engagement, and educational purposes. Furthermore, their programmatic preferences encompass news, dramatic productions, variety programs, and sporting events

    Pengesahan Instrumen Pengurusan Risiko Aktiviti Kokurikulum di Institut Pendidikan Guru Malaysia: Model Pengukuran Rasch

    No full text
    Instrumen pengurusan risiko aktiviti kokurikulum (PRAKO) telah dibangunkan untuk mengukur pengurusan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini adalah untuk mengesahkan instrumen PRAKO dengan model pengukuran Rasch (Winsteps). Instrumen PRAKO mengandungi 58 item yang menggunakan skala Likert lima mata dengan tiga pecahan konstruk. Tiga pecahan konstruk itu ialah manusia, peralatan dan persekitaran yang terhasil daripada penggunaan prinsip asas pengurusan risiko, iaitu pengenalpastian, penilaian, pemilihan operasi dan pelaksanaan. Sampel kajian yang diperoleh melalui pensampelan rawak mudah terdiri daripada 107 tenaga pengajar yang berpengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang kokurikulum dari 27 kampus. Analisis kesahan menunjukkan PTMEA-Corr bagi kesemua 58 item berada pada nilai positif >0.00(+), semua item dikekalkan kerana menepati kehendak nilai outfit MNSQ, outfit ZSTD dan PTMEA-Corr. bagi kesesuaian item. Konstruk manusia mempunyai peratus RV explained by measures (53.2%) dengan nilai unexplained variance dalam kontras pertama (8.8%), konstruk peralatan (55.4%, 9.4%), dan konstruk persekitaran (42.2%, 8.7%) adalah baik, memiliki keekadimensian yang kuat dan kesahan konstruk yang tinggi bagi analisis komponen utama. Kesahan dan kebolehpercayaan PRAKO diakui oleh nilai alfa Cronbach (KR-20) sangat tinggi iaitu 0.96. Kebolehpercayaan item (0.94) dan responden (0.89). Nilai pengasingan item (4.07) dan responden(2.89). Jelaslah bahawa, PRAKO dapat mengukur pengurusan risiko aktiviti kokurikulum dalam kalangan tenaga pengajar kokurikulum di IPGM

    Strategi dan Cabaran Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Terbeza dalam Kalangan Guru di Sekolah Rendah

    No full text
    Pendekatan pembelajaran terbeza merupakan salah satu strategi yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi masalah keciciran dan jurang pencapaian murid di sekolah. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka strategi yang digunakan oleh guru-guru di sekolah rendah dan cabaran yang dihadapi ketika mengimplementasikan pendekatan pembelajaran terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual. Peserta kajian terdiri daripada 7 orang guru daripada 4 buah sekolah rendah di daerah Muar. Hasil temu bual telah dianalisis secara tematik. Kajian mendapati elemen kandungan dan aspek kesediaan murid merupakan fokus utama guru dalam merancang pengajaran mereka. Hasil kajian juga mendapati faktor masa merupakan cabaran yang terbesar dihadapi oleh guru diikuti dengan jumlah murid yang ramai, jurang tahap penguasaan murid yang besar dan diikuti oleh kekurangan bahan mengajar yang sesuai. Berdasarkan pemilihan strategi, teknik dan cabaran yang telah dikenal pasti, guru-guru, pentadbir dan bahagian pembangunan guru boleh mengambil langkah yang lebih relevan dan holistik dalam membantu guru-guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka

    Tahap Kepimpinan Etika Guru Besar dan Hubungannya dengan Kompetensi Guru di Sekolah Rendah Daerah Meradong

    No full text
    Dalam aspek pendidikan, kepimpinan etika adalah satu nilai yang tinggi dalam diri individu dan nilai moral yang wujud dalam dirinya akan memberi impak yang positif kepada kompetensi guru yang merupakan tunjang utama kesejahteraan sekolah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepimpinan etika guru besar dan hubungannya dengan kompetensi guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26. Populasi kajian adalah seramai 149 orang dan sampel kajian adalah seramai 106 orang yang ditentukan melalui kaedah pensampelan rawak. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan etika guru besar di Daerah Meradong berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min = 4.22, s.p. = 0.500. Tahap kompetensi guru di sekolah-sekolah rendah Daerah Meradong juga berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min = 4.23, s.p. = 0.510. Hubungan antara kepimpinan etika guru besar dengan kompetensi guru adalah signifikan pada tahap sederhana (r = 0.339). Diharap kajian ini dapat memberi input berkaitan amalan kepimpinan guru besar kepada Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan (EPRD), KPM dan Institut Aminuddin Baki (AIB) dalam usaha mengenal pasti isu yang melibatkan kepimpinan etika guru besar dan kompetensi guru. Kesimpulannya, guru besar sebagai pemimpin utama sekolah masih perlu berpegang kepada nilai kepimpinan etika dalam mempengaruhi guru-guru untuk sama-sama memacu kecemerlangan sekolah di samping membangunkan kompetensi guru

    Keterlibatan Murid Sekolah Menengah Luar Bandar: Peranan Sokongan Ibu Bapa dan Guru

    No full text
    Keterlibatan murid memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah di samping mempengaruhi perkembangan diri murid. Tujuan utama kajian ini dijalankan iaitu untuk mengenal pasti sokongan ibu bapa dan guru terhadap keterlibatan murid di lima buah sekolah menengah luar bandar daerah Subis. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan. Data dikumpulkan menggunakan teknik pengumpulan data secara rawak terhadap 260 orang responden murid tingkatan 5 di daerah Subis. Cara pengumpulan data adalah menggunakan instrumen borang soal selidik. Untuk menganalisis frekuensi, peratus, min, dan sisihan piawaian analisis deskriptif telah digunakan. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tahap sokongan guru terhadap keterlibatan murid sekolah menengah luar bandar pada tahap yang tinggi (M=4.04, SP= 0.53). Namun tahap sokongan lain seperti tahap keterlibatan individu murid menunjukkan tahap yang sederhana tinggi iaitu ( M=3.77, SP=0.58) dan tahap sokongan ibu bapa (M=3.8, SP=0.52) pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan ibu bapa dengan keterlibatan murid (r=0.580, p=0.0001) dan ini terbukti melalui analisis Korelasi Pearson yang telah dikaji. Kesimpulannya keterlibatan murid saling berhubung dengan sokongan ibu bapa dan guru. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan khususnya terhadap sekolah-sekolah menengah luar bandar, ibu bapa dan guru

    Pengetahuan dan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya Terhadap Murid Berkeperluan Khas

    No full text
    Kajian ini meneroka penglibatan ibu bapa dan keluarga dalam Program Transisi Kerjaya (PTK) serta pengetahuan mereka mengenai pelaksanaan PTK ini. Ibu bapa berperanan sebagai rangkaian sokongan semula jadi kepada anak-anak-anak. Justeru, ibu bapa perlu berpengetahuan tentang PTK dari aspek kefahaman dan penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan PTK terhadap anak mereka yang berkeperluan khas. Kajian kes ini telah menemu bual 3 orang ibu kepada MBK di Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah dalam daerah Gombak. Hasil dari analisis temu bual didapati kesemua subjek kajian tidak mempunyai pengetahuan dan penglibatan terhadap PTK kerana tiada pendedahan diberikan kepada mereka. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak dan maklumat penting kepada semua pihak yang bertanggungjawab agar melaksanakan PTK dengan lebih meluas dan melibatkan semua pihak

    Pengajaran Terbeza: Kajian Tinjauan Terhadap Guru Sejarah Sekolah Menengah di Sabah

    No full text
    Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan, dan amalan serta cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan Pengajaran Terbeza. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 233 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sejarah sekolah menengah yang mengajar di negeri Sabah. Seterusnya, bagi membuat kutipan data borang soal selidik digunakan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) edisi 23.0. Seramai 30 orang responden telah dilibatkan dalam satu kajian rintis. Hasilnya, alfa Cronbach bagi keseluruhan item adalah 0.933 bagi keseluruhan 48 item yang diukur. Dapatan menunjukkan kesemua lima aspek yang diukur mencatatkan skor min yang tinggi. Tahap skor min pengetahuan adalah 4.07, penerimaan ialah 4.16, kesediaan adalah 3.72, amalan ialah 3.83 dan cabaran adalah 3.73. Dapatan ini juga menunjukkan min bagi aspek cabaran pada tahap yang tinggi semasa melaksanakan Pengajaran Terbeza walaupun tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan yang tinggi. Oleh itu, diharapkan pihak yang berkenaan sewajarnya meneliti setiap cabaran yang diketengahkan dalam kajian ini. Dengan penelitian dan tindakan sewajarnya dari semua pihak diharapkan guru terus bermotivasi melaksanakan Pengajaran Terbeza yang terbukti keberkesanannya dalam kajian-kajian sebelum ini

    Illegal Medical Product and Deferred Prosecution Agreement in Malaysia

    No full text
    The recent covid-19 pandemic has seen a demand for medical products. The problem identified is that unscrupulous traders are seen to be taking advantage of the situation by selling illegal products. The Ministry of Health seized 23 278 illegal pharmaceutical products worth more than RM 600 000 during Operation Pangea XIII, which was conducted in 2020. One of the factors identified for such illegal activity is the prosecution and penalty imposed on the traders is ineffective in acting as a deterrent as the profits gained from selling the products are much higher than the fine imposed. Adopting a doctrinal approach, this article analyses the provisions for combatting illegal medical products in Malaysia. The article aims to assess whether the provisions successfully overcame the problems of illegal medical products on the market. It is submitted the present law is outdated. It was found that Malaysia should consider implementing DPA. This is because based on the experience of other jurisdictions, DPA is able to deter traders from selling illegal medical products by imposing hefty penalties. Thus, DPA will create healthy environments for the consumption of medical products for Malaysia consumers

    The Effectiveness of Event Promotion by Using Social Networking Site (SNS)

    No full text
    The evolution of the era showed people had changed their living style. To conduct their regular chores, people today need technological gadgets like tablets, smartphones, and PCs. While the majority of individuals now consider having access to the Internet and different social media platforms to be a norm and part of their everyday lives. It indicates the importance of the Internet and social media in people's daily lives nowadays and the widespread use of social media as a promotional tool by the majority of businesses. However, is there effective in promoting the events and reliable to promote the event? In order to determine the efficiency of event advertising, this study will look at the Social Networking Site (SNS) channel. This study involved 200 surveys among event participants using simple random sampling in Kuching City, Sarawak. The results of the descriptive study indicate that the SNS channels are the factors that can affect how well an event is promoted

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇