Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Body narratives in the film Marry My Dead Body: Symbols, Power, History

    No full text
    This paper presents a detailed analysis of the body narrative in the Taiwanese comedy film Marry My Dead Body, exploring how bodily representations serve as a vehicle for examining Taiwan's complex social and cultural contexts. Utilizing Foucault's theory of discourse and power, this study investigates the narrative strategies and power dynamics embedded in the film's portrayal of bodies. The contrasting depictions of human, ghostly, and gendered bodies dissolve conventional fears surrounding ghosts and death, while simultaneously addressing the contentious issue of same-sex marriage. Through the characters Mao Mao and Ming Han, the film reflects Taiwan's intricate social fabric, where traditional and modern gender roles intersect. Mao Mao’s body symbolizes Taiwan's evolving gender culture, while Ming Han's body embodies traditional Chinese gender symbols, making bodily representation a multifaceted carrier of cultural, social, and historical meanings. This analysis contributes to a deeper understanding of gender culture in Taiwan, challenging the conventional view of LGBTQ+ representation in contemporary Taiwanese cinema

    Personaliti Big Five dan Profesionalisme Guru: Sebuah Kajian Literatur Sistematik

    No full text
    Memahami personaliti Big Five bukan sahaja membantu guru mengenali diri mereka, tetapi juga menjadi kunci untuk meningkatkan profesionalisme dan keberkesanan pengajaran. Kajian ini bertujuan meninjau secara sistematik hubungan antara trait personaliti Big Five dan profesionalisme guru, berfokus kepada prestasi kerja, kepuasan kerja, tingkah laku, kecekapan, bakat mengajar dan kejayaan kerjaya. Pencarian artikel melalui pangkalan data utama seperti Scopus, Google Scholar, Science Direct, dan Academia menemui 20 artikel yang menepati kriteria yang ditetapkan. Kajian ini menggunakan Model PRISMA sebagai panduan dalam pencarian literatur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa trait personaliti seperti Conscientiousness dan Openness dikaitkan dengan prestasi kerja yang lebih baik, penglibatan kerja yang tinggi, serta kejayaan kerjaya yang lebih memuaskan. Sebaliknya, personaliti Neuroticism memberi impak negatif terhadap kesejahteraan dan penglibatan kerja. Di sektor pendidikan, guru dengan ciri Openness dan Extraversion menunjukkan keberkesanan pengajaran yang lebih tinggi dan kesejahteraan yang lebih baik. Sebaliknya, personaliti Neuroticism berpotensi menghalang prestasi pengajaran. Kajian ini juga mendapati bahawa perubahan personaliti seiring usia mempengaruhi pendekatan pengajaran. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman lebih mendalam mengenai personaliti Big Five dan membantu dalam merancang program pengembangan profesional yang lebih efektif untuk guru. Ini adalah untuk merancang program pengembangan profesional yang menyokong perkembangan personaliti positif di kalangan guru, yang dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan kesejahteraan mental pendidik, serta menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar dan membuka ruang untuk penyelidikan lanjut dalam bidang psikologi pendidikan serta peningkatan kualiti pendidikan secara keseluruhan

    Tahap Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Pelajar terhadap Pertanian Bandar

    No full text
    Sejak beberapa tahun lalu, isu keselamatan makanan hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh banyak pihak. Isu ini memberi impak negatif pada konsep keselamatan insan dan perlu ditangani dengan menggunakan pendekatan terbaik. Sehubungan dengan itu, konsep pertanian bandar yang berorientasikan kerjasama masyarakat setempat diperkenalkan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran sendiri bahan makanan segar, bersih, berkualiti dan selamat untuk dimakan. Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar terhadap pertanian bandar serta hubungan yang wujud antara ketiga-tiga faktor ini dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Sampel kajian yang dipilih secara rawak mudah terdiri daripada 307 orang pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Proses pengumpulan data primer melibatkan pengedaran borang soal selidik secara atas talian menerusi platform Google Forms kepada responden. Data kuantitatif yang dikumpul daripada kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar sekolah menengah mempunyai tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku pada aras yang sederhana tinggi terhadap pertanian bandar dan terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar terhadap pertanian bandar. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan atau sumber rujukan kepada para penyelidik, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sekolah dalam membuat penambahbaikan terhadap proses penggubalan dasar atau pembentukan kurikulum baharu yang mengutamakan literasi dan kemahiran pertanian dalam kalangan pelajar sekolah

    The Influence of Online Customer Reviews on Brand Attitudes and Repurchase Intentions in E-Commerce in China

    No full text
    Online customer reviews (OCRs) play a pivotal role in shaping consumer behavior in the e-commerce landscape, particularly in China, where digital platforms dominate retail. This study explores the influence of OCRs on brand attitudes and repurchase intentions through a qualitative approach, utilizing in-depth interviews with e-commerce consumers. The findings reveal that the credibility and trustworthiness of OCRs, shaped by factors such as verified purchases, visual evidence, and detailed content, significantly impact consumer perceptions of brands. Positive reviews enhance trust and loyalty, while negative reviews have a stronger deterrent effect on repurchase intentions, particularly when corroborated by multiple sources. Emotional engagement with OCRs emerged as a critical mechanism, with relatable and detailed reviews resonating more profoundly with consumers. Cultural factors, including collectivist values and the integration of social media with e-commerce platforms, amplify the influence of OCRs by fostering community validation and social proof. The study highlights the importance of active review management for brands, emphasizing strategies such as encouraging authentic and detailed reviews, addressing negative feedback constructively, and leveraging social media to build trust and loyalty. These findings offer valuable insights for e-commerce businesses aiming to enhance customer engagement and drive repeat purchases in a competitive digital market. Future research is recommended to explore the integration of advanced technologies, such as AI, to further optimize the effectiveness of OCRs

    Fear of Missing Out as a Predictor of Repetitive Negative Thinking

    No full text
    When individuals are absent from positive social experiences, feelings of apprehension known as Fear of Missing Out (FoMO) may emerge. It may be often accompanied by repetitive negative thinking (RNT) as they persistently dwell on and feel anxious about the missing experiences. However, limited research has been conducted on the predictive relationship between them due to their current emerging state in the field of literature. Thus, this study aimed to examine FoMO as a positive predictor of RNT in Malaysia, an understudied collectivist culture that values interconnectedness. In this cross-sectional study, 80 Malaysian emerging adults aged between 18 and 25 were recruited, whereby they were required to answer the Fear of Missing Out Scale (FoMOs) and Perseverative Thinking Questionnaire (PTQ). Using a simple linear regression analysis, the results found that FoMO significantly and positively predicted RNT. Hence, this study has advanced the scarce knowledge in this field of literature, urging educational institutes to introduce adaptive methods for emerging adults to reframe their FoMO experiences and eventually reduce RNT

    Pengendalian Kes Kanak-Kanak Tidak Terkawal di bawah Akta Kanak-Kanak 2001: Kajian di Terengganu

    No full text
    Kes salah laku oleh remaja seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, merokok, merempit dan balik lewat ke rumah seringkali menghiasi dada akhbar di seluruh negara. Negeri Terengganu tidak terkecuali daripada dilanda masalah sosial ini. Lebih membimbangkan apabila pernah tular di laman sosial bahawa pelajar sekolah di negeri ini kerap ponteng sekolah dan merokok. Undang-undang melabelkan remaja ini sebagai “kanak-kanak tidak terkawal” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan sebanyak 1,534 kes kanak-kanak tidak terkawal direkodkan di seluruh Malaysia dalam tempoh 7 tahun (2017-2023) dengan negeri Terengganu mencatatkan 40 kes. Banyak kajian lepas menunjukkan bahawa tingkah laku tidak terkawal yang gagal dipulihkan boleh mengakibatkan jenayah di masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti jenis tingkah laku tidak terkawal yang sering berlaku di Terengganu, menganalisis prosedur pengendalian kes dan jenis pemulihan, serta mengutarakan cadangan penambahbaikan bagi memelihara kebajikan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan Kajian Sosio-Perundangan berbentuk diskriptif melalui kaedah kualitatif yang merangkumi temubual dan kajian perpustakaan bagi mengkaji perundangan dengan lebih mendalam melalui perspektif luaran dengan menyelidik matlamat, proses dan kesan undang-undang dalam masyarakat. Temubual separa berstruktur dijalankan menggunakan purposive sampling dengan memilih Informan dari kalangan Majistret, pegawai JKM dan pegawai akhlak. Kajian ini memberikan impak penting kepada masyarakat dan negara dalam memelihara kebajikan kanak-kanak tidak terkawal khususnya di Terengganu sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan selaras dengan Dasar Kanak-Kanak Negara dan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditandatangani Malaysia, di samping membantu pihak kerajaan dalam menambahbaik pengurusan kanak-kanak tidak terkawal di Terengganu

    Menggunakan Model Penilaian CIPP Untuk Mengukur Pencapaian Pelajar dalam Kemahiran Interaksi Pertuturan dalam Bahasa Melayu

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam kemahiran interaksi pertuturan dalam Bahasa Melayu (BM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011. Kedua-dua kaedah, iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpulkan data. Model Penilaian CIPP oleh Stufflebeam (2003) dipilih untuk menilai program ini. Model penilaian ini mengandungi empat komponen, iaitu penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk. Kajian ini hanya menggunakan penilaian produk untuk mengukur pencapaian pelajar. Seramai tiga orang guru terlibat dalam temu bual, sementara 15 orang pelajar dipilih untuk ujian pertuturan dan lima orang pelajar untuk temu bual. Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, para pelajar boleh bertutur secara interaktif (dua hala) tetapi mengalami banyak kesukaran untuk bertutur secara lancar, spontan dan yakin. Para guru dan pelajar yang menjadi responden memberikan maklum balas tentang beberapa keprihatinan yang berkaitan dengan pelaksanaan kemahiran interaksi pertuturan ini seperti buku, teks, buku aktiviti, bahan-bahan bukan bercetak yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan masa kurikulum yang tidak mencukupi, latihan guru dan aktiviti sokongan. Dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada semakan kurikulum pada masa akan datang, pembina kurikulum, pembina bahan pengajaran, guru-guru Bahasa Melayu dan juga kepada organisasi yang menjalankan latihan bagi para guru yang sedang berkhidmat di sekolah dan juga bakal guru yang akan menyertai bidang perguruan

    Konsep Rukun Negara Melalui Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa di Politeknik

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap konsep Rukun Negara melalui kursus Falsafah dan Isu Semasa di Politeknik Malaysia. Sebagai asas perpaduan nasional dan kesejahteraan negara, Rukun Negara memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri generasi muda. Walau bagaimanapun, kajian terdahulu menunjukkan bahawa tahap penghayatan dalam kalangan pelajar masih boleh dipertingkatkan. Oleh itu, kajian ini meneliti hubungan antara amalan pengajaran pensyarah dengan tahap pemahaman serta penghayatan pelajar terhadap prinsip Rukun Negara. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan soal selidik yang melibatkan 176 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dari empat politeknik yang menawarkan kursus ini. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, termasuk analisis korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap Rukun Negara adalah tinggi, dengan skor min keseluruhan antara 4.67 hingga 4.77. Selain itu, analisis korelasi Pearson (r = 0.752, p < 0.01) menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara amalan pengajaran pensyarah dengan tahap pemahaman pelajar terhadap prinsip Rukun Negara. Dapatan ini membuktikan bahawa pendekatan pengajaran yang interaktif, reflektif, serta berasaskan teknologi mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran, sekali gus menyumbang kepada pembentukan warganegara yang bertanggungjawab dan beretika. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran yang terbukti berkesan ini diperluaskan ke kursus-kursus lain yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah dan pengukuhan nilai kenegaraan, bagi memastikan pendidikan tinggi yang lebih holistik dan berkesan

    Bridging the Digital Divide: Overcoming Challenges in Technology Adoption in Malaysia’s Construction Industry

    No full text
    The integration of advanced digital technologies within Malaysia's construction industry represents a transformative step toward enhancing efficiency, sustainability, and global competitiveness in line with the Industry 4.0 revolution. Despite advancements in digital tools like Building Information Modeling (BIM), Internet of Things (IoT), and artificial intelligence, the sector faces challenges such as poor communication, high costs, and resistance to change. This study examines the key factors driving digital technology adoption, the challenges hindering its implementation, and the strategies to accelerate digital transformation within the industry. Using a structured survey method, data was gathered from 141 respondents, including consultants, subcontractors, and project owners actively engaged in Malaysia's construction sector. Enhanced budgeting, cost management, and improved risk management emerge as critical drivers, while lack of process standardisation and digital expertise are noted as secondary concerns. Data-driven decision-making, infrastructure investment, and structured change management are identified as pivotal strategies for successful technology integration. Findings suggest that widespread adoption requires collaboration among stakeholders, comprehensive training programs, and phased implementation plans to address barriers and foster acceptance. This research contributes to Malaysia’s Construction 4.0 framework, emphasising the need for targeted interventions to modernise practices, improve productivity, and achieve national development goals

    The Modern Cultural Function of Chinese Traditional Religious Orchestra: The Daxiangguo Temple Buddhist Orchestra (DTBO) of China

    No full text
    The Daxiangguo Temple, located in Kaifeng City, Henan Province, China, is prominent in the ancient capital of the Seven Dynasties. Due to its status as a royal temple, the Buddhist orchestra associated with it has a long history and profound cultural heritage, having been involved in numerous imperial events. Since its reconstruction in July 2002, the Daxiangguo Temple Buddhist Orchestra (DTBO) has gained recognition as a second-batch national intangible cultural heritage project in 2007. This study is based on the existing literature, and employs ethnographic narration, and interviews with relevant managers and musician monks to investigate the operational and management modes of the DTBO. By examining the DTBO's activities and performances over the past 20 years, the research explores the adjustments made in cultural inheritance and development to align with modern societal needs following its recognition as a national intangible cultural heritage project. The findings indicate that DBO significantly contributes to the preservation of traditional Chinese religious music, alongside sustaining associated beliefs and ethical frameworks within contemporary society. Moreover, it plays a crucial role in enhancing the local tourism economy while fostering a strong sense of cultural identity and belonging among the people of the Central Plains

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇