Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Product Liability Law: Producer's Liability for Harmful Cosmetic Products

    No full text
    Under relevant Malaysian laws, manufacturers or distributors who falsely claim that their cosmetics are safe are subject to criminal penalties. The question arises as to whether the producers can be responsible for physical as well as emotional injury caused to the consumers of such products. This paper seeks to investigate the potential liability of the manufacturer and distributor of defective cosmetics under the product liability law, which generally aims to protect consumers from unsafe products. The paper concentrates on the provisions of strict liability for defective products under Section X of the Consumer Protection Act 1999. The main issues to be resolved are whether cosmetics containing harmful substances can be considered as 'defective' and what kind of injury can be recovered by the victims. This study's findings provide producers and suppliers with information regarding their civil liability for supplying presumably safe cosmetics and the consumer's ability to obtain redress for harm caused by cosmetics comprising harmful ingredients

    Tahap Pengetahuan dan Amalan Kemahiran Fungsi Eksekutif Guru Prasekolah

    No full text
    Kemahiran fungsi eksekutif merupakan satu set kemahiran mental yang membolehkan seseorang itu merancang, membimbing dan mengawal proses dan tingkah laku yang berarahkan matlamat. Kemahiran fungsi eksekutif membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran kerja berpasukan, kepimpinan, membuat keputusan, berusaha ke arah matlamat, pemikiran kritis, kebolehsuaian, dan mengawal emosi sendiri dan orang lain. Menyedari akan kepentingan kemahiran fungsi eksekutif terhadap pembelajaran seusia kanak-kanak prasekolah, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap pengetahuan dan amalan guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif. Responden kajian terdiri daripada 180 orang guru prasekolah di negeri Selangor. Instrumen soal selidik diedarkan kepada responden kajian secara atas talian melalui Google Form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26 dengan menjalankan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif adalah rendah (M=2.05, SP=0.761) manakala tahap amalan guru prasekolah berada tahap yang tinggi (M=4.4, SP=0.574). Hasil ujian korelasi Pearson mendapati hubungan signifikan yang sederhana antara tahap pengetahuan guru prasekolah dengan amalan kemahiran fungsi eksekutif (r=0.488). Hal ini menunjukkan adanya perkaitan antara tahap pengetahuan dengan amalan dalam guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif. Hasil kajian ini diharap dapat memberikan pendedahan kepada guru bagi menambah pengetahuan dan pemahaman serta mempersiapkan diri dengan kemahiran fungsi eksekutif

    Research on Value Evaluation of Traditional Door and Window Decoration Heritage in Jiangnan Area of China

    No full text
    As a heritage, traditional door and window decoration in Jiangnan area of China has the value of cultural relics. A group of people created them according to the political, economic, cultural, and artistic background at that time, which can reflect the social features, technical level, humanities, and arts at that time. Therefore, traditional door and window decoration in Jiangnan area is a shred of crucial historical evidence to study the society, economy, culture, and craft at that time. Through the evaluation of traditional door and window decoration heritage, the researcher can understand the traditional decorative art of doors and windows in Jiangnan area. The assessment based on the index system forms a quantitative result, and the quantitative data can more intuitively reflect the heritage value. The researcher can give feedback on the evaluation results to the relevant personnel, find the deficiencies and missing parts in the protection and inheritance, and provide suggestions for the follow-up protection and inheritance plan. The protection and inheritance plan can be more effective than traditional doors and windows in Jiangnan area

    A Pilot Study to Test the Reliability and Validity of The Research Instrument

    No full text
    In order to identify the effectiveness of Needham's Five-Phase Constructivism Model on the learning of Economics, an achievement test instrument was developed to fulfill the objectives of the study. There are 20 objective questions and five structural questions in the economic achievement test. A pilot study was conducted before the actual study to test the validity and reliability of the instrument. After the pilot study, it was found that the validity and reliability were at a good level and accepted for use in the actual study

    Empowering Adult Inmates with Communication Needs in an East Malaysia Prison

    No full text
    Communication skills are essential in our daily life because we communicate to pass information from one person to another. However, to have effective communication in a correctional environment, like prisons, is not easy. There are many distractions and barriers to communicate effectively in prisons. Although prison education should be seen as a way to educate inmates to successfully integrate in society upon their release, inmates face difficulties in getting enough reading materials, content and learning tools to enhance their communication skills. This may negatively affect their integration in society and employability after serving their sentences. Therefore, this study aimed to elicit the communication needs of the adult inmates in one of the local prisons in East Malaysia. We employed a textography research approach, where we combined textual analysis and an ethnographic method (interview), to investigate contexts, texts and practices of the prison studied. The findings showed that the inmates need to learn verbal and non-verbal communication, new technologies for communication and simple English conversations. This study is pertinent in providing insights for the development of suitable teaching and learning modules for prison learning institutions

    Politik Nilai dalam konteks Politik Baharu di Malaysia

    No full text
    Nilai memainkan suatu peranan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Perkara ini juga sama dalam arena politik. Politik yang mempunyai nilai tertentu akan menjadi satu contoh kepada semua lapisan masyarakat untuk menilai seseorang dengan lebih mendalam lagi. Politik nilai yang disebutkan disini ialah nilai yang penuh dengan moral yang sudah menjadi elemen kebiasaan dalam diri seseorang individu. Metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini secara sepenuhnya ialah kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah pembacaan jurnal, majalah, akhbar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Hasil dapatan dalam kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan politik nilai iaitu sikap seseorang pemimpin dari segi cara seorang pemimpin mengamalkan sesuatu nilai dalam politik, bagaimana seorang pemimpin dapat kaitkan semua nilai moral dalam era kepimpinan mereka dan juga konteks nilai ini dalam konteks antarabangsa. Nilai dalam konteks antarabangsa ini menjadi satu etika yang akan menjadi rujukan dalam semua perkara yang dilakukan oleh pemimpin. Secara kesimpulan, kajian ini akan memberikan penerangan yang jelas dan mendalam berkaitan dengan aplikasi nilai secara keseluruhan dalam konteks kepimpinan

    Kualiti Perkhidmatan Fasiliti Sukan di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia: Tinjauan Konseptual

    No full text
    Kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan adalah saling berkait di antara satu sama lain. Ia merupakan petunjuk terbaik kepada ramalan masa depan bagi pengoperasian sesebuah organisasi. Peningkatan tahap kepuasan adalah penting kerana ia mampu menyumbang kepada sikap untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Tinjauan konseptual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kualiti perkhidmatan fasiliti sukan di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan menentukan hubungan antara kualiti perkhidmatan fasiliti sukan dan kesetiaan pelanggan. Model SERVQUAL akan digunakan dalam kajian ini. Namun, kajian ini berbeza dengan kajian-kajian lepas yang kebanyakannya hanya melihat dua pemboleh ubah sahaja iaitu kualiti perkhidmatan (pemboleh ubah bebas) dan kepuasan pelanggan (pemboleh ubah bersandar). Kajian yang dicadangkan oleh pengkaji ini melibatkan tiga pemboleh ubah iaitu kualiti perkhidmatan (pemboleh ubah bebas), kesetiaan pelanggan (pemboleh ubah bersandar) dan uniknya, kepuasan pelanggan sebagai perantara (faktor mediator) dalam kajian ini. Di universiti, pelajar merupakan pelanggan utama yang menerima perkhidmatan daripada organisasi. Secara jelas, Institusi Pengajian Tinggi mempunyai tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan yang dapat memberikan kepuasan kepada pelajar yang dianggap sebagai pelanggan utama mereka

    To Recycle or Not to Recycle? Factors Affecting Malaysian Residents’ Intention for Recycling E-Waste

    No full text
    E-waste refers to all types of electrical and electronic equipment disposed of by the user. E-waste contains bromine, toxic gases, toxic metals, biologically active substances, acids, plastics, and plastic adhesives; where these substances are very toxic and dangerous to humans and the environment. In Malaysia, e-waste management is an immense problem in line with the increase in population, living standards, and industrial activity. Therefore, this study aims to determine the extent to which information, incentives, and attitude could influence e-waste recycling intention among the Malaysian public. This study used a quantitative method and random sampling and received 314 completed questionnaires, resulting in an 81.8% response rate. The results show a significant positive relationship between information, incentives, attitude, and e-waste recycling intention. Results also show that incentives are the most significant factor influencing the public's e-waste recycling intention. In conclusion, several suggestions have been put forward to help improve e-waste recycling practices among the Malaysian community

    Perubahan Iklim: Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Sains di Sekolah Menengah

    No full text
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru sains sekolah menengah bagi topik perubahan iklim. Untuk itu, kajian kuantitatif digunakan bagi tujuan tersebut. Pemilihan sampel kajian adalah dari kalangan guru sains sekolah menengah harian di sekitar Kuala Lumpur. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dengan menggunakan skala Likert lima mata. Instrumen ini terdiri daripada empat bahagian utama iaitu bahagian demografi (3 item), bahagian pengetahuan tentang perubahan iklim (18 item), bahagian pengetahuan pedagogi umum (23 item) dan bahagian pengetahuan pedagogi isi kandungan (13 item). Kesahan kandungan daripada penilaian pakar dijalankan dan analisis alfa Cronbach dilaksanakan bagi mengukur kebolehpercayaan instrumen. Nilai pekali alfa Cronbach secara keseluruhannya ialah 0.806. Analisis deskriptif digunakan bagi melihat tahap pengetahuan guru dalam ketiga-tiga komponen PPIK tersebut. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru terhadap perubahan iklim adalah pada tahap rendah. Namun begitu, pengetahuan guru terhadap pedagogi umum dan PPIK adalah pada tahap tinggi

    Hubungan antara Strategi Pengajaran Guru dan Autonomi Pelajar Terhadap Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri

    No full text
    Pembelajaran terarah kendiri adalah kemahiran penting terutamanya di peringkat prauniversiti. Pelajar perlu mengambil alih lebih kawalan dan tanggungjawab ke atas proses pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar serta menentukan hubungan di antara strategi pengajaran guru dan autonomi pelajar terhadap kesediaan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar Tingkatan Enam Atas di Bintulu, Sarawak. Kajian ini dijalankan di empat buah Sekolah Menengah di Bintulu yang melibatkan seramai 180 orang pelajar Tingkatan Enam Atas berumur 18 hingga 20 tahun. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi, disahkan pakar penilai dan memiliki kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar dan inferensi iaitu menggunakan Korelasi Pearson bagi menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian mengesahkan kesediaan pembelajaran terarah kendiri pelajar (M=3.86, SD=0.610) berada pada tahap tinggi. Di samping itu, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pengajaran guru (r=0.503, p=0.001), dan autonomi pelajar (r=0.766, p=0.001) dengan kesediaan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar. Kajian ini mengesyorkan agar guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan dan meningkatkan kemahiran pembelajaran terarah kendiri yang baik dalam diri pelajar

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇