Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Teaching Criminal Law Procedure in Universities: Meeting the Needs of Juveniles in Criminal Legal Practice
Children's involvement in school disciplinary problems is often a predictor of their involvement in crime in the future, resulting in them coming into contact with the criminal justice system. Therefore, teaching final-year law students the subject of criminal procedure, particularly governing the juvenile justice system, is essential for legal practice, especially when the legal rights of the children need to be protected since they are vulnerable to the adverse effects of the juvenile justice system. In this connection, the objectives of this paper are (a) to examine the underpinning causes behind children’s involvement in disciplinary problems in schools as predictors of their future involvement in crime; (b) to analyse the existing legal framework governing the juvenile justice system in Malaysia that forms part of the subject of criminal law procedure, and (c) to examine the importance of teaching criminal law procedure subject to final-year law students in preparing them for legal practice, especially when dealing with juveniles in the juvenile justice system. A qualitative research design is undertaken to explore the significance of teaching criminal law procedure to final-year law students by undertaking library-based research and an examination of content analysis, drawing from both primary and secondary sources. The findings in this research demonstrate that children who commit disciplinary problems in schools, such as truancy and bullying, will eventually come into contact with the criminal justice system, and their legal rights need to be protected. This research is significant in meeting the university’s mission, vision and values and supporting the national framework for reducing crime rates and strengthening crime prevention initiatives
Pembangunan Strategi Pembelajaran Kontekstual Berbantukan GeoGebra Untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Murid Sekolah Menengah
Terdapat bukti empirikal yang menunjukkan bahawa murid di Malaysia mempunyai kesukaran untuk menjawab soalan berbentuk KBAT. Salah satu faktor yang membawa kepada permasalahan tersebut ialah strategi pembelajaran yang tidak sesuai untuk mendorong murid dalam meningkatkan KBAT mereka. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) amat menggalakkan strategi pembelajaran secara kontekstual, memaksimumkan pengaplikasian elemen KBAT dalam pembelajaran dan penggunaan teknologi dalam kelas matematik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan strategi pembelajaran matematik kontekstual dengan mengintegrasikan perisian GeoGebra dalam topik Sukatan dan Geometri yang dinamakan PMK-Geo. Strategi PMK-Geo dibangunkan menggunakan model ADDIE dan model pembinaan modul Sidek yang terdiri daripada Fasa 1 (Analisis keperluan awal), Fasa 2 (Reka bentuk strategi PMK-Geo), Fasa 3 (Pembangunan strategi PMK-Geo), Fasa 4 (Pelaksanaan draf PMK-Geo) dan Fasa 5 (Penilaian draf PMK-Geo). Reka bentuk strategi PMK-Geo yang dibangunkan dalam kajian ini adalah berasaskan kepada model REACT. Ia terdiri daripada lima fasa iaitu menghubungkait (relating), mengalami (experiencing), mengaplikasi (applying), bekerjasama (cooperating) dan memindahkan (transferring). Seramai tiga orang pakar yang terdiri daripada guru cemerlang matematik dan pensyarah universiti. pandangan pakar terhadap kandungan strategi pembelajaran kontekstual yang disusun dalam strategi PMK-Geo dan kandungan KBAT. Berdasarkan maklum balas pakar, strategi REACT yang diterapkan dalam strategi PMK-Geo bersesuaian dalam pembelajaran topik Sukatan dan Geometri. Pakar juga berpendapat bahawa melalui strategi PMK-Geo, murid mempelajari konsep matematik dengan lebih menarik, berpeluang menggunakan aplikasi GeoGebra dan dapat mengukuhkan pemahaman sesuatu konsep matematik. Pakar juga bersetuju bahawa aktiviti penyelesaian masalah dalam PMK-Geo adalah bersesuaian menguji KBAT murid dan masalah matematik yang berbentuk situasi untuk menggalakkan KBAT murid
Kesahan Modul Pembangunan Produk bagi Subjek RBT Tingkatan 3 dalam kalangan Guru SMK di Selangor
Kajian ini dilakukan untuk menguji kesahihan kandungan Modul Pembangunan Produk bagi mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Tingkatan 3 dalam kalangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Selangor. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah penyelidikan kajian tinjauan (survey) untuk mengumpul data melalui soal selidik yang berkaitan dengan penilaian keseluruhan terhadap kandungan modul yang dibangunkan. Sampel kajian terdiri dari tiga orang panel pakar yang telah ditetapkan ciri-cirinya. Ketiga-tiga panel pakar ini mestilah merupakan guru RBT yang mengajar di sekolah menengah harian. Selain itu, panel pakar juga haruslah mempunyai pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan juga Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) lebih daripada 10 tahun. Keputusan bagi kajian ini menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan mempunyai kesahihan yang tinggi sebanyak 92 peratus. Dapatan kajian menunjukkan kesemua item di dalam konstruk modul Reka Bentuk Dan Teknologi seperti kulit hadapan modul, pengenalan, panduan penggunaan, objektif dan kandungan modul mempunyai kesahan kandungan yang tinggi berdasarkan pandangan dari perspektif pakar. Justeru, kesahan kandungan modul Reka Bentuk Dan Teknologi yang tinggi dapat menjadikan modul ini sebagai panduan dan rujukan oleh guru dan murid
Analisis Keperluan Terhadap Pembangunan Aplikasi Seni Lukisan (ApSeL) dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah
Kajian analisis keperluan ini dijalankan untuk melihat kepada isu dan permasalahan tajuk Seni Lukisan yang membawa kepada perlunya pembangunan aplikasi ApSeL. Penghasilan bahan pembelajaran berbentuk aplikasi berasaskan android tidak asing lagi pada masa kini. Aplikasi ini boleh menjadi pencetus kepada minat murid untuk belajar. Para pendidik harus berani menghasilkan inovasi dalam pedagogi pengajaran untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada generasi ini agar senario pendidikan masa kini selari dengan perkembangan teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pembangunan aplikasi ApSeL bagi tajuk Seni Lukisan di sekolah menengah. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 184 guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mengajar Tingkatan 3 dari 180 buah sekolah menengah di negeri Kedah yang dipilih. Data yang dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 26.0 bagi mengukur tahap keperluan pembangunan aplikasi berkenaan. Hasil analisis data menunjukkan interpretasi yang tinggi terhadap keperluan untuk pembangunan aplikasi seni lukisan di sekolah menengah bagi menyokong pembelajaran digital masa kini. Impak kajian ini memberikan maklumat kukuh tentang potensi pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah menengah
Analisis Tekno-Ekonomi Sistem Pendingin Hawa Terbantu Terma-Suria di Bangunan Pejabat
Bangunan pejabat hijau menjadi konsep pembinaan pada masa kini bagi mengatasi masalah pencemaran. Pencemaran berlaku disebabkan oleh berbagai faktor, antaranya ialah pelepasan karbon daripada bangunan pejabat, iaitu kira- kira 80 – 90%. Kebelakangan ini, bangunan kerajaan di Malaysia kebanyakannya membebaskan jumlah karbon yang rendah selari dengan kesedaran tenaga mampan. Penggunaan sistem pendingin hawa terbantu terma-suria merupakan salah satu kaedah yang menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga elektrik iaitu sebanyak 60% atau bersamaan 2.4 juta kg karbon dioksida (CO2) setahun yang dibebaskan ke udara selain dapat mengawal pencemaran udara di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai pengagihan elektrik kepada sistem-sistem dan peralatan utama di bangunan pejabat, mentafsir corak penggunaan sistem pendingin hawa gabungan konvensional dan terbantu suria-terma di bangunan pejabat, serta menjalankan analisis tekno-ekonomi dan penilaian kitar hayat ke atas sistem pendingin hawa terbantu suria di bangunan pejabat. Kajian dijalankan di Ibu Pejabat Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (IPPKNS) yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam yang menggunakan sistem pendingin hawa terbantu terma-suria. Sistem ini yang menggunakan radiasi suria sebagai sumber boleh diperbaharui bertindak sebagai sumber tenaga kepada sistem penyejukan di dalam bangunan dan seterusnya mengurangkan kos operasi pendingin hawa. Berdasarkan analisis penjimatan tenaga, kitar hayat yang diambil kira dalam jangka 20 tahun menunjukkan pulangan kos pendahuluan (Pay Back Period) selama sepuluh tahun dan kos operasi pendingin hawa dalam bangunan dapat dikurangkan sebanyak 5% setahun. Secara keseluruhannya, sistem pendingin hawa terbantu terma-suria ini berpotensi untuk dikomersialkan penggunaannya berikutan penjimatan yang ketara daripada segi kos dan kitar hayat sistem, serta mengurangkan pencemaran alam sekitar
Exploratory Factor Analysis for Technostress Among Primary School Teachers
The aim of this study was to explore and develop instruments for measuring technostress among primary school teachers in Malaysia. The researchers adapted 28 items from previous study and modified the statement to suit current study. Then the items statement was translated into Malay language to suit the local setting. The instruments underwent expert verification for content validity, face validity and criterion validity. The study amended the item statement accordingly based experts’ comment. For pilot study, some 106 school-teachers were selected randomly for data collection. The data were explored and validated through exploratory factor analysis (EFA) procedure. The results of the EFA procedure revealed the 28 items fall into five underlying components. The components are renamed as technical oriented, profession oriented, social oriented, personal oriented and teaching-learning process oriented. The items under these five components explained 71.1% of the total variance. The internal reliability of the technostress construct was 0.95. In addition to adding to the current body of knowledge, the findings provide a reliable source of information for researchers and professional practitioners interested in future research in technostress for educators, particularly primary school teachers
Pengurusan Krisis Rumah Tangga dalam Mencapai Kesejahteraan
Saban tahun, isu-isu membabitkan masalah institusi kekeluargaan di Malaysia semakin meningkat. Institusi rumah tangga dilihat semakin goyah dan hampir musnah. Ini kerana konflik rumah tangga yang gagal diselesaikan oleh ahlinya. Bahkan, kes perceraian, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak dilihat merekodkan kenaikan luar biasa pada tahun 2020. Kesejahteraan keluarga merupakan elemen paling penting dalam kehidupan manusia. Dalam mencapai kesejahteraan keluarga yang holistik, individu perlu bijak dan cekap dalam aspek pengurusan krisis rumah tangga. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dikaji dalam aspek pengurusan krisis rumah tangga bagi mencapai kesejahteraan holistik. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti mekanisme daya tindak terpilih dalam aspek pengurusan krisis rumah tangga bagi mencapai kesejahteraan. Metod kajian ini adalah berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian skop (scoping review). Sebanyak 50 artikel telah dijumpai dan dipilih dari EBSCO-Host, pangkalan data universiti bermula dari tahun 2010 hingga Disember 2022. Melalui Teori Transaksional Tekanan dan Daya Tindak yang dikemukakan oleh Lazarus dan Folkman (1984), pemahaman terhadap strategi daya tindak dalam mengatasi krisis rumah tangga dapat dihuraikan secara terperinci. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 5 strategi daya tindak yang membantu krisis rumah tangga iaitu komunikasi berkesan (effective communication), regulasi emosi (emotional regulation), konsep keagamaan (religious concept), sistem sokongan bernilai (good support system) dan kepercayaan pasangan (interpersonal trust). Justeru, amatlah penting bagi setiap pasangan untuk menguasai kesemua strategi daya tindak ini agar krisis rumah tangga dapat ditangani dan seterusnya memacu kesejahteraan holistik dalam membina rumah tangga yang Sakinah (ketenangan), Mawaddah (kasih sayang) dan Rahmah (belas ihsan)
An Analysis of The Utilization of Yunnan Minority Totems in Contemporary Landscape Architecture
This paper explores the utilization of Yunnan minority totems in contemporary landscape architecture and its cultural significance. By analyzing the historical development and current practices of Yunnan minority communities, this study provides insights into the integration of cultural heritage and modern design. The research identifies the potential of totems as a valuable resource for sustainable and culturally sensitive design. Through the case studies of interior design in tall buildings, this paper demonstrates how traditional practices can be adapted and incorporated into contemporary design. The findings contribute to the discourse on the role of cultural heritage in shaping the built environment and provide practical implications for landscape architects and designers working in multicultural contexts
Analysis Covid-19 Vaccine Effectiveness Using SIR Model
Covid-19 is a new coronavirus disease that was labelled a pandemic by the World Health Organization (WHO) in March 2020. SIR Model is a versatile compartmental mathematical tool that may be used to simulate any pandemic dynamic, including the current Covid-19 out- break. In the conventional SIR model, the total population (N) is divided into three categories: susceptible(S), infected(I), and recovered(R). So, this research focused on finding the basic re- productive number, Ro of Covid-19 by using the Next Generation Matrix. Ro is greater than 1 means viruses begin to spread the population and Ro less than 1 means disease is about to vanish from the population. It is also analyze and compare the transmission of Covid-19 with and without vaccination. To apply this, the data from government websites is used to find the total number of cases and recover. With the help of mathematical software such as Maple to find the result of the graph. From the result produce from Maple, it can be observed that the slope of with vaccination is bigger than the slope of without vaccination. It clearly shows the comparison between them. The findings improved by having vaccination and then transmission rate low is good to decrease virus Covid-19 from infection
A Systematic Review of Chinese Students’ Academic Adaptation Overseas
With the economic development and the progress of globalization and internationalization, some Chinese students start to seek overseas study opportunities and China has become the largest exporter of international students since the year 2009. Successfully accomplishing study overseas is a prior task for Chinese students. This review was designed to understand the situation of Chinese overseas students’ academic adaptation, including factors affecting their academic success and related strategies to facilitate their study. Twenty-one empirical studies were identified to meet the criteria and these studies show various factors such as language capacity, pedagogic differences, social support, etc. Related strategies adopted to cope with academic challenges were also revealed