RUMPUN (E-Journal)
Not a member yet
    151 research outputs found

    Analisis Puisi Mahmud Darwish Dan Taufiq Ismail Berdasarkan Pendekatan Strukturalisme Genetik

    Full text link
    Puisi Mahmoud Darwish dan puisi Taufiq Ismail menggambarkan tentang patriotisme yang berhubungkait dengan kepribadian dan keadaan sosial. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti unsur dalaman dan luaran puisi Mahmoud Darwish dan Taufiq Ismail. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan unsur dalaman dan luaran antara puisi Mahmoud Darwish dan Taufiq Ismail. Dalam kajian ini tiga puisi Mahmoud Darwish (Bithoqotun Huwiyyah, Ila Ummy dan ‘An Insaan) dan tiga puisi Taufiq Ismail (12 Mei 1998, Malu Aku Jadi Orang Indonesia dan Bayi Lahir Bulan Mei 1998) dipilih untuk dianalisis. Kajian ini menggunakan teori Strukturalisme Genetik Lucian Goldman dengan pendekatan analisis deskriptif. Kajian mendapati bahawa unsur dalaman yang terdapat dalam puisi adalah diksi, imaji, gaya bahasa, tajuk, rasa dan amanat. Unsur luaran bagi puisi-puisi tersebut adalah kehidupan sosial pengarang. Persamaan unsur dalaman dan luaran dalam teks puisi Mahmoud Darwish dan Taufik Ismail; iaitu tajuk, diksi (gaya bahasa) dan kedua-dua penyair mengalami peristiwa yang sama dalam hidup, iaitu kepayahan dalam memperjuangkan kebenaran. Perbezaan unsur dalaman antara kedua-dua penyair adalah Mahmoud Darwish tidak mengikuti konsep puisi tradisional Arab, satu puisi Taufiq Ismail pula mengikuti konsep puisi lama Indonesia. Kajian ini dapat membuka jalan baharu bagi kajian bandingan sastra Arab dan sastera Indonesia, juga dapat dijadikan sebagai bahan perbandingan untuk mengkaji karya sastera yang lain dengan menggunakan teori Strukturalisme Genetik

    Prinsip Kerasulan Sebagai Insan Kamil Membentuk Modal Insan dalam Novel Mereka yang Tertewas

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan mengenal pasti peranan watak utama dalam novel Mereka yang Tertewas karya Hasanuddin Md Isa sebagai medium ke arah pembentukan modal insan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini menggunakan prinsip kedua teori Takmilah, iaitu prinsip kerasulan sebagai insan Kamil dengan memberikan tumpuan khusus kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap watak utama dalam novel Mereka yang Tertewas yang dapat menjadi pemangkin ke arah pembentukan modal insan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap-sikap terpuji watak utama di samping peristiwa-peristiwa dalam novel yang dikaji sememangnya wajar dicontohi kerana ianya memandu khalayak ke arah pembentukan modal insan. Sifat-sifat watak yang bijak dalam memimpin keluarga dan masyarakat, bertakwa dan beriman adalah selaras dengan makna insan khalifah dan insan Rabbani. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan bahawa watak utama novel yang dikaji dapat dijadikan sebagai contoh ke arah pembentukan modal insan dalam kalangan masyarakat. Kata kunci: Insan Kamil, modal insan, peranan, sikap terpuj

    Unsur Dendam Watak Wanita Dalam Novel `Misyar` Karya Norsiah Abd Gapar

    Full text link
    Naratif seperti novel menjadi hambar tanpa adnya konflik. Konflik berperanan untuk menggerakkan plot dan jalan cerita sesebuah karya. Karya novel pasti mengandungi pelbagai konflik yang ingin dikemukakan oleh penulis. Konflik-konflik tersebut terhasil daripada perilaku watak-watak di dalam sesbuah novel. Dalam novel Misyar (2018) karya Norsiah Abd Gapar mengemukakan konflik yang tercetus daripada watak-watak utama. Watak-watak utama tersebut adalah golongan wanita yang memiliki unsur dendam. Akibat menyimpan dendam wata-watak utama wanita ini menonjolkan keperibadian yang tidak wajar. Oleh yang demikian, kajian ini akan meneliti unsur dendam watak-watak  utama wanita yang mendorong berkeperibadian demikian yang menjadikan konflik sehingga menjadi tunjang dalam menggerakkan plot novel Misyar (2018). Unsur-unsur dendam ini berhubung kait dengan keperibadian indivegou termasuklah watak-watak utama wanita dalam novel ini. Justeru, kajian ini sesuai untuk mengaplikasikan pendekatan psikologi dikemukakan Sigmund Freud iaitu psikoanalisis. Pendekatan psikoanalisis Freud ini memperlihatkan peringkat peringkat dorongan iaitu ego, ego dan superego terhadap tindakan indivegou. Berdasarkan peringkat-peringkat ini konflik-konflik berpunca dari unsur dendam watak utama wanita dalam novel ini juga akan diperbincangkan. Hasil kajian ini merumuskan adanya perkaitan di antara kedua-dua unsur dendam watak utama wanita dan diakhiri dengan kesan yang berlainan. Sekaligus, novel Misyar (2018) merupkan karya Norsiah Abd Gapar yang berbeza daripd karya-krya seblumnya kerana novel ini tidak menampilkan mendepankan hak golongan wanita.&nbsp

    Hubungan Masyarakat Dengan Remaja Dalam Novel Remaja Janji Kepada Inah Karya Norsiah Gapar

    Full text link
    Remaja bermasalah seringkali dikatakan berpunca daripada keluarga. Keluarga sering menjadi tempat kesalahan dilontarkan. Walhal masyarakat pada hakikatnya terlepas pandang tentang psikologi remaja yang menjadi tunjak utama kepada lahirnya remaja yang bermasalah seperti memberontak dan pelarian. Dalam novel Janji Kepada Inah karya Hajah Norsiah Haji Abdul Gapar, remaja berhadapan dengan konflik kehidupan dan konflik dengan diri sendiri dibimbing oleh beberapa watak masyarakat. Justeru, penyelidikan akan mengaplikasi teori Psikoanalisis Freud bagi meneliti perkembangan psikologi watak remaja dan teori sosiologi Rene Wellek dan Austin Warren bagi menganalisis aspek kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Janji Kepada Inah. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa isu berkenaan remaja tidak hanya terletak kepada keluarga sebagai punca utama sebaliknya menegaskan kepentingan tanggungjawab dan peranan masyarakat dalam sama-sama membentuk remaja dan psikologi remaja

    Pageturners dalam Buku Cerita Bergambar Kanak-kanak

    Full text link
    Buku cerita bergambar kanak-kanak merupakan satu genre yang istimewa dalam kesusasteraan kanak-kanak. Gambar dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berfungsi sebagai daya penarik yang penting untuk menarik minat serta menggalakkan seseorang kanak-kanak itu membaca pada peringkat umur yang rendah. Namun, kajian tentang buku cerita bergambar kanak-kanak di Malaysia kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Sebagai satu genre sastera yang unik, teks dan gambar dalam sesebuah buku cerita bergambar kanak-kanak mempunyai fungsi yang sama untuk menjadikan sesuatu cerita itu bermakna. Hal ini menyebabkan hubungan antara teks dengan gambar dalam buku cerita bergambar kanak-kanak menyumbang kepada perkembangan elemen sastera yang memberi kesan kepada pembacaan kanak-kanak. Pageturners merupakan elemen yang hanya terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak dan berfungsi untuk menimbulkan unsur suspens dalam kalangan pembaca kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pageturners dalam buku cerita bergambar kanak-kanak dan menganalisis pageturners dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berdasarkan pendekatan Nikolajeva (2006). Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan meneliti enam buah buku cerita bergambar kanak-kanak yang mengandungi penggunaan pageturners. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pageturners yang terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak yang dikaji digunakan untuk menimbulkan unsur suspens dan rasa ingin tahu dalam kalangan pembaca kanak-kanak. Kesimpulannya, pageturners yang terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berperanan untuk menjadikan sesebuah buku cerita bergambar kanak-kanak itu menarik dan menjadikan pembaca kanak-kanak berasa terhibur

    Novel-Novel Terpilih Azmah Nordin Dari Perspektif Wanita Dalam Ekonomi

    Full text link
    Ekonomi dalam novel Malaysia selepas merdeka ada diketengahkan dalam novel-novel Melayu. Dalam novel-novel ini, diperlihatkan bahawa wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi negara. Dalam hal ini, penulis Azmah Nordin banyak mengangkat wanita dan mengenengahkannya dalam hasil karyanya. Tiga buah novel karya Azmah Nordin dipilih untuk dianalisis dari perspektif wanita dalam ekonomi dalam kajian ini. Tiga novel tersebut ialah Menongkah Lumrah (1996), Singgahmata (1997) dan Syumul (1999). Novel-novel ini dipilih kerana memaparkan kegiatan ekonomi dan didapati juga dalam kegiatan ekonomi tersebut, wanita memainkan peranan penting. Wanita dilihat memainkan penting dalam perusahaan teknologi maklumat dan perusahaan makanan restoran. Kajian ini turut menggunakan konsep ekonomi dengan merujuk kepada Normaz Wana Ismail (2009), A.C Pigou (1981), dan Alfred Marshall (1981). Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita juga memainkan peranan penting dalam ekonomi. Wanita turut mengembleng tenaga bersama-sama lelaki dalam memajukan sektor ekonomi

    Analisis Karakteristik Realisme Dalam Antologi Cerpen 'Sewangi-Wangi Tulang' Karya Muhd. Mansur Abdullah

    Full text link
    Penulisan ini betujuan menganalisis karakteristik realisme dalam cerpen karya Muhd. Mansur Abdullah. Cerpen “Sewangi-Wangi Tulang” menaratifkan tentang kehidupan seorang pemilik anjing dengan anjingnya (Jantan) yang telah berusia tua dengan latar belakang kehidupan anjing tersebut dipinggirkan. Metod penelitian penulisan ini adalah menggunakan rekabentuk kualitatif dengan analisis deskriptif. Data penelitian penulisan ini ialah kata-kata, frasa, ayat dan wacana yang terdapat dalam cerpen “Sewangi-Wangi Tulang”. Hasil penelitian ini menemukan dua tema iaitu gaya realis dan dimensi waktu dalam cerpen “Sewangi-Wangi Tulang”. Gaya realis diungkapkan melalui usia muda dan usia tua iaitu lakaran fizikal dan pemikiran. Dalam usia muda di naratifkan melalui lakaran fizikal merangkumi kekuatan, ketangkasan, kebijakan dan keberanian. Pemikiran pula terangkum dalam mengenang budi, kebanggaan dan pengorbanan. Dalam usia tua, dinaratifkan melalui pemikiran taat setia dan lakaran fizikal yang jelek dan jijik, dihina, dicerca, dihalau, dipukul dan disiksa. Selanjutnya karakteristik realisme pengajaran adalah menghalang kemungkaran dan mengherdik orang kaya

    Penggunaan Model 4T1R dalam Pengurusan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat di Selatan Thailand dalam Era Industri 4.0

    Full text link
      Sekolah agama rakyat (SAR) merupakan institusi Pendidikan Islam yang berdaftar di bawah kerajaan Thai. Institusi ini mempunyai dua aliran pengajian : pendidikan Islam (bahagian agama) dan pendidikan awam (bahagian akademik). Kedua-dua aliran tersebut mengunakan kurikulum Pendidikan yang dicadangkan oleh pihak kerajaaan. Oleh kerana itu, sekolah agama rakyat di selatan Thailand merupan institusi Pendidikan yang telah direformasikan daripada pondok. Pengurusan berteras Islam merupakan satu amalan pentadbiran yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di kawasan ini secara tersirat. Namun demikian, makalah merumuskan amalan tersebut dengan secara tersurat dengan nama 4T1R Model, ini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan semasa di Era Industeria 4.0. Model ini mengandungi empat unsur penting, pertamanya: (T1)al-Takhtit (merancang), keduanya: (T2)al-Tanzim (Mengatur), ketiganya: (T3)al-Taujih (Membimbing), keempatnya: (R1)al-Raqabah(Mengawas) dan kelimanya: al-Tawakkal (Menyerah)

    Perjalanan Introspektif Seorang Isteri: Satu Bacaan Feminin Mistik Dalam Karya Terpilih Pengarang Wanita India dan Malaysia

    Full text link
    Kajian ini berfokus terhadap perjalanan hidup seorang  wanita yang bergelar isteri dalam novel  terpilih pengarang wanita  dari India dan Malaysia iaitu Shashi Deshpande dan Khadijah Hashim.  Kertas kerja ini berdasarkan premis bahawa kaum wanita di India dan Malaysia  masih berada di bawah sistem patriarkal yang telah meletakkan peranan stereotaip kepada wanita berbanding lelaki. Analisis teks kajian ini mengaplikasikan dua sub topik yang terdapat dalam teori Feminin Mistik iaitu The Problem That Has No Name dan Crisis in Woman Identity. Kajian ini mendapati bahawa protagonis wanita dalam That Long Silence dan Mencari Azizah  mengalami dilema ketika mereka mula introspektif kehidupan mereka  dalam alam rumahtangga. Dalam era pasca-moden, kajian ini turut mengetengahkan kepentingan dan keperihalan masyarakat untuk mengubah persepsi terhadap tanggapan hukum konvensi yang menganggap wanita lemah, menurut, setia, ibu penyayang, isteri bertanggungjawab dan anak perempuan yang taat. Analisis Feminin Mistik membuktikan bahawa pengarang wanita menyedari bahawa kedudukan wanita dalam sistem sosial setempat masih mengongkong dan merampas hak dan kebebasan wanita dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, perkahwinan, kerjaya dan kebebasan bersuara.  Walaupun terdapat perbezaan dalam penyampaian dan penyelesaian terhadap kedudukan wanita dalam sistem patriarkal oleh Deshpande dan Khadijah yang datang dari dua negara yang berbeza, namun kajian terhadap kedua buah teks ini mempunyai persamaan untuk mengiktiraf  kekuatan, kecekalan, cabaran, ketabahan dan keistimewaan pengarang wanita dalam mempersembahkan realiti kehidupan wanita dalam sistem patriarkal setempat

    Adab Kepada Alam Semesta dalam Novel Nggusu Waru yang Tersisa Karya N.Marewo Berdasarkan Nilai Adab Menurut Al Ghazali

    Full text link
    Pendidikan adab merupakan hal asas dalam pembentukan karakter yang baik, hal ini dapat diperhatikan perilaku seseorang dalam kehidupan. Tujuan kajian adalah untuk manganalisis adab kepada alam semesta dalam novel Nggusu Waru yang Tersisa karya N.Marewo berdasarkan pendidikan adab menurut Al ghazali. Metodologi dalam kajian ini ialah pendekatan kualitatif dengan teknik pengutipan data menggunakan analisis teks. Dapatan kajian ini ialah terdapat nilai adab kepada alam semesta dalam novel Nggusu Waru yang Tersisa iaitu; tidak merosak tumbuhan, mengambil dan menikmati hasil alam, menjaga pohon dan haiwan, merawat dan menanam tumbuhan (pohon) untuk kehidupan, dan membahagi hasil alam. Kesimpulan kajian ini iaitu kesusateraan sebagai wahana untuk dijadikan bahan pembelajaran di sekolah, terutama pendidikan adab, karakter dan tempoh pembelajaran adab harus lama supaya pelajar memahami dan mampu mengamalkannya. Implikasinya adalah pembelajaran adab yang bersistematik dengan isi kandungan pendekatan Al-Ghazali mampu mendidik pelajar dalam pembentukan karakter dan wawasan agamanya baik

    0

    full texts

    0

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    RUMPUN (E-Journal)
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇