RUMPUN (E-Journal)
Not a member yet
151 research outputs found
Sort by
Damage of reading Indonesian phrase with dislexic patients in Medan: neuropsycholinguistics analyze
The objectives of this study were (1) to classify the damage of reading Indonesian phrase in Dyslexic Patients (PDS) (2) Classify the disorder of neuropsychocognitive of Dyslexic Patients (PDS). Theoretically this research explains there is intervention and ability concerning memories, productions, thoughts, meanings, and emotions that are very influential in someone's reading because of disordering in the brain. Given this research is very complex, so this research apply research and development method (research & development). This research is oriented to a cycle that begins with the collection of information research results in the form of difficulty reading and neuropsychocognitive. Dyslexic patient in research subject are 3 peoples.Method used for data collection is test reading and memories. The basic technique is used by using tapping technique, ie tapping the PDS 1-3 taken from Medan Extraordinary School. Data analyzing in this research is to classified of difficulty of reading and memories and to classified long instruction in the sama time. The conclusions are (1) dyslexic patient could’nt read and thinking tree words or the complex words (2) dyslexic patient also difficult to understanding the long instruction, long term memories also damage.
 
Pengurusan Identiti Bangsa Dalam Trilogi Karya Hamka
Penerapan disiplin pengurusan di dalam bidang kesusasteraan masih lagi baru dan dilihat semakin berkembang rancak sejajar dengan relevansinya bagi mengukuhkan bidang sastera di tanah air. Penulisan makalah ini adalah mengenal pasti pengurusan identiti bangsa Melayu iaitu melalui elemen imej yang dilihat sebagai salah satu elemen penting dalam pembinaan identiti bangsa. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang akan menganalisis tiga buah novel karya karya ulamak terkenal Indonesia iaitu Hamka yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Merantau Ke Deli dan Di Bawah Lindungan Ka’bah. Prinsip Pengurusan yang kedua iaitu pengorganisasian telah menjadi landasan utama dan digabungkan dengan teori pengurusan iaitu 14 Prinsip Asas Pengurusan oleh Henry Fayol. Imej yang dibawa oleh ketiga-tiga watak utama di dalam novel ini iaitu Zainuddin (TKVDW), Poniem (MKD) dan Hamid (DBLK) akan diteliti bagi melihat pembinaan identiti watak di plot permulaan sehinggalah ke plot pengakhiran novel. Hasil dapatan telah membuktikan bahawa prinsip pengorganisasian telah diaplikasikan oleh setiap watak bagi mencapai matlamat dan menghadapi sebarang konflik dalam kehidupan mereka. Selain itu, imej Melayu transisi yang dimiliki oleh Zainuddin dan Poniem serta imej Melayu tradisi bagi Hamid telah mencerminkan identiti yang dimiliki oleh bangsa Melayu di dalam novel-novel pilihan. Prinsip disiplin, mengutamakan kepentingan organisasi, rantaian skala dan semangat kekitaan yang diketengahkan oleh Henry Fayol telah menyumbang kepada pengukuhan dalam pengurusan imej terhadap semua watak. Kesimpulannya, pengurusan yang baik adalah sangat penting dalam melahirkan seseorang individu dan bangsa yang mempunyai identiti yang teguh. Maka, pengurusan yang baik haruslah dipergiatkan dari semasa ke semasa
Perspektif Feminis Pada Akun Twitter Magdalene: Satu Tinjauan Sastera Feminis
Penelitian ini bertujuan untuk lebih meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai feminisme yang menjadi sangat perlu untuk diperhatikan. Adapun masalah yang melatarbelakangi penelitian ini umumnya berdasarkan ras, agama, suku, gender, atau orientasi seksual dalam bentuk kekerasan, penuntutan, dan intimidasi karena perbedaan identitas atau persepsi. Penelitian ini bertolak pada tinjauan sastera feminis yang dilakukan menggunakan metode analisis isi narasi. Tujuan penggunaan analisis isi narasi dalam penelitian ini adalah untuk mendapatkan deskripsi isi dan hal-hal substansial dari teks akaun Magdaleneid. Hasil analisis disajikan dalam bentuk deskripsi-kualitatif. Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa artikel-artikel yang dimuat dalam akaun twitter Magdalenid memang berangkat dari perspektif warganet terhadap isu-isu perempuan di berbagai belahan dunia, terutama yang mengangkat isu kekerasan seksual, kekerasan dan kesetaraan gender, seksualitas perempuan, dan pelecehan seksual. 
Analisis genre dan akal budi dalam simpulan bahasa Melayu Sarawak
Kajian ini membincangkan aspek genre dan akal budi yang terdapat dalam simpulan bahasa Melayu. Simpulan bahasa ialah salah satu daripada genre peribahasa. Genre simpulan bahasa menurut Harun Mat Piah (1989) terdiri daripada unsur-unsur (i) unsur luaran seperti bentuk dan struktur serta ikatan dan konvensinya; (ii) unsur dalaman seperti bahan pembicaraan, pemikiran, isi, fungsi dan pelbagai unsur keindahan yang lain. Akal budi ialah fikiran yang sihat. Fikiran yang sihat bermaksud kebijaksanaan, pekerti, sifat baik, daya cipta, falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu Sarawak yang tersurat dan tersirat dalam simpulan bahasa. Makalah ini ingin membuktikan bahawa daripada segi genre, simpulan bahasa Melayu Sarawak dibentuk daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, dan unsur atau nilai kepercayaan. Kajian ini menghujahkan bahawa simpulan bahasa Melayu Sarawak menyurat dan menyirat pelbagai aspek akal budi. Teori Peribahasa Za’ba (1962) yang diperluas oleh Harun Mat Piah (1989) dan Teori Semantik Geoffrey Leech (1981) berserta pendekatan semantik inkuisitif Norhashimah Jamaludin (2004) diaplikasikan dalam kajian ini
Elemen thriller Islam dalam novel ‘Bidadari Bermata Bening’ Karya Habiburrahman El-Shirazy
Kajian ini merupakan sebuah kajian kepustakaan yang bertujuan membina konsep ‘thriller’ berasaskan nilai-nilai Islam. Konsep ini dibina dengan memanfaatkan idea Teori Takmilah (1995) dan konsep ‘thriller’ Trish Macdonald Skillman (2000) yang disesuaikan dengan keteranganketerangan dari sumber al-Quran. Tiga prinsip Teori Takmilah iaitu sastera yang estetik bercirikan takmilah, prinsip pengkarya yang mengistikmalkan diri dan prinsip khalayak bertujuan ke arah insan kamil digunakan bagi menjelaskan sifat teks, pengkarya dan khalayak sebagai tiga komponen penting yang mempunyai kaitan langsung dengan kehadiran unsur ‘thriller’ dalam teks kesusasteraan. Manakala unsur ‘thriller’ yang dikemukakan oleh Trish Macdonald Skillman iaitu emosi, kejutan, keliru, takut, sangkaan dan bahaya disesuaikan maksudnya dengan keterangan-keterangan dari sumber al-Quran. Makna baharu unsur ‘thriller’ dijadikan asas dalam kerangka konsep ‘thriller’ yang dibangunkan. Bagi membuktikan kesesuaian dan kebolehgunaan konsep ini sebagai metode kritik, kaedah ini diaplikasikan dalam kritik novel Bidadari Bermata Bening (2017). Berdasarkan analisis yang dilakukan, dapat dibuktikan kewujudan unsur-unsur ‘thriller’ iaitu emosi, kejutan, takut, sangkaan, keliru dan bahaya yang dialami oleh watak-watak yang berkait langsung dengan kesedaran Islam. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pengarang Muslim memasukkan unsur-unsur ‘thriller’ dalam novel bertujuan menimbulkan kesedaran agama ke arah menyempurnakan tanggungjawab kesasteraannya baik sebagai pengarang, pembaca dan teks yang membawa mereka ke arah kesempurnaan. Berasaskan dapatan kajian konsep ‘thriller’ Islam dapat dijadikan alternatif kepada konsep ‘thriller’ Barat bagi memahami unsur-unsur ‘thriller’ dalam karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang Muslim dari perspektif yang berbeza. 
Sorotan Literatur Kajian kes penggunaan metod TRIZ dalam menyelesaikan masalah
Artikel ini merupakan sebuah perbincangan konseptual tentang kajian kes-kajian kes berkaitan penggunaan metodologi TRIZ dalam usaha untuk menyelesaikan masalah secara inventif. Metodologi ini telah diperkenalkan oleh Generich Altshuller, seorang jurutera Russia pada tahun 1946. TRIZ merupakan metod yang menjelaskan mengenai pembentukan idea-idea baharu, inventif dan kreatif. Terdapat 40 prinsip inventif yang boleh digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam kertas kerja ini, kajian kes terdahulu dibincangkan untuk menunjukkan bahawa keberkesanan TRIZ digunakan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Secara keseluruhannya, kertas kerja ini dihasilkan agar dapat membantu pihak berkaitan untuk mengetahui dan memahami penggunaan prinsip inventif dalam metodologi TRIZ yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah dalam bidang masing-masing, seterusnya membantu meningkatkan kreativiti dan inovatif dalam menyelesaikan masalah pelbagai bidang
Cerita rakyat Melayu sumatra utara berupa mitos dan legenda dalam membentuk kearifan lokal masyarakat
Cerita rakyat Melayu lama mengandung banyak maklumat mengenai orang Melayu dan tamadun Melayu khususnya dalam bentuk mitos dan legenda yang juga merupakan bahagian dari tradisi lisan. Pada zaman yang serba digital dan dan penuh dengan teknologi informasi yang canggih, eksistensi mitos dan legenda semakin terancam. Generasi saat ini kebanyakan tidak lagi mengenal cerita rakyat klasik yang pada zaman dahulu yang menjadi patokan untuk menjalani kehidupan yang harmoni dan selaras dengan alam. Di Sumatera Utara, terdapat wilayah-wilayah yang didiami oleh orang Melayu yang masih menjaga adat dan tradisi mereka secara turun temurun terutama dalam penyampaian tradisi lisan mengenai cerita rakyat meskipun tidak banyak lagi. Tulisan ini membahas tentang beberapa legenda dan mitos yang masih dipertahankan orang Melayu di Sumatera Utara dan kearifan lokal yang dipengaruhi oleh adanya cerita rakyat tersebut serta usaha preservasi dan pembudayaan kembali terhadap mitos dan legenda di tengah-tengah masyarakat Melayu modern.Mitos-mitos yang ditemukan adalah beberapa jenis mitos sesuai dengan fungsinya yaitu berbentuk pantang larang, mitos untuk perempuan dan laki-laki, dan juga mitos anak-anak. Sedangkan legenda yang beredar merupakan legenda berupa asal-usul terjadi dan terbentuknya suatu tempat yang hingga kini menjadi nama dari tempat tersebut. Cerita rakyat ini secara umum memberikan fungsi sosial dan kearifan lokal terhadap masyarakat Melayu berupa pendidikan moral, ketaatan, dan nilai-nilai agama yang mempengarui kepada kebaikan dalam perbuatan. Adapun usaha mengenkulturasi cerita rakyat berupa tradisi lisan ini adalah dengan adanya sosialisai seperti penceritaan melalui pencerita/telagkai dalam setiap acara kemelayuan, dalam bentuk tulisan berupa buku, serta menjadi bahan pengajaran dalam dunia akademik sehingga terwujud pelestarian tradisi lisan dan cerita rakyat berupa mitos dan legenda yang bermanfaat bagi masyarakat Melayu masa depan
Analisis dakwah dalam cerpen-cerpen terpilih Rejab F.I.
Makalah ini bertujuan untuk membincangkan persoalan dakwah yang berpaksikan kehidupan orang-orang Melayu yang kaya dengan akal budi dan tata susila hidup. Kaedah analisis kandungan digunakan dengan memfokuskan terhadap persoalan dakwah dalam kumpulan cerpen Papaverine oleh Rejab F.I. Data dideskripsi dan dibincangkan berpandukan pendekatan dakwah yang terangkum dalam Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang secara deskriptif iaitu dihuraikan secara terperinci sesuai dengan ruang lingkup kajian. Hasil analisis menunjukkan cerpen-cerpen terpilih Rejab F.I berkait rapat dengan aspek kemanusiaan terisi dengan kepelbagaian rencah kehidupan yang padat dan kompleks. Daripada analisis yang menjurus kepada watak dan perwatakan, kajian ini mendapati empat tema yang terungkap dari Pendekatan Dakwah iaitu takwa, keadilan, ilmu dan taubat. Penemuan tema takwa, keadilan dan ilmu yang terungkap dalam cerpen-cerpen terpilih oleh Rejab F.I tersebut merupakan gambaran landskap pemikiran masyarakat Melayu berdasar pada nilai hidup semasa. Semua ini terjalin mengikut prinsip kehidupan orang-orang Melayu yang berpegang teguh kepada ajaran dan suruhan Allah SWT
Morphological typology of Riau Malay Language
The purpose of this research is to explain the morphology typology of Riau Malay Language (RML). Linguistic typological studies on regional languages still need to be done because there are still more grammatical questions about regional languages that have not been analysed in their entirety. Typological research is language research based on the characteristics or types that are dominant in the language that can be used as a basis for morphological classification. This morphological typological study was conducted as an effort to participate in the development of regional languages. This research is a field research that was carried out in the Riau Province, Indonesia. The data was sourced from oral and written data. The data collection uses the refer method and the analysis of data is by the Agih method with the sloping technique, replace and lift. The results of data analysis are presented using informal methods. The theory used in this study follows Jufrizal (2004) and Comrie (1989). The results showed that RML affixes consisted of {meN}, {beR}, {teR}, {di-}, {peN}, {pe}, {peR-}, {ber-}, and {bese}; infix {-em-}, {-el-}, and {-er-}; suffix {-an}, {-kan} and {-i}; confix {peN-an},{peR-an}, {ke-an}, {ber-an}, and {se-nye}; The combination of affixes {mempeR-(-kan, -i)}, {me-kan}, and {di-kan} can be attached to the basic form consisting of nominal, verbal, adjective, adverb, and numeralia. Affixation that occurs can change the class of words (derivational processes) or not change the clasxs of words (inflectional process). Based on segmentability and invariance ofx RML affixes, it was found that RML is an agglutinative type of language
Elemen multimodaliti dalam karya kartun menerusi mod linguistik dan mod visual
Dalam kartun, makna dan mesej dihasilkan sama ada melalui dua mod semiotik, iaitu lisan dan visual atau semata-mata melalui mod visual. Interaksi antara bahasa dan imej kartun sering dianggap sebagai cara yang langsung dan mudah diproses untuk menyampaikan mesej. Kajian ini bermatlamat untuk menunjukkan bahawa makna dan mesej kartun tidak selalu mudah untuk difahami sepenuhnya, oleh sebab itu pembaca harus memerhatikan maklumat bahasa dan visual bagi setiap kartun. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti mod linguistik dan mod visual yang terdapat dalam kartun bagi menyampaikan makna serta mesej yang tersurat mahu pun yang tersirat. Untuk tujuan ini, dua teori digunapakai; teori Sistemik Fungsional Linguistik oleh Halliday (1994) bagi menganalisis mod linguistik dan pendekatan multimodal oleh Kress dan Van Leeuwen (1996, 2006) bagi menganalisis mod visual atau imej dalam kartun. Data kajian diperoleh daripada buku kartun Usik-Usik (Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan). Dapatan kajian menunjukkan bahawa teks bahasa merupakan mod linguistik yang bertindak sebagai elemen multimodal yang berkesan dan menjadi pelengkap kepada mod visual yang terdapat pada karya kartun. Seterusnya, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa peranan mod linguistik adalah untuk menyediakan konteks dalam karya kartun sebagai maklumat tambahan supaya pembaca dapat memahami mesej yang hendak disampaikan dengan lebih jelas