RUMPUN (E-Journal)
Not a member yet
151 research outputs found
Sort by
Ketamakan Manusia Berkuasa Dalam Novel Nabatah Karya Mohd. Khairy Haji Halimi
Kajian ini bertujuan untuk meneliti konflik dalam masyarakat yang terkandung dalam novel Nabatah karya Mohd. Khairy Mohd Halimy. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Teks utama kajian ini ialah novel Nabatah. Data daripada teks kajian dianalisis dengan mengenakan tematik melalui jadual pemetaan. Analisis dijalankan dengan menggunakan pendekatan satira melalui unsur-unsur ironis serta lucu tetapi sindiran yang tajam. Penulisan ini menemukan ketamakan kuasa dalam perebutan kepimpinan politik, dan projek pembangunan. Sikap tamak mewujudkan prasangka dalam masyarakat antara individu, kelompok dan kaum. Kesannya menimbulkan konflik, ketegangan dan pertelingkahan dalam masyarakat. Pembangunan yang tidak terancang menyebabkan alam semulajadi tidak dilestarikan. Individu yang tidak berilmu, tidak berkahlak dan tamak serta bagaikan haiwan bertopengkan manusia jika diangkat sebagai pemimpin akan menjadi barah dalam masyarakat dan negara. Kajian ini memberi pencerahan kepimpinan yang unggul dan bersifat global untuk diteladani oleh masyarakat
Struktur Binaan Kerangka Model Emosi Watak Protagonis Wanita Berdasarkan Novel Popular Dan Realiti
Kajian ini membincangkan emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular dengan wanita bekerjaya berkeluarga. Terdapat empat buah novel popular yang menjadi bahan kajian iatu novel 7 Hari Mencintaiku (Siti Rosmizah), Suri Hati Mr. Pilot (Dila Dyna), Adam dan Hawa (Aisya Sofea) dan Dekatnya Cinta (Aisya Sofea). Keempat-empat novel tersebut dipilih berdasarkan ciri-ciri popular iaitu mendapat permintaan yang tinggi dan telah diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular, merumuskan emosi dan helah bela diri watak protagonis wanita yang terdapat dalam novel popular. Akhirnya menjana model emosi wanita bekerjaya berkeluarga. Kajian ini menggunakan Teori Gabungan (Nordiana Hamzah), Teori Psikoanalisis (Sigmund Freud) dan Teori Rasa Fenomenologi (Sohaimi Abdul Aziz). Ketiga-tiga teori tersebut merupakan pegangan dalam menganalisis emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular. Hasil dapatan daripada pembinaan jadual emosi, kajian ini mendapati terdapat 12 jenis emosi watak protagonis wanita dalam novel popular. Antaranya ialah emosi kasih, emosi malu, emosi riang, emosi sedih, emosi takut, emosi hairan, emosi marah, emosi jijik, emosi tenaga, emosi dendam, emosi dengki, dan emosi simpati. Namun, hanya sembilan emosi sahaja yang selari dengan emosi wanita bekerjaya berkeluarga masa ini. Helah bela diri watak protagonis wanita dalam novel pula terdapat 10 jenis. Antara helah bela diri tersebut ialah, sublimasi, rasionalisasi, projeksi, introjeksi, pembentukan reaksi, fantasi, represi, penafian, agresi dan regresi. Namun, hanya satu HBD (helah bela diri) sahaja yang berada paling hampir dengan wanita realiti, dua HBD yang berada di gelung kedua, lima HBD di gelung ketiga, dua HBD yang berada di gelung keempat dan dua HBD yang berada di gelung terakhir. Hal ini menunjukkan bahawa semakin jauh gelung daripada bulatan HBD, semakin kurang persamaan HBD yang diambil oleh wanita bekerjaya berkeluarga dalam realiti. Kesemua dapatan tersebut dapat membantu penulis untuk menghasilkan karya yang baik dan lebih dekat dengan keadaan realiti watak protagonis. Hal ini akan mewujudkan emosi yang selari terhadap pembaca berdasarkan watak dalam novel. 
Memahami Misteri Takdir Dalam Novel Rafilus Karya Budi Darma
Novel Rafilus karya Budi Darma menarik untuk diteliti kerana penceritaannya menunjukkan keunikan jika dibandingkan dengan novel sastera Indonesia pada umumnya. Adapun yang menjadi masalah bagi penulis atas novel tersebut adalah bagaimana misteri takdir dalam novel Rafilus yang selama ini menjadi perbincangan dalam kritik sastera. Penelitian ini bertujuan untuk memahami misteri takdir novel tersebut, seperti yang diungkapkan dalam alur cerita novel yang terdapat suatu persoalan yang merupakan perpaduan dari rasa sakit, takjub, dan syahdu. Dikatakan demikian kerana ambisi, angkara murka, dan keadaan masyarakat yang tidak beres begitu ditonjolkan sehingga pembaca seolah-olah dibawa ke suatu situasi sosial yang penuh dengan manusia-manusia yang sakit jiwa. Selain itu, jiwa tokoh-tokoh yang aneh, menentang logika, jungkir balik, dan perilaku yang tidak waras juga digunakan untuk memahami sifat dasar manusia sehingga pembaca berasa takjub. Sementara itu, dapat dirasakan pula adanya cerminan pengalaman pengarang tentang hidup dan kehidupan yang abstrak tetapi mendekati kebenaran sehingga perasaan syahdu muncul ke permukaan. Kaedah yang digunakan dalam penelitian ini adalah deskriptif-kualitatif dengan menggunakan teknik analisis isi dan studi literatur. Analisis isi ini bersifat narasi untuk mendapatkan deskripsi isi dan hal-hal substansial dari novel tersebut. Pendekatan ini meneliti segala sesuatu yang terdapat dalam karya sastera dalam hubungannya dengan keseluruhan cerita. Berdasarkan penelitian yang dilakukan, diperoleh beberapa simpulan. Terdapat keunikan yang sarat dengan nuansa eksperimen fikiran dan perasaan sebagaimana tampak pula di dalam karya-karya sebelumnya (Olenka dan Orang-Orang Bloomington). Novel Rafilus bukan semata-mata novel fikiran, melainkan melebihi batas rasional.Hal ini sesuai dengan prinsip bahawa jika ingin menjadi pengarang yang benar-benar pengarang, begitu kata Budi Darma, orang harus mampu memadukan man of action dan man of though
Idealogi Islamik Pengarang Melalui Drama `Tiang Seri Tegak Berlima` Karya Noordin Hassan
ABSTRAK
Interpretasi karya Noordin Hassan lazimnya memperlihatkan unsur-unsur keagamaan dan kemasyarakatan dalam menentukan kerangka dalam fitrah manusia. Ironinya, karya Noordin Hassan bersandarkan kepada dua elemen yang mempengaruhi karyanya. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan membincangkan unsur-unsur idealogi Noordin Hassan melalui salah satu karya dramanya berjudul `Tiang Seri Tegak Berlima` (TSTB). Berdasarkan kajian lepas, kajian mengenai teater fitrah banyak dilakukan terhadap teater Noordin Hassan selepas munculnya konsep teater fitrah. Justeru, artikel ini membincangkan secara terperinci berkaitan dengan idealogi yang terkandung di dalam naskah drama beliau iaitu Tiang Seri Tegak Berlima. Idealogi yang mencitrakan prinsip fitrah manusia yang beriman dan memiliki sikap positif dalam kehidupan.
Kata kunci: Idealogi, Islamik, Noordin Hassan, Drama Tiang Seri Tegak Berlima
Kemenjadian Abdullah Munsyi Sebagai Tokoh Bahasa, Sasterawan Dan Kewartawanan
Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kemenjadian Abdullah Munsyi sebagai tokoh dalam bahasa, sasterawan dan kewartawanan. Analisis tentang faktor-faktor kemenjadian Abdullah Munsyi sebagai tokoh dalam bahasa, sasterawan dan kewartawanan adalah dengan menggunakan Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura, dan Model Strategi Pembelajaran Bahasa oleh Oxford. Penulisan ini menemukan tema menuntut ilmu melalui peranan bapanya iaitu Abdul Kadir dan pengaruh persekitaran. Strategi pembelajaran bahasa yang digunakan adalah berasaskan kemahiran menulis dalam meningkatkan penguasaan ilmu melalui latih tubi menulis, latihan imlak dan imitasi. Penguasaan ilmu dan kemampuannya untuk mengajar membolehkan Abdullah digelar “Munsyi.” Hasil penemuan ini telah menyumbang kepada kemenjadian Abdullah Munsyi sebagai individu berilmu dalam mempengaruhi dan membuat perubahan terhadap perkembangan kesusasteraan, bahasa dan ilmu kewartawanan dalam alam Melayu
Kesepaduan Gaya Bahasa Dan Pemikiran Dengan Perutusan Agama Dalam Kumpulan Puisi `Sewaktu Pesawat Runduk`
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek gaya bahasa dan pemikiran (stail) dengan perutusan keagamaan yang terdapat dalam puisi-puisi yang termuat dalam teks kumpulan puisi ‘Sewaktu Pesawat Runduk’ karya Arifin Arif. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Analisis dan perbincangan deskriptif berpandukan satu daripada dua prinsip yang terdapat dalam krangka Teori Estetika Bersepadu yang dipelopori oleh Abdul Halim Ali (2010) iaitu kesepaduan gaya bahasa dan pemikiran(stail) penyair dengan perutusan keagamaan. Kebenaran yang dimaksudkan di sini ialah kebenaran di sisi agama dan kebenaran di sisi realiti. Manakala gaya bahasa yang dimaksudkan di sini ialah dalam aspek unsur gaya bahasa metafora, personifikasi, semile dan gaya alusi. Unsur gaya bahasa yang bersepadu dengan pemikiran serta perutusan kebenaran dapat menerbitkan keindahan yang dapat mengusik emosi dan keterujaan pembaca. Keindahan dalam sesebuah karya sastera umpamanya puisi berunsur Islam selain dapat menerbitkan makna dan pemikiran tetapi dapat memberi pengajaran berguna dari segi pendidikan tauhid, akidah dan syariah kepada pembacanya
The Lanao Sultanate Leadership Legitimacy: Its Bases from Islamic Principles on Leadership, Maranao Traditions, Salsilas, and Historical Claims
The Muslim Maranaos founded the Lanao Sultanate in 1616 and it continues until today as a traditional governance in Lanao del Sur in Mindanao, Philippines. Whereas, the Republic of the Philippine was established in 1946. Today, Lanao del Sur is part of the territories of the Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao (BARMM). Literature reviews show that the Lanao Sultanate was less represented in the academic research since the early scholars specializing on the sultanates in the Philippines focused on Sulu and Magindanao sultanates only. In addition, there is a sizeable research gap on the Lanao Sultanate legitimacy in the areas of Islamic principles on leadership, Maranao traditions, salsilas (scholarly chain of genealogy), and historical claims. Hence, this study explores the bases of legitimacy of Lanao Sultanate from Islamic principles on leadership, Maranao traditions, salsilas, and historical claims perspectives. 
Kesan Pendekatan Model Stad Terhadap Pencapaian Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah Berketurunan Cina Di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dalam usaha untuk membantu murid meningkatkan peningkatan pencapaian dalam penulisan karangan Bahasa melayu Peringkat sekolah menengah. Kaedah eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 56 orang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah kebangsaan (Cina) di Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen berbentuk praujian dan pascaujian serta soal selidik bagi menganalisis dan menginterpretasi data yang diperoleh. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 29 orang murid, manakala kumpulan rawatan terdiri daripada 27 orang murid. Kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran konvensional, manakala kumpulan rawatan pula mengikuti pembelajaran secara koperatif model STAD. Untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam praujian dan pascaujian penulisan karangan murid, ujian t digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi kedua-dua ujian dalam kumpulan kawalan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam praujian dan pascaujian bagi kumpulan rawatan. Dapatan kajian turut mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam pascaujian bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Hasil soal selidik mendapati semua sampel menyatakan bahawa pendekatan koperatif model STAD dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan memberikan kesan positif kepada murid bagi meningkatkan pencapaian dalam penulisan karangan. Dapatan ini menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dapat meningkatkan skor min karangan murid secara signifikan berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional. Kesimpulannya, kajian ini dapat membuktikan bahawa pendekatan koperatif model STAD adalah berupaya meningkatkan kualiti karangan murid
Combating Fake News: Strategies adopted by Suara Muhammadiyah Magazine in Indonesia
Despite the advantages and drawbacks of using social media, there is no disputing that the spread of ‘fake news’ via this medium is garnering a lot of attention and is raising concerns for both individuals and the country. Fake news has become a sickness among citizens that can harm a person’s reputation and bring down an organization. Through the use of the Framing theory developed by Erving Goffman, this study seeks to examine the strategies employed by Suara Muhammadiyah Magazine in preventing the spread of fake news and to investigate how Muhammadiyah followers perceive Suara Muhammadiyah in preventing that fake news. The descriptive narrative approach that is the main focus of this study is a qualitative research methodology. Methodologically, this study has conducted a qualitative content analysis of three (3) Suara Muhammadiyah magazines in analyzing the strategies used to combat fake news. The findings suggest that Suara Muhammadiyah magazine has a bigger impact on how the diversity of strategies is framed in efforts to counter fake news. Every headline reveals this, even those that do not mention the fake news that circulated throughout the Indonesian election process in the year or so 2019 immediately. The results also show that Suara Muhammadiyah Magazine, which is an independent media organization that defends the truth and keeps up with the news, focuses more on how the strategy is utilized to counter fake news by embracing religious principles.
 
Unsur-Unsur Pemerkasaan Bahasa Melayu Dalam Drama Anak Tanjung Karya Noordin Hassan
Pemerkasaan bahasa adalah satu proses yang panjang bagi memartabatkan bukan sahaja sesuatu bahasa bahkan sesuatu bangsa di sesebuah negara. Bagi bahasa Melayu di Malaysia, usaha memperkasakan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan itu telah bermula sejak sebelum terbentuknya negara Malaysia. Usaha memerkasakan bahasa Melayu bukan sahaja dapat dilihat dalam bidang politik, tetpai juga bidang-bidang lain termasuk bidang sastera. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur pemerkasaan bahasa Melayu dalam drama Anak Tanjung karya Noordin Hassan. Analisis dalma makalah ini juga bertujuan untuk memaparkan contoh-contoh terbaik menerusi teks kesusasteraan sesuatu dengan kedudukan Noordin Hassan sebagai Sasterawan Negara, tokoh pentng dalam bidang drama dan pengguna bahasa Melayu. Berdasarkan analisis yang dilakukan. Kajian ini dapat menunjukkan Noordin Hassan dan dramanya menyelitkan unsur-unsur pemerkasaan bahasa Melayu khususnya dalam konteks penggunaan bahasa Melayu standard dan sesuai dari sudut morfologi, fonologi dan sintaksis