Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK) / Journal of Islam and Contemporary Society (Journal of UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin)

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK) / Journal of Islam and Contemporary Society (Journal of UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin)
Not a member yet
    500 research outputs found

    Kerangka Nilai al‑Quran sebagai Asas Pembangunan Kurikulum Kerja Sosial Menerusi Pendekatan Tafsir al‑Mawdu‘iy [The Qur’anic Values Framework as the Foundation for Developing a Social Work Curriculum through the Tafsir al-Mawdu‘iy Approach]

    No full text
    Pembangunan kurikulum kerja sosial berasaskan kerangka nilai al-Quran menawarkan alternatif kepada paradigma sekular yang kebiasaannya menekankan kebajikan material berbanding kesejahteraan insan secara holistik. Dipandu oleh pendekatan tafsir al-Mawdu‘iy  kajian ini meneliti ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan nilai asas Islam — aqidah, syariah, dan akhlak —sebagaimana dihuraikan dalam karya tafsir klasik dan kontemporari termasuk tafsir Ibn Kathir, al-Munir dan al-Maraghiy. Analisis menunjukkan bahawa nilai-nilai al-Qur’an bukan sekadar berperanan sebagai panduan etika, malah bertindak sebagai prinsip epistemologi yang mampu membentuk asas konseptual, struktur organisasi, dan hasil pembelajaran dalam kurikulum kerja sosial berteraskan Islam. Berdasarkan dapatan ini, makalah ini mengemukakan satu kerangka kurikulum integratif yang mengharmonikan ilmu naqli dan aqli, bagi memastikan bakal pengamal kerja sosial membangunkan kompetensi profesional yang kukuh serta berlandaskan petunjuk Ilahi. Pendekatan ini memperkukuh paradigma Islam dalam reka bentuk kurikulum dan melahirkan pengamal yang memiliki keteguhan spiritual sambil berupaya menunaikan tanggungjawab sosial secara berkesan

    Tasawur pembangunan Malaysia Madani (T-PMM) berdasarkan pandangan para pemegang taruh: The development worldview of Malaysia Madani (T-PMM) based on the perspectives of stakeholders

    Full text link
    Setiap pemimpin yang  menerajui  tampuk  kepimpinan sesebuah negara pasti mempunyai idealisme dan gagasan pembangunan yang tersendiri. Penerimaan rakyat terhadap naratif sesuatu gagasan mencerminkan kewibawaan dan legitimasi karismatik seorang pemimpin serta menjadi pemangkin kepada kemakmuran negara. Bagi membangunkan sebuah negara yang mampan, dinamik dan inklusif, Malaysia di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menjadikan Malaysia Madani sebagai gagasan negara. Sebagai sebuah gagasan pembangunan negara yang baru, perkara utama yang perlu diperhatikan adalah pada aspek acuan atau tasawurnya. Persoalannya, apakah tasawur gagasan Malaysia Madani ini? Adakah tasawur  Malaysia Madani  bersumberkan tasawur Islam atau tasawur lazim? Bagi menjawab persoalan ini, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis tasawur gagasan Malaysia Madani samada bersumberkan tasawur Islam ataupun tasawur lazim. Kajian kualitatif ini melibatkan temu bual tidak berstruktur terhadap pemegang taruh yang terlibat dalam merancang dan melaksana agenda pembangunan negara. Dapatan temu bual kemudiannya dianalisis secara tematik menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati  bahawa gagasan Malaysia Madani masih tidak mempunyai sebuah tasawur yang jelas. Selain itu, terdapat beberapa cabaran dalam menzahirkan tasawur madani yang sebenar. Oleh itu, kajian ini mencadangkan sebuah kerangka tasawur pembangunan  Malaysia Madani (T-PPM) yang baharu.   Every national leader who assumes the helm of a country's governance invariably possesses distinct ideals and developmental visions. The public’s acceptance of a leader’s narrative reflects the leader's authoritative standing and charismatic legitimacy, serving as a catalyst for national prosperity. To establish a sustainable, dynamic, and inclusive nation, Malaysia under the administration of the Honourable Dato’ Seri Anwar Ibrahim has adopted the Malaysia Madani framework as its national development paradigm. As a novel developmental concept, the primary focus must be on its foundational worldview or tasawur. This raises critical questions: what constitutes the tasawur of Malaysia Madani? Is it derived from an Islamic worldview or a more conventional, secular perspective? In addressing these inquiries, this paper aims to identify and analyze the tasawur underpinning Malaysia Madani, discerning whether it originates from Islamic principles or from a secular framework. This qualitative study utilizes unstructured interviews with key stakeholders engaged in the planning and implementation of the national development agenda. The interview data are thematically analyzed using ATLAS.ti software. The study finds that the Malaysia Madani initiative remains without a clearly articulated worldview (tasawur). Furthermore, significant challenges persist in defining an authentic and coherent Madani framework. Consequently, the aspirations promoted under the Malaysia Madani agenda risk being neither embraced nor actualized by society at large. To address this gap, the study advances a newly proposed conceptual framework for Malaysia Madani development (T-PPM)

    Systematic literature review on Muslim friendly tourism: future research direction

    Full text link
    Permintaan yang semakin meningkat terhadap Pelancongan Mesra Muslim (MFT) turut memberi kesan kepada penyelidikan dalam bidang ini. Sejak sedekad yang lalu, para penyelidik telah mengkaji MFT dari pelbagai perspektif serta dalam kaitannya dengan pelbagai industri dan kategori perkhidmatan. Namun begitu, masih terdapat kekurangan kajian yang secara sistematik untuk menilai semula literatur sedia ada terhadap Pelancongan Mesra Muslim. Kajian semakan literatur sistematik ini direka bentuk untuk menilai kepentingan amalan Pelancongan Mesra Muslim. Ia bertujuan untuk meneroka hubungan antara konsep, amalan dan arah tuju penyelidikan masa depan. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan bersepadu yang merangkumi semakan sistematik terhadap kajian kualitatif dan penerbitan pendapat pakar berdasarkan piawaian penerbitan, iaitu ROSES (Reporting standards for Systematic Evidence Syntheses). Kajian ini memilih artikel daripada dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Web of Science serta satu pangkalan data sokongan iaitu Google Scholar. Tiga tema utama telah dikenal pasti daripada kajian ini. Pertama, konsep Mesra Muslim. Kedua, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam amalan MFT. Ketiga, cadangan arah tuju penyelidikan masa depan adalah untuk melaksanakan dan mengaitkan konsep tersebut ke dalam amalan secara sewajarnya. Kajian ini menekankan kepentingan Pelancongan Mesra Muslim dalam industri pelancongan dan pelaksanaannya. Ia menunjukkan bahawa MFT perlu menukar pelan penyesuaian kepada amalan agar selari dengan keperluan dan permintaan pelancong. Ia juga perlu memberi tumpuan kepada kandungan penyelidikan yang khusus bagi arah tuju penyelidikan masa depan.   The upward demand of Muslim Friendly Tourism (MFT) has impacted the research on it too. Over the last decade researchers have studied MFT from various perspectives and in relation to different industries and services categories. However there were still insufficient studies that systematically review the existing literature on MFT . This systematic literature review was designed to gauge the importance of MFT practice. It aimed to explore the nexus between the concept, practice and its future research direction. This study uses an integrated research design of systematic review of qualitative studies and expert opinion publications that was based on the publication standard, namely ROSES (Reporting standards for Systematic Evidence Syntheses). This study selected articles using two leading databases namely Scopus and Web of Science and one supporting database namely Google Scholar. Three major themes were evident from this study. First, Muslim Friendly concept. Second, products and services offered in the MFT practice. Third, the suggestion of future research direction is to implement and relate the concept into practice accordingly. This review highlights the importance of MFT in the tourism industry and its practice. It has shown that MFT need to change its adaptation plan into practice so that it is in line with the need and demand of tourists. It is also need to focus on specific content of research for its future research direction

    Important References for Shariah-Compliant Hotels: Global and Local Perspectives

    Full text link
    Shariah-compliant hotels have emerged as a critical dimension of the Islamic hospitality industry, offering services that align with the religious, ethical, and lifestyle needs of Muslim travelers worldwide. This study investigates the foundational references, regulatory frameworks, and implementation models of Shariah-compliant hotels through a comparative analysis of global and local perspectives. Adopting a qualitative approach based on library research methodology, the study reviews and synthesizes documents, guidelines, and certification standards from international platforms such as CrescentRating and Salam Standard, alongside national frameworks established by Malaysia’s Department of Islamic Development (JAKIM). The analysis reveals that while global standards provide accessibility and market visibility, local standards offer theological legitimacy and contextual relevance. However, discrepancies in scope, terminology, and implementation highlight the need for greater alignment. The findings underscore the importance of harmonizing global and local standards to ensure operational consistency, religious integrity, and industry scalability. The article concludes by proposing strategic recommendations for policy integration, stakeholder collaboration, and the development of a unified framework to advance the global network of Shariah-compliant hotels

    Kitab-Kitab Syarah Sunan Al-Nasa'i: Satu Tinjauan Metodologi Berdasarkan Teori Ilmu Syarh Al-Hadith: Commentaries on Sunan Al-Nasa’i: A Methodological Review Based on the Theory of Syarh Al-Hadith

    Full text link
    Sunan al-Nasā’ī merupakan salah satu karya utama dalam Kutub al-Sittah yang mendapat perhatian meluas dalam kalangan ulama hadith, termasuk melalui penghasilan pelbagai karya syarah. Namun, kajian terhadap metodologi yang digunakan dalam kitab-kitab syarah Sunan al-Nasā’ī masih kurang diberikan perhatian secara khusus dalam disiplin ilmu syarḥ al-ḥadīth. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengisi kekosongan tersebut dengan meneliti pendekatan metodologi yang digunakan oleh tiga buah kitab syarah terpilih terhadap Sunan al-Nasā’ī, iaitu Dakhīrah al-‘Uqbā, Hāsyiah al-Sindī dan Hāsyiah al-Suyūṭī. Penyelidikan ini menumpukan kepada mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam kaedah pensyarahan mereka serta bagaimana metodologi tersebut mempengaruhi pemahaman dan penghuraian hadith berdasarkan prinsip-prinsip ilmu syarḥ al-ḥadīth. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini, dengan kaedah analisis dokumen sebagai teknik pengumpulan data utama serta analisis kandungan sebagai teknik analisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian pendekatan dalam ketiga-tiga kitab syarah yang dikaji, mencerminkan kerencaman perspektif ilmiah dalam tafsiran hadith. Kajian ini menyumbang kepada perluasan wacana ilmu syarh al-hadīth dengan menekankan kepentingan memahami pendekatan metodologi secara kritis. Oleh itu, dicadangkan agar kajian lanjutan dilakukan terhadap kitab-kitab syarah hadith yang lain bagi memperkukuh kefahaman terhadap tradisi pensyarahan hadith dalam khazanah keilmuan Islam.   Sunan al-Nasā’ī is one of the primary works within the Kutub al-Sittah and has received significant scholarly attention, particularly through various commentaries. However, the methodological approaches employed in the commentaries on Sunan al-Nasā’ī have not been extensively examined within the discipline of syarḥ al-ḥadīth. This study seeks to address this gap by exploring the methodological approaches used in three selected commentaries on Sunan al-Nasā’ī: Dakhīrah al-‘Uqbā, Hāsyiah al-Sindī, and Hāshiyah al-Suyūṭī. The research focuses on identifying the similarities and differences in their interpretive methods, and how these methodologies influence the understanding and elaboration of hadith based on the principles of syarḥ al-ḥadīth. This study adopts a qualitative approach, employing document analysis as the main data collection method, and content analysis as the method of data analysis. The findings reveal a range of methodological diversity among the three commentaries, reflecting a variety of scholarly perspectives in hadith interpretation. This study contributes to the broader discourse of hadith methodology by emphasizing the importance of critically understanding different methodological approaches. It is recommended that future research explore the methodologies of other hadith commentaries to further enrich the understanding of hadith commentary traditions in Islamic scholarship

    Analisis Holistik Terhadap Konsep Makanan Halālan Ṭayyiban: Kewajipan Syariah bagi Muslim dan Relevansi Kepada Bukan Muslim: A Holistic Analysis of the Concept of Halālan Ṭayyiban Food: A Sharīʿah Obligation for Muslims and Its Relevance to Non-Muslims

    Full text link
    Kefahaman masyarakat terhadap konsep Halālan Ṭayyiban ke atas sesuatu makanan masih terbatas dan cenderung memisahkan antara unsur halal dan ṭayyib. Penekanan yang berlebihan terhadap aspek hukum halal sahaja menyebabkan dimensi kualiti, kebersihan, keselamatan dan etika pemakanan terabai, sekali gus menjejaskan amalan pemakanan Islam yang seimbang dan menyeluruh. Kajian ini bertujuan untuk memperluas serta memperdalam kefahaman terhadap konsep Halālan Ṭayyiban dan hubungannya dengan amalan pemakanan sihat dan beretika menurut Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui pengumpulan data primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui analisis dokumen seperti fatwa, garis panduan halal dan dokumen rasmi agensi berkaitan. Data sekunder pula merangkumi kitab tafsir, hadith, karya klasik dan kontemporari, jurnal akademik serta penerbitan institusi. Kesemua data dianalisis secara tematik menggunakan pendekatan induktif bagi membina kerangka konseptual yang sistematik dan mudah difahami. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep Halālan Ṭayyiban merupakan suatu gagasan syariah yang menyeluruh, holistik dan humanistik. Ia bukan sahaja menjamin manfaat kepada pengguna Muslim, bahkan bersifat inklusif dan boleh diaplikasikan secara universal. Konsep ini turut memperlihatkan keagungan Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Pencipta, Maha Pemurah dan Maha Penyayang terhadap seluruh manusia dan alam ciptaan-Nya. Public understanding of the Halālan Ṭayyiban concept remains limited and tends to separate the elements of ḥalāl and ṭayyib. Excessive emphasis on ḥalāl legal rulings alone has led to the neglect of quality, hygiene, food safety and ethical consumption, thereby undermining a balanced and holistic Islamic dietary practice. This study aims to expand and deepen the understanding of Halālan Ṭayyiban and its relationship with healthy and ethical eating practices in Islam. A qualitative approach was employed through the collection of both primary and secondary data. Primary data were obtained through document analysis of fatwas, halal guidelines and official publications issued by relevant agencies. Secondary data included classical and contemporary works in tafsir, hadith, scholarly texts, academic journals and institutional publications. All data were analysed thematically using an inductive approach to develop a systematic and accessible conceptual framework. Findings indicate that Halālan Ṭayyiban represents a comprehensive, holistic and humanistic Shariah-based paradigm. It not only ensures benefits and protection for Muslim consumers but is also inclusive and universally applicable. The concept further reflects the greatness of Allah SWT as the Creator, the Most Merciful and the Most Compassionate towards all of humanity and His creation

    Keperluan pembinaan kerangka Ta'dib Hisbah (Ta-His) untuk pembangunan insaniah remaja sekolah berasrama di Malaysia: The need for developing a Ta'dib Hisbah (Ta-His) framework for the human development of boarding school adolescents in Malaysia

    Full text link
    Setiap individu remaja yang berada di sekolah berasrama di Malaysia semakin berdepan isu delinkuen dan cabaran kompleks akibat pengaruh media sosial, gaya hidup hedonistik dan kekaburan orientasi nilai yang condong kepada peradaban Barat (euro-centric dan western ethno-centric). Pelbagai pendekatan disiplin telah dilaksanakan, namun masih belum mampu menangani akar permasalahan yang berasaskan kekosongan jiwa dan kelemahan adab. Justeru, kajian ini bertujuan mencadangkan keperluan pembinaan satu kerangka pembangunan insaniah yang bersifat holistik berteraskan prinsip Islam iaitu melalui pendekatan ta’dib (pendidikan berteraskan nilai dan adab/akhlak) dan hisbah (pengawasan berteraskan nilai tauhid) untuk pembangunan insaniah remaja sekolah berasrama di Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan sumber data sekunder. Kajian ini meyakini bahawa integrasi ta’dib dan hisbah (Ta-His) diyakini mampu mampu menghasilkan satu kerangka pembangunan insaniah berimpak tinggi yang lebih komprehensif dan holistik. Di samping itu, dengan terbinanya kerangka Ta-His akan memberi sumbangan signifikan terhadap dasar pendidikan Islam dan amalan pembangunan insaniah khususnya remaja di sekolah berasrama di Malaysia.   Every adolescent in boarding schools in Malaysia is increasingly facing complex challenges due to the influence of social media, hedonistic lifestyles and unclear value orientations that lean towards Western civilization (euro-centric and western ethno-centric). Various disciplinary approaches have been implemented, but they have not yet been able to address the root causes of the problem based on emptiness of the soul and weakness of manners. Therefore, this study aims to propose the need to build a holistic human development framework based on Islamic principles, namely through the approach of ta’dib (education based on values and manners) and hisbah (supervision based on monotheistic values) for the human development of adolescents in boarding schools in Malaysia. This study was conducted using a qualitative approach using secondary data sources. This study believes that the integration of ta’dib and hisbah (Ta-His) is believed to be able to produce a high-impact human development framework that is more comprehensive and holistic. In addition, the construction of the Ta-His framework will make a significant contribution to Islamic education policies and human development practices, especially for adolescents in boarding schools in Malaysia.  

    Analisis Kejayaan Pemerintahan Islam Berasaskan Pelaksanaan Prinsip Kepemimpinan Berteraskan Islam Umar Al-Khattab RA: Analysis Of The Successful Islamic Government Based On The Exucation Umar Al-Khattab Ra Principles In Leadership Based On Islam

    Full text link
    Kepemimpinan merupakan perkara penting dan faktor utama dalam mencapai matlamat organisasi. Seorang pemimpin benar-benar menentukan kemajuan sesebuah negara dan makmurnya sesebuah penduduk. Kepemimpinan masa kini mengalami banyak kemunduran dan kegagalan, banyak orang memerintah negara tetapi Islam tidak ditegakkan. Rakyat hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Islam kerana pemimpin hari ini tidak berjiwa kepimpinan dan sahsiah yang baik sesuai prinsip kepemimpinan berteraskan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Seorang sahabat yang dikagumi pemerintahannya iaitu Umar al-Khattab RA menjadi tumpuan dalam kajian ini. Beliau merupakan khalifah kedua dan tokoh penting dalam sejarah tamadun Islam. Sebagai khalifah kedua, terdapat prinsip-prinsip yang digunakan dalam kepimpinannya dan amat mengagumkan kemajuan kerajaannya. Berdasarkan perspektif positif ini, apakah yang boleh dicontohi daripada prinsip kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA terhadap kepemimpinan masa kini? Bagaimanakah Umar al-Khattab RA mengamalkan prinsip kepimpinannya sehingga tercipta sebuah negara maju dan sebahagian besar rakyat mendapat impak positif dan mereka makmur? Daripada persoalan-persoalan tersebut, kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian metod naratif, kerana ia bertepatan dengan data sekunder yang dikumpul menggunakan kaedah kajian dokumen. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya, ia dapat membina kerangka konsep bagi prinsip kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA yang merangkumi lapan prinsip iaitu bertauhidkan Allah SWT, takut hanya kepada Allah SWT, cinta kepada Rasulullah SAW, mempertahankan syariat Islam, memartabatkan kepimpinan khalifah, mengutamakan syura, menerapkan keadilan dan mengamalkan amanah. Berasaskan lapan prinsip ini, Umar al-Khattab RA diiktiraf kegemilangan pemerintahannya oleh orang Islam dan bukan Islam. Kerajaannya mendapat jaminan keselamatan dan hak dalam menyampaikan sebarang aduan, baik orang Islam mahupun yang bukan Islam, serta tidak berlaku kezaliman. Kepemimpinan Islam hari ini boleh mencontohi prinsip-prinsip ini supaya boleh menerima kesan positif yang sama seperti yang diterima dalam pemerintahan Umar al-Khattab RA. Leadership is an important matter and the main factor in achieving organizational goals. A leader really determines the progress of a country and the prosperity of a population. Today's leadership has many setbacks and failures, many people rule the country, but Islam is not enforced. The people have lost faith in Islamic leadership because today's leaders do not have a good leadership spirit and character in accordance with the principles of Islamic-based leadership taught by Rasulullah SAW and his companions. A companion whose rule was admired, Umar al-Khattab RA, became the focus of this study. He is the second caliph and an important figure in the history of Islamic civilization. As the second caliph, there are principles used in his leadership and the progress of his kingdom is very impressive. Based on this positive perspective, what can be emulated from the Islamic leadership principles of Umar al-Khattab RA towards today's leadership? How did Umar al-Khattab RA practice his leadership principles so that a developed country was created and most of the people had a positive impact and they prospered? From those questions, this study is conducted in the form of a narrative method study, because it coincides with the secondary data collected using the document study method. This data analyzed using qualitative content analysis methods. As a result, he was able to build a conceptual framework for the Islamic-based leadership principles of Umar al-Khattab RA, which includes eight principles, namely monotheism in Allah SWT, fearing only Allah SWT, love for the Messenger of God SAW, defending Islamic Sharia, dignifying the leadership of the caliph, prioritizing shura, applying justice and practice trust. Based on these eight principles, Umar al-Khattab RA recognized the glory of his rule by Muslims and non-Muslims. His government is guaranteed safety and the right to present any complaints, both Muslims and non-Muslims, and that there will be no tyranny. Islamic leadership today can emulate these principles so that it can receive the same positive effects as received in the reign of Umar al-Khattab RA

    Is Bias And Impartiality In The Eye Of The Beholder? An Exploration on Reflexivity And Its Contribution Towards Credible Qualitative Research

    No full text
    Background: Reflexivity is a practice used in qualitative research in order to overcome issues of bias. Bias has been known to arise surreptitiously in the subjective interpretation and analysis of qualitative findings. This paper explores the literature on the practice of reflexivity and finds a gap in the exemplification of the practice of reflexivity itself. The existing literature is still somewhat vague on how and what reflexive notes are and how they can be integrated within the actual research itself. Objective: The aim of this paper is to narrate various notes on reflexivity that have been conducted on a qualitative research. Methods: The qualitative research explores the expectations of industry practitioners on graduate employability skills for a higher education internship programme in Brunei Darussalam. Results: Based on the results of reflexive notes of the study, the findings show several factors that arise that contribute towards impartial interpretation of research findings which include language, proximity and familiarity, shared knowledge and interview structure. An additional factor also shows how bias may contribute towards inequity. Conclusion: Therefore, this result shows the importance of impartial collaboration between both higher education and industry practitioners to overcome the issue of inequity.

    Manhaj Tarbiyah Ikhwan Al-Muslimin Dan Pengaruhnya Terhadap Pembentukan Manhaj Tarbiyah Gerakan-Gerakan Islam Terpilih: Manhaj Tarbiyah Of Ikhwan al-Muslimin And Its Influence On The Formation Of The Manhaj Tarbiyah Of Selected Islamic Movements

    Full text link
    Manhaj tarbiyah menjadi instrumen penting dalam menjayakan sesebuah gerakan Islam. Jatuh bangun sesebuah gerakan bergantung penuh kepada manhaj gerakannya. Oleh sebab pentingnya manhaj tersebut, maka hampir keseluruhan gerakan tidak kira di luar atau di dalam negara mempunyai manhajnya tersendiri. Ikhwan al-Muslimin adalah antara gerakan pemula membina manhaj tarbiyahnya. Gerakan-gerakan Islam terkemudian selepas itu ada yang menyebut bahawa mereka terpengaruh dengan manhaj tarbiyah gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin. Betulkah begitu? Dari persoalan yang dilontarkan tersebut, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti pengaruh manhaj tarbiyah gerakan Islam terhadap gerakan Islam lain. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kajian dokumen dan analisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya didapati bahawa kewujudan gerakan Islam seperti gerakan Jamaat Islami di Pakistan, Majlis Syura Muslimin (Masyumi) di Indonesia, dan Parti Islam Semalaysia (PAS) di Malaysia banyak terkesan dengan penubuhan gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir. Sehinggakan manhaj gerakan mereka pun sedikit sebanyak terpengaruh dengan manhaj tarbiyah Ikhwan al-Muslimin.   Manhaj tarbiyah becomes an important instrument in the success of an Islamic movement. The ups and downs of a movement depends entirely on the manhaj of the movement. Due to the importance of the manhaj, then almost the entire movement regardless of whether outside or in the country has its own manhaj. Ikhwan al-Muslimin is one of the initiators of the development of the manhaj tarbiyah. Later Islamic movements after that some mentioned that they were influenced by the teaching methods of the Islamic movement of the Ikhwan al-Muslimin. Is that true? From the question raised, this study was conducted to examine the influence of the Islamic movement's curriculum on other Islamic movements. This research method uses the document study method and analysis by using the qualitative content analysis method. The results found that the existence of Islamic movements such as the Jamaat Islami movement in Pakistan, the Muslim Shura Council (Masyumi) in Indonesia, and the Malaysian Islamic Party (PAS) in Malaysia was greatly influenced by the establishment of the Ikhwan al-Muslimin movement in Egypt. So much so that the manhaj of their movement was to some extent influenced by the training manhaj of the Ikhwan al-Muslimin

    406

    full texts

    500

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK) / Journal of Islam and Contemporary Society (Journal of UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin) is based in Malaysia
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK) / Journal of Islam and Contemporary Society (Journal of UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin)? Access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard!