Journal Of Agrobiotechnology (Journal of UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin)
Not a member yet
260 research outputs found
Sort by
A Comparative Study on the Chemical Composition of Fermented Oil Palm Fronds (OPF) by Using Probiotics with Fresh Unfermented OPF
A study was conducted to compare the chemical composition of fermented oil palm fronds (OPF) by using a commercial probiotic with that of the fresh, unfermented OPF. Fresh, chopped OPF were sampled and dried in the laboratory and kept aside in a sealed bottle. The remaining OPF were spread out on the floor and sprayed with a dosage of 100 mL probiotics each; named BIOBAC 1, BIOBAC 2 and BIOBAC 3, for each one ton batch of chopped OPF. Prior to experiment, each probiotic was thoroughly mixed in a plastic container and poured into a sprayer. They were thoroughly sprayed onto OPF, mixed manually by using a shovel, and kept aside as a fermented mound of 1 meter height in a concrete-floored housing for 21 days. For the first five days, it was made sure that the heap was always moist to enable the BIOBAC 2 (fungus) to germinate to a certain extent. It was then left as they were to ferment and dry for 21 days. Samples were then taken at different spots of the heap and sent to the laboratory to be dried in the oven. These dried fermented OPF silages and the previously prepared dried samples of the fresh OPF were then taken for proximate analysis in the laboratory. The probiotics-treated silage was found to have a highly significant difference (p < 0.01) in dry matter, ash, calcium and NFE (soluble carbohydrates) when compared to the fresh unfermented OPF. Whilst crude protein, crude fiber and ether extract were also significantly higher (p < 0.05) when compared to the unfermented fresh OPF. There was no significant difference in phosphorus, TDN and ME (metabolic energy) values (p > 0.05) in the fermented silage when compared to the fresh, untreated OPF. It was thus concluded that probiotics-fermented silage could be one of the upcoming methods of treating waste material such as OPF to conserve feeds for animals and to improve their feeding values. Keywords: Oil palm fronds, probiotics, silage, chemical composition  ABSTRAK Satu kajian telah dijalankan untuk membanding komposisi kimia di antara pelepah kelapa sawit (OPF) yang difermentasi dengan menggunakan probiotik komersial, dengan OPF segar tanpa difermentasi. OPF segar dicincang secara mekanikal, disampel untuk dikeringkan di makmal dan disimpan di dalam botol kedap udara. OPF selebihnya, sebanyak 1 tan metrik telah ditebarkan di atas lantai dan disembur dengan 100 mL dos probiotik bagi setiap satu daripada tiga jenis probiotik; iaitu BIOBAC 1, BIOBAC 2 dan BIOBAC 3, bagi setiap kelompok satu tan OPF cincang. Sebelum eksperimen, probiotik tersebut dibancuh di dalam tong plastik dan dituangkan ke dalam tong penyembur. Ianya kemudiannya disembur rata pada OPF dan digaul secara manual menggunakan penyodok sehingga kesemua OPF terkena bancuhan probiotik. Setelah siap digaul, campuran ini dikumpulkan menjadi suatu timbunan seperti bukit setinggi 1 meter di dalam bangsal berkonkrit, dan dibiarkan selama 21 hari. Bagi lima hari pertama, ditentukan supaya bahan timbunan sentiasa lembab supaya bahan di dalam BIOBAC 2 (kulat) dapat bercambah sedikit. Ia kemudiannya dibiarkan selama 21 hari sehingga selesai proses fermentasi dan bahan menjadi kering. Sampel diambil secara rawak dari setiap sudut timbunan dan dibawa ke makmal untuk dikeringkan di dalam ketuhar. Bahan OPF yang difermentasi tersebut dan juga bahan sampel OPF segar yang tersimpan pada mulanya, diambil dan dibuat analisis proksimat di dalam makmal. Silaj yang difermentasi dengan probiotik ini didapati mempunyai perbezaan yang amat ketara dan tinggi (P<0.01) bagi bahan kering, abu, kalsium dan NFE (karbohidrat mudah hadam) dibandingkan dengan OPF segar yang tidak difermentasi. Disamping itu protein kasar, serat kasar dan ekstrak eter juga menunjukkan perbezaan besar yang bererti (P<0.05), dibandingkan dengan OPF segar yang tidak di fermentasi. Didapati tiada perbezaan ketara (P>0.05) bagi fosforus, TDN dan ME (tenaga metabolik), di dalam silaj yang difermentasi dibandingkan dengan OPF segar. Dengan demikian, diputuskan silaj yang difermentasi dengan menggunakan probiotik adalah satu kaedah penyediaan silaj yang berpotensi bagi mengawet bahan sisa seperti OPF untuk puliharaan makanan ternakan dan juga menambahbaik mutu nutrisinya. Kata kunci: Pelepah kelapa sawit, probiotik, silaj, analisis kimi
Identification of Microbial Population during Oil Palm Frond (OPF) Composting using Light and Scanning Electron Microscopy
This investigation highlights the activity and diversity of fungal population observed on oil palm fronds (OPF) during composting process employing Scanning Electron Microscope (SEM) and conventional identification methods. Composting is a controlled biological decomposition process, which converts organic wastes into humus-like material. It is a process that involves microbial degradation of complex organic materials under moist, self-heating and aerobic conditions; and characterized by a succession of various microbial populations. Two white rot fungi species were introduced as inoculant, namely Trametes versicolor and Schizophyllum commune. The main objective for inoculation was to shorten the composting period and produce high quality compost. In this study, the oil palm fronds (OPF) were composted for 14 weeks, with four treatment; i) control (untreated OPF), ii) OPF treated with T. versicolor, iii) OPF treated with S. commune, iv) OPF treated with both T. versicolor and S. commune, and four replicates for each. A total of eight genera of fungi namely Aspergillus, Trichoderma, Absidia, Geotrichum, Trametes, Schizophyllum, Syncephalastrum and Beauveria species were isolated and identified from composted OPF. Although T. versicolor and S. commune were introduced as accelerating agents, the presence of other fungal species perhaps occurred due to the indigenous microflora that already existed on OPF, leading to a succession of various fungi species based on the complexity of biological process in composting substrate. Keywords: Composting, oil palm frond, white-rot fungi, inoculants, Trametes versicolor, Schizophyllum commune ABSTRAKKajian ini menumpukan kepada aktiviti dan kepelbagaian populasi kulat yang terdapat pada pelepah sawit sepanjang tempoh pengkomposan, dengan menggunakan Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM) dan teknik identifikasi konvensional. Pengkomposan merupakan proses penguraian biologi terkawal, yang menukarkan sisa organik kepada bahan-seperti-humus. Ia adalah suatu proses yang melibatkan penguraian mikrob terhadap bahan organik kompleks dalam keadaan lembap, pemanasan-diri dan aerobik; dan proses ini dicirikan oleh sesaran pelbagai jenis populasi mikrob. Dua spesies kulat pereput putih iaitu Trametes versicolor dan Schizophyllum commune telah diperkenalkan sebagai inokula dalam pengkomposan pelepah sawit. Objektif utama inokulasi adalah untuk memendekkan tempoh pengkomposan dan menghasilkan kompos berkualiti tinggi. Dalam kajian ini, pelepah sawit dikomposkan selama 14 minggu, dengan empat rawatan yang digunakan iaitu; i) kawalan (pelepah tidak dirawat), ii) pelepah dirawat dengan T. versicolor, iii) pelepah dirawat dengan S. commune, iv) pelepah dirawat dengan T. versicolor dan S. commune, dengan empat replikasi. Secara keseluruhannya, terdapat lapan genus kulat, iaitu Aspergillus, Trichoderma, Absidia, Geotrichum, Trametes, Schizophyllum, Syncephalastrum dan Beauveria telah diasingkan dan dikenalpasti dalam kompos pelepah sawit. Walaupun T. versicolor dan S. commune telah diperkenalkan sebagai agen pecutan, kehadiran pelbagai populasi kulat lain mungkin dipengaruhi oleh mikroflora semulajadi yang hadir dalam substrat pengkomposan, serta proses sesaran pelbagai spesies kulat yang bergantung kepada proses biologi kompleks yang berlaku dalam substrat pengkomposan.  Kata kunci: Pengkomposan, pelepah sawit, kulat pereput putih, inokula, Trametes versicolor, Schizophyllum commun
Influence of Soya Oil Blended with Fish Oil on Growth Performance and Lipid Profile of Red Sea Bream Pagrus major
Continuous increase in fish feed prices due to deterioration of fish oil sources and quality catalyzes intensive research efforts to study alternatives for dietary fish oil such as soya oil. Being rich in linolenic acid (C18:2n-6), soya oil has a competitive edge as an arachidonic acid (ARA) precursor. A 50-day feeding trial was conducted to evaluate the effects of dietary soya oil as a substitute for fish oil on growth performance and lipid composition of juvenile red seabream, Pagrus major. Four types of iso-nitrogenous experimental diets formulated in this feeding trial consisted of 100% fish oil (10F), 80% fish oil and 20% soya oil (8F2S), 60% fish oil and 40% soya oil (6F4S), and finally, 40% fish oil and 60% soya oil (4F6S). All diets were fed to triplicate groups of 15 red seabream with an initial mean weight of 4.9 ± 0.1 g twice daily to apparent satiation. Our results demonstrated that inclusion of soya oil as a lipid source to partially replace fish oil in red seabream diet led to the highest body weight gain (BWG) in 10F (837.2 ± 2.2%), followed by 8F2S (786.9 ± 38.3%), 6F4S (764.6 ± 5.2%) and 4F6S (682.0 ± 17.2%), respectively, without any significant differences among 10F, 8F2S and 6F4S. Soya oil inclusion also gradually decreased BWG and specific growth rate (SGR); both BWG and SGR in 4F6S were significantly lower than other treatments. Feed conversion ratio (FCR) and feed intake (FI) showed no significant differences among treatments. Survival rate of all treatments exceeded 90% although the hepatosomatic index (HSI) in 4F6S was significantly higher than other treatments and serum glutamic-oxaloacetic transaminase (GOT) increased gradually with a higher inclusion of soya oil. Lipid deposition in the whole body was the highest in fish fed with dietary 10F and decreased in relation to the elevated concentration of soya oil in diets. The ventral muscles had doubled the amount of lipid deposition as compared to dorsal muscles. Dominance of saturates among total fatty acid composition particularly C16:0, was similarly observed in the dorsal and ventral muscles as well as the liver. Saturates, monoenes, n-3 and ratio of n-3/n-6 observed have a similar gradient degradation in the dorsal and ventral muscles and the liver. An inverse relationship of inclusion level of soya oil on eicosapentanoic acid (EPA) and docosahexanoic acid (DHA) in both dorsal and ventral muscles including the liver was also observed. In conclusion, diets not exceeding 40% soya oil are suitable as fish oil replacement in the diet of juvenile red seabream without significantly affecting the overall growth performance of this fish. Keywords: Pagrus major, red seabream, soya oil, growth performances, lipid profile ABSTRAK Kenaikan harga makanan ikan yang berterusan akibat kekurangan sumber dan juga kualiti minyak ikan, telah menggalakkan lebih banyak penyelidikan untuk mengkaji minyak soya sebagai sumber alternatif kepada minyak ikan. Kekayaan sumber asid linolenik (C18:2n-6) telah menjadikan minyak soya sebagai pelopor kepada asid arakidonik (ARA). Satu kajian pemakanan selama 50 hari telah dijalankan untuk menilai kesan pemakanan dengan menggunakan minyak soya ke atas tumbesaran dan komposisi lemak dalam ikan merah, Pagrus major juvenil. Empat jenis diet kajian iso-nitrogenus telah diformulasikan dalam kajian ini; yang terdiri daripada 100% minyak ikan (10F), 80% minyak ikan dan 20% minyak soya (8F2S), 60% minyak ikan dan 40% minyak soya (6F4S), dan 40% minyak ikan dan 60% minyak soya (4F6S). Semua diet telah diberikan dua kali sehari sehingga kenyang kepada sejumlah 15 ekor ikan merah dengan purata berat awal 4.9 + 0.1 g secara triplikat. Keputusan menunjukkan bahawa penggunaan minyak soya sebagai sumber lemak untuk menggantikan sebahagian sumber minyak ikan dalam ikan merah telah memberikan BWG dalam perlakuan 10F (837.2 + 2.2%), diikuti dengan 8F2S (786.9 + 38.3%), 6F4S (764.6 + 5.2%) dan 4F6S (682.0 + 17.2%), masing-masing, tanpa perbezaan yang bererti di antara perlakuan 10F, 8F2S and 6F4S. Penggunaan minyak soya juga mengurangkan BWG dan SGR secara perlahan-lahan; kedua-dua BWG and SGR dalam perlakuan 4F6S menunjukkan nilai rendah yang bererti berbanding perlakuan yang lain. Nisbah penukaran makanan (FCR) dan kadar pengambilan makanan (FI) telah menunjukkan tiada perbezaan yang bererti di antara semua perlakuan. Kadar kemandirian untuk semua perlakuan adalah melebihi 90% walaupun indeks hepatosomatik (HSI) dalam perlakuan 4F6S adalah lebih tinggi secara bererti berbanding perlakuan yang lain, dan serum glutamik-oksaloasetik transaminase (GOT) pula berkurangan dengan penambahan minyak soya. Pengumpulan lemak di keseluruhan tubuh adalah tertinggi dalam ikan yang diberi makanan 10F dan berkurangan dengan penambahan kepekatan minyak soya dalam diet. Kandungan lemak pada otot ventral juga telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding dengan pada otot dorsal. Kandungan saturat dari jumlah komposisi asid lemak terutamanya C16:0 adalah lebih dominan pada otot dorsal, otot ventral dan hati. Saturat, monoene, n-3 dan nisbah n-3/n-6 telah menunjukkan kecerunan degradasi yang sama pada otot dorsal, otot ventral dan hati. Peningkatan minyak soya menyebabkan kesan songsang terhadap aras asid eikosapentanoik (EPA) and asid dokosaheksanoik (DHA) di kedua-dua otot dorsal dan ventral dan juga hati. Sebagai kesimpulan, diet yang mengandungi minyak soya tidak melebihi 40% adalah paling sesuai sebagai pengganti minyak ikan tanpa memberi kesan yang bererti kepada tumbesaran ikan merah juvenil. Kata kunci: Pagrus major, ikan merah, minyak soya, tumbesaran, profil lipidÂ
Agarwood Inducement Technology: A Method for Producing Oil Grade Agarwood in Cultivated Aquilaria malaccensis Lamk
Agarwood is the fragrant resin impregnated wood derived from the wounded Aquilaria trees. Agarwood is priceless due to its oleoresin content. Under natural conditions, oleoresin can only be produced by natural wounding such as injury by lightning or wounding by animals. However, the natural process of oleoresin accumulation is a time consuming process. The concept of plantations for Aquilaria trees in combination with artificial agarwood inducement methods serves as an alternative way to supply agarwood and conserve the wild Aquilaria stock. Our study evaluated a novel technique for producing oil grade agarwood in cultivated Aquilaria trees. Aquilaria malaccensis was used for the agarwood inducement study. For A. malaccensis trees treated with this inducement technique, resin was formed and spread throughout the xylem cell from the transfusion point in the trunk. Agarwood yield per tree reached approximately 3-4 kg. Furthermore, the agarwood derived from the induction was found to have a similar quality to the wild agarwood. This indicates that this inducement technology may have commercial potential. Inducement of cultivated agarwood by using this method could satisfy the significant demand for agarwood, while conserving and protecting the remaining wild Aquilaria trees. Keywords: Aquilaria malaccensis Lamk., inducement technology, resin formation  ABSTRAK Gaharu ialah kayu wangian beresin yang berasal dari pokok Aquilaria (Karas) iaitu akibat daripada kecederaan. Nilai kayu gaharu amat tinggi disebabkan oleh kandungan resinnya. Dalam keadaan semulajadi, oleoresin hanya akan dihasilkan melalui kecederaan semula jadi seperti kilat atau haiwan. Tambahan pula, proses pengumpulan semula jadi resin adalah satu proses yang sangat memakan masa. Konsep perladangan pokok karas dengan kombinasi kaedah inokulasi gaharu buatan adalah bertindak sebagai satu cara alternatif untuk membekalkan sumber kayu gaharu dan memulihara stok Aquilaria liar. Kajian kami bertujuan untuk menilai satu teknik baru untuk menghasilkan kayu gaharu bergred minyak di dalam pokok karas di ladang. Aquilaria malaccensis telah digunakan dalam kajian ini. Bagi pokok Aquilaria malaccensis yang dirawat dengan teknik inokulasi ini, resin gaharu adalah terbentuk dan tersebar melalui sel xilemnya dari titik inokulasi dalam batang. Hasil kayu gaharu yang terbentuk bagi setiap pokok adalah dalam anggaran 3-4 kg. Tambahan pula, resin gaharu yang diperolehi dari inokulasi ini mempunyai kualiti yang sama dengan kayu gaharu liar. Ini menunjukkan teknologi inokulasi ini mempunyai potensi dagangan yang tinggi. Teknologi inokulasi gaharu ini dapat memenuhi permintaan kayu gaharu yang tinggi dalam pasaran, di samping dapat memulihara dan melindungi pokok karas liar. Kata kunci: Aquilaria malaccensis Lamk., teknologi inokulasi, pembentukan resi
A Comparative Study on Some Selected Digestible Properties of Brachiaria humidicola and Pennisetum purpureum
This study was conducted to compare some digestible properties between Pennisetum purpureum (Napier) and Brachiaria humidicola (Humidicola) grasses. The digestibility was obtained by conducting a 5-day digestibility experiment based on total-faeces-collection method. Two goats were used for each digestibility experiment. Napier and Humidicola grasses were fed fresh to the animals every day, and the forages were weighed before feeding to the goats. The feed residues and their faeces were collected the next day and weighed to estimate the amount of feed intake as well as the faeces. The samples of fresh feed, feed residues and faeces were brought to the laboratory for dry matter (DM) analysis. The DM digestibility for Napier and Humidicola were 87.89 and 87.31%, respectively. The DM content of Napier was a little lower than Humidicola grass, which was 35.91% and 49.04%, respectively. Although the results were not statistically significant, they were acceptable in view of the preliminary nature of this study. Further studies should be conducted by prolonging the time period according to the standard methodology of digestibility and by using a higher number of goats per treatment to obtain better distribution of means.                                              Keywords: Digestibility, dry matter, goats, Napier, Humidicola  ABSTRAK Kajian ini telah dijalankan untuk membandingkan beberapa ciri kebolehcernaan di antara rumput Pennisetum purpureum (Napier) dan Brachiaria humidicola (Humidicola). Peratusan kebolehcernaan diperolehi dengan menjalankan satu eksperimen kebolehcernaan di dalam jangka masa 5 hari berdasarkan kaedah jumlah-pengumpulan-tinja. Eksperimen kebolehcernaan telah dijalankan menggunakan dua ekor kambing untuk setiap perlakuan. Rumput Napier dan Humidicola masing masing diberi secara segar kepada kambing setiap hari, mengikut jenis perlakuannya dan bahan makanan telah ditimbang sebelum diberi makan kepada kambing. Sisa makanan pada hari berikutnya ditimbang untuk mengira jumlah pengambilan makanan, termasuk tinja. Sampel makanan segar, sisa makanan dan tinja telah dibawa ke makmal untuk tujuan analisis bahan kering (DM). Peratusan kebolehcernaan bahan kering (DM) untuk Napier dan Humidicola adalah masing-masing, 87.89% dan 87.08%, secara berurutan. Kandungan bahan kering (DM) rumput Napier adalah lebih rendah daripada rumput Humidicola iaitu masing-masing, berjumlah 35.91% dan 49.04%, secara berurutan. Walaupun dari segi statistik kadar kebolehcernaannya tidak bererti, keputusan kajian kebolehcernaan ini dapat diterima oleh kerana ianya bersifat kajian awal. Kajian lanjut perlu dilaksanakan mengikut metodologi piawai eksperimen penghadaman sebenar pada tempoh kajian yang lebih lama dan penggunaan lebih banyak jumlah kambing bagi setiap perlakuan, supaya memperolehi distribusi purata yang lebih baik. Kata kunci: Kebolehcernaan, bahan kering, kambing, Napier, Humidicol
Comparison of the Rate of Pasture Wastage by Cattle and Sheep in a Grazing Field
Pasture wastage could happen when practicing a grazing management system for ruminants like cattle and sheep. When sent for grazing, animals tend to defecate and trample on pastures which results in them not wanting to touch those spots again. The rate of this wastage needs to be studied. The farms which are practicing a strict rotational grazing system, the Veterinary Institute of Malaysia in Kluang, Johor and Pusat Ternakan Haiwan in Air Hitam, Johor were chosen for this study; to compare and determine the rate of pasture wastage between sheep and cattle as well as to verify the commonly used figure of 60% to be deducted as the wastage in estimating utilizable forage in a paddock. Five quadrat samples of pastures were randomly taken from each paddock for each round of grazing of both cattle and sheep, the day before animals were allowed to be let in for grazing and again taken the day after grazing. This determined the amount of grass available to be grazed and percentage of pasture wastage by the group of animals, assumed by the amount that was not grazed. All grass samples before grazing and after grazing were sent to the laboratory for dry matter (DM) determination. The results showed that there was no difference in percentage of pasture wastage by cattle and sheep. This was despite previous results which tended to show that wastage by cattle was higher than that of sheep by quite a big margin, with values of 80.74% and 67.67% respectively. This preliminary study to measure rate of pasture wastage had only five sample numbers with only five grazing groups for each species of cattle and sheep. This small sample number could have contributed to the non-significant results obtained. As the results tended to show a higher rate of wastage by cattle than sheep, the commonly used figure of 60% wastage in estimating utilizable forage was thus acceptable. Behavior of cattle in grazing pattern was the more likely cause of the wastage of pasture compared to sheep’s behavior in grazing as well as the different physical size between cattle and sheep. The grazing management system practiced by farms which included grazing period and quality of forages available in one paddock area were considered in determining the rate of pasture wastage. Keywords: Grazing system, pasture wastage, grazing animals, behavior, forages  ABSTRAK Pembaziran pastura boleh berlaku di dalam sistem pengurusan ragutan terutamanya untuk ternakan ruminan seperti lembu dan biri-biri. Ternakan ini biasanya akan membuang najisnya dan memijak rumput semasa meragut dan selepas itu mereka tidak akan lagi menjamah bekas tersebut. Ini menyebabkan pembaziran. Ladang-ladang yang mengamalkan sistem ragutan secara bergilir iaitu, Institut Veterinar Malaysia di Kluang, Johor dan Pusat Ternakan Haiwan di Air Hitam, Johor telah dipilih untuk dijalankan kajian; dalam membanding dan menentukan kadar pembaziran pastura di antara biri-biri dan lembu serta untuk membuktikan atau menyangkal penggunaan angka yang biasa digunakan iaitu 60% anggaran pembaziran pastura dalam sistem ragutan untuk satu padok. Untuk menilai kadar pembaziran pastura pada lembu dan biri-biri, lima sampel kuadrat di padang ragut telah diambil daripada setiap padok bagi setiap pusingan ragutan untuk setiap species ternakan secara rawak, sehari sebelum haiwan akan meragut dan sekali lagi diambil sehari selepas haiwan habis meragut di padok tersebut. Perkara ini menentukan jumlah rumput yang ada untuk diragut dan peratusan pembaziran pastura oleh sekumpulan haiwan yang mengamalkan sistem ragutan, diandaikan jumlah yang tidak diragut sebagai jumlah yang dibazirkan. Semua sampel rumput sebelum diragut dan selepas diragut telah dihantar ke makmal bagi penentuan bahan kering (DM) untuk pengiraan pembaziran pastura dalam bentuk bahan kering. Kajian menunjukkan perbezaan peratusan pembaziran pastura oleh lembu dan biri-biri secara statistik adalah tidak bererti. Walau bagaimanapun, keputusan cenderung menunjukkan bahawa pembaziran pastura oleh lembu adalah lebih tinggi berbanding biri-biri dengan margin yang agak besar, iaitu masing-masing dengan nilai 80.74% dan 67.67%. Parameter yang digunakan untuk mengukur kadar pembaziran pastura bagi kedua-dua lembu dan kambing biri-biri dalam kajian awalan ini, hanya lima bilangan sampel sahaja, iaitu jumlah sampel adalah terlalu kecil. Apapun kajian ini telah menunjukkan, angka yang biasa digunakan iaitu 60% pembaziran pastura di dalam satu padok adalah boleh diterima. Tabiat lembu dalam meragut pastura berkemungkinan menyebabkan lebih pembaziran pastura berbanding tabiat meragut oleh biri-biri serta saiz fizikal yang berbeza antara lembu dan biri-biri. Sistem pengurusan ragutan yang diamalkan oleh ladang termasuklah penentuan tempoh ragutan dan kualiti foraj yang terdapat di dalam padok akan memberi pengaruh dalam penentuan kadar peratusan pembaziran pastura. Kata kunci: Sistem ragutan, pembaziran pastura, haiwan ragutan, tabiat, fora
The Distribution of Dioscorea hispida Dennst. Germplasm in Terengganu and Phylogenetic Relationships of Dioscorea spp. using Internal Transcribed Spacer (ITS)
ABSTRACT Dioscoreahispida Dennst.is a source of carbohydrates and is also important for medicinal purposes. However, the distributions and phylogenetic relationships of D. hispida were not-well documented in the state of Terengganu. D. hispida germplasms were collected from the seven districts of Terengganu between the months of April 2012 to June 2012.During the samplings and survey, a few of the eco-physiological parameters were measured such as the intensity of light, humidity and temperature as well as chlorophyll content. The locations of the distribution of D. hispida were mapped using the DIVA-GIS software. Subsamples of seven accessions were used for DNA fingerprinting. In phylogenetic analysis, these D. hispida germplasms were subjected to PCR amplification using DNA barcode such as internal transcribed spacer (ITS). The results of this study showed the distribution of D. hispidawas mostly located near the rivers whilst the generated markerITS discovered was not a suggested marker for the phylogenetic analysis of Dioscorea spp. Keywords: Dioscorea hispida, distribution, phylogenetic analysis ABSTRAK Dioscorea hispida Dennst. adalah merupakan sumber karbohidrat dan juga penting untuk tujuan perubatan. Bagaimanapun, taburan dan hubungan filogenetik bagi tumbuhan D. hispida tidak didokumentasikan dengan baik di negeri Terengganu. Germplasm D. hispida telah dikumpulkan daripada tujuh daerah di Terengganu di antara bulan April 2012 hingga Jun 2012. Ketika persampelan dan survei dilakukan, beberapa parameter eko-fisiologi telah diukur seperti keamatan cahaya, kelembapan, suhu serta kandungan klorofil. Lokasi taburan D. hispida telah dipetakan dengan menggunakan perisian DIVA-GIS. Tujuh aksesi daripada tujuh daerah telah digunakan dalam pengecapjarian DNA. Dalam analisis filogenetik, tujuh aksesi germplasm D. hispida tersebut telah didedahkan kepada amplifikasi PCR menggunakan barkod DNA, iaitu Internal Transcribed Spacer (ITS). Hasil kajian menunjukkan taburan D. hispida banyak terdapat berhampiran sungai, manakala penanda molekul ITS yang dihasilkan tidak dicadangkan sebagai penanda yang sesuai untuk digunakan dalam analisis filogenetik Dioscorea spp.Kata kunci: Dioscorea hispida, taburan, analisis filogenetik
Paclobutrazol Effects on Growth Performance and Public Preference on Potted Syzygium myrtifolium (Roxb.) Walp.
ABSTRACT A study was conducted to investigate the effects of plant growth retardant, Paclobutrazol (PBZ) on the growth performance and public preference on the treated-Syzygium myrtifolium (Roxb.) Walp. for container planting. In landscape, S. myrtifolium is always planted as a hedge plant, single planting or topiary for roadsides, urban parks, house lawns and golf clubs. However, it requires frequent trimming to maintain the aesthetic functions as it grows vigorously. PBZ was thought to be a better technique to reduce trimming activity and at the same time able to maintain crown form. S. myrtifolium plants were planted in polyethylene bags (33 cm x 27 cm) filled with soil, organic matter and sand (3:2:1). PBZ at rates of 0, 1.25, 2.50 and 3.75 g/L were soil drenched at 30 days after the plants were trimmed at approximately 100 cm in height and new shoots were produced. Growth performance (plant height, leaf area and leaf area index) of S. myrtifolium were observed monthly, while public preference on the appearance, aesthetic value and willingness to purchase S. myrtifolium were obtained by using a questionnaire form. Fifty individuals of various occupations related to the landscape industry were randomly chosen from 140 participants of a series of landscape courses conducted by the Forest Research Institute Malaysia (FRIM) over a period of five years. PBZ significantly reduced plant height and leaf area, however the leaf area index increased. No significant difference in terms of growth performance of S. myrtifolium was observed among different rates of PBZ. Enhanced appearance and aesthetic value of S. myrtifolium were also indicated by the respondents. Application of PBZ greatly increased the market value of S. myrtifolium for container planting purposes. Keywords: Aesthetic value, container planting, growth inhibition, landscape maintenance, leaf area index, plant growth retardant, willingness to purchase ABSTRAK Satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan perencat pertumbuhan pokok, Paklobutrazol (PBZ) terhadap tumbesaran, nilai estatik dan kesanggupan membeli pokok Syzygium myrtifolium (Roxb.) Walp. yang ditanam untuk tujuan pasuan. Di dalam landskap, S. myrtifolium sering ditanam sebagai pokok pagaran, pokok teduhan atau topiari untuk pinggiran jalan, taman bandaran, halaman rumah dan kelab golf. Walau bagaimanapun, pokok ini memerlukan pemangkasan yang kerap untuk mengekalkan fungsi estatik kerana pertumbuhannya yang cepat. PBZ mungkin merupakan teknik yang lebih baik bagi mengurangkan aktiviti pemangkasan, dan dalam masa yang sama mampu mengawal bentuk silara pokok. Pokok S. myrtifolium ditanam di dalam beg politena (33 cm x 27 cm) yang diisi dengan tanah, bahan organik dan pasir (3:2:1). PBZ dengan kadar 0, 1.25, 2.50 and 3.75 g/L disiram ke atas media penanaman selepas 30 hari pokok dipangkas lebih kurang 100 cm tinggi serta mengeluarkan daun baru. Tumbesaran pokok (tinggi pokok, luas daun dan indeks luas daun) S. myrtifolium direkodkan setiap bulan, manakala pendapat umum terhadap rupa, nilai estatik dan kesanggupan membeli S. myrtifolium dikumpul menggunakan borang soal selidik. Seramai 50 individu dari pelbagai bidang pekerjaan yang berkaitan dengan industri landskap dipilih secara rawak daripada 140 peserta kursus landskap yang telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam tempoh lima tahun yang lalu. PBZ didapati mengurangkan tinggi pokok dan luas daun, tetapi meningkatkan indek luas daun. Tiada perbezaan prestasi pertumbuhan S. myrtifolium yang signifikan di antara kadar PBZ yang berbeza. Responden juga berpendapat rupa dan nilai estatik S. myrtifolium meningkat selepas rawatan PBZ. Aplikasi PBZ telah meningkatkan nilai pasaran pokok S. myrtifolium untuk tujuan pasuan. Kata kunci: Nilai kecantikan, tanaman pasuan, perencatan pertumbuhan, penyelenggaraan landskap, indeks luas daun, perencat pertumbuhan pokok, kesanggupan membeli
Evaluation of Cellulase Activity from Trichoderma spp. and Xylanolytic Bacteria
ABSTRACT Fungi and bacteria were considered as potential decomposers on various substrates. This study was aimed to evaluate the ability of Trichoderma spp. to degrade various cellulolytic substrates and xylanolytic bacteria to decompose lignocelluloses from rice straw. Six selected Trichoderma spp. isolates showed high activities of specific celullase in given substrates. Pan23.2 isolate was shown to be superior in all cellulose substrates without glucose with the highest activity to hydrolyze cellulose crystals. Some isolates preferentially hydrolyzed crystalline (Pan23.2, Bo17, Andi2.1) while others (Kun4, Gam4.1, Pan23.1) were more dominant on amorph hydrolysis. Not all cellulases from Trichoderma spp. with high activity on cellulose amorph showed activity on cellulose crystals. The addition of glucose into cellulose substrates increased the cellulase productivity of Andi2.1 and Gam4.1 isolates. Combination of 1% glucose and 1% cellobiose were the best substrate for CMCase activity, while 1% glucose and 1% CMC were good for avicelase. However, xylanolytic bacteria had no ability to degrade lignocelluloses on rice straw which was indicated by low temperature and high C/N ratio during composting process. In this study, all Trichoderma spp. isolates demonstrated high potency as decomposers, but the xylanolytic bacteria may be used for other applications other than as decomposers. Keywords: Bacterial xylanase, cellulose, cellulase, lignocelluloses, Trichoderma spp. ABSTRAK Kulat dan bakteria telah dianggap sebagai pengurai berpotensi pada pelbagai substrat. Kajian ini bertujuan untuk menilai keupayaan Trichoderma spp. dan bakteria xilanolisis untuk mengurai pelbagai substrat selulosa dan lignoselulosa pada jerami padi. Enam pencilan terpilih Trichoderma spp. menunjukkan aktiviti tinggi untuk menghasilkan selulase tertentu dalam substrat yang diberikan. Pencilan Pan23.2 adalah unggul dalam semua substrat selulosa tanpa gula dengan aktiviti tertinggi untuk hidrolisis kristal selulosa. Beberapa pencilan memilih untuk mengurai kristal selulosa (Pan23.2, Bo17, Andi2.1) manakala yang lain (Kun4, Gam4.1, Pan23.1) adalah lebih dominan terhadap hidrolisis amorf. Tidak semua selulase dari Trichoderma spp. dengan aktiviti yang tinggi pada selulosa amorf mempunyai keupayaan yang sama pada kristal selulosa. Penambahan glukosa kepada substrat selulosa telah meningkatkan produktiviti selulase pencilan Andi2.1 dan Gam4.1. Gabungan glukosa 1% dan selobiosa 1% adalah substrat yang terbaik untuk aktiviti CMCase, manakala gabungan glukosa 1% dan CMC 1% adalah baik untuk avicelase. Walau bagaimanapun, bakteria xilanolisis tidak mempunyai keupayaan untuk mengurai lignoselulosa pada jerami padi sepertimana ditunjukkan oleh suhu rendah dan nisbah C/N yang tinggi semasa proses pengkomposan. Dalam kajian ini, semua pencilan Trichoderma spp. menunjukkan potensi yang tinggi sebagai pengurai, tetapi bakteria xilanolisis boleh juga digunakan untuk aplikasi lain dan bukan hanya sebagai pengurai. Kata kunci: Xilanase bakteria, selulosa, selulase, lignoselulosa, Trichoderma spp.
Histology Study of Aquilaria malaccensis and the Agarwood Resin Formation under Light Microscope
ABSTRACT A histology study was conducted in the investigation of the anatomy of Aquilaria malaccensis cell structures and the organelles existing in the plant system to seek for the correlation between the cell structure and the response of resin secretion and accumulation in the plant cell system. Light microscopy was used in the study due to its simplicity in the sample preparation and the power of visualization gave a clear image of the cell structure. The xylem cell structure was investigated under light microscope to seek for the answer of the agarwood resin formation and accumulation in the A. malaccensis caused by the responses of the cells towards the defense system trigged by an injury or the invasion of microbes. Keywords: Aquilaria malaccensis, resin formation, xylem cell ABSTRAK Kajian histologi telah dijalankan ke atas anatomi struktur sel dan organel Aquilaria malaccensis yang wujud dalam sistem pokok tersebut untuk mengkaji hubungan antara struktur sel dan tindakbalas rembesan dan pengumpulan resin dalam sistem sel tumbuhan. Dalam kajian ini, mikroskop cahaya telah digunakan berdasarkan kepada cara penyediaan sampel yang mudah dan kuasa visualisasi struktur sel yang jelas. Sel xilem telah dikaji dengan menggunakan mikroskop cahaya bagi memahami penghasilan dan pengumpulan resin gaharu dalam A. malaccensis disebabkan oleh rangsangan terhadap sistem pertahanan yang terpicu oleh kecederaan atau infeksi mikrob. Kata kunci: Aquilaria malaccensis, pembentukan resin, sel xile