38 research outputs found
Klasifikasi Aktionsart Predikat Keadaan Bahasa Melayu
The classification of verbs according to its lexical meaning has been done by Malay grammarians, notably Asmah Hj Omar (1993, 2008). Apart from observing the grammar functions of verbs, Asmah (1993, 2008), had also scrutinised the lexical meaning i.e based on meaning carried by the verbs. According to her, verbs can be divided into two subsystem namely action verbs which have dynamic motion or process and stative verbs or state verbs which do not have motion. In addition to this, Maslida et al. (2008) and Maslida (2012) had classified Malay verbs based on the situation aspects and these studies had further divided Malay verbs into state verbs, achievement verbs, accomplishment verbs, activity verbs, active accomplishment verbs, semelfactive verbs and a causative version of each of them. These verbs are classified with reference to a set of syntactic and semantics test as proposed by Role and Reference Grammar (RRG). Thus, by focusing on state predicates and utilising UKM-DBP corpus database as an instance, this paper will explain the features of state predicates and specify the types of Malay state predicates. The overview to the state predicates is due to the state predicates being one of the basic predicates which defines thematic relations (Van Valin 2005).
Keywords: lexical meaning, aktionsart classification, state predicates, Role and Reference Grammar Theory (RRG)Pembahagian kata kerja mengikut makna leksikal telah dilakukan dalam kalangan ahli tatabahasa bahasa Melayu, antaranya Asmah Haji Omar (1993, 2008). Selain meninjau kata kerja berdasarkan fungsi nahuan kata kerja, beliau turut melihat makna leksikal, yakni berdasarkan makna yang dibawa oleh kata kerja itu sendiri. Menurutnya, kata kerja digolongkan kepada dua subsistem, iaitu kata kerja perbuatan yang mempunyai gerak dinamik atau proses dan kata kerja statif atau keadaan yang tidak mempunyai gerak. Selanjutnya, Maslida et al. (2008) dan Maslida Yusof (2012) pula mengelaskan kata kerja dalam bahasa Melayu berdasarkan aspek situasi dan membahagikan kata kerja atau predikat bahasa Melayu kepada keadaan, pencapaian, penyempurnaan, aktiviti, aktif penyempurnaan, semelfaktif dan versi kausatif bagi setiap kelas kata kerja. Kesemua kelas kata kerja ini diklasifikasikan dengan merujuk satu set ujian sintaksis dan semantik seperti yang dianjurkan dalam Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan. Sehubungan dengan itu, dengan memberi fokus kepada kelas atau predikat keadaan dan menggunakan data Korpus UKM-DBP sebagai bahan contoh ayat, makalah ini akan menjelaskan ciri predikat keadaan dan memperincikan jenis predikat keadaan dalam bahasa Melayu. Tinjauan menyeluruh terhadap kata keadaan ini dilakukan oleh sebab predikat keadaan merupakan salah satu jenis predikat asas yang mendefinisikan perkaitan tematik selain kata kerja aktiviti (Van Valin, 2005).
Kata kunci: makna leksikal, klasifikasi aktionsart, predikat keadaan, Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR
Ooops.. maaf : strategi kesopanan dan penebus kesalahan
Kajian ini meneliti pola dan strategi lakuan maaf dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia berasaskan kepada aspek sosiopragmatik. Data diperoleh dengan menggunakan kaedah Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW) iaitu satu bentuk soal selidik yang menyediakan situasi-situasi tertentu dan responden diminta memberi jawapan berdasarkan situasi-situasi tersebut. Data dianalisis dengan menggunakan model CCSARP (Cross-Cultural Study of Speech Act Realization Patterns) oleh Blum-Kulka et al., 1989 yang mencadangkan satu set strategi asas (formula semantik) bagi menyempurnakan perlakuan maaf iaitu Penunjuk Tindakan Illokusyenari, mengambil tanggung jawab, memberi alasan, menawarkan pembaikan dan berjanji tidak mengulangi. Kajian ini menunjukkan ekspresi maaf dalam kalangan pelajar adalah satu permintaan untuk mendapat keampunan dan juga sebagai satu strategi untuk menebus kesalahan yang dilakukan terhadap pendengar
Pengelasan kata kerja bahasa Melayu: pendekatan semantik berdasarkan Role and Reference Grammar (RRG)
Secara tradisinya kata kerja dibahagikan kepada dua golongan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Penggolongan sebegini sesungguhnya berasaskan si fat sintaksis kata kerja tersebut. Kertas kerja ini mencuba untuk memberikan pengelasan kata kerja bahasa Melayu berdasarkan makna leksikal kata kerja tersebut. Pendekatan untuk menggambarkan makna leksikal kata kerja ini ialah pendekatan dekomposisi leksikal yang berasaskan kelas Aktionsart. Aktionsart ialah kelas leksikal yang dianggotai oleh suatu kata kerja yang berdasarkan jenis proses, keadaan dan sebagainya, seperti yang dimaksudkan oleh kata kerja tersebut. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan mengemukakan satu set ujian sintaksis dan semantik bagi menentukan kelas kata kerja dalam bahasa Melayu dengan rujukan kepada ujian sintaksis sebagaimana yang dianjurkan dalam Teori Role and Reference Grammar (RRG)
Representasi argumen gerak ruang bahasa Melayu berdasarkan teori struktur konseptual
Gerak difahami sebagai perubahan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. oleh itu kajian ini tertumpu pada gerak ruang yang terdiri daripada gerak bersifat arah, gerak bersifat tambah, gerak bersifat menjadi dan gerak bersifat kausatif. data yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada Pangkalan data korpus dewan bahasa dan Pustaka, Malaysia sebagai bahan dan contoh kajian. Penganalisisan data menggunakan teori Struktur Konseptual oleh Jackendoff (1997 & 2011). Pemetaan argumen ini merangkumi tiga tatatingkat utama, iaitu pemetaan kepada representasi struktur konseptual, pemetaan kepada rajah pohon struktur konseptual dan pemetaan kepada peranan tematik. hasil dapatan menunjukkan, kehadiran gerak ruang hadir dalam fungsi [Peristiwa] dan [Keadaan] yang membawa rumus asas [[[GeRaK [ x [Peristiwa] [benda] [hala] [tempat]]]. hasil dapatan menunjukkan leksikal balik, berlari, tinggal, terletak, berada, bunuh, paksa, benar dan tolong mempunyai pemetaan representasi argumen yang tersendiri yang melibatkan konstituen seperti [Peristiwa],[Keadaan], [benda] [hala] [tempat] [Peristiwa Sebab], [Peristiwa tidaK], [Peristiwa benaR] dan [Peristiwa tolonG]. bagi peringkat pemetaan dalam peranan tematik, item yang terlibat ialah peranan kepada aktor, tema, Matlamat, Sumber, agen dan Penerima (-). Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan representasi struktur konseptual secara sistematik dan berpada khususnya dalam gerak ruang bahasa Melayu
Perkaitan semantik kata kerja bahasa Banjar Kuala: satu analisis Varian Kuin, Banjarmasin
Analisis preposisi lokatif bahasa Melayu berdasarkan kerangka Role and Reference Grammar (RRG)
Trend ganti nama diri Bahasa Melayu dalam konteks media sosial
Kajian ini meneliti trend penggunaan kata ganti nama diri dalam kalangan pengguna media sosial. Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan dalam komunikasi untuk menggantikan nama orang yang melibatkan penutur, pendengar dan sasaran. Kata ganti nama diri terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama (saya, aku), kata ganti nama diri orang kedua (awak, engkau) dan kata ganti nama diri orang ketiga (mereka, ia). Dalam apa jua bentuk media komunikasi, kata ganti nama diri akan muncul dalam komunikasi. Ini kerana penutur memberi rujukan kepada pendengar dan pendengar memproses maklumat yang telah disampaikan mengenai sasaran untuk membentuk satu perbualan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai mewakili medium komunikasi dalam media sosial untuk mendapatkan data kata ganti nama diri. Aplikasi WhatsApp yang digunakan dalam telefon pintar dipilih sebagai sumber data memandangkan medium ini semakin popular dalam masyarakat kini. Analisis kata ganti nama diri menggunakan Tatabahasa Dewan (2008) sebagai asas panduan pengkaji. Kajian ini mendapati empat bentuk kata ganti nama diri digunakan dalam perbualan pengguna WhatsApp iaitu kata ganti nama diri pertama (penutur), kata ganti nama diri kedua (pendengar), kata ganti nama diri ketiga (sasaran) dan kata ganti nama diri kosong. Kajian juga mendapati tiga bentuk kata ganti diri yang menjadi trend dalam aplikasi WhatsApp iaitu kata ganti nama diri singkatan, kata ganti nama diri dialek dan kata ganti nama diri kontemporari. Dalam konteks komunikasi yang melibatkan rakan sebaya dan berlaku dalam situasi tidak formal, penggunaan kata ganti nama diri dipengaruhi oleh faktor kemesraan dan kesesuaian
