103 research outputs found
Info MITASA: perjumpaan dengan ahli UiTM Terengganu pada 25 Januari 2009
MITASA telah mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan ahli-ahli MITASA di UiTM Terengganu pada 25 Januari 2009. MITASA diwakili oleh Puan Sarimah Ismail dan Puan Norliza Aminudin. Turut serta pada pertemuan tersebut, En. AB. Latif Ishak, En. Mohd Sazli Shahibi, En. Hashim Ahmad@Mohamed dan En. Ab. Wahab Mohame
Info MITASA: perjumpaan dengan ahli UiTM Sarawak pada 6 Mac 2009
Taklimat bersama ahli-ahli MITASA dengan wakil EXCO MITASA telah dijalankan dengan jayanya pada 6/3/2009 di UiTM cawangan Sarawak. Pihak MITASA ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Pengarah UiTM Sarawak, Prof. Madya Dr Hajah Fatimah Bujang dan Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Ahmad Lofti Ariffin di atas kerjasama dan layanan baik yang diberikan kepada wakil EXCO MITASA iaitu Puan Rezian-Na Muhammad Kassim dan Puan Hiruani Haslina binti Che Hassan. Terima kasih juga diucapkan kepada PM Dr Rashidee Haji Alwi sekeluarga yang telah meraikan wakil MITASA dan juga tetamu-tetamu yang hadi
Kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pusat Asasi UiTM, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil
Pada 6 November 2025, MITASA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil. Pertemuan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil itu diketuai Presiden MITASA, Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli dan Prof Dr, Zulkhairi Amom, Pengarah Pusat Asasi UiTM. Perbincangan adalah berkaitan pendirian pengurusan Pusat Asasi UITM berkaitan dengan perancangan halatuju status perjawatan pensyarah Pusat Asasi yang memikul beban pemberatan pengajaran di samping cabaran memenuhi kriteria penyeliaan untuk kenaikan pangkat. Persetujuan juga diperolehi daripada Prof Pengarah Pusat Asasi bahawa beliau menyokong Kertas Kerja Cadangan Kesetaraan Penyeliaan Khas Pusat Asasi yang diusahakan dan telah diserahkan oleh MITASA kepada Naib Canselor pada 17 Julai 2025 yang lalu. Pertemuan itu juga dihadiri Penolong Setiausaha MITASA, Encik Mohd Shahrudin Mohmud dan EXCO MITASA, Puan Atifah Othman, Dr Ahmad Muhyiddin Yusof dan Encik Syazwan Syuwairi Nordin
Mesyuarat Agung Tri-Tahunan MITASA
Pada 22 September 2025 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tri-Tahunan MITASA melibatkan perubahan tampuk pentadbiran MITASA bagi penggal 2025-2028. Mesyuarat agung yang berlangsung di Kelab Selangor itu telah dihadiri hampir 100 ahli MITASA dari seluruh negara. Ahli-ahli yang juga pensyarah dari seluruh UiTM berkampung di Shah Alam selama dua hari bagi menghadiri mesyuarat dan perlawanan bowling yang diadakan bersempena dengan mesyuarat berkenaan
Info MITASA: catatan seorang pendidik, bil 2/2009
Cacatan seorang pendidik menyediakan ruang bagi warga MITASA berkongsi pengalaman mengenai bidang hakiki kita sebagai pendidik peringkat pengajian tinggi agar dapar dijakikan contoh amalan terbaik proses pengajaran- pembelajaran, khususnya di UiTM
Ulang tahun ke-50 penubuhan MITASA-UiTM, 15 Oktober 2022
Sejak 50 tahun penubuhannya, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM atau MITASA kekal komited dalam menjaga hak serta kebajikan ahli-ahli akademiknya sekaligus menyaksikan sambutan Jubli Emas pada tahun 2022 yang cukup bermakna dengan persediaan yang tersendiri. Penubuhan MITASA iaitu sejak 50 tahun bukanlah suatu tempoh masa yang singkat dan jika dibandingkan dengan usia manusia, tentu sekali 50 tahun mencerminkan kedewasaan dan kematangan seseorang serta menggambarkan pengalaman serta liku-liku hidup yang telah dilalui. Begitulah juga halnya dengan sesebuah organisasi yang telah bertahan sehingga mencecah usia Jubli Emas. Peranan MITASA juga amat ketara bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kakitangan akademik, terutamanya memberikan komitmen, cadangan dan input kepada universiti dalam tempoh-tempoh yang sukar jelas menggambarkan perasaan cinta dan kasih yang mendalam terhadap institusi keramat ini. MITASA juga menganjurkan Majlis Makan Malam Jubli Emas sebagai kemuncak program MITASA 50 tahun yang turut menjemput ahli dan kepimpinan tertinggi UiTM, kepimpinan MITASA yang terdahulu dan wakil-wakil agensi. Majlis berkenaan telah diadakan di Hotel UiTM pada 15 Oktober 2022
Kunjungan hormat kepada Timbalan Penasihat Undang-Undang UiTM
Pada 21 Oktober 2025, barisan Exco MITASA yang baharu telah mengadakan sesi pertemuan pertama dengan Timbalan Penasihat undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Bahrin Othman. Fokus perbincangan adalah mengenai mekanisme dan strategi penyelesaian isu-isu aduan ahli MITASA, sekaligus menekankan kepentingan perundangan dalam menjaga kebajikan kakitangan akademik. Pertemuan ini adalah langkah proaktif Majlis Tertinggi MITASA dalam mengukuhkan aspek perlindungan undang-undang untuk semua ahli
Info MITASA: perjumpaan dengan ahli UiTM Kedah pada 1 Mac 2009
Lawatan dan pertemuan EXCO MITASA ke UiTI.1 Kedah telah diadakan dengan jayanya. EXCO MITASA diwakili oleh En Ab Latiff Ishak, Presiden MITASA dan En Mohd Sazili Shahibi, Setiausaha Agung MITASA Tenmakasih kepada wakil MITASA dan ahli semua yang telah membenkan kerjasama yang baik semasa sesi perjumpaan tersebut. Berbagai isu mengenai skim perkhidmatan pensyarah telah dibincangkan. Antara isu pentmg yang dibincangkan ialah isu kenaikan pangkat pensyarah DM45 kepada DM52. MITASA juga menerima beberapa aduan mengenai perkhidmatan semasa sesi perjumpaan tersebut Tahniah kepada ahli baru yang telah mendaftar pada hari tersebu
Kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UiTM
Pada 14 November 2025, Ahli Majlis Kerja MITASA sesi 2025-2028 yang baharu dilantik melalui AGM MITASA Kali ke-37 pada 22 September 2025 telah mengadakan kunjungan pertama ke pejabat Naib Canselor UiTM. MITASA diketuai Presiden, Encik Mohd Amirul Akhbar Modh Zulkifli, Naib Presiden, Dr Adlan Abdul Razak, Setiausaha, Ts Nor Azlin Rosli, Penolong Setiausaha, Encik Mohd Shahrudin Mohmud, Bendahari, Dr Mohamad Firdaus Ahmad, Exco MITASA, Puan Atifah Othman dan Setiausaha Eksekutif MITASA, Puan Nadra Shafina
Lawatan ke UiTM Perlis: lawatan EXCO MITASA ke UiTM Perlis bagi pertemuan ahli-ahli di Perlis, Februari 2008
Lawatan EXCO MITASA ke UITM Perlis bagi pertemuan ahli-ahli di Perli
- …
