1,721,148 research outputs found

    Aplikasi takmilah dalam dewan Imam As-Syafie

    No full text
    Puisi adalah salah satu daripada komponen sastera yang utama. Keutamaan puisi terletak pada irama dan bentuknya yang menitikberatkan nilai keindahan. Puisi Islam pula bukan sahaja berfungsi dalam mempengaruhi manusia menerusi keindahan makna dan lafaz, lebih daripada itu, ia perlu berfungsi dalam segenap aspek bagi menghasilkan kesan yang positif kepada khalayak. Oleh itu, sesebuah puisi seharusnya memenuhi beberapa ciri tertentu bagi melengkapi sebuah puisi Islam yang benar-benar memberi kesan kepada khalayak. Justeru, kajian ini akan mempamerkan kesempurnaan puisi Imam as-Syafie RA melalui aplikasi teori Takmilah sebagai kayu ukur bagi mengkaji kualiti kesempurnaan puisi Islam. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti unsur ketauhidan, kerasulan dan Islam yang terdapat dalam Dīwān al-Imām as-Syafie, selain menganalisis aspek sastera dan estetik yang terdapat dalam puisi beliau. Peranan Imam as-Syafie RA dan sumbangan beliau melalui puisi juga turun menjadi objektif kajian ini. Kolerasi antara puisi Islam serta pengaruh unsur Islam masih menjadi fokus utama dalam pembentukan sesebuah puisi bagi memberi kesan positif yang lebih di minda pembaca. Oleh itu, kajian berbentuk kepustakaan ini akan cuba merungkai kesan sinergi antara Dīwān as-Syafie melalui aplikasi teori Takmilah yang mendasari sesebuah puisi Islam. Hasil analisis menunjukkan semua prinsip teori Takmilah ditemui dalam Dīwān as-Syafie, bahkan puisi beliau lebih menonjol dan melebihi prinsip-prinsip dalam teori Takmilah ini. Objektif kajian juga tercapai iaitu dengan adanya unsur ketauhidan, kerasulan dan Islam dalam Dewan Imam as-Syafie. Ini disusuli dengan unsur sastera yang menghubungkaitkan dengan cabang ilmu lain seperti ilmu perubatan, biologi, sains, tasawuf, dan beberapa cabang ilmu lagi. Dewan Imam as-Syafie ini juga memperlihatkan adanya nilai estetika yang baik dari segi keindahan lafaz serta makna, selain peranan Imam as-Syafie RA itu sendiri sebagai penyair yang sentiasa memperbaiki diri serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat tidak kira apa juga cara termasuk melalui puisi

    Bicara tokoh: Imam As-Syafie

    No full text
    Bahagian Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Sekreteriat Mahasiswa Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan Program Bicara Tokoh: Imam As-Syafie pada 23 Mei 2025 melalui platform Google Meet

    Pendidikan Islam di Malaysia: analisis kepentingan penghayatan mazhab Syafie

    No full text
    Kuasa-kuasa kolonial ini bukan sahaja berhasrat menguasai pusat-pusat perdagangan dan perniagaan, sebaliknya mereka juga berazam untuk menukar agama orang Melayu daripada Islam kepada Kristian. Walau bagaimanapun misi ini gagal kerana masyarakat Islam ketika itu telah pun kuat berpegang kepada ajaran Islam khususnya pegangan terhadap fiqh mazhab Syafie yang tetap teguh dijadikan acuan hidup berpanjangan hingga ke hari ini. Bidang pendidikan Islam di Malaysia banyak merujuk kepada hukum hakam fekah bermazhab Syafie. Ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pegangan mazhab Syafie menjadi rujukan dan pegangan malah telah sebati dalam amalan beragama masyarakat Islam Malaysia. Kajian kualitatif ini mengetengahkan faktor-faktor signifikan penghayatan mazhab Syafie dalam bidang pendidikan Islam di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor sejarah, peranan pihak berkuasa agama, dan sosio-budaya kehidupan masyarakat Islam Malaysia adalah antara faktor penting menyumbang kepada peranan utama mazhab Syafie dalam bidang pendidikan Islam di Malaysia

    KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE

    No full text
    Buku ini menghuraikan persoalan fekah berdasarkan pandangan yang ada dalam Mazhab Syafie. Tajuk-tajuk perbincangannya disusun secara sistematik untuk memudahkan kefahaman pembaca. Perbincangan di dalam jilid ini meliputi Bab Bersuci dan Sembahyang

    Amalan taklid kepada mazhab syafie di Kedah: Satu tinjauan ringkas

    No full text
    Amalan bertaklid kepada mazhab Syafie dalam perkara-perkara ibadah sudah menjadi perkara biasa malah budaya kepada masyarakat Islam di negara ini. Fenomena ini merupakan kesinambungan daripada pengaruh mazhab tersebut yang telah wujud sekian lama malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa kewujudannya bermula selari dengan penerimaan Islam di Tanah Melayu. Faktor utama yang menyebabkan melebarnya pengaruh mazhab Syafie ini adalah kerana sebahagian besar pendakwah yang tiba di negara ini kebanyakannya dari merupakan pengikut mazhab tersebut. Kedah sebagai negeri terawal menerima Islam telah menjadi pusat kegiatan dakwah yang terus menjadikan mazhab Syafie sebagai mazhab utama dalam meletakkan asas-asas hukum yang menjadi ikutan penduduk di negeri ini. Pihak berkuasa agama juga telah menjadikan prisip-prinsip daripada mazhab Syafie sebagai rujukan utama namun prinsip-prinsip daripada mazhab-mazhab lain terus diterima dan diamalkan secara harmoni sehingga kini

    Kitab fikah Mazhab Syafie jilid 5

    No full text
    Buku ini menghuraikan persoalan fekah berdasarkan pandangan yang ada dalam Mazhab Syafie. Tajuk-tajuk perbincangannya disusun secara sistematik untuk memudahkan kefahaman pembaca. Perbincangan di dalam jilid ini meliputi Wakaf, Wasiat dan Farai

    KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE JILID 3

    No full text
    Buku ini menghuraikan persoalan fekah berdasarkan pandangan yang ada dalam Mazhab Syafie. Tajuk-tajuk perbincangannya disusun secara sistematik untuk memudahkan kefahaman pembaca. Perbincangan di dalam jilid ini meliputi Bab Sumpah, Nazar, Pemburuan, Penyembelihan, Aqiqah, Makanan, Minuman, Pakaian, Perhiasan dan Kaffara

    Kitab fikah Mazhab Syafie jilid 2

    No full text
    Buku ini menghuraikan persoalan fekah berdasarkan pandangan yang ada dalam Mazhab Syafie. Tajuk-tajuk perbincangannya disusun secara sistematik untuk memudahkan kefahaman pembaca. Perbincangan di dalam jilid ini meliputi Bab Zakat, Puasa, Haji dan Umra

    KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE JILID 4

    No full text
    Buku ini menghuraikan persoalan fekah berdasarkan pandangan yang ada dalam Mazhab Syafie. Tajuk-tajuk perbincangannya disusun secara sistematik untuk memudahkan kefahaman pembaca. Perbincangan di dalam jilid ini meliputi Undang-undang kekeluargaan, (nikah, talak, penjagaan anak-anak, penyusuan, menentukan keturunan, anak buangan

    Kitab fikah Mazhab Syafie jilid 7

    No full text
    Buku ini menghuraikan persoalan fekah berdasarkan pandangan yang ada dalam Mazhab Syafie. Tajuk-tajuk perbincangannya disusun secara sistematik untuk memudahkan kefahaman pembaca. Perbincangan di dalam jilid ini meliputi Bab Syufah, pajak, pinjamna,syarikat, pelaburan, simpanan, penemuan, gadaian, jaminan, perwakilan, paksaan, rampasan
    corecore