44 research outputs found

    Transformasi pembangunan harta wakaf menerusi mekanisme dana amanah hartanah Islam / Syahnaz Sulaiman

    No full text
    Pembangunan harta wakaf merupakan agenda yang semakin diberikan perhatian yang signifikan oleh komuniti Islam seantero dunia sebagai institusi yang menjadi nadi penggerak terhadap kemajuan sosioekonomi ummah. Kajian ini dilaksanakan dengan objektif untuk menganalisis prospek mekanisme dana amanah hartanah Islam bagi membiayai pembangunan harta wakaf, menilai kedudukan instrumen kewangan unit amanah hartanah Islam sama ada memenuhi ciri-ciri sebagai subjek wakaf menurut hukum syarak serta kerangka perundangan wakaf di Malaysia, membahaskan isu-isu berbangkit dan membentuk serta mencadangkan kaedah pembangunan harta wakaf menerusi mekanisme dana amanah hartanah Islam. Secara dasarnya, kajian ini bersifat kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis kandungan, analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Kajian ini mendapati struktur dana amanah hartanah Islam merangkumi instrumen Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic real estate investment trust, I-REIT) dan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) berpotensi untuk diimplementasikan bagi tujuan memajukan harta wakaf meskipun berdepan dengan beberapa isu berbangkit. Isu-isu berkaitan telah dibahaskan dengan teliti bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Kajian ini juga mendapati bahawa unit amanah hartanah Islam merupakan instrumen kewangan yang sah untuk dijadikan sebagai subjek wakaf dari perspektif hukum syarak serta undang-undang wakaf di negara ini selain berupaya menjadi kelas aset wakaf yang baharu. Kajian ini turut mencadangkan tiga model pembangunan harta wakaf berteraskan mekanisme dana amanah hartanah Islam iaitu Wakaf REIT, Amanah Saham Hartanah Wakaf dan Dana Hartanah Wakaf. Hasil dapatan kajian merumuskan bahawa struktur dana amanah hartanah Islam mempunyai prospek untuk dimajukan sebagai mekanisme alternatif bagi membiayai pembangunan harta wakaf dengan beberapa modifikasi selaras dengan keperluan para pentadbir dan pengurus aset wakaf di Malaysia

    Transformasi pembangunan harta wakaf menerusi mekanisme dana amanah hartanah Islam

    No full text
    Pembangunan harta wakaf merupakan agenda penting yang semakin diberikan perhatian oleh komuniti Islam seantero dunia sebagai institusi yang berupaya menjadi nadi penggerak terhadap kemajuan sosioekonomi ummah. Menerusi pengurusan pembangunan yang efisien, wakaf dapat berperanan sebagai sumber pendanaan bagi pelbagai aktiviti ekonomi secara mampan. Ciri-ciri wakaf yang bersifat kekal menjadikannya sebagai platform yang sangat efektif bagi tujuan menggembleng aset umat Islam secara lestari bagi memenuhi agenda sosial dalam kerancakan perkembangan industri kewangan Islam. Masalah kekurangan dana telah dikenalpasti sebagai antara isu utama yang membelenggu pengurus dan pentadbir wakaf di Malaysia. Kajian ini akan membincangkan secara konseptual mengenai potensi untuk mengaplikasikan mekanisme dana amanah hartanah Islam bagi memajukan aset wakaf secara lebih efektif. Kertas ini mencadangkan beberapa model yang menggabungkan konsep skim pelaburan dana amanah hartanah dan wakaf tunai bagi meningkatkan dinamisme pembangunan wakaf secara lestari di Malaysia

    Wakaf Unit Amanah: Sorotan Fatwa Semasa

    No full text
    Intitusi wakaf telah memberikan sumbangan yang penting terhadap kemajuan sosioekonomi ummah sepanjang era kegemilangan peradaban Islam. Sejajar dengan kepesatan pembangunan sistem kewangan Islam dunia, wakaf unit amanah dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai salah satu medium atau instrumen wakaf dalam masyarakat. Pendekatan seumpama ini turut disokong oleh sistem pengurusan harta wakaf secara lebih cekap dan profesional. Walau bagaimanapun, konsep wakaf unit amanah masih berada di peringkat pengenalan di mana mekanisme dan strategi pelaksanaannya perlu diteroka dengan lebih mendalam. Kajian ini merupakan satu sorotan literatur berhubung dengan fatwa semasa berkaitan keabsahan wakaf unit amanah. Objektif utama kajian ini dicapai menerusi analisis kandungan kitab-kitab turath dan kontemporari serta fatwa-fatwa yang berkait rapat dengan instrumen kewangan termasuk unit amanah. Hasil dapatan kajian diharap dapat merintis kepada penghasilan input dan maklumat kepada pengurus wakaf, badan kawal selia dan pengurus dana berhubung dengan potensi untuk mewujudkan wakaf unit amanah di Malaysia bagi meluaskan amalan berwakaf secara lebih dinamik pada masa hadapan

    Pembangunan dan pelaburan lestari harta wakaf dari perspektif Islam

    No full text
    Inisiatif bagi mengarusperdanakan peranan wakaf sebagai enjin penggerak sosioekonomi ummah semakin diberikan perhatian oleh komuniti Islam pada peringkat global. Tumpuan kini diberikan terhadap aspek pembangunan dan pelaburan harta wakaf secara dinamik bertujuan mengekalkan kelestarian aset wakaf bagi memenuhi objektif penubuhannya. Pelbagai mekanisme pembangunan sama ada yang bersifat teoretikal atau praktikal yang sebahagiannya sudahpun diimplementasikan telah menyemarakkan lagi agenda menaik taraf aset wakaf bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, makalah ini akan membincangkan konsep pembangunan serta pelaburan harta wakaf secara lestari menurut perspektif Islam ke arah merealisasikan kaedah pembangunan dan pelaburan harta wakaf yang memenuhi tuntutan syarak

    Isu pembangunan wakaf menggunakan struktur amanah pelaburan hartanah Islam di Malaysia: satu tinjauan

    No full text
    Makalah ini bertujuan membincangkan salah satu mekanisme untuk memajukan aset wakaf berteraskan struktur instrumen kewangan kontemporari, iaitu amanah pelaburan hartanah Islam (I-REIT). Sorotan kajian lepas mendapati bahawa struktur I-REIT berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu mekanisme pembangunan aset wakaf di Malaysia. Pendekatan tersebut, walau bagaimanapun, berdepan dengan pelbagai isu dan masalah. Oleh itu, kajian ini merupakan satu tinjauan awal bertujuan mengetengahkan isu berkaitan pembangunan harta wakaf berteraskan struktur I-REIT dalam konteks aplikasi semasa di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Tatacara pengumpulan data diperoleh menerusi kaedah analisis dokumen dan temu bual di samping turut menyentuh secara umum berhubung dengan teori yang relevan bagi menentukan kedudukan struktur I-REIT sebagai mekanisme dalam memajukan aset wakaf menurut perspektif hukum syarak. Hasil kajian yang bakal dikemukakan diharap berupaya memberikan implikasi yang positif bagi mengatasi masalah kekurangan dana yang dihadapi oleh pengurus wakaf, di samping mempromosi sistem tadbir urus yang lebih efisien dan sistematik bagi meningkatkan keyakinan masyarakat Islam untuk berwakaf

    Strategi pembangunan dan pelaburan wakaf secara lestari menurut perspektif syariah

    No full text
    The initiative towards enhancing the role of waqf as the main driving force for socioeconomic development of the ummah has received tremendous support from the Muslim community globally. Much effort has been concerted by various waqf stakeholders to strengthen the role of the waqf institution as a socio-economic driving force which strives for the betterment of the global Muslim community. Special focus has been given to waqf development and investment agendas towards preserving waqf assets particularly in generating stable income in order to meet its objectives. Therefore, this study will explore the concept of sustainable waqf development and investment from the Islamic perspective and how strategic waqf development and investment approach may be implemented in light of the Shariah. The data used in this study was obtained from the literature review which was then analysed by using content and textual analysis technique. The findings further underline the strategy of sustainable waqf asset development and investment which should serve as a guide for the waqf administrators in the realization of sustainable development and investment in order to enhance the income of waqf assets for the benefit and welfare of the ummah

    Konsep pinjaman menurut perspektif islam

    No full text
    Aktiviti pinjaman kewangan sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat moden hari ini. Malah kegiatan ini turut menyumbang kepada sindiket ceti haram atau Ah Long yang semakin membimbangkan banyak pihak. Kertas ini membincangkan tentang konsep pinjaman yang dibenarkan oleh Islam serta menggariskan beberapa prinsip umum yang wajar diberikan perhatian ketika berhutang. Umat Islam turut diseru untuk mengamalkan corak kehidupan yang serba sederhana (wasatiyyah) bagi mengelakkan mereka terjebak dengan bebanan hutang. (Disalin daripada artikel

    Isu Pembangunan Wakaf Menggunakan Struktur Amanah Pelaburan Hartanah Islam di Malaysia: Satu Tinjauan

    No full text
    This paper will discuss one of the mechanisms for developing waqf assets based on contemporary financial instrument structure, namely the Islamic Real Estate Investment Trust (I-REIT). Previous studies have shown that the I-REIT has the pontential of being developed into a mechanism for waqf asset in Malaysia. However, its implementation has been without issues and problems. Hence this prelimenary study offers an insight into the issues related to the development of waqf properties based on the I-REIT within the context of Malaysia. Library research is the main method of collecting data and document perusal and interviews were carried out to inquire into the relevant theories that determine the status and position of the I-REIT as an Islamic compliant vehicle. It is hoped that the findings of this study will firstly, pave the way for the procurement of the much needed Islamic compliant waqf funds and secondly, develop a system of best practices and good and effective governance to increase the confidence of Muslim to waqf. Keywords: waqf, waqf assets, development, Islamic Real Estate Investment trust (I-REIT)Makalah ini bertujuan membincangkan salah satu mekanisme untuk memajukan aset wakaf berteraskan struktur instrumen kewangan kontemporari, iaitu amanah pelaburan hartanah Islam (I-REIT). Sorotan kajian lepas mendapati bahawa struktur I-REIT berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu mekanisme pembangunan aset wakaf di Malaysia. Pendekatan tersebut, walau bagaimanapun, berdepan dengan pelbagai isu dan masalah. Oleh itu, kajian ini merupakan satu tinjauan awal bertujuan mengetengahkan isu berkaitan pembangunan harta wakaf berteraskan struktur I-REIT dalam konteks aplikasi semasa di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Tatacara pengumpulan data diperoleh menerusi kaedah analisis dokumen dan temu bual di samping turut menyentuh secara umum berhubung dengan teori yang relevan bagi menentukan kedudukan struktur I-REIT sebagai mekanisme dalam memajukan aset wakaf menurut perspektif hukum syarak. Hasil kajian yang bakal dikemukakan diharap berupaya memberikan implikasi yang positif bagi mengatasi masalah kekurangan dana yang dihadapi oleh pengurus wakaf, di samping mempromosi sistem tadbir urus yang lebih efisien dan sistematik bagi meningkatkan keyakinan masyarakat Islam untuk berwakaf. Kata kunci: wakaf, aset wakaf, pembangunan, Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT

    The use of islamic real estate investment trust (I-REITs) as a contemporary instrument in developing Waqf assets: potential structure, issues and challenges

    No full text
    The primary objective of this paper is to explore the potential of Islamic Real Estate Investment Trusts (I-REITs) as an effective instrument for financing waqf development activities. This study employs legal research methodology, (the data used were largely library-based and documentary in nature), in which opinions of jurists, classical and contemporary are analysed in discussing the potential of I-REITs as a mechanism to develop waqf assets. Besides, several resolutions issued by relevant market authorities are referred to in this study. The study concludes that despite several challenges, with proper implementation, I-REITs may be adopted by a waqf institution as a mechanism to finance the development of their waqf assets. The novelty of this paper lies in the proposed structure of I-REITs, which can be a useful reference for the policy-makers and REITs issuers in establishing an enabling environment within which waqf I-REITs can potentially operate. Therefore, this study hopes to shed some light on the potential of waqf I-REIT to become an asset class to provide diversity for the public to give waqf

    THE CODE MIXING OF AGNES MONICA AS THE JUDGE OF THE VOICE KIDS INDONESIA SEASON 3.

    No full text
    ABSTRACT THE CODE MIXING OF AGNES MONICA AS THE JUDGE OF THE VOICE KIDS INDONESIA SEASON 3. Oleh Sheila Syahnaz Kachru in Nusjam defines code mixing as the term refers to the use of one or more languages for consistent transfer of linguistic units from one language into another, and by such a language mixture developing a new restricted or not so restricted code of linguistic interaction. Bloom and Gumpers as quoted according to Gibbons they say that code mixing is behavior element from one code become to some extent integrated into another. Sociolinguistics is study about the connection among language and society. Every people have different language style when they interact to each other. By many variations which they have, it can be possible for them to mix their language in their utterance. Mixing one language with the other languages, in sociolinguistics field it called by code mixing. The use of code mixing in society it has been common. It happens in the one of the phenomenon and famous a singer in Indonesia by the Agnes Monica As The Judge Of The Voice Kids Indonesia Therefore, this research focuses on code mixing that emerges on Agnes Monica's The objective of this research was to find out the types and levels of code mixing agnes monica that appear onThe Judge Of The Voice Kids IndonesiaThis research was descriptive qualitative methodand the human research is the main instrument of this research. In collecting the data, this research utilized documentation method. This study employed content analysis which focused on analyzing the types of code mixing which defined by Hoffman and the levels of code mixing that argued by Suwito. Then, the result of types and levels of code mixing were counted by using Sudjiono’s formula. The result after analyzing the video, there were 3 data in the types and levels of code mixing what the author did. In the types of code mixing, the highest type was intra-sentential of code mixing and the lowest type was involving a change of pronunciation. While, in the levels of code mixing, the dominant level was word level and the lowest level was repetition word and idiom level. Key word : Code Mixing, Judge of the Voice Kids Indonesi
    corecore