484 research outputs found
Alumni sharing from IM to IM: towards 1st class information studies / Sazlina Saleh
2 Januari 2024 – Telah diadakan satu sesi perkongsian yang bertajuk Alumni Sharing: From IM to IM “Towards 1st Class Information Studies” bertempat di Bilik Kuliah A201-SC UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.
Bagi sesi pertama perkongsian ini, Cik Sazlina Saleh (Pembantu Pustakawan) Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCK yang merupakan alumni Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) UiTMCK yang kini dikenali sebagai Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) telah dijemput untuk berkongsi pengalaman kerjaya beliau di dalam bidang perpustakaan kepada para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat Semester 1
Program world #quranhour / Sazlina Saleh
Pada 4 April 2024 (Khamis), Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah mengadakan Program World #QuranHour secara hibrid bersempena dengan World Quran Hour yang dijalankan serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1445H. Program ini dilakukan secara fizikal bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) dan maya iaitu secara siaran langsung menerusi saluran YouTube rasmi Perpustakaan Tengku Anis bermula jam 12:00 Tengah hari sehingga 1:00 Tengah hari
Library outreach Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tengku Anis ke bahagian pentadbiran / Sazlina Saleh
Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan telah membuat kunjungan hormat Library Outreach ke Bahagian Pentadbiran UiTMCK Kampus Machang pada 6 Jun 2023. Tujuan library outreach ini adalah bagi berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan khususnya di Unit Arkib Cawangan (UAC)
Lawatan daripada SMK Agama Melor ke Perpustakaan Tengku Anis / Sazlina Saleh
29 Januari 2024, Isnin – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menerima kunjungan daripada SMK Agama Melor bagi Lawatan Program Inspirasi Diri bersama SMK Agama Melor di UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) di bawah kendalian Unit Misi Akademik UiTMCK seramai 80 orang bersama 4 orang guru pengiring
Bengkel 'speed reading for PTARC members' / Sazlina Saleh
Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dengan kerjasama kelab bukan akademik Perpustakaan Tengku Anis Readers’ Club (PTARC) UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Speed Reading for PTARC Members secara dalam talian menggunakan platform Google Meet bersama ahli PTARC pada 25 Januari 2024 (Khamis). Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dengan penyertaan seramai 19 orang peserta
Library Outreach dan kelas penyelidikan pengurusan rekod dan arkib Perpustakaan Tengku Anis / Sazlina Saleh
Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menjalankan ‘library outreach’dan kelas penyelidikan bersama pelajar bagi kod kursus Administration of Archives (IMR455) dan Foundation of Archives (IMD313) selama empat hari (14,16,17 & 18 Januari 2024). Turut hadir bersama Puan Fatin Nur Zulkipli, Pensyarah bagi kesemua kelas tersebut. Taklimat pengenalan unit arkib telah dilakukan bertempat di Bilik ITdan disampaikan oleh Puan Norfi triah Mat Seman, Pustakawan Kanan & staf-staf (pembantu pustakawan kanan) unit arkib PTA iaitu Encik Muhamad Nazari Muhamad Nor, Encik Mohd Waqiyuddin Mohd Dzulkifl y & Puan Syamsilawati Dahari
Program Greenation Speak up@PTA / Sazlina Saleh
MACHANG, 21 November – Bersempena dengan Festival Cakna Lestari (Fes-CALE) 2023, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang dengan kerjasama Unit Kampus Hijau UiTM Cawangan Kelantan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kelantan Sesi 2022/2023 dan Perpustakaan Tengku Anis Reader’s Club (PTARC) telah menganjurkan Program “Greenation Speak Up@PTA”. Program ini telah dijalankan di Ruang LCE, PTA UiTM Cawangan Kelantan. Program ini melibatkan mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan(UiTMCK) untuk menyuarakan pandangan, idea dan perancangan program yang menyokong kelestarian kampus. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memupuk keyakinan mahasiswa dalam membuat pengucapan awam di hadapan khalayak ramai
Kursus laman web PTA virtual 360 / Sazlina Saleh
11 & 12 Julai 2023 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan Kursus Laman Web PTA Virtual 360 yang dilakukan bertempat di Bilik IT, PTA. Bengkel ini adalah merupakan program pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan ICT terkini yang melibatkan staf Unit Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tengku Anis bagi menambahbaik perkhidmatan ke arah perpustakaan digital. Penceramah jemputan bagi kursus ini adalah Encik Muhamad Nasrul, Pembantu Pustakawan (S22), PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh. Kursus ini melibatkan staf Perpustakaan Digital bagi PTA Kampus Machang dan juga PTA Kampus Kota Bharu
Program khidmat bantu di SK Hamzah Machang bersama Perpustakaan Tengku Anis / Sazlina Saleh
Pada 2 Mei 2024 (Khamis), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah mengadakan Program Khidmat Bantu di SK Hamzah Machang setelah dimohon oleh pihak Pusat Sumber Sekolah tersebut untuk bekerjasama bersama PTA dalam perkongsian ilmu dalam bidang pengurusan perpustakaan dan juga motivasi kepada para murid sekolah.
Program ini dilakukan bertempat di Dewan Ibnu Rusyd SK Hamzah bermula 9:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari yang melibatkan seramai 380 orang murid tahap 2 sahaja (darjah 4-6). Antara objektif program khidmat bantu ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada murid dalam motivasi diri, memberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan dalam melahirkan murid yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif serta memantapkan disiplin bagi pengawas pusat sumber sekolah
Bengkel mobile photography / Sazlina Saleh
26 September 2023, Selasa – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan Bengkel Mobile Photography yang telah diadakan secara hibrid iaitu bertempat diBilik IT, PTA dan siaran langsung melalui saluran YouTube rasmi PTA bermula pada 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Bengkel ini merupakan anjuran PTA dengan kerjasama Unit Sumber Dan Teknologi Pendidikan (USTP) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang. Objektifnya adalah untuk perkongsian teknik-teknik dalam menggunakan teknologi telefon bimbit dalam menghasilkan imej dan video berkualiti serta menarik dan setara profesional
- …
