1,720,965 research outputs found
Bullies at workplace: a case of public sector employees
Salah satu bentuk buli yang wujud di tempat kerja ialah pengganggu seksual. Buli gangguan seksual di tempat kerja merupakan tingkah laku tersirat tidak produktif yang boleh membawa kos yang signifikan ke atas sasarannya mahupun organisasi. Gangguan seksual ialah tingkah laku yang tidak diundang, tidak diminta, tidak dibalas dan seringkali berulangan. Oleh yang demikian pengganggu seksual adalah serupa sebagai buli di tempat kerja. Ada pelbagai cara seseorang boleh dibuli secara seksual di tempat kerja, iaitu melalui perkataan, fizikal, sosial dan psikologi. la menjadikan tempat kerja tidak seronok, memalukan dan menakutkan bagi individu atau kumpulan yang menjadi sasaran kepada tingkah laku tersebut. la menyukarkan untuk kerja dilakukan secara berkesan. Pendekatan analisis meta telah digunakan dalam mengutarakan isu tersebut yang merangkumi maksud gangguan seksual, kejadian, pengalaman dan kesan gangguan seksual untuk meningkatkan kepekaan terhadap kewujudan buli seumpama itu di organisasi. Akhir sekali pelbagai cadangan digariskan sebagai salah satu usaha ke arah membudayakan toleransi sifar terhadap buli gangguan seksual di tempat kerja
Sexual harassment at workplace: myth, reality or just a perception
The concept of sexual harassment in Malaysia is of recent origin but the behavior in the workplace
is not a recent phenomenon. While the evidence of sexual harassment type behavior could be traced
throughout the history of the nation, yet it remained as a silent or hidden as a social issue until mid
1990\u27s. In fact, the history of sexual harassment occurred in our country way back in 1950\u27s (Nor
Affizar, 2001) whereby female rubber estate workers from the Panavan Karupiah in Sitiawan and a
Kiang estate went on strike in protest against sexual harassment in the plantations and demanded an
end to the problem. (Copied from article)
Trend dan punca penggunaan dadah di kalangan penagih dadah wanita di negeri Sabah: implikasi kepada rawatan dan pemulihan dadah
Di negeri Sabah, statistik penglibatan wanita dengan penagihan dadah kini adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Perangkaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan negeri Sabah menduduki tangga keenam paling atas berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah 1,229 orang penagih yang dikesan dari bulan Januari- September 2005. Daripada jumlah tersebut, penagih wanita di negeri Sabah yang seramai 686 orang menduduki tangga yang teratas berbanding negeri-negeri lain. Penglibatan wanita di Sabah dalam gejala penagihan dadah membabitkan gadis berusia dari seawal remaja sehinggalah kepada wanita yang berusia dalam lingkungan empat puluhan, bukan semata-mata disebabkan kenikmatan dadah itu sendiri tetapi didorong oleh faktor lain seperti ingin menjaga kecantikan dan menguruskan badan. Lebih serius lagi, dadah yang lazimnya digunakan penagih wanita di Sabah adalah dadah jenis syabu kerana ia mudah diperoleh dan lebih murah berbanding heroin dan ganja. Kajian ini diusahakan untuk mengenal pasti profil penagih dadah wanita di negeri Sabah, mengkaji punca-punca yang menyebabkan penglibatan wanita dengan dadah dan mengenal pasti kesan penglibatan wanita dengan dadah terhadap kesihatan mental. Kajian tinjauan keratan rentas terhadap 96 responden yang terdiri daripada pengguna dan penagih dadah wanita di negeri Sabah yang ditempatkan di Pusat Serenti Bachok, Kelantan dan di penjara-penjara sekitar negeri Sabah seperti Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Tawau dan juga Penjara Sandakan. Dapatan kajian membentangkan maklumat penggunaan dadah dan pemulihan yang pernah dilalui mereka, yang mana hampir semua dilaporkan menggunakan dadah jenis syabu. Punca-punca penggunaan dadah dikenal pasti, yang mana ramai menggunakan dadah kerana perasaan ingin tahu dan sebab-sebab yang menunjukkan bahawa penagih dadah mempunyai masalah kesihatan mental seperti untuk menghilangkan stres, perpecahan dalam keluarga, melarikan diri daripada masalah dan mencari ketenangan. Kajian ini turut mendapati bahawa pengalaman awal dengan masalah sosial bahan dan mendorong mereka menggunakan dadah. Rata-rata penagih dadah wanita Sabah mula merokok pada umur 16 tahun, minum minuman keras pada purata umur 17 tahun, menggunakan dadah pada purata umur 19.8 tahun, dan bagi yang terlibat dengan jenayah, umur pertama mereka terlibat dengan perbuatan jenayah ialah 21 tahun. Kajian ini memberi beberapa implikasi dan cadangan yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan penagihan dadah dalam kalangan wanita
Sejauh Manakah Faktor Masa dan Anak Mempengaruhi Stres Dikalangan Wanita Bekerjaya? Kajian Kes di Sarawak
Perkembangan semasa yang berlaku di negara maju mahupun di Malaysia, telah menyaksikan peningkatan
penglibatan wanita di alam perkerjaan. Wanita menyumbang sebanyak 50% tenaga kerja dan daripada
jumlah ini 70% adalah yang sudah berkeluarga. Kajian samada di barat atau di negara-negara Asia sering
mendapati wanita bekerja dikaitkan dengan kesan negatif kerja ke atas keluarga. Oleh itu, kertas kerja ini
akan membincangkan faktor masa bekerja dan keluarga serta faktor umur anak dalam mempengaruhi tahap
stres bekerja. Data kajian ini telah dikumpulkan melalui borang soal selidik secara terus kepada responden
di tempat kerja . Dapatan kajian mendapati semakin banyak masa diperuntukkan untuk bekerja dan
keluarga, maka semakin tinggi tahap stres yang dialami oleh wanita bekerja ini. Faktor umur anak turut
mempengaruhi iaitu wanita bekerja yang mempunyai anak dibawah umur 6 tahun menghadapi stres yang
paling tinggi. Akhir sekali kertas kerja ini akan mencadangkan beberapa cara untuk mengimbangi stres
wanita di tempat kerja
Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis
The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation
counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings
are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that
only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into
account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
Mandatory Versus Voluntary Treatment and Rehabilitation of People Abusing Drugs: Initiatives from Malaysia
Variations on the Author
“Variations on the Author” discusses two of Eduardo Coutinho’s recent films (Um Dia na Vida, from 2010, and Últimas Conversas, posthumously released in 2015) and their contribution to the general question of documentary authorship. The director’s filmography is characterized by a consistent yet self-effacing form of authorial self-inscription: Coutinho often features as an interviewer that rather than express opinions propels discourses; an interviewer that is good at listening. This mode of self-inscription characterizes him as an author who is not expressive but who is nonetheless markedly present on the screen. In Um Dia na Vida, however, Coutinho is completely absent form the image, while Últimas Conversas, on the contrary, includes a confessional prologue that moves the director from the margins to the center of his films. This article examines the ways in which these works stand out in the filmography of a director who offers new insights into the notion of cinematic authorship
- …
