210,973 research outputs found
Majlis Raja-Raja harapan rakyat
PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan media bahawa Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan persilaan untuk semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja berbincang hal berkaitan pemecatan dan pelantikan Peguam Negara.
Sudah tentu perbincangan hari ini ialah untuk mencari persetujuan dan resolusi terbaik berhubung keputusan Putrajaya mahu melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.
Namun, isu pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mungkin tidak sebesar isu lantikan Thomas sebagai Peguam Negara.
Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan hanya menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang yang layak sebagai Peguam Negara. Ia tidak menyebut peranan Majlis Raja-Raja
Pemansuhan Akta Hasutan perlu perkenan raja-raja
Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang diperkata ramai dalam beberapa tahun kebelakangan ini dikhuatiri mendatangkan kesan besar kepada beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan beberapa ciri utama Perlembagaan.
Cadangan pemansuhan ini hendaklah dibincangkan dengan serius dan dibawa kepada khalayak terbanyak kerana ini membabitkan Perkara 10(4) yang menjamin kedudukan beberapa isu sensitif seperti kewarganegaraan, keistimewaan Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah komuniti lain, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja.
Penting juga untuk diperhatikan dengan teliti sama ada pemansuhan Akta Hasutan memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja menurut Perkara 159(5).
Pihak yang menyokong pemansuhan Akta Hasutan mengaitkannya dengan asal usul dan tujuan awal akta ini. Akta Hasutan ini juga dikatakan sudah archaic atau ketinggalan zaman. Ia juga sekatan kepada kebebasan bersuara
Raja Melayu pertahan kedudukan Islam dalam Perlembagaan
Sikap Raja Melayu terhadap kewajipan memelihara kepercayaan agama orang Islam dinyatakan dalam Butiran 53 Memorandum Raja-Raja Melayu pada 12 September 1956.
Mengenai persoalan pemeliharaan kebebasan beribadat dan perlindungan toleransi agama, memorandum berkenaan menegaskan di bawah pengaturan Perlembagaan, kepercayaan agama orang Islam dirujuk kepada negeri, Raja menjalankan kuasa pentadbiran kepercayaan agama orang Islam di wilayah masing-masing, manakala pemeliharaan kebebasan beribadat dipelihara perlembagaan negeri
Era digital bukan 'lesen' gugat keutuhan Raja Berperlembagaan
NEGARA bakal melakar sejarah unik sekali lagi dalam kerangka sistem Raja Berperlembagaan apabila berlangsungnya majlis pertabalan Sultan Johor, Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara, esok.
Upacara berkenaan mencerminkan betapa kuat dan kukuhnya institusi raja dalam urusan pentadbiran negara, kehidupan rakyat serta kedaulatan raja-raja itu sendiri.
Namun seiring perubahan zaman khasnya era digital, institusi raja turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan siber yang antara lain bermatlamat memburukkan imej raja dan istana.
Era digital mencipta sejarah baharu dalam kehidupan manusia, menjadikan maklumat berada di hujung jari dan manusia menjadi lebih bebas, menyebabkan bicara atau tingkah laku mereka sukar dikawal. Kesan era digital juga seolah-olah membenarkan semua lapisan masyarakat bebas bertingkah laku di ruang digital
Profil raja dan pejuang Sulawesi Selatan
Buku ini memuat kisah raja dan pahlawan dari semua daerah di Sulawesi Selatan. Kami tahu, dari sekian banyak raja dan pahlawan yang dimasukkan dalam buku ini masih banyak raja dan pahlawan lainnya yang belum dibahas dalam buku ini
Raja, priyayi, dan kawula : surakarta 1900-1905
Buku ini mejelasakan hubungan antara raja, priyayi dan kawula, sejarawan Kuntowijoyo menggunakan bantuan antropologi dan sosiologi pengetahuan.xxii, 132 hlm + lamp.; 21 cm
Raja Linnaeus 1758
Genus Raja Linnaeus, 1758 Ocellate Skates Raja Linnaeus, 1758: 231. Type species: Raja miraletus Linnaeus, 1758, type by subsequent designation.Published as part of Ebert, David A., Wintner, Sabine P. & Kyne, Peter M., 2021, An annotated checklist of the chondrichthyans of South Africa, pp. 1-127 in Zootaxa 4947 (1) on page 83, DOI: 10.11646/zootaxa.4947.1.1, http://zenodo.org/record/461456
Takhta Kerajaan -Kerajaan Jawa : Kemelut Kekuasaan Raja- Raja Jawa
Sekitar abad 7 M Jawa telah mengenal kehidupan bernegara. Tercatat sekitar 196 tahun kehidupan bernegara berada di Jawa bagian Tengah. Sekitar abad 9 M, kehidupan bernegara mulai pindah ke wilayah Jawa bagian Timur. Di Jawa Timur kehidupan bernegara terjadi selama 500 tahun.¹ Selama waktu yang panjang, raja juga telah mengalami pergantian., baik diganti secara mewariskan atau diganti dengan cara kudeta. Semua itu menjadi halal untuk dilakukan dalam mendapatkan takhta kerajaan.Memperebutkan kursi kekuasaan raja seringkali membuat seorang gelap mata. Tidak bisa membedakan antara hubungan kekeluargaan atau permusuhan. Semua menjadi sama. Dia yang ikut serta dalam rebutan kursi kekuasaan raja akan dianggap sebagai musuh. Begitu pun dengan dia yang mengganggu dalam rebutan kursi kekuasaan raja juga dianggap sebagai musuh. Sedangkan, dia yang membantu dalam rebutan kursi kekuasaan raja, maka ia adalah teman.Kursi kekuasaan raja menjadi penting untuk diperhatikan karena menjadi raja adalah prestise tertinggi dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang yang jadi raja akan dihormati dan dipuja oleh banyak orang. Selain itu, ada anggapan bahwa raja adalah wakil Tuhan. Menjadi raja maka menjadi pembesar yang memiliki kedudukan penuh dalam semua hal.Buku ini seperti sebuah catatan kecil tentang runtuhnya kerajaan-kerajaan di Jawa. Mulai dari Kerajaan Medang hingga Mataram Islam yang pecah menjadi Surakarta dan Yogyakarta. Kisah rebutan, dan perilaku barbar seolah-oleh menjadi tabiat raja-raja Jawa pada masa itu. Banyak dari mereka yang mengawini banyak wanita, dan berebut takhta kerajaan. Bagaimanakah para raja-raja Jawa bertahta dan memerintah? Semuanya dijelaskan dengan runtut di dalam buku ini
Kajian Rekontruksi Tari Legong Raja Cina Di Puri Taman Saba, Blahbatuh, Gianyar Sebuah Proses Kreatif
Tari Legong Raja Cina merupakan tari klasik Bali hasil rekonstruksi tahun 2012 yang
memiliki tingkat kerumitan gerak dan ekpresi yang sangat kompleks. Tari ini merupakan
hasil penuangan gagasan tentang cerita legendaris mengenai kisah asmara Raja Bali (Jaya
Pangus) dengan Putri Cina (Kang Cing Wie). Proses rekonstruksi dilakukan oleh I Gusti
Ngurah Serama Semadi di Puri Taman Saba, Blahbatuh, Gianyar dan dipentaskan pada ajang
Pesta Kesenian Bali (PKB) ke XXXIV tahun 2012. Rekonstruksi tari ini mengandung proses
kreatif tinggi dalam menuangkan gerak-gerak tari yang memadukan dua budaya berbeda.
Penelitian berjudul Kajian Rekonstruksi Tari Legong Raja Cina di Puri Taman Saba,
Blahbatuh, Gianyar Sebuah Proses Kreatif ini dipandang penting untuk dilakukan dengan
mengangkat tiga masalah yang dikaji, yaitu (1) Bagaimana proses kreatif rekonstruksi Tari
Legong Raja Cina; (2) Bagaimana bentuk Tari Legong Raja Cina hasil dari rekonstruksi; dan
(3) Nilai apa saja yang dikandung oleh Tari Legong Raja Cina. Penelitian ini merupakan
penelitian kualitatif yang ditinjau dari kajian seni pertunjukan dengan menggunakan teknik
observasi partisipsi, wawancara, studi pustaka dan dokumentasi. Teori yang digunakan untuk
membedah tiga masalah di atas adalah teori proses kreatif oleh Alma M. Hawkins, teori
estetika yang ditulis oleh Djelantik, dan teori struktural fungsional oleh Talcot Parson. Hasil
penelitian ini menunjukkan bahwa: (1) proses kreatif rekonstruksi Tari Legong Raja Cina
dapat dilihat melalui tiga tahapan yaitu tahap eksplorasi, tahap improvisasi dan tahap
pembentukan. (2) Tari Legong Raja Cina berbentuk palegongan yang didasari oleh struktur,
tema, gerak, pola lantai, tata rias, tata busana, iringan, tempat pementasan dan penampilan.
(3) Nilai yang terkandung di dalamnya adalah nilai estetika, nilai akulturasi, nilai kesetiaan,
dan nilai percintaan.
Kata kunci: Rekonstruksi, Tari Legong Raja Cina, Proses Kreatif
Perintah segala Raja-Raja (Majlis Aceh)
Buku ini ialah hasil tulisan transliterasi daripada manuskrip Majlis Aceh yang asal bertajuk Ma Bayyana al–Salatin yang bermaksud Perintah Segala Raja-Raja. Manuskrip ini telah disalin secara sempurna oleh Isma’il bapa Ahmad sekitar tahun 1231 H/1815 M. Manuskrip Perintah Segala Raja-Raja merupakan satu catatan penting yang membincangkan etika raja dan pengawai, salasiah raja-raja dan senarai pegawai kerajaan dalam pemerintahan kerajaan Aceh Darussalam. Selain itu, manuskrip ini turut merangkumi adat istiadat dan undang-undang perdagangan yang dilaksanakan oleh kerajaan Aceh. Segala adat istiadat diraja dan peraturan pemerintahan yang dijalankan memperlihat wujudnya percampuran adat dan Islam. Manuskrip ini juga menunjukkan betapa pengaruh Islam amat menyerlah termasuklah dalam sistem perdagangan. Apa yang pasti Perintah Segala Raja-Raja satu gambaran penting proses perkembangan dan pembangunan pemerintahan serta ketamadunan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara khususnya kerajaan Melayu Aceh Darussalam. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar dan pensyarah serta pembaca umum yang ingin mengetahui dan mendalami proses perkembangan pemerintahan dan ketamadunan masyarakat dalam kerajaan Melayu Islam di Asia Tenggara
- …
