207 research outputs found

    Mapping the disaster : global prediction and the medium of ‘digital earth’

    No full text
    This paper explores the mapping of disaster in digital prediction models. Concentrating on the imminent disaster of climate change, the author asks how global digital models can be expanded to incorporate a wild nature and wild data. This theme is considered through an examination of the ‘nature’ of disaster and its reportage, GISs and their extension into physical space, the language of climate change, and the role of digital machines in these experiments with climate. The author concludes with an examination of expanded forms of mapping to suggest possible reconfigurations of the terms of the disaster

    Predikat terbahagi Bahasa Melayu : tumpuan kepada fungsi gramtid keterangan

    No full text
    Kajian ini meneliti kedudukan farasa yang berfungsi sebagai keterangan dalam ayat penyata bahasa Melayu, terutamanya ayat tunggal. Data kajian diperoleh menerusi data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini bertitik tolak daripada kekeliruan fungsi gramatis keterangan yang dikemukakan dalam Tatabahasa Dewan (2009) dan Tatabahasa Asas (2012). Dari segi terminologi sintaksis, keterangan merupakan elemen yang bersifat opsyenal, namun dalam contoh yang dikemukakan oleh kedua-dua buku tatabahasa ini menimbulkan isu. Isu pertama, contoh yang dikemukakan tidak menggambarkan ciri fungsi gramatis keterangan dan isu kedua, keterangan berada di kedudukan akhir ayat. Berlandaskan isu yang dikemukakan, objektif kajian ini ialah menganalisis secara deskriptif kedudukan keterangan dalam ayat dan mengemukakan contoh ayat daripada data korpus yang menunjukkan bahawa terdapat unsur keterangan yang berada pada kedudukan awal ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat ayat bahasa Melayu yang keterangan dan predikat berada pada awal ayat. Di samping itu, didapati bahawa keterangan tidak semestinya berada dalam predikat, atau predikat tidak semestinya hadir selepas predikat. Predikat terbahagi, iaitu kedudukan keterangan yang berada pada awal ayat menunjukkan bahawa elemen keterangan telah mengalami proses pergerakan. Kajian ini juga berpendirian bahawa isu istilah seperti istilah keterangan perlu diselaraskan dengan konvensi linguistik supaya tidak timbul kekeliruan berkenaan fungsi gramatis keterangan

    An Interview with Elizabeth Grosz: Geopower, Inhumanism and the Biopolitical

    No full text
    © 2017, © The Author(s) 2017. This article is an interview with Elizabeth Grosz by Kathryn Yusoff and Nigel Clark. It primarily addresses Grosz’s approaches to ‘geopower’, and the discussion encompasses an exploration of her ideas on biopolitics, inhuman forces and material experimentation. Grosz describes geopower as a force that subtends the possibility of politics. The interview is accompanied by a brief contextualizing introduction examining the themes of geophilosophy and the inhumanities in Grosz’s work

    Kajian korpus frasa adverba cara Bahasa Melayu

    No full text
    Selama ini dinyatakan dengan jelas dalam buku-buku tatabahasa Bahasa Melayu (Asraf, 1989; Nik Safiah et al., 2015; Za’ba, 2000), bahawa preposisi dengan wajib diikuti oleh frasa nama untuk membentuk frasa preposisi. Sekiranya preposisi dengan diikuti oleh frasa adjektif, kata adjektif tersebut perlu menerima kata pembenda -nya sebagai unsur wajib bagi membentuk kata nama. Kata nama ini menjadi kepala dalam frasa nama dan seterusnya menjadi komplemen kepada preposisi dengan (Asraf, 1989; Nik Safiah et al., 2015). Walaubagaimanapun, berdasarkan penelitian ke atas data korpus, hasil dapatan kajian ini menemukan beberapa hal yang utama. Pertama, kajian ini mendapati bahawa kata dengan boleh juga diikuti oleh kata adjektif tanpa kehadiran kata -nya. Data kajian ini memperlihatkan bahawa apabila dengan diikuti oleh frasa adjektif sama ada dalam binaan [FA A + -nya] atau [FA A] , binaan yang terhasil adalah frasa atau klausa adverba dan bukannya frasa preposisi kerana frasa tersebut menepati ciri-ciri suatu adverba dengan fungsinya sebagai adverba cara, iaitu dengan maksud ‘cara sesuatu perbuatan itu dilakukan’. Kedua, kajian ini mengkategorikan kata -nya dalam binaan [A + -nya] sebagai kata penguat yang bertugas untuk menguatkan maksud ‘kesangatan’ yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Oleh itu, kata -nya dalam frasa adverba ini bukanlah kata pembenda. Ketiga, kata ‘dengan’ pula bukanlah preposisi tetapi ia adalah kata hubung keterangan yang mengambil klausa sebagai komplemen. Secara keseluruhannya struktur dengan + klausa komplemen dalam dapatan tersebut adalah klausa keterangan/adverba. Analisis kajian ini tertumpu kepada ayat yang mengandungi struktur binaan predikat [kata kerja ber- + dengan + komplemen] dengan klausa dengan + [FA A + -nya]/[FA A] adalah klausa adverba yang menyatakan maksud ‘cara sesuatu perbuatan/tindakan dilakukan’. Kajian ini memanfaatkan Korpus DBP dalam talian dan ayat -ayat contoh dalam karya ilmiah tentang tatabahasa bahasa Melayu

    Kajian linguistik dan kesantunan yang menggunakan facebook di Malaysia : satu tinjauan literatur

    No full text
    Kesantunan ialah satu bentuk perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983). Interaksi dengan penggunaan bahasa yang tepat merupakan kesantunan bahasa yang menjadi asas untuk menjamin keharmonian perbualan antara penutur dan pendengar (Grice, 1975; Grundy, 2000; Rabahyah dan Zaitul Azma, 2017). Kesantunan bahasa yang digunakan di laman facebook oleh pengguna di Malaysia menunjukkan pelbagai fungsi dan maksim dalam penyampaian mereka secara tulisan. Sebagai contoh, meminta, mendesak, menyatakan, beramah tamah, mengecam dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesantunan bahasa yang digunakan dalam ruangan komen di laman facebook. Kajian ini adalah untuk menganalisis kajian linguistik yang menggunakan laman facebook oleh pengguna di Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti kajian linguistik tentang kesantunan bahasa di laman facebook oleh pengguna di Malaysia berdasarkan kajian-kajian terdahulu. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan yang merujuk kajian-kajian lepas sebagai bahan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak kajian linguistik yang dilakukan dengan menggunakan facebook di Malaysia. Namun begitu, kajian kesantunan bahasa yang menggunakan facebook adalah kurang dilakukan khususnya kajian di Malaysia

    An Interview with Elizabeth Povinelli: Geontopower, Biopolitics and the Anthropocene

    No full text
    © 2017, © The Author(s) 2017. This article is an interview with Elizabeth Povinelli, by Mathew Coleman and Kathryn Yusoff. It addresses Povinelli’s approaches to ‘geontologies’ and ‘geontopower’, and the discussion encompasses an exploration of her ideas on biopolitics, her retheorization of power in the current conditions of late liberalism, and the situation of the inhuman within philosophical and anthropological economies. Povinelli describes a mode of power that she calls geontopower, which operates through the governance of Life and Nonlife. The interview is accompanied by a brief contextualizing introduction

    Kajian pelanggaran prinsip kerjasama Grice dalam Rancangan Muzikl Lawak Superstar (2019)

    No full text
    Bahasa merupakan alat komunikasi penting dalam interaksi seharian. Komunikasi berkesan semasa perbualan bergantung pada kerjasama antara pihak yang terlibat untuk menghasilkan tuturan yang mudah difahami dan dapat diterima. Kejayaan berkomunikasi dapat dianalisis menggunakan pelbagai prinsip berkaitan tatacara perbualan. Prinsip-prinsip tersebut mengariskan syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak yang terlibat dalam perbualan untuk memastikan kelancaran komunikasi. Salah satunya ialah Prinsip Kerjasama Grice (1975). Menurut Grice, pihak yang terlibat dalam perbualan akan dapat berkomunikasi dengan baik apabila mereka mematuhi prinsip kerjasama yang meliputi empat maksim, iaitu masksim kuantiti, kualiti, relevan dan cara. Interaksi semasa perbualan akan menjadi kurang lancar sekiranya peserta gagal mematuhi maksim-maksim tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti pelanggaran maksim Prinsip Kerjasama Grice oleh peserta rancangan hiburan baharu realiti Muzikal Lawak Superstar (2019) semasa persembahan mereka. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis perbualan persembahan peserta. Data perbualan peserta diperoleh daripada dua episod rancangan tersebut yang telah disiarkan di saluran televisyen Astro Warna bermula pada bulan Jun 2019. Data yang dianalisis meliputi persembahan 14 kumpulan lawak yang bertanding dan pengacara dalam rancangan tersebut. Kaedah penelitian meliputi memuat turun data daripada laman sosial YouTube, mentranskripsi perbualan peserta semasa persembahan dan menganalisis serta mengklasifikasikan perbualan berdasarkan empat maksim Grice. Penelitian dilakukan oleh tiga orang penyelidik. Hasil kajian menunjukkan berlaku pelanggaran prinsip kerjasama yang meliputi keempat-empat maksim, iaitu maksim relevan, kualiti, kuantiti dan cara

    Environmental Reporting Practices In Malaysia And Australia

    No full text
    The purpose of this paper is to investigate the state of environmental reporting by Malaysian and Australian companies on ‘other’ reports, i.e. other than annual reports.  The paper employs content analysis to study the environmental disclosures made by the selected 100 companies in the two countries.  Regression analysis is performed on potential influencing factors for environmental reporting.  The findings are also compared to previous studies on environmental reporting in corporate annual reports by Yusoff and Lehman (2008).  The paper finds that environmental reporting in ‘other’ reports (Malaysia and Australia) are largely descriptive and in qualitative form.  In addition, the influencing factors for environmental reporting are of similar quality to those made in annual reports, in both countries.  These findings imply that this type of communicating environmental information does not contribute greater corporate accountability among companies in fulfilling stakeholders’ needs and demands for environmental information.  Hence, more efforts are needed to promote better and greener environmental reporting practice.  This study comparatively explores the environmental practices and interprets the possible link between influencing factors for environmental reporting and actual environmental reporting practices on a two-country basis, between Malaysia and Australia

    Motives and accountants’ role for green accounting-reporting towards minimizing financial leakages / Haslinda Yusoff … [et al.]

    No full text
    The accounting and reporting practices on Malaysian business environmentally related matters are generally low and descriptive in form. The prevailing literature indicates that the motives behind green accounting and reporting (GAR) practices are primarily market-based. Thus, it is crucial to understand the reasons behind the low practices despite various supports from the government, regulatory bodies, professional bodies and others. At the individual level, the accountants can play a very significant role in pushing for GAR in their organizations. This study surveyed the current role of accountants pertaining to GAR using the survey method. mail and online questionnaires were sent to accountants and the survey responses were analysed using factor and regression analyses. Three key motivating factors emerged from the factor analysis, namely; (1) shareholders’ value (2) stakeholder engagement and regulatory pressure and (3) highly related to stakeholder engagement. The factor analysis also revealed two types of accountants’ role pertaining to (GAR), namely; (1) a mix of proactive, defensive and reactive (2) accommodative. The only significant organizational characteristics found to be statistically related to the motivating factors for GAR is the type of organization

    Pendinding di Google dan Facebook

    No full text
    Kertas ini akan memperlihatkan 20 hasil carian pertama di Facebook, khususnya di Laman (Page) dan status awam, dan 20 hasil carian pertama di Google tentang aspek pendinding diri, rumah,dan sebagainya yang dipamerkan untuk pembaca berbahasa Melayu. Hasil carian.menggunakan kata carian tertent u, akan dianalisis dari sudut fungsi bahasa dan ungkapan yang digunakan untuk setiap fungsi bahasa yang dikenal past
    corecore