71 research outputs found
Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Garden Village Design Sdn Bhd (GVDSB) / Nor Azlan Othman and Khairul Hidayat Rezo
Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Garden Village Design Sdn Bhd (GVDSB) telah termeterai bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Majlis yang dihadiri hampir 50 staf daripada UiTM dan GVDSB telah dijalankan secara tertutup di Hotel The Light, Seberang Jaya Pulau Pinang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). UiTM diwakili oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala GVDSB pula diwakili oleh YBrs. En. Suhaimi Ghazali, Pengarah Urusan GVDSB sambil disaksikan oleh YBrs. En. Hafiz Md. Zaki, Pengurus Besar GVDSB. Turut hadir bersama memeriahkan majlis tandatangan ini adalah YBhg. Prof. Datuk Raduan Che Rose, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutit Majlis Protesor Negara dan juga YBhg. Prof. Dr. Shariman Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor Pengantarabangsaan UiTM (mewakili Ybhg. Prof. DatukTs. Dr. Hajah Roziah Janor, Naib Canselor UiTM). MoU ini adalah inisiatif bersama dua pusat pengajian iaitu Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) dan juga Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE). FPHP diwakili oleh En. Abdul Rahman Ahmad Rozali, En. Khairul Hidayat Rezo, En. Joesri Mohamad Saber, Dr. Zulhan Othman dan En. Sperico Michael Alden manakala PKE pula diwakili oleh Ir. Dr. Nor Azlan Othman. Perbincangan asal MoU ini lebih menjurus ke arah eko- pelancongan, teknologi hijau dan juga “hospitality and services”. GVDSB merupakan anak syarikat yang terletak di bawah pentadbiran syarikat utama iaitu Pearl House Design Sdn. Bhd. (PHDSB), pemaju perumahan yang terlibat dalam bidang industri pembangunan hartanah. Dalam meluaskan perniagaan berkonsepkan hospitality ini, GVDSB kini sedang melaksanakan projek pembangunan villa di Permatang Pauh Pulau Pinang, Baling Kedah dan Pulau Langkawi Kedah. Ketiga-tiga villa ini dibuat khas agar ianya dapat dihubungkaitkan dalam menyediakan servis pelancongan berkonsepkan eko-pelancongan yang mana terdapat pakej untuk pelancong bercuti ke semua destinasi tersebut bermula di Pulau Pinang dan berakhir di Pulau Langkawi, Kedah. Ketiga-tiga pembangunan ini akan dibangunkan menggunakan konsep Green Building Index (GBI) selaras dengan pengekalan alam semulajadi apabila ianya beroperasi kelak
Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Zai Music World / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari
Satu Majlis Menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Zai Music World telah diadakan di ibu pejabat Zai Music World yang terletak di Kota Tun Fatimah, MITC, Ayer Keroh Melaka. Tujuan utama termeterainya perjanjian MoU ini adalah bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Turut hadir bersama memeriahkan majlis ini adalah wakil daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan MARA Negeri Melaka. Majlis ini telah dijalankan secara tertutup dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). UiTM diwakili oleh Ybhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya ChM Dr. Nor Aziyah Bakhari, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala Zai Music World pula diwakili oleh YBrs. Zaini Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga Pengetua Zai Music World sambil disaksikan oleh YBrs. Dr. Salasiah Abbas, Pengasas Zai Music World. Perbincangan mengenai perjanjian Moll ini tercetus sewaktu penglibatan kolaborasi pensyarah UiTMCPP dan ZMW di dalam projek e-Gamelan sejak lebih setahun yang lalu. Penggerak utama Moll ini diketuai oleh Ts. Mohamed Syazwan Osman yang turut dibantu oleh Ts. Dr. Mohd Suhaimi Sulaiman, Ir. Ts. Dr. Samsul Setumin, Ts. Adi Izhar Che Ani, Ir. Mohd Firdaus Abdullah dan Encik Mohd Ikmal Fitri Marzuki. Projek e-Gamelan merupakan projek inovasi yang berteraskan kepada cara pembelajaran alat musik tradisional melalui permainan atau edu-Gamification yang unik dalam pendidikan muzik. Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) memaksa ZMW meneroka suasana pembelajaran yang kondusif dan berkembang mengikut peredaran masa bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu melahirkan anak-anak muda yang fleksibel, berfikiran kritis dan kreatif supaya dapat mengharungi masa hadapan yang lebih mencabar. Oleh itu, kemudahan pendidikan digital ini dibangunkan bagi mengatasi masalah-masalah berkaitan pembelajaran dan terutamanya untuk mewujudkan pendidikan yang seiring dengan IR4.0 untuk generasi milenia
UiTM signs Memorandum of Understanding (MoU) with THB Maintenance Sdn. Bhd. / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari
A Memorandum of Understanding (MoU) has been signed between Universiti Teknologi MARA (UiTM) and THB Maintenance Sdn. Bhd. at the THB Maintenance Sdn. Bhd. Headquarters, Alor Star, Kedah. The signing of this MoU will create new opportunities for both parties. This collaboration is the perfect platform for borderless and global education where all parties will have the opportunity to generate new knowledge and ideas through various activities and projects involving students and staff of UiTM with the industry. This Moll will build a bridge between the academicians and industry players benefiting the staff and students as well as UiTM- THB Maintenance staff in the areas of research development, innovation, curriculum, CSR, human capital, technology and others
Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari
Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah termeterai. Bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), majlis tandatangan MoU ini dilangsungkan secara atas talian. Walaubagaimanapun, kehadiran delegasi daripada kedua-dua pihak, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN PP) secara atas talian amat memberangsangkan. UiTM diwakili oleh YBhg Prof Ts Dr Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinangdisaksikan oleh YBhg Prof Madya ChM Dr Nor Aziyah Bakhari, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala JPN PP pula diwakili oleh YBrs Tuan Abdul Rashid Abdul Samad, Pengarah JPN PP sambil disaksikan oleh YBrs Tuan Abdul Said Hussain, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN PP. Dengan termeterainya MoU ini, ianya dilihat akan merancakkan lagi kerjasama dari segi perkongsian kepakaran dalam bidang pengajaran dan inovasi serta pelaksanaan aktiviti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keterlibatan kesemua pihak dari pensyarah, guru mahupun pelajar sekolah merupakan aspek pentlng yang dititik beratkan di setiap aktiviti yang bakal dijalankan
Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari
11 Oktober 2021 Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang telah termeterai bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Majiis ini telah dijalankan secara tertutup dihadiri oleh beberapa Ahli-ahli Majlis MBSP di Dewan Kenanga MBSP dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). UiTM diwakili oleh Ybhg. Prof. Ts, Dr. Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya ChM Dr. Nor Aziyah Bakhari, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala MBSP pula diwakili oleh YBhg. Dato’ Sr. Hj. Rozali Hj Mohamud, Datuk Bandar Seberang Perai sambil disaksikan oleh YBrs. Pn. Siti Haslinda Hasan, Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan MBSP. MoU ini adalah inisiatif Rektor UiTMCPP, Ybhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang dan turut dibantu oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hashim Fadzil Ariffin dan YBrs. Dr. Anderson Ngelambong dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Perbincangan menandatangani MoU ini tercetus sewaktu penglibatan kerjasama staf FPHP dan MBSP dalam menjayakan beberapa siri konferens sejak tahun 2018
UiTM signs Memorandum of Understanding (MoU) with Dandy Modern Food Sdn. Bhd. / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari
A Memorandum of Understanding (MoU) has been signed between Universiti Teknologi MARA (UiTM) and Dandy Modern Food Sdn. Bhd. at the Dandy’s restaurant. The signing of this Memorandum of Understanding will provide further chances for both sides. This relationship is the ideal platform for borderless and global education, as all parties will have the opportunity to produce new knowledge and ideas through a variety of activities and initiatives involving UiTM students and staff and industry partners. In the areas of research development, innovation, curriculum, CSR, human capital, technology, and others, this MoU will serve as a bridge between academicians and industry participants, benefiting staff and students as well as UiTM-Dandy staff
Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari
18 Ogos 2021 Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah termeterai. Bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), majlis tandatangan MoU ini dilangsungkan secara atas talian. Walaubagaimanapun, kehadiran delegasi daripada kedua-dua pihak, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN PP) secara atas talian amat memberangsangkan. UiTM diwakili oleh YBhg Prof Ts Dr Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBhg Prof Madya ChM Dr Nor Aziyah Bakhari,Timbalan Rektor Bahagian Penyelidlkan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala JPN PP pula diwakili oleh YBrs Tuan Abdul Rashid Abdul Samad, Pengarah JPN PP sambil disaksikan oleh YBrs Tuan Abdul Said Hussain, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN PP. Dengan termeterainya MoU ini, ianya dilihat akan merancakkan lagi kerjasama dari segi perkongsian kepakaran dalam bidang pengajaran dan inovasi serta pelaksanaan aktiviti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keterlibatan kesemua pihak dari pensyarah, guru mahupun pelajar sekolah merupakan aspek penting yang dititik beratkan di setiap aktiviti yang bakal dijalankan
Fault diagnosis using feature extraction in power plant rotating machinery / Nor Azlan Othman, Nor Salwa Damanhuri and Norhazimi Hamzah.
The aim of this paper is to diagnose the faults that occurred in rotating machinery. Pattern recognition technique was implemented using three main steps of fault diagnosis; feature extraction, dimensionality reduction and fault classification. This paper focuses on the faulty bearing which mainly caused by mass imbalance and axis misalignment. Vibration signal that obtained from the rotating machinery is extracted by using non-parametric or parametric method to get the power spectrum density (PSD). Principal Component Analysis (PCA) is then introduced to reduce the complexity as well as smooth the classification process. By analyzing the vibration signal obtained from the test rigs (rigs that are built to demonstrate the effect of faults in rotating machinery), it gives solid information concerning any faults within
the rotating machinery
2nd International Mobility Program: Global Project-Based Learning (gPBL) 2024 / Nor Azlan Othman, Nor Salwa Damanhuri and Norsabrina Sihab
Fostering Cross-Cultural Knowledge and Hands-On Learning in Robotics
gPBL 2024 aimed at fostering cross-cultural knowledge exchange and hands-on learning in robotics. With participants from diverse nations, this program offered a vibrant platform for students to:
Collaborate on engineering challenges
Share expertise in innovative solutions
Highlight engineering innovations within a global contex
Fault diagnosis in rotating machinery using pattern recognition technique / Nor Azlan Othman, Nor Salwa Damanhuri and Visakan Kadirkamanathan
This paper presents a detail review of fault diagnosis in rotating machinery. Pattern recognition technique which needs three mean steps of fault diagnosis -feature extraction, dimensionality reduction and fault classification – was used. This paper focuses on the faulty bearing which is mainly caused by mass imbalance and axis misalignment. By analyzing the vibration signal obtained from the test rigs (rigs that are built to demonstrate the effect of faults in rotating machinery), it gives solid information concerning any faults within the rotating machinery
- …
